Saturday, August 24, 2013

Alhamdulillah, inilah contoh guru online yang komited dan fokus, saya masih perlukan lagi calon sebegini



Assalamualaikum,
Ramai yang bertanyakan tentang Kelas Asas Blog & Fanpage yang sedang aku jalankan secara talian sekarang ini. Di sini ingin aku ingin nyatakan jutaan terima kasih dan tahniah buat sifu tersayang, Pn. Masayu Ahmad di atas terbentuknya Akademi Bekerja Dari Rumah iaitu di mana menghimpunkan para suri hebat yang kebanyakannya bekerja di rumah atau sedang dalam proses membina tapak untuk bekerja di rumah. Syabas sekali lagi!

Boleh baca blog Pn. Masayu di sini (Panduan Bekerja Di rumah WAHM SAHM SOHO)
Jemput singgah baca & ikuti kami di sini (Akademi Bekerja Di Rumah)
Selain itu, kami juga ada menyediakan laman peminat di facebook di mana di sini tempat untuk berhimpunya para suri atau bukan suri yang bekerja di rumah. Ada ramai maklumat & penulisan-penulisan dari penulis yang menulis dan bekerja di rumah. Bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat atau membaca pengalaman-pengalaman yang berguna, jemput klik & like laman fanpage ini (WAHM, SAHM SOHO)

Akademi Bekerja Di rumah ini sebenarnya bertujuan untuk melatih kaum suri mahupun hawa yang sedang bekerja supaya mencari peluang bekerja di rumah. Khas buat kaum suri, Akademi ini menawarkan tenaga pengajar yang bersedia memberikan khidmat coaching online untuk membantu kaum suri memulakan perniagaan di dalam talian. Sebenarnya ada banyak cara untuk menjana pendapatan dari rumah dan inilah yang menjadi fokus utama penubuhan Akademi Bekerja Di Rumah.  Antaranya adalah melalui perniagaan dalam talian (business online) melalui platform blog dan facebook. Bagi yang suka menulis bolehlah mencuba untuk menjual e-book secara dalam talian.

Bagi yang berminat untuk melakukan perniagaan secara dalam talian, bolehlah mengambil kelas asas blog & fanpage yang dikendalikan sepenuhnya oleh aku dan juga beberapa orang guru online yang lain. Kelas ini adalah kelas 100% melalui dalam talian iaitu cara berhubung melalui facebook. Nota akan diberikan berdasarkan silibus-silibus yang telah ditetapkan dan setiap peserta harus menyiapkan tugasan dan akan disemak/diperbetulkan oleh guru online. Tiada had masa un


Alhamdulillah atas sambutan,
Susahnya sekarang ni nak update blog, memang susah nak cari masa yang terluang. Alhamdulillah sebab sekarang ini kelas asas blog & fanpage yang aku kendalikan ni dah makin berkembang, rasa tak menang tangan pun ada tapi syukur juga sebab zaman internet ni, semua nota & kelas hanya diberikan secara online sahaja. Tak payah susah-susah nak keluar rumah jumpa mana-mana..hanya mengadap depan PC/handset sahaja, senang kan? :)

Sabtu yang lepas berjaya juga memujuk en suami untuk ke Ikea. Tipsnya hari Jumaat lagi dah siap-siap Whats App dekat en suami yang isterinya mahukan sebuah meja & kerusi baru untuk office kecilnya (SOHO : Small Office Home Office) sebab yang sekarang ini memang tak selesa, kalau duduk lama-lama mahu sakit pinggang, sakit bontot sakit lutut..cewah! macam-macam pula alasannya kan? Alhamdulillah en suami memangs eorang yang memahami so ke Ikea lah kami:)

Niat di hati memang nak beli kerusi & meja so hanya beli 2 benda ini sajalah. Kalau tambah barang lain nanti melebihi budget pula! Inipon sudah berhabis dalam RM500. Syukur atas rezeki menjadi guru online, dapat juga meng-upgrade pejabat sendiri. Takpe, pelan-pelan nanti tambah apa-apa yang patut..hihi


Bagi kaum suri yang bekerja dari rumah memang digalakkan mempunyai ruang SOHO sendiri. Supaya senang untuk kita simpan segala rekod jual-beli & maklumat barangan.

Seperti dijanjikan, di sini aku kongsikan gambar SOHO terbaru aku. Apa itu SOHO? Small Office Home Office iaitu lebih kurang pejabat bagi mereka yang bekerja dari rumah.

Alhamdulillah terima kasih buat en suami yang tolong pasangkan meja ni. Berpeluh-peluh jugalah nak pasang dari satu-satu menjadi sebuah meja. Ambil masa dalam 2 jam setengah juga tau..HAHA Kalau kerusi tu sekejapan sahaja sebab tak banyak benda yang nak kena pasang!


1 comment:

Nolizawati Mohd Saad said...

Alhamdulillah, tahniah cikgu...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin