Monday, February 28, 2011

salam pagi penuh tenaga

Teks: Masayu Ahmad
Foto: Google

Alhamdulillah hari ini bangkit dengan semangat baru dan berkobar-kobar mahu menyiapkan kerja. Semalam tidur lena dan mencukup untuk badan berehat. Susunan bab dalam manuskrip membuatkan saya lebih laju menyudahkan penulisan. Apabila bermula bulan baru, maka sudah berederet tugasan baru yang sudah melambai-lambai untuk dikerjakan

Jam sekarang 10.55 Arif dan Aiman baru bangun kerana semalam mereka tidur lewat. Manakala Hakim memang mudah dikejutkan pagi, dan memang bersemangat untuk ke sekolah. Mudah uruskan Hakim waktu pagi.

Ok, masanya untuk saya mandikan si puteri Arissa, kemudian akan mengambil giliran Aiman dan Arif.

salam kasih sayang

http://www.masayuahmad.com/
http://www.masayuahmad.blogspot.com/

corat coret petang hari

Teks: Masayu
Foto: Google
Corat coret petang hari, hari ini menyediakan air bandung ais buat kanak-kanak riang. Semalam satu jug air teh ais. Tahulah kalau kanak-kanak lelaki suka lompat sana sini, lari sana sini, berpeluh satu badan. Mahu atau tidak kena bancuh juga minuman petang buat mereka.

Ok bersambung jadual saya seperti semala, usai Hakim ke sekolah, jam lapan saya akan menjemur pakai, menyusu Arissa dan barulah bersarapan. Menyediakan sarapan kadangkala bergilir dengan mertua.

Jam 9, mandikan Ariisa, sambung menulis, jika Aiman dan Arif sudah bangun bagi mereka bersarapan dahulu. Kemudian baru mandi dan mereka akan melayan pc. Ada dua satu untuk mereka satu untuk saya, saya akan sambung menulis sekitar jam 10,11,12. Pada masa yang sama pada jam 10 kadangkala perlu menyelesaikan barang basah yang dibeli atuk mereka. Pecut menyusu Arissa, kelentang-kelentung di dapur memasak untuk tengahari, suda zohor, solat dahulu. Jam 3 pecut mengambil Hakim, balik sambung sebentar menulis, kemudian menyusu lagi, layan kanak-kanak, petang hari angkat kain. Petang kadangkala saya masak untuk malam, kadang-kadang mertua.

Sekarang 6.18 kejap lagi mandikan Arissa, saya rehat sekejap dan sambung semula selepas solat Isyak. Kadangkal dah lena sambil menyusu.

Kadang-kadang semasa basuh pinggang mangkuk, idea datang bertali arus. Mahu cepat selesaikan, begitu juga ketika melayan anak-anak yang sedang menangis, yang itu mahu ini, yang ini mahu itu. :D. Sedar tak sedar sudah pagi, sudah petang, sudah malam dan sudah pagi semula. Begitulah rutin sibuk, begitu cepat beredar meninggalkan kita. Mulai minggu depan mahu atau tidak, saya istihat jumaa dan sabtu hari untuk saya sahaja. Tidak boleh tidak, jadual kerja memang padat, saya perlu terus meluncur biar saya meninggal waktu, bukan waktu meninggalkan saya.

Salam kasih sayang

http://www.masayuahmad.com/

Sunday, February 27, 2011

Secangkir teh seberkas manuskrip

Teks: Masayu Ahmad
Foto: Google


Apa khabar suri sekelian. Moganya kekal cergas, bertenaga dan sentiasa bermotivasi. Gambar di atas adalah gambaran manuskrip. Langkah pertama menyusun judul-judul, langkah ke dua selepas dipersetujui editor saya akan membuat penyelidikan, lengkap susunan bab, akan bermula pengembaraan menulis, mengedit, menambah, membuang. Selesai menaip di komputer manuskrip mentah akan saya print. Ia biasa setebal 180 hingga 200 muka surat.

Bermula semula sesi penyuntingan bab demi bab. Satu klip hitam seperti contoh gambar untuk satu manuskrip. Biasanya manuskrip mentah masih lagi ada proses penambahbaikan, sama ada, ada bab yang dibuang, perlu tambah bab atau dibuang bahagian yang tidak diperlukan.

Penyuntingan perlu dibuat banyak kali, peka dengan kesalahana. Bab kata kami baca sampai lebam untuk menyucikan hasil penulisan. Barulah di print lagi untuk diberikan kepada editor. Selepas proses penyuntingan dilakukan pihak editorial, kemudian beralih kepada tugas grafik artis untuk membuat atur letak, kemudiannya membuat cover, sesudah atur letak (pay out) selesai, ia akan di print lagi dan kemudian akan dihantar semula kepada penulis untuk sesi penyuntingan sekali lagi. Pada masa ini juga akan dilakukan contoh cover muka depan dan juga lain-lain tambahan.

Sebelum ia ke pasaran menjumpai pembaca banyak proses lai lagi, iaitu urusan percetakan, urusan di dalam stor, dan agihan ke kedai-kedai buku. Setelah dicetak, perkara pertama yang saya lakukan ialah, membaca semula dan mencari kesalahan ejaan. Untuk buku Jana RM Dari Rumah saya masih membaca dan menyunting, untuk dibuat penambahbaikan pada masa hadapan.

Saya tidak sabar untuk berkongsi manuskrip baru. Tetapi perlu sabar, sekiranya sudah ada proses lay out barulah boleh dikongsi. Selagi belum berada di tangan editor, tidak boleh bertelur sebiji riuh sekampung lagi. Apa pun tugas saya, terus menulis dan berkongsi apa sahaja yang bermanfaat.

Salam kasih sayang

http://www.masayuahmad.com/ -laman web rasmi
http://www.masayuahmad.blogspot.com/- panduan kesihatan dan kecantikan
http://www.naufalsayang.blogspot.com/- panduan bekerja di rumah (wahm, sahm, soho)
http://www.janawangdirumah/ -panduan bekerja di rumah untuk wanita (lelaki pun boleh juga)

Working mothers, Happy Kids




If you want understanding, try giving some

Name the following:

- Two of your child’s closer friends

- Their favourite activity

- Theie biggesr fear

- Their worst time of the dat

- Their best time of the day

- Their favourite item of clothung

- Their favourite cartoon character

- Describe their schedule at school

M/s: 38, Working Mother, Happy Kids: 21 ways to forge closer bonds with your children, By Amita Dholakia


Sehari bersama kanak-kanak riang

Teks: Masayu Ahmad
Foto: Google


Seawal jam 4 atau 5 pagi, Arissa akan mengejutkan saya. Perlu menyusu dahulu sebelum memulakan tugas yang lain. Bersambung menulis atau menyunting manuskrip. Usai Subuh saya akan kejutkan Hakim, biasanya dia akan bangun dan baring semula di sofa. Kemudian akan bergerak mandi sendiri. Jika tidak pun en.ayah yang akan uruskan. Keperluan baju, beg sekolah sudah tersedia. Hakim sudah biasa pakai baju, pakai bedak dan mengambil beg sekolah. Sebelum itu akan mencium tangan atuk, nenek dan saya. Berpagi-pagi akan dihantar ke sekolah dengan en.ayah. Setelah menghantar Hakim, en.ayah akan membawa satu plastik kuih untuk Aiman dan Arif.

Saya sama ada bersambung semula di dapur menyediakan sarapan. Ini rutin secara bergilir, biasanya hari saya masak, esok mertua, begitulah seterusnya. Ia tiada dalam jaduala, tetapi pandai-pandai lah saya membawa diri. Nanti menjadi menantu hantu pula ;P.

Saturday, February 26, 2011

Cari kelainan untuk segarkan urusan rumah tangga

Teks: Masayu Ahmad
Foto: Google



Setiap hari melakukan hal yang sama, jam berganti hari, hari berganti minggu, minggu berganti tahun. Jadual yang sama pagi mengemas rumah, menjemur pakaian, menyaiapkan sarapan, menyiapkan anak-anak ke sekolah dan juga keperluan suami. Tengahari kembali menguruskan anak-anak yang pulang dari sekolah, sambil pada masa yang sama uruskan kerja-kerja rumah berganti-ganti dengan melayan anak-anak yang kecil. Tiada istilah cuti, bermula awak pagi hingga lewat malam.

Begitu juga bagi wanita yang berkerja, bangun dinihari, menyiapkan anak kecil, bersiap, menghantar ke nurseri, bersiap ala kadar, menempuh jam, bermula 9 hingga lima bekerja untuk majikan. Kemudian memecut semula, jika bekerja di bandar-bandar besar akan berada di dalam kesesakan hampir satu hingga dua jam adalah perkara biasa. Menjemput anak pulang ke rumah. Mula menyinsing lengan, memasak, mengema rumah, mengurus pakaian kotor. Menjelang malam, jika sempat menyemak persekolahan anak-anak. Hingga lewat malam keletihan sudah terasa. Jika ada kerja sampingan seperti bisnes online, atau apa sahaja kerja sambilan akan berjaga hingga lewat malam. Esok rutin akan bermula semula.

Kepenatan datang silih berganti, anda mencari ruang, tenaga, wang, masa yang bernilai untuk dinikmati. Namun ini berlaku pada kebanyakan orang. Masihkah tiada cara untuk keluar dari 'zon keletihan' ini dan bila ia akan berakhir.

Berikut beberapa tip untuk menyonsang arus kesibukan.

1. Jika anda mampu dan ada duit lebih, semua pakaian serah sahaja pada tukang dobi. Serah pada setiap hari Rabu dan ambil pada hari Jumaat. Malam Jumaat selesaikan dan simpan pakaian yang sudah bersih dan susun cantik-cantik. Hari sabtu, sudah tentu hati sudah lapang kerana tidak perlu fikirkan pakaian kotor lagi. Ia nampak biasa, tetapi sebenarnya ia pencuri masa yang banyak. Gantikan masa itu untuk bersama anak-anak atau fokus kepada urusan bisnes yang dijalankan secara sampingan.

2. Setiap kali hujung bulan atau awal bulan, anda akan membayar ke semua bil-bil dan tangan sudah mula gatal untuk membeli belah. Tetapi keadaan tetap hampir sama kerana, kebanyakan pusat beli belah juga penuh dan ramai orang. Untuk mencari hari lapang dan tenang, biasanya membeli belah pada pertengahan bulan. Maksudnya peruntukan untuk itu, hanya pada pertengahan bulan. Jika tidak percaya cuba. Keadaan lapang dan tenang, juga tidak perlu bersesak beratur.

Saya kongsikan dua dahulu, jika kalian ada pandangan, sila nyatakan. Mari kita pecahkan kebiasaan dan menyonsang rutin yang sama. Cari semula ketenangan, masa yang tenang dan ia milik kita, jika kita bijak mengaturnya.

Friday, February 25, 2011

Mengenalpasti pembelajaran sesuai untuk anak-anak

" Boboy main bola, beh, beh, beh."

" Itik ikut ibu, i, i, i"

"Abu ada ayam, a, a, a"


Itulah nyanyian Hakim setiap kali di dalam bilik air, di ruang tamu di mana sahaja. Apa yang dibelajar di sekolah di ulang-ulang. Aiman dan Arif juga akna terikut-ikut sama, subjek baru yang dipelajari si abang apabila pulang dari sekolah.

Minggu lepas Hakim sudah mendapat buku yang ke 3, alhamdulillah sudah mendapat rentak laju membaca. Dua suku kata sudah lancar. Sebenarnya semua sudah ada direndam di dalam kepalanya. Pembelajaran adalah secara tidak langsung. Iaitu secara santai dan diulang-ulang tanpa tekanan. Jika saya mengunakan kaedah duduk dan buat. Lima hingga 10 minit adalah masa yang paling lama diambil Hakim. Dia bukan seorang yang tegar fokus pada satu-satu perkara.

Suka matematik

Buku yang saya beli semasa Pesta Buku tahun lepas juga sudah digunakan dengan konsisten. Paling nyata dia suka membuat latihan matematik. Separuh buku dikerjakan secara kusyuk tanpa perlu disuruh-suruh. Memang ya, dia suka matematik. Cuma untuk menulis, memang Hakim lebih suka saya berada di sebelah.

Cara melatih anak untuk ibu super sibuk

Cari kaedah fleksibel, santai dan tidak membuat ibu bapa stress mengajar anak-anak. Boleh pelbagaikan cara. Disebabkan mereka sudah menguasai dan mengenal huruf dan bunyi secara fonik, ia sangat membantu untuk cepat faham dan mudah membaca. Ini adalah contoh Hakim. Saya melihatkan perkembangan ini pada Aiman dan Arif. Mungkin selesai kesibukan saya, saya uruskan pula Arif, sebolehnya mahu dia cepat membaca seawal 4 tahun. Itu sasaran sahaja, tetapi tidak meletakkan harapan tinggi kerana saya tidak mahu saya dan anak-anak stress.

Mudahnya kerana semua suka buku. Hakim di mana-mana dia bawa buku kerana sudah biasa melihat saya sentiasa bersama buku. Jadi tidak perlu dipaksa-paksa, ia adalah kaedah lihat dan tiru.
Ayat-ayat lazim sudah semakin lancar, begitu juga tentang solat. Alhamdulillah setiap kali balik, saya nampak peningkatan yang baik tentang solat. Di sini begitu banyak pusat pengajian tahfiz, hati terasa lapang. Saya akan usahakan satu persatu, tidak akan terlalu mendesak, tetapi penambahbaikan berterusan dan konsisten. Semoga anak-anak senang dan mudah faham mendalami apa sahaja ilmu untuk kebaikan dunia dan akhirat.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin