Sunday, August 26, 2012

Medium terbaik mempromos bisnes

Dimanakah medium atau apakah cara terbaik untuk mempromosikan bisnes?

Sebenarnya tiada satu medium yang terbaik untuk mempromosi semua jenis bisnes. Ia bergantung kepada produk, harga, pelanggan dan juga wang yang anda sanggup laburkan dalam promosi.

Sebagai contoh, medium promosi menjual suplemen kesihatan adalah berbeza dengan medium mempromosi menjual buku. Bagi menjual suplemen kesihatan, berkemungkinan medium terbaiknya dengan meletakkan iklan dalam majalah kesihatan. Manakala, untuk menjual buku medium terbaik mungkin dengan meletakkan poster di kedai-kedai buku.

Tanya diri anda sendiri
Apakah cara paling efektif untuk mempromosikan produk kepada pelanggan yang betul-betul berminat dan mempunyai keupayaan membeli daripada anda.

Pelbagaikan media untuk memastikan jawapan anda. Teruskan mencuba setiap medium promosi dan bandingkan hasil jualan setiap cara tersebut sehingga anda jumpa medium promosi yang memberi pulang terbaik.

Sekiranya tidak cuba tidak tahu.

Sumber: Nota Jutawan Nota Perniagaan


No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin