Monday, July 29, 2019

Apa khabar?

Assalamualaikum w.b.t



Catatan 29.7.2019

Berbaki 42 hari Arif bakal menduduki UPSR sesi 2019. Manakala Aiman akan menduduki UPKK sesi 2019.

Tahun berikutnya pula 2020 Aiman akan menduduki UPSR.

2020 Hakim berada di tingkatan 3, tahun 2021 barulah Hakim menduduki MTQ kemudian bersambung dengan SPM.

SubahaAllah anak anak sudah pun membesar dan meningkah remaja.

Pantas masa berlalu.

Cerita yang bakal kita tinggalkan bernama kenangan.
Gambar lama tiga tahun lepas.
Hakim dan Arif sudah jauh meninggi. Aiman sahaja tak tinggi tinggi.
Semalam rutin biasa menjemput pulang, berborak dengan Ammar.
Kalau ibu mati?
Saya akan menangislah. Lepas tu saya termenung.
Bakpo pulok mahu termenung?
Sebab sayo sedih.
Kalau Ammar sedih doalah banyak banyak.
Tahun ini sesi selang seli menjemput anak anak paling kerap. 8 pusingan.
Tahun depan Aiman pula bersambung untuk UPSR selepas Arif. Rumah akan beransur sunyi.
Begitulah 12 tahun pertama anak anak bersama kita.
Riuh rendah, bergaduh, bermain. Masa seolah berlari pantas. Anak membesar, usia kita semakin beransur pergi.
Ammar memujuk Arissa yang sedang merajuk di hujung gambar.


Tuesday, March 19, 2019

L:ama tidak bersiaran di sini


Langit sudah terang, kabus kelihatan tandanya kita sekarang berada dalam musim kemarau. Daun kering banyak yang gugur. Sebelum sampai ke sekolah kami singgah seperti biasa beli kuih-muih. Kuih masih murah di sini 4 biji seringgit. Aiman donut, Arissa sardin gulung. Sejak Januari sudah lama ibu tidak menyediakan sarapan. Tidak sebagaimana dulu dulu. Masa seakan sangat pantas. Hanya petang barulah menyediakan menu sebelum anak anak balik sekolah. Tahun ini agak kritikal jadual, namun Alhamdulillah masih dipermudahkan.
            Hanya beberapa hari lepas ibu keliru dan mungkin juga terbabas, awal setengah jam dan tunggu agak lama juga Arif tidak muncul-muncul. Jadinya, Arif pulang berjalan kaki. Kalau dikira dekat sahaja, tetapi dengan cuaca panas begini memang aduhai aduhai. Maafkan ibu.
Lalu pagi ini bertanya lagi.
“Arissa balik jam berapa.”
“1.30.”
“Aiman dan Arif?”
“Jam 3.00 dan jam 3.30.”
Walaupun kadangkala kita menjalani rutin yang sama, tetaplah juga terlepas pandang. Tahun ini agak padat jadual, namun alhamdulillah sebab ini yang kita mahu maka sentiasa berlapang dada.
Jalan melawan arus, kereta bersusun ke tempat kerja. Muka kelat, masam, macam macam wajah pagi. Terkenangkan dahulu turun rumah seawal jam 7 anak anak masih kecil hanya hantar kepada pengasuh. 1 jam perjalanan pergi dan balik, walhal 30 hingga 40 minit sahaja dari Hulu Langat ke Kota Damansara. 1 jam untuk menempuh kesesakan jalan



Monday, September 17, 2018

Sunday, August 5, 2018

Kembali beraksi

Teks: Masayu Ahmad


Naufal Aiman Tahun 3 2017


6.Ogos 2018


Assalamualaikum w.b.t

Lama tidak bersiaran di sini alhamdulillah saya kembali dengan momentum baru. Alhamdulillah abang Hakim sudah pun berada di tingkatan satu, Arif tahun 5, Aiman di tahun 4, Arissa di tahun 2, Ammar 4 tahun dan Amni sudah pun 2 tahun.

Benarlah ungkapan selepas kesukaran ada kesenangan, selepas berusah payah ada kemenangan. Dalam setiap langkah diatur kita tahu akan ada pengakhiran.

Kita bangkit setiap hari dengan bersemangat. Menulis adalah terapi dalam diri, ia luahan yang membangkitkan pesona dalaman diri.

Dua tahun kebelakangan ini jadual agak recam. Fasa sekarang saya sedang menyusun jadual yang lebih tenang sebelum kembali sibuk beberapa tahun di hadapan. Ini adalah turun naik perasaan seorang ibu insya Allah.

Terima kasih kalian yang masih berada di sini bersama sama saya.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin