Friday, April 3, 2009

Alahai anak-anak

Aiman paling cepat rasanya akan bercakap. Selain mempunyai abang-abang yang mempengaruhi patah perkataan keluar. Evu, evu (Ibu, ibu) walau pelat, patah perkataan yang keluar mudah difahami maksudnya.

Setiap anak tidak sama perkembangannya, saya masih mempelbagai pembelajaran agar tidak terlalu boring dan memberi tekanan. Kebiasaannya diberikan secara santai agar mereka boleh mencerap seberapa banyak yang boleh.

Aktiviti mengaji biasanya dijadikan rutin selepas maghrib. Pada masa ini untuk membuatkan mereka ralit dan tidak mengganggu. Jika tidak Hakim mengambil sejadah untuk dirinya dan Arif sebagai makmun di belakang. Tidak mengapa jika tidak menggangu.

Beberapa kali gangguan yang dibuat Hakim menyebabkan saya lari dan mengunci pintu jika mahu solat. Apabila kita rukuk dia akan bersedia di belakang memeluk paha. Dan kemudia apabila sujud badanya melekat dibelakang, dijadikan sebagai gelongsor. Maka mengelongsor badanya turun sambil mengekek-ngekek ketawa. Kemudian dia akan kembali posisi asal bersiap sedia memeluk ibu, untuk aktiviti gelongsor seterusnya. Acapkali saya akan melarikan diri ke bilik lain untuk bersolat.

2 comments:

MS said...

he he ada 3 hero lagi fenin eirk

my adib sejak kopiah dia tak muah dia suka masuk dalam telekung saya, setiap pergerakan dia akan ikut.
nak kena cari cepat2 kopiah baru

Masayu Ahmad said...

ha ha ha tulah dia,,, macam-macam hal..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin