Sekitar jam 2 pagi bersamaan 27.10.2014, 2 Muharam, telah kembali rahmatullah, bapa saudara kami panggil arwah Pok Teh.
Tentunya arwah melingkari kehidupan saya sejak kecil. Ayah sangat menjaga hubungan silaturrahim, adik perempuan kandung dibela oleh arwah kerana terlalu menginginkan anak perempuan. Semua anak arwah adalah lelaki.
Kami selalu berkunjung ke Kuala Terengganu ketika saya masih kecil.
Rumahnya di pesisir pantai. Kejauhan kelihatan Pulau Redang. Buka jendela kita terus lihat pemandangan cantik laut lepas yang indah.
Ketika menerima mesej dari kakak, saya bersegera menelefon ayah. Pagi itu terus ke rumah ayah dan kami terus berangkat ke Terengganu.
Berkumpul sanak saudara. Pok Teh bapa saudara yang baik dan penyayang. Al- Fatihah.
Seorang demi seorang pergi meninggalkan. Meninggalkan, bahawa dunia ini adalah satu perjalanan. Kehidupan kekal abadi adalah di alam sana. Kehidupan bermula selepas kematian.
Kesibukan sebagai ibu, anak, dan dunia saya (kerja penulisan dan bisnes) kadangkala membuatkan kita lupa dan terleka. Lihat sahaja tarikh hari ini kita sudah sampai ke penghujung tahun.
Semalam ketika perjalanan menziarah kematian, bersembang dengan suami, saya ditegur. Rupanya saya sudah lama tidak memasak untuk sarapan anak-anak sekolah. Terpukul dengan diri sendiri apabila ditegur dalam keadaan sedar.
Itulah kesibukan dunia kadangkala kita terlupa.
Sibuk sangat ke ibu?
Hari ini bersilat lebih awal, nasi goreng telur bilis dan keropok lekor. Anak-anak gembira keliling meja dan menikmati sarapan pagi. Semua bawa bekal. Baru saya sedar dan 'terpukul' lagi. 4 kanak-kanak riang sedang membesar dengan pantas. Arissa mengambil tempat.
Hari ini bersilat lebih awal, nasi goreng telur bilis dan keropok lekor. Anak-anak gembira keliling meja dan menikmati sarapan pagi. Semua bawa bekal. Baru saya sedar dan 'terpukul' lagi. 4 kanak-kanak riang sedang membesar dengan pantas. Arissa mengambil tempat.
"Cha nok bowok bekal jugok"
Semua bawa bekal dan kenyang. Selamat menduduki peperiksaan buat Hakim dan Arif.
Aiman bakal darjah 1 dan Arissa sudah memulakan sesi pemanasan ke sekolah mulai hari ini.
Awalnya ibu sedia.
Ya, kerja 2015, ibu sedia awal 2 bulan 2 hari.
Selesai melompat, meloncat, buat sarapan pagi buat mertua.
Jam 9 baru dapat tarik nafas lega.
100 mukasurat sedang disunting. Alhamdulillah.
Jam 9 baru dapat tarik nafas lega.
100 mukasurat sedang disunting. Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment