Thursday, August 15, 2013

Jangan berhenti dahulu jika belum bersedia fizikal dan mental

Teks: Masayu Ahmad

Pagi indah bermula lagi, segar bugar. Titisan air hujan semalam masih melekat. Lama saya tidak berkongsi suasana begini, kita masih di bulan Syawal. Di sini tidak ada sambungan episod rumah terbuka sebagaimana di bandar besar Kuala Lumpur. Tidak ada, kalau ada pun tidaklah sebegitu hebat di bandaraya sana. Rutin bekerja sudah bermula.

Masih berbaki bulan 8, 9, 10, 11 dan 12. Mari kita semak semula apa perancangan untuk tahun ini.

Saya tadi ada terbaca entri perkongsian di fb oleh Zamri Nanyan, katanya selagi mana bisnes kita belum menjana pendapatan melebihi perbelanjaan, makanya jangan berhenti dahulu. Jangan berhenti dan baru mahu mula berniaga, sebaliknya bermula semasa masih bekerja. Bisnes dari rumah iaitu bisnes online boleh dibuat secara sambilan dahulu.

Juga ingin kongsi satu petikan dari buku tulisan Irfan Khairi, apa matlamat yang belum selesai untuk tahun ini, jika biasanya kita bermula awal tahun, jadi kalau masih berbaki walau sebulan untuk tahun itu, maka bekerjalah dengan sepenuh hati untuk capai matlamat tersebut. Jangan buang masa.

Mesej dari Puan SS
Salam puan, saya cari puan lagi. Saya nak ceritakan hal saya. Saya masih bekerja lagi sepenuh masa, tetapi semakin hari semakin hilang semangat untuk bekerja. Saya nak ada blog sendiri nak cari pendapatan lain sebelum saya betul-betul berhenti kerja. Apa yang perlu saya lakukan. Saya bingung masalah kewangan saya tidak seteguh orang lain.
Ibu mertua tinggal bersama saya, sebab en.suami anak yang tua dalam keluarga. Ayah mertua sudah lama meninggal hampir 10 tahun.
Apa yang perlu saya lakukan. Harap puan dapat membantu saya.
Ok, ini jawapan saya.

1. Puan SS analisa dahulu apa minat dan kepakaran berdasarkan pendidikana, pengalaman kerja/bisnes terdahulu. Analisa ini ada panduannya dalam buku Jana RM Dari Rumah.

2. Puan boleh bermula dahulu secara sambilan, iaitu bisnes dropship. Cari keserasian produk yang sesuai.

3. Banyakkan dahulu mencari peluang bisnes secara online, bina rangkaian sahabat dari mereka yang sudah bermula. Baca pengalaman mereka yang terdahulu. Bekerja sendiri, bukan calang-calang cabaran mental dan fizikal.


Saya juga ingin berkongsi tentang buku yang dua kali saya khatam

5 kesimpulan awal.

1. Rezeki adalah hak Allah mutlak, Dia akan beri kepada sesiapa sahaja yang Dia suka, berapa banyak, tepat masa. Kita milik Allah, jadi kita sudah tahu bukan siapa tuan kita yang sebenar. Ikut sahaja apa yang pemilik kita mahu, sukakan Dia, gembirakan Dia, ikut arahanNYa, dengar perintahNya. 

2. Rezeki kita tidak akan diambil orang, tetapi di dalam rezeki kita ada agihan dan perkongsian dengan orang lain.

3. Rezeki yang banyak tidak semestinya berkat, rezeki yang sedikit tidak semestinya tidak cukup. Banyak yang berkat, sedikit yang disyukuri.


4. Mudahkan pemilik untuk memberi kita rezeki sebagaimana yang kita mahu, mintalah seberapa banyak. Tetapi sebelum itu, tanya diri dulu (ingatan buat saya), solat cukup atau tidak, solat tepat waktu atau tidak, lebih baik solat berjemaah (buat lelaki). Jangan lengahkan solat, segerakan. Mohonlah seberapa banyak yang kita mahu, tetapi sebelum itu adabnya mohon ampun dan bertaubat atas segala dosa yang lalu dan akan datang.


5. Banyak cara menjemput rezeki dengan mudah, salah satunya sedekah yang konsisten lagi ikhlas.




No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin