Saturday, April 11, 2009
Perjumpaan para ibu
Malam jumaat yang lepas ada satu perjumpaan untuk para ibu-ibu di sini. Ahli Jawatankuasa Taman sudah pun dibentuk. Manakala perjumpaan kali pertama ibu-ibu adalah untuk memilih AJK biro yang mewakili setiap blok.
Sebelum ini sudah beberapa kali sesi ramah mesra dan majlis makan-makan. Saya suka tinggal di sini memandangkan semuanya adalah Melayu dan didiami hanya 80 rumah sahaja.
Alhamdulillah pemilihan dilakukan dengan mudah memandangkan semuanya jenis yang tidak banyak songeh. Seronok macam ini, tidaklah ada yang hanya terkurung sahaja dalam rumah tanpa ada aktiviti.
Di blok perumahan belakang para suami sedang gigih menyiapkan astaka, dijadikan sebagai lokasi untuk aktiviti berkumpul, kenduri, sukaneka, aerobic, poco-poco (kaum wanita sudah mula ghairah untuk aktiviti ini) dan sebagainya. Habis mesyuarat santai tersebut kami makan-makan sambil berborak. Biasanya saya adalah yang terakhir balik, kerana rumah sebelah sahaja.
Sistem keselamatan kini rasanya sudah selamat berbanding dahulu, sudah diupah pengawal keselamatan untuk mengawal masuk kenderaan. Kini sudah tidak ada kes pecah rumah lagi. Budak-budak pula bebas ke sana kemari bermain.
Jika dahulu saya agak kecewa juga kerana ada anak-anak muda yang suka merempit di kawasan ini, menggangu ketenteramaan dan budak-budak takut untuk bermain. Kadang-kadang taman permaiman dijadikan kawasan lepak. Sakit mata memandang.
Kebanyakannya adalah budak- budak daripada kawasan flat. Saya bukan merendah-rendahkan penduduk rumah flat, tetapi budak-budak tersebut masih memerlukan perhatian ibu bapa, itu yang saya kesalkan. Kadangkala cara berpakaian dan membawa motor dengan laju dan menekan minyak dan kebingitan agak menyakitkan hati.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
amboiiii....aktifnyer jwtnkuasa kampong....
ohh sgt best kat taman nih,, tapi rasanya akulah ajk paling mudo..
tp sebab muka aku ala2 serius yang tahan tuh ada yang pangil kakak.. alahai
Post a Comment