Teks: Masayu Ahmad
www.janawangdirumah.com baca naskah wajib ini dahulu
Salam keheningan pagi bugar. Titis air hujan semalam masih lagi bersisa, melekat pada dedaun hijau di laman. Alhamdulillah atas nikmat yang sentiasa melimpah setiap hari.
Bangun pagi anak-anak masih sihat. Bangun pagi masih boleh menikmati sarapan enak. Bangun pagi masih ada orang tua untuk kita menyemai budi. Bangun pagi kita ada matlamat dan impian mahu dicapai. Sudah tentu apa yang kita kerjakan pada hari ini persiapan kita untuk kehidupan kekal abadi.
Moga kita berada pada landasan yang betul insya-Allah.
Menyemai tekad perjuangan
Selamat datang pelajar pelajar Oktober 2014, kami mara 1000 ahli tidak lama lagi dengan izin Allah. Dalam tempoh ini saya menerima dan melihat banyak kes yang mahu menjana pendapatan. Ia bukan sekadar menjana pendapatan, ada yang mahu menambah pendapatan sampingan tanpa perlu meninggalkan kerja sedia ada. Sekiranya kita masih boleh mengimbanginya maka teruskanlah.
Saya masih di sini menyampaikan sedayanya, sebanyak yang boleh apa sahaja ilmu yang boleh kita ambil dan praktik. Lebih ramai usahawan yang ditemurah. Kerja ini sangat menyeronokkan apabila kita menemuramah kita akan mendapat banyak ilmu baru. Dengan kata lain minum kopi adalah salah satu cara usahawan sesama usahawan bertemu muka dan berbincang, bertukar idea dan pendapat.
Pengalaman yang dibukukan
Ia lebih kurang sama tetapi bezanya saya menemuramah untuk melengkapkan kajian dan penyelidikan dan hasilnya itu dibukukan atau dijadikan ebook. Insya-Allah, kembara menulis ini tetap melekat di hati.
1 comment:
Salaam. Teruskan perjuangan Puan. Moga Allah sayang :)
Post a Comment