Monday, June 11, 2012

Aura pagi

Teks: Masayu Ahmad


"Aiman comel, bangun, bangun, sudah pagi," ibu memulkan sesi kejut mengejut.

"Tak nak pergi sekolah, tak nak pergi sekolah," sambil pejam mata.

"Tak boleh man, kena pergi sekolah, budak pandai kena pergi sekolah," pujuk ibu lagi.

"Tak nak lah ibu, Aiman nak tinggal dengan atuk."

Ibu angkat dan peluk Aiman.

"Tak nak pergi sekolah ibu," sambil pejam mata, badan sudah dalam dokongan ibu.

"Iman kena pergi sekolah, semalam sudah janji mahu pergi sekolah,"pujuk lagi.

"Tak nak mandi."

"Ok, ok, tak payah pergi sekolah, tapi kena mandi dulu,"pujuk ibu lagi.

Aiman akur, buang pakaian dan kemudian ibu angkat Aiman ke bilik mandi. Sekali lagi adegan mengada-ngada.

"Nak mandi dengan air panas."

"Yelah, yelah."

Usai air panas dan sejuk bercampur. Aiman sudah ok, berendam dalam besen biru. Ibu biarkan Aiman sambung menyusu Arissa. Setiap hari begitulah abang Aiman.

"Ibu, ibu, nak basuh kepala." Aiman jerit panggil nama ibu.

"Ya, ya, ya." Ibu bergegas kembali kepada Aiman. Jirus air, gosok sabun dan bilas.
Usai selesai naik ke atas.

"Tak nak pakai baju sekolah."

"Tak apa, nanti Aiman ikut ibu pergi kerja."

Aiman pakai baju sekolah. Kadang-kadang mood angin, dia pakai dan kembali berbogel.

Ibu biarkan Aiman seketika. Arissa sudah siap dan wangi, semua beg sudah masuk dalam kereta. Sekarang giliran Arif pula untuk dikejutkan. Akan berlaku adegan yang sama.

Semuanya akan selesai selepas enjin kereta dihidupkan. Aiman akan gegas pakai baju.

"Ibu, ibu tunggu. Jangan tinggal Aiman!"

Sampai di PASTI. Lagi sekali drama swasta bersambung.

Tetapi apabila jejak sahaja kaki ke tanah. Aiman dan Arif akan laju sahaja masuk kelas.

Alahai anak. Tidak sah waktu pagi kalau ibu tak mandi dua kali. Sepanjang tempoh ini, Arissa paling mudah untuk diuruskan. Usai mandi, makan, menyusu dan berpakaian, dia akan mula lambai tangan kepada atuk dan mok.

"Bai, bai." Arissa dah nak ke sekolah.



Saya memang comel

                                                  Setiap hari saya nangis sebab nak dokong dengan ibu
                                                          Saya suka ibu peluk saya setiap hari.
Aiman suka sekolah, cuma Aiman mahu manja-manja.

Salam kasih sayang

http://www.facebook.com/KedaiBukuOnlineDotCom

Sunday, June 10, 2012

Kelansungan bisnes

Teks: Masayu Ahmad


                                                http://www.xpresszoom.com/wanbudgetinn

Alhamdulillah atas urusan hari ini dipermudahkan. Tadi ada temujanji dengan pemilik Wan Budget Inn, saya tanyakan perkhabarn hotel bajet milik Cikgu Wan Ismail.

Alhamdulillah, setakat ini setiap hari ada yang menginap di hotel milik beliau. Cuti sekolah yang sudah juga ada peningkatan tempahan bilik.

Lega sekali saya mendengarnya. Perbualan kami juga berkisar, bagaimana untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan sedia ada. Saya ada majukan supaya lebih banyak bilik untuk individu dan keluarga. Maksudnya bilik yang dijadikan 'hostel' diubahsuai semula.

Cikg Wan bersetuju dengan saya, kerana dalam fikirannya juga sedang dan ingin membuat renovasi semula agar dijadikan pertambahan bilik. Lokasi hotel ini sangat strategi, dekat denga KB Mall, Tesco dan hanya 10 minit sahaja ke Pusat Bandar. Juga berdekatan dengan lokasi Masjid Kampung Sireh.






Saturday, June 9, 2012

10 sebab anda sudah boleh membuat keputusan bekerja dari rumah

Rancang mulai hari ini www.janawangdirumah.com


1. Anda sudah ada sumber pendapatan pasif dan aktif secara tetap.

2. Boleh bekerja di bawah tekanan dan bersedia menghadapi apa sahaja risiko.

3. Mendapat sokongan sepenuhnya dari suami atau isteri untuk menghadapi masa di atas di bawah.

4. Mudah dan tajam tindakan apabila mendapat peluang baru.

5. Bijak mengatur strategi untuk kelangsungan bertahan.

6. Boleh dan pandai meletakkan diri pada masa sibuk, tidak sibuk dan super sibuk.

7. Kemahiran, rancang dan rancang semula jenis kerja atau bisnes.

8. Sudah sebati dengan cara kerja sendiri dan tidak perlu bergantung harap kepada orang lain.

9. Tidak ada istilah putus asa.

10. Seronok, apabila berada dalam keadaan sukar mendaki dan terus berusaha, apabila sudah sukses suka berkongsi kejayaan dan pengalaman dengan orang lain.


Salam kasih sayang





Friday, June 8, 2012

Bangun berjuang!

Teks: Masayu Ahmad



Salam kasih sayang, hari ini sudah Sabtu di bulan Jun 2012, sudah pertengahan tahun. Cepat sunggu masa berlalu. Tidak lama lagi akan singgah pula bulan Ramadhan. Insya-allah. Ini tahun ke dua berpuasa dan berhari raya bersama orang tua. Ini juga rezeki kan.

"Orang tua bukannya semata-mata mahu wang ringgit, mahu anak cucu datang bertanya khabar. Hilang sunyi, hilang rindu. Anak-anak cucu boleh memeriahkan hari-hari tua sebelum menutup mata." Pok Mat.
Semalam saya berkesempatan melihat TV 9, hanya sekejap sahaja bersama Prof. Dr.Muhaya. Antara kata-katanya yang melekat.

"Berapa ramai di sini yang sayang kepada mertua. Berapa ramai di sini yang bersyukur kerana mertua telah melahir dan membesarkan suami kita." Prof.Dr. Muhaya

Dua kenyataan di atas, jujurnya lahir dari kata-kata warga yang berusia dan berpengalaman. Apa yang perlu sekarang saya dan kalian juga, sama-sama muhasabah diri.

Hidup ini bukan semata-mata mengejar wang, wang, wang. Tetapi ia adalah keseimbangan, bagaimana kita memberi dan meletakkan diri dalam apa-apa juga perkara.

Beberapa hari lepas juga saya terserempak dengan Ah Soo, sudah lama tidak jumpa dia. Sebagaimana biasanya basikalnya sarat dengan pelbagai bahan buangan yang dikutip iaitu bahan kitar semula seperti kertas dan kotak.

Gigihnya seperti biasa. Gigih berjuang mencari rezeki. Tidak kira panas dan hujan terus sahaja melangkah keluar mencari rezeki. Jika hujan badannya dilindungi dengan plastik besar, tetap meneruskan kayuhan seperti biasa.

Maka, saya malu dengan Ah Soo, kerana saya ada kenderaan yang cukup laju untuk bergerak, ada hawa dingin. Ah Soo hanya basikal yang sudah uzur tetapi masih digunakan sebaik mungkin. Saya? Kalau hujan masih lagi boleh bekerja, di rumah di mana-mana. Jika ini pun tidak boleh lihat dengan mata hati, saya memang malu dengan Ah Soo.

Jemput singgah di sini

  http://www.facebook.com/KedaiBukuOnlineDotCom

Thursday, June 7, 2012

exit plan & kelansungan bisnes

Rancang kerja dari rumah bermula sekarang klik di sini www.janawangdirumah.com


Teks: Masayu Ahmad

Apabila berbicara dengan usahawan baru, usahawan lama dan usahawan berpengalaman. Banyak perkara yang menyentuh strategi bisnes baru dan kelangsungan bisnes.

Contohnya, bicara usahawan pemilik bajet hotel.

"Sudah empat tahun mengusahakan bisnes ini, masanya saya mengusahakan yang lain, kerana ia tidak lagi memberikan hasil sebagaimana mula-mula dibuka dahulu,"kongsi usahawan R kepada saya.

Rancangannya kini membuka bisnes perabut terpakai yang diambil dari Singapura. Juga pada masa yang sama sudah mengusahakan bisnes dari rumah, menjual produk 'P", yang kini lebih memberi pulangan.

Terdapat beberapa risiko dalam kelangsuang bisnes

1.Katanya orang Melayu memang suka bisnes, tetapi yang tidak jujur dalam bisnes juga ramai. Itulah ada bisnes yang tidak berdaya maju, kerana usahawan dengki dan usahawan yang sukses yang lain- makanya perlu usahawan 'mempunyai amalan kesogehan' sebagaimana yang saya suka dengar ilmu ini dari usahawan yang kaya dan beriman, seperti Dato' Rusly.

2. Sedia untuk bersaing- antara risiko dalam bisnes yang perlu kita berani tempuh. Persaingan akan memberi impak bisnes kita bertambah maju kerana keunikan dan pemasaran. Atau sebaliknya kurang daya maju kerana tumbuh pesaing baru di pasaran, ia semakin banyak berdasarka bisnes online, atau bisnes konvensional yang biasa. Usahawan baru akan bercambah setiap minit, jam, hari, bulan dan tahun. Apa lagi ilmu yang perlu dicerap dan dipraktik usahawan sedia ada agar terus kekal dalam bisnes dan berdaya maju.


 You see, it's not enough to build a business worth a fortune; you have to make sure you have an exit strategy, a way to get the money back out.

3. Menurut usahawan R lagi, sahabat bisnes yang memiliki Pusat Tuisyen kini perlu memikirkan strategi baru memandangkan trend bisnes dalam bidang tuisyen mulai pudar. Ini berdasarkan situsai sistem baru peperiksaaan mulai 2014, tidak ada lagi UPSR, PMR.

Apa strategi baru yang kita perlu ada, strategi untuk berdaya saing dan juga kelangsungan bisnes. Usahawan tulen tidak akan merasa serik untuk berusaha, hanya yang unggul mampu terus berjuang dalam kelansungan bidang bisnes.

Jemput singgah

http://www.facebook.com/KedaiBukuOnlineDo

Wednesday, June 6, 2012

Alhamdulillah untuk hari ini ;D


Teks: Masayu Ahmad

Terima kasih Allah atas rasa tenang, terima kasih Allah atas rasa syukur masih diberi lanjut usia, kerana banyak perkara yang perlu diselesaikan. Moganya Allah kembalikan saya dengan keadaan sudah meninggalkan amal dan sedekah jariah yang banyak. Banyak, yang boleh membantu saya di sana.

Esok mahu pulang ke rumah ayah, sudah dua minggu tidak pulang. Kebetulan ada kenduri sebelah rumah. Sudah lama tidak makan gulai kenduri. Sejak balik bermewah-mewah dengan makanan Kelantan. Sekarang ini, di negeri Cik Siti Wan Kembang, jalan di mana-mana pun sesak. Memang begini musim cuti sekolah, bukan di sini sahaja, di negeri lain juga.

Bersambung ;D

Tuesday, June 5, 2012

Kisah inspirasi!

Siapa pemilik soho ini, memang cantik kan ;D


Saya tidak banyak mengetahui latar belakang Hadhatina cuma dalam rekod dia membeli ebook www.janawangdirumah.com, ada berutus email sahaja. Selainya banyak saya lihat perkembangannya di facebook sahaja.

 Selalu saya melihat perkembangannya dengan bisnes Shaklee yang diusahakan. Dia adalah usahawan yang sedang mendaki naik dalam bisnes yang diusahakan, anak didik Lyna Noh. Ok, mungkin nanti kita akan siarkan pengalamannya bekerja dari rumah.

Hadhatina ini adalah pembaca buku Jana RM Dari Rumah dan juga ebook panduan bekerja dari rumah www.janawangdirumah.com. Saya tidak mengatakan selepas baca buku ini terus berjaya macam Hadhatina, cumanya, dia pandai mengambil peluang, berusaha, tidak kedekut untuk mendapatkan ilmu, nah kini dia sudah mendapatkan hasil dari usahanya sendiri.

Banyak seminar-seminar percuma dan berbayar diluar sana, sama ada mahu percuma atau berbayar itu pilihan kita sendiri. Mungkin dengan percuma kita mendapat hanya 40 % ilmu dan berbayar kita dapat 60% idea yang tersembunyi.

Begitu juga dengan seminar Dato' Rusly, ia adalah percuma, tetapi buku dan info yang disampaikan boleh digunakan sampai bila-bila,




LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin