Teks: Masayu Ahmad
Sudah 17.8.2013, kita di sini enak dengan majlis hari raya, saudara kita di Syria, Palestin, Mesir sedang bermandi darah di bumi anbiya. Beruntungnya mereka kerana ada kesempatan untuk mati dalam syahid. Untungnya. Kita? Masih lagi enak dan berada di zon selesa.
Melihat pergolakan dan perkembangan di tanah Arab itu, semuanya sudah ada tercatat dalam Al-quran, pada satu masa kelak, berlaku pertempuran dasyat, dan kemudiannya kebangkitan Islam. Dunia sudah sampai ke penghujungnya. Takutnya saya akan diri ini, takutnya saya akan bekalan untuk anak-anak.
Kita perlu campak selimut dan lakukan sesuatu. Berhenti dari omongan dan lena yang kosong.
No comments:
Post a Comment