Monday, August 19, 2013

Lagi suku tahun bersamaan 4 bulan

Teks: Masayu Ahmad
www.janawangdirumah.com

Terima kasih buat teman baik, Azlin yang sudi singgah ke rumah. Sudah 20 tahun persahabatan, alhamdulillah. Raya tahun ini sambutan sederhana sahaja. Namun kemeriahannya masih sama juga, malam raya buka puasa terakhir di rumah ayahanda. Raya pertama pula di rumah bonda mertua, semua adik beradik belah suami balik. Jadi saya agak 'terbongkam' juga, selesaikan yang mana perlu buat berdikit-dikit. Almaklum apabila kita berada di situ, kita perlu sediakan dan kemas juga mana yang perlu. Nasib baik ipar yang bongsu pulang awal, banyak membantu saya. Raya pertama seperti biasa bakar sate.

Balik rumah ayah keesokannya, nasi dagang, meriah juga alhamdulillah. Tahun ini saya hanya di rumah sahaja, ziarah yang mana perlu dan teman terdekat sahaja. Biasanya sebagaimana tahun terdahulu kami buat 'reunion tahunan'. Disebabkan 'situasi' saya, saya batalkan, kerana rasa mahu berehat tahun ini.

Lagi 4 bulan, saya masih dan mahu fokus untuk siapkan sasaran saya untuk selesaikan beberapa manuskrip lagi. Cabaran 30 dalam masa terdekat dan 100 dalam jangka masa panjang. Saya perlu disiplinkan diri siapkan sekurangnya 1 manuskrip sebulan. Mengambil kira 10 mukasurat sehari.


Mula rancang bekerja dari rumah sekarang tidak kira sambilan atau sepenuh masa. www.janawangdirumah.com

Sekejapan sahaja masa berlalu, catat semula apa yang sudah apa yang belum. Apa matlamat pendek apa matlamat panjang. Senaraikan. Susun semula strategi untuk mencapai matlamat kecil sehingga matlamat besar.

Akademi Bekerja Di Rumah


Alhamdulillah sejak dimulakan 3 bulan yang lepas, sambutan memberangsangkan. Kini sudah lebih 100 blog yang sudah dihasilkan oleh pelajar/peserta yang menyertai kami. Saya teruja dan bersyukur atas sambutan luar biasa ini. Tambahan pula sejak bulan puasa juga, pendaftaran demi pendaftaran.

Beberapa hari lepas selepas 2 minggu bercuti, pendaftaran baru sudah bermula semalam dan hari ini. Lima guru online sedang bertugas, juga saya masih melatih lagi pembantu kelas sebelum dinaiktaraf sebagai guru online.

Uniknya kelas ini secara online sahaja. Saya masih lagi mencari dan membuka peluang ini kepada kalian yang benar-benar komited yang mahu bekerja dari rumah. Boleh mulakan dari sekarang. Dua kelas yang kami tawarkan ialah

1. Kelas asas blog dan penulisan

2. Kelas asas blog dan fan page-khusus untuk bisnes.

Inilah saya rasakna ruang terbaik, untuk melatih kalian urusniaga, sama ada produk fizikal, produk digital. Kesemuanya ada keistimewannya. Ada banyak bidang, bisnesn, mentor, jadi pilihlah yang mana sesuai.

Hanya, saya jadikan paltform asas iaitu blog dan fan page sebagai titik mula kalian untuk bermula. Ini adalah soalan demi soalan yang banyak dihantar kepada saya. Jadi Allah kirimkan satu lagi cabang sebagai trek untuk kalian. Saya kembalikan usaha ini kepada kalian, untuk sertai atau sebaliknya. Belajar dari asas, dan jika sudah pandai, boleh belajar lagi dari pakar-pakar pemasaran online atau offline yang lebih hebat dari saya.

Saya hanyalah perantara, segalanya ada pada kalian, mahu memilih mana yang sesuai. Semoga apa sahaja bidang yang kalian pilih, saya doakan sukses berjaya dunia dan akhirat.

Salam kasih sayang
Pengasas Akademi Bekerja Di Rumah
www.janawangdirumah.com

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin