Mudahnya menjemput rezeki, memang luar biasa buku ini. Saya khatam banyak kali, 20 buah lagi di tangan, saya mahu bagi percuma sahaja. Antara baris ayat yang saya ingat dan terpahat. Allah satu-satunya sumber pemberi rezeki, yakin dengan rezeki Allah. Jika mahu mudah dapatkan rezeki, ikut sahaja apa yang diperintahkan. Mudah bukan. Mahu tahu apa yang diperintahkan dan buat sahaja. Salah satu yang utama, jaga solat lima waktu, jaga solat lima waktu, jaga solat lima waktu.
Wahai manusia! Ingatlah akan nikmat Allah kepadamu. Adakah pencipta selain Allah yang dapat memberikan rezeki kepadamu dari langit dan bumi? Tidak ada Tuhan selain Dia: Maka mengapa kamu berpaling (dari ketauhidan).
m/s 56
Nah surirumah sekalian, buka mata. Cari peluang dan berusahalah, bertakawal dan bersedia dengan rezeki Allah dari mana-mana ruang sekalipun. Peringatan khusus untuk diri saya sendiri.
Tips murah rezeki luar biasa:
Saya sudah tidak ada ibu, hanya ada mertua, satu-satunya dia. Saban tahun dan saban hari kami semakin punya 'sambungan kimia luar biasa'.
-Mertua pelik dengan saya walau ada masa di rumah, tengok tv sambil layan Arissa, saya masih boleh beri pakaian hari raya untuk dia, telekung solat untuk dia. Tahun ini dia sudah tidak mahu, sebab sudah banyak.
-Saya bagi juga duit, walau dia sudah banyak duit. Saya mahu ambil berkat sahaja.
"Ma doa lah moga kami murah rezeki anak beranak. Senyuman dia itu yang sangat mahal, kemesraan dan layanan. Masakan. Kami hormat tanpa batas. Saat saya tidak sihat, sakit waima ulang alik balik tengok ayah, ma beri sokongan. Tidak kisah saya tidak masak, dia yang masak.
Saat saya sibuk diluar, ma selalu bantu saya jaga Arissa.
"Tak apo, tak payah hantar ngasuh, tinggal jah di rumah, mok ngan atuk ado."
Itulah dia, Arissa penyambung kasih sayang antara mok dan atuk. Keletah dan mulut pot petnya itu, membuatkan suasana di hujung usia itu sangat bernilai.
Inilah bonus dari Allah tiada galang ganti, inilah hasil dari keputusan tepat yang tidak pernah saya rasa kecewa. Terima kasih juga buat en.suami orang paling banyak memberi sokongan belakang tabir. Apa pun yang saya buat dia tetap restu. Saban hari saya lihat keuzuran ma, semalam dan hari ini masih demam. Saya takut, takut cepatnya hilang keberkatan doa seorang ibu waima dia mertua, dialah wanita agung buat suami, paling kita perlu hormat sebagaimana ibu sendiri.
Travelog Surirumah.
Masayu Ahmad.
1 comment:
salam kenal..
suka baca tulisan akk..betul2 dapat inspirasikan saya..
jemput2 follow..http://www.jutawanshaklee.com
Post a Comment