Sunday, August 26, 2012

Suasana syawal

Teks: Masayu Ahmad

Tahun ini kononnya mahu tema warna coklat, tapi tema dah kelaut, memandangkan baju raya Aiman dibeli sehari sebelum raya. Apakan tidak, masa saya banyak dihabiskan ulang alik ke hospital, tup-tup dah nak habis puasa.

Saya mengambil  kesempatan ini untuk mengucapka Selamt Hari Raya maaf zahir dan batin, kalau di sini kemeriahan seminggu pertama, jalan raya juga nampaknya sudah seperti biasa. Kesesakan memang luar biasa apabila menjelang musim cuti sekolah dan perayaan.

Alhamdulillah untuk tahun ini, raya pertama saya di rumah mertua, memandangka tidak ada orang jadi tidak sampai hati pula meninggalkan mereka berdua. Menu pagi nasi ayam dan mee kari. Tak sempat pula nak merasa mee kari.


Raya keempat buat reunion rakan-rakan sekolah. Setiap tahun alhamdulillah, dapat ketemu rakan-rakan lama. Masing-masing dah sibuk, jadi kalau nak menjejak satu rumah ke satu rumah memang payah kan, saya suka jumpa satu tempat dan sembanglah sampai lebam. Jumpa kawan-kawan, boleh jadi satu terapi kita boleh sembang macam muda-muda dulu.

Senangnya buat 'port luck' kerana saya tak nak habiskan masa di dapur urus itu dan ini. Rakan-rakan juga mudah berkira, masing-masing pakat bawa makanan dan makan ramai-ramai. Selalunya juga memang banyak dan tak berhabis pun nak makan.

Semek ini sudah besar, jadi sekarang pergerakan saya makin mudah dan empat bulan terakhir ini, semoga dua lagi perancangan besar saya dipermudahkan Allah.





No comments:

There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin