Friday, April 3, 2009

Mari memanjat

Ibu tolong, tolong. Kedengaran suara Arif meminta tolong. Rupanya mahu dikeluarkan daripada almari. Dia sudah terperangkap dan takut untuk melompat keluar. Kerusi kecil dijadikan alas tempat pemijak untuk naik ke dalam rak almari.

Hakim berjaya melepas diri dan tinggallah Arif berlinangan air mata menangis mahu turun. Tolong bu, tolong. Ayah memberitahu, rupanya inilah caranya dia mencapai barang tersorok. Rahsia sudah diketahui kerana acapkali barang-barang dan dokumen penting yang sudah disorok sudah berjaya dijejaki kedua beradik.

"Kenapa tidak bantu Arif turun?" Tanya saya pada si Ayah.

"Biarlah, pandai naik, pandai-pandailah cari jalan turun."

Saya pergi mendapatkan Arif. Masih berlinangan air mata merayu simpati agar diturunkan. Saya senyum sahaja. Tolong bu! Sambil mengangkat tangan. Saya mendukung Arif yang kesedihan.

2 comments:

Anonymous said...

betul gak ckp laki ko tuh...biar dia pandai naik pandai turun...xpon tungguler lama sket kot nak p amek pon...hehehehe

Masayu Ahmad said...

yo lah.. tapi hati ibu kan tak sampai hati..kalau tang menangis aku biasanya biarkan aje.. kalau dipujuk makin lamalah nyanyiannya. kalau tak pujuk sekejap aje..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin