Wednesday, April 22, 2009
Tip membeli belah
Mempunyai ramai anak-anak yang kecil agar sukar untuk mendapatkan masa dan ruang untuk membeli belah. Sekiranya ada pembantu amatlah mudah, tinggalkan sahaja di rumah saya dengan senang hati keluar berpoya-poya dengan suami. Tetapi tidak semua yang mempunyai kemudahan seperti itu. Sebelum menggunakan khidmat pembantu rumah saya pernah juga menggunakan khidmat pengasuh dan nurseri untuk kes-kes kecemasan.
Peluang yang sama juga digunakan untuk membeli belah. Kebiasaannya membeli barangan dapur saya mengangkut ketiga-tiga anak teruna. Satu troli dimuatkan dengan kana-kanak bertiga ini. Manakala satu troli untuk memuatkan barang-barang. Asyik terperap sahaja di rumah, mereka mahu juga keluar mengambil angin.
Jika makan diluar kebiasaannya Hakim dan Arif sudah pandai makan sendiri. Cuma kena pandai-pandailah untuk mengawal agar tidak berselerak. Arif sejak kebelakangan ini cara makan sudah agak bersih. Tidak seperti biasa, separuh masuk dalam perut, separuh lagi berterabur di bawah. Tinggal sahaja lagi Aiman tidak mahu duduk diam. Kalau diberikan kerusi untuk bayi. Dia akan memberontak mahu keluar. Aiman akan berdiri atau berusaha dengan gigih mengeluarkan diri dari tempat duduk. Aiman mahu juga duduk atas kerusi seperti orang lain. Si kecik ini tidak mahu dilabel sebagai bayi lagi.
Untuk memudahkan kami dapat menikmati makan malam diluar dengan selesa. Selalunya saya akan bagi makan sekenyang-kenyangnya atau sudah diberi minuman agar mereka sudah separuh kenyang. Kadang-kadang saya pastikan mereka sudah letih bermain, jadi kuranglah sedikit aktif mahu ke sana dan ke mari. Atau langkah paling tidak memeningkan kepala, beli dan bungkus. Makan sahaja di rumah.
Teringat saya ketika kali pertama mempunyai bayi. Ingin membeli belah di Mid Valley kononnya. Selepas zohor kami bertolak, memandangkan mahu bersolat dahulu. Kemudiannya jalan jem teruk. Kami sampai lebih kurang jam 3 petang. Perut berkeroncong. Selesai makan, si Hakim pula melepas, jadinya saya berulang ke tandas untuk membersihkannya dan menyusukan sekali. Sesudah selesai, suami pula mahu ke tandas. Menunggu lagi. Alih-alih jam sudah Asar. Jadi solat dululah, kami bergilir, selesai suami saya pula. Sudah petang, mood mahu membeli pun sudah kurang. Orang pula ramai. Sudahnya satu apa pun tidak dibeli. Asyik bertawaf, bergilir ke tandas, bilik solat dan menyusukan Hakim. Moralnya selepas itu kami keluar awal pagi, bersarapan dan menjadi pelanggan pertama di pagi hari mana-mana pasaraya. Atau meninggalkan anak di rumah, nurseri atau pengasuh. Kalau tidak satu benda pun tidak boleh dibeli.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Salam Ayu...yes, awal2 dulu, utk bawa Hannah ke mall adalah suatu yang sangat membimbangkan. Kalau dia tidur, memang ok sangat la...tapi, si kecik nie sangat alergik dengan panas...panas sket je, dia terjaga n then meragam...tapi, itu cerita 10-11 bulan yang lepas. Masuk 3-4 bulan, tak susah sangat nak bawak Hannah ke mana2 lagi, janji ada baby fan dia, and mainan kecil utk melekakan. Juga, harus standby dengan bekalan susu...beres!
kak jaja...musti hannah nanti vogue da vas macm mak dia jugak nanti.. akak dah terer lah ni sakarg pasal bab budak2.. keluar lagi sorang memang meriah lah rumah
aiyooo...aku sementara anak sorang nih blh ler angkut ke hulu ke hilir....esok2 kalu dah 2,3 tatauler caner...
jawabnyer tinggal ler sumer...kami dating berdua je...hahahaha
hahha pandai lah ko... bwk semo pun best jugak.. huru hara jadinyer kalu time makan... tapi bila dah biasa...no problemo lagi..
udah bisa tegal biasa
Post a Comment