Tuesday, December 31, 2013

Hari hebat bermula setiap hari


Teks : Ummu Sumayyah
Sumber:http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/Syukur kepada Allah kerana dengan izin dan nikmatNya, alhamdulillah saya berjaya juga menyiapkan tugasan 44 entri yang diberikan kepada saya. Seperti biasa tugasan 44 entri ini juga dikhususkan kepada semua ahli Akedemi Bekerja Dari Rumah yang diasaskan oleh Pn Masayu Ahmad ini. Ia bertujuan untuk melatih setiap ahli supaya membiasakan diri dengan pengalaman menulis. Walaupun dengan kesuntukan masa dan tenaga yang amat terhad bagi saya untuk menyiapkan semua tugasan yang diberikan namun dengan semangat yang ada, saya berjaya juga walaupun ianya mengambil masa yang agak lama iaitu kira-kira tiga bulan lebih berbanding dengan rakan-rakan muda yang lain yang berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan dalam jangka waktu yang singkat.

Sebelum saya meneruskan ulasan saya ini, terlebih dahulu ingin saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada mentor saya adik Anys Idayu kerana sudi mencurahkan ilmu-ilmu beliau kepada saya tentang bagaimana untuk menghasilkan sebuah blog. Walaupun blog yang saya hasilkan ini tidaklah seperti blog-blog protege yang lain di dalam akademi ini, namun saya bersyukur kerana terdapat juga pembaca-pembaca yang sudi membaca tulisan saya. Ini dapat dilihat pada 'pageview' di dalam blog saya yang semakin meningkat. Begitu juga terima kasih saya kepada pengasas Akademi Bekerja Dari Rumah ini Pn Masayu Ahmad kerana dengan ideanyalah maka tertubuh satu komuniti alam maya bagi mereka-mereka yang memerlukan bimbingan. Semoga Allah memberkati segala usaha beliau. Aameen. 

Setelah tiga bulan lebih saya bersama dengan rakan-rakan yang lain di dalam Akademi ini, apa yang dapat saya simpulkan di sini bahawa banyak faedah serta kebaikan yang saya dapati di dalam Akademi ini. Pendekata banyak informasi-informasi baru, pengalaman-pengalaman serta kemahiran orang lain yang boleh saya ambil dan jadikan iktibar. Dan apa yang paling unik di akademi ini adalah kami seolah-olah bekerja di dalam satu pasukan yang kuat walaupun pada hakikatnya semua ahli-ahlinya berselerak di seluruh pelusuk negara dan ada juga segelintir di luar negara. 

Matlamat utama saya untuk berblog ini bukan lah untuk bisnes semata-semata, tetapi ianya lebih kepada perkongsian ilmu-ilmu yang bermenafaat serta pengalaman-pengalaman berguna yang saya alami supaya ianya boleh dijadikan pedoman kepada pembaca-pembaca sekelian. Semoga segala usaha saya ini, akan diberkati serta diredhai oleh Allah subhana wa ta'la. Sekurang-kurangnya ia sedikit sebanyak boleh menjadi bekalan untuk saya bawa setelah saya tiada lagi di dunia ini. Aameen.

Teringat saya tentang sebuah hadith nabi 

Dari Abdullah bin Amr radhiyallahu ta’ala ‘anhu, bahwa Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً
“Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari)

Al Ma’afi An Nahrawani mengatakan, “Hal ini agar setiap orang yang mendengar suatu perkara yang sahih dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersegera untuk menyampaikannya, meskipun hanya sedikit. Tujuannya agar nukilan dari Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam dapat segera tersambung dan tersampaikan seluruhnya.” Hal ini sebagaimana sabda beliau shallallaahu ‘alaihi wa sallam, “Hendaklah yang hadir menyampaikan pada yang tidak hadir”. Bentuk perintah dalam hadits ini menunjukkan hukum fardhu kifayah

Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan untuk kita menyampaikan perkara agama dari beliau, karena Allah subhanahu wa ta’ala telah menjadikan agama ini sebagai satu-satunya agama bagi manusia dan jin dalilnya :

Pada hari ini telah kusempurnakan bagimu agamamu dan telah kusempurnakan bagimu nikmat-Ku dan telah aku ridhai Islam sebagai agama bagimu” (QS. Al Maidah : 3). 

Oleh itu di sini saya ingin menyarankan kepada rakan-rakan serta ibu-ibu di luar sana, sesiapa yang bercadang untuk sama-sama menyertai kami di Akademi ini. Anda boleh lah menghubungi mentor saya Puan Anys Idayu. Jangan membuang masa lagi kerana banyak peluang serta faedah yang boleh anda dapati sekiranya anda berpeluang menyertai kami di dalam komuniti WFHM ini.

Sekian sahaja ulasan saya untuk kali ini. Sekiranya terdapat apa-apa kekurangan didalam tulisan saya sebelum ini dan yang akan datang maka saya memohon maaf. Sesungguhnya yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu dari kesalahan diri saya sendiri. Dan tidak lupa juga kepada pembaca-pembaca yang memberi komen-komen positif kepada saya diatas perkongsian ilmu-ilmu yang saya paparkan di dalam blog ini, saya ucapkan jazakillahu khairan. Moga kita sama-sama mendapat menafaat di dunia dan di akhirat. Aameen.
 

Ulasan Kelas Asas Blog Mula Bisnes - Sharifah Sahiza

Guru Online : Anys Idayu Hj Zakaria
Protege : Sharifah Sahiza 
Sumber : http://sharifahsahiza.blogspot.com/2013/12/ulasan-kelas.html



Monday, December 30, 2013

Mula dan selesaikan matlatamt 2014

Teks: Masayu Ahmad
mula baca naskah ini www.janawangdirumah.com

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah atas nikmat dan kasih sayang Allah, ya saya masih bersiaran seperti biasa. Tahun ini matlamat utama ialah menyelesaikan 13 lagi manuskrip. Saya mahu usahakan lebih banyak terbit sebagai buku, insya-Allah.

Juga penekanan dan fokus saya agar rakan niaga/pengurus online boleh jana pendapatan RM1k, RM3k dan RM5k hanya dari rumah. Bagi yang sudah sedia boleh pm saya di fb ya, https://www.facebook.com/masayu.ahmad

Manakala kelas offline untuk mula bisnes, boleh daftar melalui email untuk keterangan lokasi, pn.masayu@gmail.com. Kelas bermula Mac. Terima kasih atas pertanyaan, kelas hanya hari tertentu sahaja.

Tahun hadapan jadual padat bermula Januari hingga Disember. Insya-Allah.

Mula bisnes tanpa modal

Mula dengan bisnes dropship juga salah satu cara lagi untuk menjana pendapatan. Dropship ialah menjual produk fizikal, yang dibekalkan pembekal tanpa perlu agen jualan menyimpan stok.
Kalian hanya bertindak sebagai orang tengah atau agen yang mempromosi barang-barang tersebut di facebook, fan page, blog, web jualan dan sebagainya.
Caranya, pembekal akan menyediakan gambar dan bahan promosi, agen hanya copy paste gambar tersebut dan masukkan di dalam facebook, web jualan atau blog.
Kemudian mempromosi kepada pelanggan. Selepas pelanggan mahu membeli, agen menerima wang transaksi. Kemudian mengambil bahagian komisyen.
Wang yang sudah ditolak komisyen (bahagian agen), baki (kos produk dan kos penghantaran) dibayar pula kepada pembekal.
Pembekal akan menguruskan penghantaran produk.
.Status penghantaran dimaklumkan kepada agen.
Agen akan memaklumkan status penghantaran, kod penghantaran dan juga tarikh barang dihantar.
Agen akan berurusan dengan pelanggan, juga berurusan dengan pembekal. Maksudnya di sini agen adalah perantaran antara pembekal dan pelanggan.

Kumpul modal dari komisyen
Ok, konsep dropship ini sangat mudah untuk diuruskan. Usahawan hanya perlu ada komputer dan internet. Juga mempunyai senarai pembekal yang aktif menawarkan produk. Hanya google kata carian dropship. Pilih produk yang mempunyai agihan komisyen yang tinggi, contoh RM50, buat sasaran jualan harian, RM100 sehari untuk dapatkan pendapatan bersih RM3k sebulan.
RM3k sebulan ini boleh disimpan sebagai modal. Simpan dan lupakan. Ini juga satu latihan yang sangat bagus, iaitu latihan menjual, mempromosi dan meningkatkan ilmu pemasaran. Kekalkan momentum jualan setiap bulan, buat rekod dan pelbagaikan strategi.
Kekalkan fokus mendapat jualan harian minima RM100 sehari, dan tingkatkan lagi jumlahnya dari masa ke semasa. Cabar diri.

Saturday, December 28, 2013

Cabaran tingkatkan pendapatan kurangkan pembaziran tambah nilai penjimatan

Teks: Masayu Ahmad
sudah sedia boleh baca naskah ini dahulu www.janawangdirumah.com

Rata-rata rakyat Malaysia sedang berusaha untuk menambah pendapatan, tekanan demi tekanan kenaikan harga barang. Ramai sudah mula keluar dari kepompong kehidupan 'zon selesa', sama ada lebih berhemah, mula merancang penjimatan dan mula menjana beberapa lagi sumber pendapatan.

Kesederhanaan
Bagi suri rumah sudah tentunya tempiasnya sama, tetapi bagi yang sudah biasa, ia alah bisa tegal biasa, tinggal lagi hanya tingkatkan lagi usaha.

1. Masak di rumah
2. Tingkatkan pendapatan ke dua, ke tiga
3. Berjimat
4. Menabung

Ada banyak lagi yang dikongsi pakar-pakar kewangan, saya akan kongsikan di sini juga ya. Kebetulan juga tahun 2014, saya juga memberi tumpuan kepada buku-buku kewangan dan akaun bisnes kecil. Insya-Allah.

Kehamilan ke 5
Saya masih menanti hari, pun begitu masih aktif lagi dengan tugas menulis seperti biasa. Banyak berkurung di bilik, sudah mula untuk manuskrip 2014. Insya-Allah, manakala kelas online masih berjalan seperti biasa.

Bagi yang mahu dan meyertai saya, bolehkah menjana pendapatan tanpa perlu keluar rumah? Ya, boleh saya sudah 4 tahun melakukannya. Manakala bisnes luar rumah, saya sudha agihkan kepada pembantu. Jadi sama, sahajakan tak perlu keluar rumah. Arahan kini boleh pelbagai, tak perlu kita bazirkan minyak dan tenaga.

Saya kategori ini
-minimakan aktiviti luar rumah jika tidak penting
-Mudahkan aktiviti yang mudah
-Selagi mana ia boleh menjana pendapatan, guna kesempatan online yang ada. Mudahnya kan kita hidup di zaman it berbanding mak-mak kita dahulu.

Kelas offline
-Kelas personal coaching akan bermula Mac, itu pun 4 hari sahaja seminggu, dan dari jam 9.30 hingga 11.30. Itu sahaja masa saya yang ada diperuntukkan, memandangkan bertalu mesej mahu juga kelas offline/ Memandangkan 'amanah ini'perlu juga saya kongsikan, maka dengan lapang hati saya buka kelas offline tersebut. Kalian boleh hubungi saya pn.masayu@gmail.com ya, untuk maklumat lanjut.

Kelas lain secara online masih lagi bersiaran.
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas belajar iklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Kelas asas urus akaun bisnes wahm/soho

Keterangan lanjut ada di sini, http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/

Thursday, December 26, 2013

Tuesday, December 24, 2013

Suri rumah suri ekonomi rumah tangga rancang tabungan persekolahan

Teks: Masayu Ahmad
Sudah sedia bekerja dari rumah baca naskah ini dahulu www.janawangdirumah.com

Sana-sini sudah ibu bapa sudah mula membuat persediaan akhir untuk anak-anak sekolah. Sekejapan masa berlalu kan. Anak-anak yang kecil dahulu masih bayi kini sudah mula alam persekolahan. Anak-anak saya seorang demi seorang sudah mula memasuki sekolah rendah. Tahun ini giliran Naufal Arif pula. Alhamdulillah. Kini Aiman sudah pun berusian 6 tahun, semasa saya mengambil keputusan berhenti dahulu Aiman masih 6 bulan. Maknanya sudah lebih kurang 5 tahun. Tahun pertama dan ke dua saya masih di awang-awangan, tidak ada jejak yang padat. Masih menebas hutang yang tebal. Tahun ke tiga dan ke empat itulah sudah mula menampakan jalan yang terang. Pun begitu sebelum ia menjadi lebuh raya, saya perlu juga meneruskan perjuangan dan perjalanan.

Alhamdulillah, sangat manis untuk dikenang. Pesan saya pada yang mendaftar saya sudah pun menebas hutan yang tebal, kalian kini tinggal pecut dan usaha luar biasa sahaja. Lebih mudah berbanding saya dahulu. Sudah ada banyak pilihan untuk meneruskan tanpa berlengah, berhenti terlalu lama, masuk persimpangan lain, atau berpatah balik. Itu perlunya fokus, konsisten dan matlamat.



Monday, December 23, 2013

Apabila sudah mula, selesaikan dengan gaya

Teks: Masayu Ahmad

sudah mahu kerja dari rumah baca naskah ini dahulu www.janawangdirumah.com


Penjenamaan diri di blog dan google

Langkah pertama penjenamaan diri di blog, google dan facebook adalah nama kita. Iaitu memilih nama sebenar mengikut ic.

Mengapa perlunya penjenamaan diri di blog, menggunakan nama penuh mengikut ic
cth

masayu.ahmad@gmail.com
pn.masayu@gmail.com

masayuahmad.blogspot.com

Mulakan teks penulisan entri di blog
Teks: Masayu Ahmad

Sebabnya google dan blog ini sepertinya adik beradik. Memudahkan kita berurusan secara profesional untuk apa-apa urusan sekali pun. Ia juga seperti kad bisnes

Cuba google nama saya dengan kata kunci Masayu Ahmad.
Cuba pula guna masayu10 ada beza tak. Apa yang kita akan jumpa.

Itu sebabnya, email, nama blog, dan juga entri di blog sangat penting memudahkan bakal pelanggan mencari kita. Jangan guna nama samaran. Begitu juga fb, guna gambar betul wajah yang betul.

Saturday, December 21, 2013

Ubah tanggapa sudah sempurna baru mahu mula

Teks: Masayu Ahmad
sudah sedia mahu rancang bekerja di rumah baca ini dulu ya www.janawangdirumah.com

Kita selalu dimomokan.
- Ada modal baru boleh mula
-Ada laman web yang lengkap baru ada orang beli
-Ada produk dalam stor baru boleh menjual
-Ada komputer yang canggih baru boleh mula
- Ada hp, gajet yang canggih baru jualan ok

Katakunci di sini 'pecahkan tembok pertama' barulah kita pecahkan tembok seterusnya.

Sekarang ini kita tidak ada apa-apa kita mahu menjual di internet. Apa yang kita perlukan.

1. Cari bagaimana mahu dapatkan wang untuk dapatkan komputer atau laptop. Ini sangat asas kalau mahu bisnes internet.
 Mungkin ia dari simpanan tetap harian, atau kerja sambila yang boleh menghasilkan wang. Simpan dan lupakan, simpan dan lupakan. Baik, dari situ kita sudah dapat komputer. Kekalkan lagi simpan dan lupakan itu masukkan dalam 'tabung modal'. Jangan cuba-cuba usik ya.

2. Konsisten di situ, belajar simpan dan lupakan 'tabun modal'. Kemudian apabila cukup, beli lagi kemudahan untuk mendapatkan internet, jangan tamak, mulakan dengan pakej paling jimat. Kemudian teruskan lagi 'tabung modal' itu.

3. Komputer dan internet paling asas, gali lagi ilmu melalui google itu. Sangat banyak benda percuma. Kemudian, mahu tambah ilmu lagi,sementara 'tabung modal' itu kekal konsisten simpan dan tabungkan. Apabial ada kursus atau ilmu baru yang pelru digunakan, ambil dari situ. Disiplinkan diri.

4. Apabila sudah ada hasil 'simpan dan lupakan', simpan dahulu wang gaji itu, rekod setiap hari dan bulan. Jangan guna lagi. Simpan dan lupakan dalam tabung gaji bulanan. Buat sasaran pendapatan bersih, manakala tabung modal itu masih diteruskan lagi.

Mahu baca lagi, baca dalam ebooo 101 idea home-based bisnes. Ini langkah paling mudah saya terangkan, bukan berkhayal, mahu juta-jutaan. Belajara urus duit duit yang kecil, baru urus duit yang besar. Faham? ;)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin