Monday, August 26, 2013

selamatkah anak-anak kita di rumah atau di luar rumah, apa pilihan yang ada

Teks: Masayu Ahmad

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah, segala puji bagi Alllah, Tuhan sekalian alam. Ya Allah ampunilah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami. Berikanlah kebaikan dunia dan akhirat. Permudahkanlah segala urusan. Terima kasih Allah atas segala nikmat dan rahmat. Ampunilah dosa-doasa kami.


Terima kasih kalian, saya terharu atas sambutan dua kelas yang kami jalankan secara online. Kini bilangan guru online semakin bertambah, juga pembantu kelas semakin bertambah. Alhamdulillah. Pendaftaran juga hampir setiap hari, ramai yang berani membuat keputusan memulakan sesuatu yang baru alhamdulillah.

Hari ini dan esok rutin saya agak getir dan banyak sekali tugasan yang penting bermula 27, 28. 29. 30 dan 31. Semoga Allah permudahkan. Insya-Allah

Semalam ketika melihat siaran berita seorang kanak-kanak didera ibunya. Dan dia meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital. Juga perkongsian di laman sosial perihal seorang kawan yang berkongsi anaknya tidak dijaga dengan baik ketika di nurseri. Di rumah mahupun luar rumah, sudah tidak selamat lagi buat anak-anak. Mereka didera fizikal dan mental. Sama ada oleh ibu bapa sendiri atau pengasuh atau tempat jagaan kanak-kanak. Jadi apa peranan kita sekarang, agar dunia ini lebih selamat untuk anak-anak yang sedang membesar.

Jadi apa pilihan dan alternatif yang ada. Berikut beberapa pandangan, mari kita sama-sama ambil manfaat.


Anys Idayu Zakaria isu yang sangat menarik. Sememangnya semua ibubapa pasti tidak mahu anak-anak dijentik apatah lagi terlibat dalam kes penderaan terutamanya yang melibatkan pengasuh di tadika atau pengasuh di rumah. Sejak dari anak pertama saya tidak pernah menghantar anak ke rumah pengasuh, kerana ibu mertua saya lebih sanggup menjaga cucunya daripada membenarkan saya menghantar anak kepada orang lain untuk dijaga sepanjang saya bekerja. Malah beliau juga yang sanggup berhenti bekerja dan menjaga anak saya kerana faktor takutnya penderaan yang sering berlaku di tadika/pengasuh. Beliau lebih rela menyuruh saya bekerja kerana katanya "dia sudah lama makan garam, dan melalui asam garam dunia pekerjaan, lebih elok duduk dirumah sambil menjaga cucu. Dan memberi memberi peluang kepada saya untuk mencari pengalaman.'' Sebenarnya saya amat berterimakasih kepada beliau kerana sanggup bersusah payah pula memberi alternatif ini dengan menjaga anak saya dan saya pula keluar bekerja. Bagi ibubapa yang ada delima seperti ini saya cadangkan lebih elok menjaga anak sendiri dan lihat perkembangan pembesaran anak-anak depan mata. Saya sendiri merasainya, selepas cuti bersalin anak kedua selama 3 bulan awal tahun lalu, perasaan untuk melihat anak membesar depan mata sangat membuak-buak. Sehingga adakala ralat di hati jika perkembangan anak kita terlepas. Peluang untuk menjana pendapatan sebenarnya masih terbuka luas jika kita duduk dirumah. Walaubagaimanapun, masih banyak yang perlu diselesaikan untuk saya bertindak berhenti kerja. Jadi saya amat bersyukur dengan adanya ibu mertua yang sanggup bersusah payah menjaga kedua anak saya. Kadangkala pernah mengusik beliau. Saya mahu hantar anak-anak ke tadika dan mahu beliau berehat, pasti ditentang habisan.


Wardi Fathi Othman isu pengasuh, bibik dan taska adalah isu sepanjang masa. untuk menghantar anak dijaga oleh orang lain memang satu isu yang berat bagi setiap ibu. Namun ada sedikit panduan buat ibu-ibu diluar sana yang ragu-ragu atau tidak tahu bagaimana untuk memilih tempat menghantar anak - samada rumah pengasuh, taska atau menggajikan bibik untuk tinggal dirumah.
Buat pengetahuan semua, saya adalah pengusaha taska dan tadika. Saya memulakan kerjaya usahawan saya dengan membuka tadika terlebih dahulu. Ini kerana saya merasakan belum bersedia untuk mengusahakan taska diatas sebab tanggungjawab dan risiko yang besar untuk mengusahakan taska. Setelah saya mengusahakan tadika selama 7 tahun, dan merasakan ilmu pengasuhan sudah ada (walaupun sudah anak sendiri seramai 5 org!) barulah saya berani mengusahakan taska.
Ya memang tidak dinafikan, risiko menghantar anak kerumah pengasuh atau taska tetap ada. Cuma saya menasihatkan semua ibubapa untuk memilih 
1. taska yang telah berdaftar dengan JKM - Jab. Kebajikan Masyarakat sahaja. Senarai taska yg berdaftar boleh di dapati didalam laman sesawang JKM sendiri.
2. sentiasa buat 'spotcheck' di taska. setiap taska ada polisi mengenai lawatan anak ditaska. tapi sesekali tidak salah jika ibubapa menjenguk anak diluar waktu dibenarkan. cuma jgnlah terlalu lama sehingga mengganggu perjalanan aktiviti di sana.
3. jalinkan hubungan baik dengan pengasuh taska, supaya senang untuk ibubapa mengetahui 'isu panas' di dalam taska.
wallahualam.

Wardi Fathi Othman namun, pilihan yang terbaik jika boleh bekerja tanpa perlu memilih untuk menghantar anak ke taska atau ke penngasuh ....
jawapan yang paling mudah - bekerja dari rumah


Nisa Nua Anak-anak adalah tanggungjawab dan amanah yang diberikan kepada hamba Allah yang telah bersedia memikul tanggungjawab tersebut. Namun sebaik saja di anugerahkan anak tersebut, ibu bapa zaman moden tidak dapat menjadi ibu bapa sepenuh masa kepada anak-anak lantas ramai yang hanya menjadi ibu bapa separuh masa atau ibu bapa hujung minggu saja buat anak-anak. Saya juga turut tidak ketinggalan bergelar ibu bapa separuh masa pada 4 tahun yang lepas. Namun setiap hari meninggalkan anak-anak di taska pasti rasa hiba malah teresak-esak di dalam kereta. Suami hanya mampu nasihat untuk bersabar. Kata suami, berdoalah satu hari nanti, saya mampu jaga anak sendiri. Perit juga bila ada beberapa episod penjagaan anak sejak dari anak pertama. Bermula dengan hantar di rumah pasangan tua, anak saya seperti terbiar dan sering kali pulang dengan bekalan susu dan pampers yang masih penuh. saya tidak tahu sama ada anak saya diberikan susu atau tidak. adakah pasangan tersebut terlupa atau berikan susu yang lain. akhirnya kami tukar hantar ke taska, di sini anak saya kadang kala ada parut luka, kadang-kadang masa nak ambil anak tengok anak hanya menyarap di atas lantai sebab baru usia 8 bulan, sedang ketika tu kanak-kanak lain berlari-lari melangkah anak saya. hati ibu mana tak sebak. tak lama kemudian anak saya dijangkiti sakit kaki tangan dan mulut di nursery tersebut. kemudian bertukar tangan ke pasangan muda. tak sangka pula ibu muda ni tergamaknya menyusukan anak saya secara diam-diam. kemudian dia dan suami datang ke rumah bagi tahu anak saya dah jadi anak susuan dia. hati saya tak keruan. lebih-lebih lagi lepas tahu kemudiannya pasangan tu bercerai, anak saya jadi mangsanya, saya perlu tahu susur galur pasangan tersebut pula. kemudian ibu saya kesian dan jaga anak saya walau ibu saya menghidap athma. pernah sekali, ibu terpaksa mengengsot buka pintu kaca di depan rumah dan menjerit meminta tolong sebab anak saya muntah dan ibu pula sesak nafas, lantas ada kontraktor yang sedang buat kerja di depan rumah datang menolong. Saya serba salah. kemudian letak kemabli di taska, kadang-kadang saya ambil, anak saya tidak berbaju hanya pakai pampers, dan dokter kata anak saya kene bronchitis. di taska ini anak saya dah besar, dia selalu kata" tak boleh ke mommy jaga kakak dengan adik kat rumah" luntur hati saya. saya nekad untuk berhenti kerja. sebab saya orang dewasa. kenapa saya yang perlu harap anak saya faham saya perlu keluar bekerja, anak-anak saya yang perlu bekorban jiwa dan raga, tanpa kasih sayang ibu ayah sepanjang hari nye berlalu. masa ambil di petang hari dia dah pun mengantuk dan tidur sampai esok paginya. saya rasa saya kejam . bila lihat anak-anak balik dari taska tanpa perasaan dan tak heran pada saya, saya tak tahu apa yang berlaku di taska sebab anak-anak belum pandai bercerita tai hati mereka makin jauh. sebelum terlambat, saya korbankan kerjaya sebagai arkitek, ketika kerjaya sedang meningkat naik....saya rela demi mendapatkan jiwa anak kembali. Sebab saya tahu what u give u get back. saya tak mahu anak saya letak saya di rumah orang tua pula
Nisa Nua saya yakin dengan keputusan saya lepas kawan saya sendiri kematian anak di bukit antarabangsa sebab tersedak susu sebab penjaganya hanya sumbatkan botol susu dan sendalkan saja dengan tuala sedang penjaga tersebut keluar sekejap di depan taska untuk berborak dengan seseorang yang dikatakan boyfriendnya. Dan sekali lagi seorang senior saya menceritakan anaknya balik menangis, ceritakan dia dan adiknya dikurung di sebuah bilik sebab menangis. Saya yakin, orang lain tidak akan mampu layan dan sayang anak kita sebab sejak jadi suri rumah, saya sendiri kadang-kadang marah dengan anak-anak yang pelbagai kerenah. sedang emak sendiri marah anak, apatah lagi orang lain. Cuma kita marah kerana sayang, marah kerana nak mendidik. Orang lain mungkin marah dan benci lantas selalu maki dan pukul atau dera sikologi atau secara fizikal. insyaallah selagi hayat dikandung badan, saya akan jaga anak sendiri..insyaallah


Mie Normi (Normi Yusof) Alhamdulillah hari ini genap umur anakanda ke 3 saya Adib Al Ameen 2 tahun. Bermakna sudah sudah lebih dua tahun saya berhenti kerja dan menjaga sendiri anak-anak. Ramai ibu nekad berhenti kerja atas faktor penderaan terhadap kanak-kanak oleh pengasuh atau orang gaji. Jika dihantar ke pusat jagaan harian atau nursery pula risau dengan banyak kes kecuaian dan pengabaian terhadap kanak-kanak jagaan mereka. 
Saya memahami situasi tidak semua ibu-ibu di luar sana mampu untuk berhenti kerja secara drastik. Faktor kewangan, hutang yang perlu dibayar, kos sara hidup kini yang agak tinggi memerlukan para ibu turut sama turun padang bersama suami untuk mencari nafkah hidup. Selain berhenti kerja, mungkin ibu-ibu boleh mencari alternatif mencari pusat-pusat jagaan yang terletak berhampiran tempat kerja, selain memudahkan proses untuk penyusuan susu ibu ia juga memudahkan kita memantau anak-anak yang dijaga oleh pusat asuhan tersebut. Mungkin sekali sekala boleh ke sana secara mengejut untuk melihat sendiri cara penjagaan mereka. 
Inilah yang saya lakukan ketika masih bekerja. Saya ke sana secara tanpa memberitahu terlebih dahulu, dengan alas an untuk menyusu atau menghantar susu perahan di dalam botol. Dari situlah, saya melihat beberapa perkara yang saya rasa agak kurang selesa dilakukan samada kepada anak saya atau anak-anak orang lain. Anak saya yang sulung ditinggalkan menyusu sendiri tanpa pantauan, pengasuh hanya meletakkan botol susu dan tuala, kemudian beliau ke dapur untuk memasak. Perkara lain yang melukakan hati saya, anak sulung diletakkan dalam besen dengan alas an dia terlalu lasak ke sana ke mari. Muhammad Al Ameen baru boleh merangkak ketika itu. Ia benar-benar melukakan hati saya kerana saya melihat sendiri anak saya di dalam besen tersebut. 
Jika kita berhasrat untuk mengambil orang gaji, saya cadangkan cuba usahakan ada yang memantau mereka. Selian kita yang pulang ke rumah secara mengejut atau pulang awa


No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin