Sunday, August 25, 2013

Pagi indah bermula

Teks: Masayu Ahmad
Mula rancang bekerja dari rumah sekarang www.janawangdirumah.com

Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar kalian, hari sudah bermula, anak-anak sudah keluar menuntut ilmu. Arissa masih bergolek sakan, tahun depan sudah 4 tahun. Tetapi sebabnya Arissa lahir hujung tahun bulan 12, jadi usia masih 3 tahun ;). Rasanya saya mahu hantar Arissa ke PASTI, memandangkan 2014, jadual saya lebih padat dengan dot dot dot dot. Cukuplah Arissa bersama ibu, tetapi tidaklah setiap hari ke sana, ia selang seli sahaja. Jika ibu tidak sibuk, jadi boleh di rumah sahaja.

Ibu sekarang masih tekun mengemas kini tiga modul kelas online.

1. Asas blog dan penulisan.
2. Asas blog dan fan page-khusus untuk kalian yang baru bermula.
3. Teknik blog siapkan ebook. Kelas ini saya hentikan seketika, kerana komitmen yang ada. Dan saya pilih pelajar yang benar-benar mahu belajar. Jadi sekarang hanya ada dua pelajar sahaja dalam kelas ini.

Keluarga blog kami sedang membesar dengan pesat sekali, bagi yang ingi sertai kami boleh lihat pautan di sebelah kanan, kalian singgah di blog akademi bekerja di rumah. Saya sudah letak link ke blog tersebut. Jemput singgah dan baca ya. Pendaftaran kini dibuka 24 jam, setiap hari. Kalian boleh jelajah dulu blog-blog yang sudah dihasilkan. Ada yang masih baru, ada yang masih berada dalam tempoh 'penambahbaikan'. Namanya pun sedang belajar kan, masih ada kekurangan.

Saya masih membuka peluang untuk calon pembantu kelas dan guru online. Lima guru online sedang bertugas dan beberapa lagi adalah pembantu kelas. Saringan masih dibuat. Kalian yang berminat, boleh terus pm saya di fb. Ada fb saya di sebelah kanan, add dan nyatakan kemahuan kalian, kita akan bermula dengan analisa terlebih dahulu ya ;)

Saya masih buka dan memerlukan calon berkomitmen dan fokus. Hubungi saya segera, ketika peluang ini masih ada ;).

Saya mahu jemur pakaian dulu, kemudian sarapan. Pagi ini mertua yang masak.

Salam kasih sayang, oh ya pagi yang belum ada apa-apa bacaan asas, baca ebook ini dahulu sebelum bermula. www.janawangdirumah.com, baca jangan tak baca ;)

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin