Saturday, April 18, 2009

Jom ke pesta buku di PWTC



Hati saya sudah ada di sana, tetapi jasad sahaja yang masih berada di rumah. Jika tahun-tahun sudah saya akan ke sana pada hari pertama pada waktu malam. Seronoknya tidak penuh sesak lagi dengan pengunjung, saya berpeluang berjalan dengan lebih mudah.

Pendapat yang mengatakan rakyat Malaysia kurang membaca sudah tidak boleh dipakai. Sudah ramai pemain baru yang terjun dalam industri ini dan buku berbahasa Melayu kini sudah menampakkan masa depan yang lebh cerah.

Tahun lepas saya mendapat VCD Alif, Ba. Ta dengan harga yang murah untuk anak-anak. Puas berlegar dan mencari akhirnya ditemui juga. Tahun ini belum tahu lagi berkesempatan atau tidak. Apa yang pasti hati saya diragut-ragut untuk ke sana. Kondisi Hakim pada masa sekarang kurang sesuai untuk ke sana. Putera kesayangan ini mana boleh bersesak-sesak dalam orang ramai. Sangat sensitif,semputnya sudah ada tanda-tanda semalam. Kondisi sudah ok pada hari ini, tetapi saya tidak berani mendedahkannya.

Membaca buku kalau boleh mahu diterapkan sebagai budaya membaca untuk seisi keluarga. Hakim dan Arif sudah menampakkan minat, jika saya ralit memegang buku, seorang demi seorang akan mengambil buku dan bertempet sebelah ibu kiri dan kanan. Alhamdulilah. Saya seboleh mungkin mahu memupuk dan membeli bahan bacaan yang sesuai mengikut peringkat umur.

Jika nampak ibu lepak-lepak melayan televisyen, akan dikutip buku dan diberikan pada ibu," baca buku ibu', arah Hakim. Wah, wah, wah pandai pulak dia menyindir ibu.
Dalam fikiran saya beli buku tak apa, lagipun tiga orang serentak yang akan gunakan. Tetapi kadang-kadang habis lunyai dibuatnya. Hakim biasa akan mengisi buku-buku kecil miliknya dalam beg mickey mouse. Manakal Arif dalam beg comel berwarna oren. Masing-masing sibuk mengelek dan konon-konon mahu pegi sekolah. Beg mickey mouse Hakim jugalah akan diisi pampers dan bekal lain jika mahu keluar.

4 comments:

Anonymous said...

lama dah x p pesta buku...last time jd booth karangkraf dulu...hihihi..nostalgia sungguh!

Masayu Ahmad said...

aku pun tak tahu lagi dapat pegi ke tak.. biasanya tak pernah miss

Ely Hasrul said...

beshnye.. kalu org tnya aku musti kata 'im not a reading person' sumpah malas. tapi sejak pegnen terus aje rajin membaca.. bagus.. hehehehe

Masayu Ahmad said...

elysuhaili- tq singgah sini

biasalah tu 'seru' membaca belum tiba lagi

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin