Sunday, October 31, 2010

Bermula pecutan November 2010

Teks: Masayu Ahmad
Pic: Google


Hari ini sudah  1 November 2010, saya juga hanya ada 60 hari untuk menyelesaikan 4 tugasan penting dan dua tugasan tambahan, 1 misi dibawa ke tahun hadapan. Jika diagihkan hanya ada 15 hari untuk satu tugasan dan dua tugasan tambahan tersebut perlu menyelit mana-mana tempoh masa dalam 24 jam setiap hari.

Saya tidak mahu sesak nafas atau tertekan, tetapi hanya menyudahkan dan membuat jadual semula. Untuk buku-buku peraduan saya akan mula mengepos hari ini dan esok. Mohon bagi sedikit masa pada saya ya, agak sesak nafas juga dibuatnya. Semoga kalian mendapat manfaat dari pembacaan buku Jana RM Dari Rumah, kepada pembeli yang sudah menerima tempahan, saya ucapkan ribuan terima kasih, kerana tempahan buku adalah terus konsisten setiap minggu. Alhamdulillah.

Begitu juga jualan buku, walaupun tidaklah mencanak-canak jualannya, tetapi jualannya juga adalah konsisten. Saya harapkan juga yang sudah menyertai affiliate, boleh melakukan promosi berterusan. Boleh peka dengan promosi yang saya lakukan di sini.

Ok, patutnya juga ada beberapa sesi perjalanan jauh, tetapi saya membatalkan, kerana kesihatan diri dan juga senarai juga yang perlu saya usahakan agar selesai. Berbaki 60 hari dan 8 minggu untuk ke tahun 2011.

Ya Allah permudahkan segala urusan. Peraduan di blog satu lagi akan saya panjangkan sehingga Mac 2011. Sungguh panjang penantian kalian, tetapi terpaksa. Jangan risau ya, jika rezeki kalian tetap mendapatkannya. Ada beberapa orang yang belum memberikan maklumat untuk penghantaran. Sebaik-baik alamat adalah alamat di tempat kerja.

Ada beberapa kes buku-buku yang saya hantar tidak sampai, dan ada juga yang hilang. Jadi saya perlu mengantikan semula. Jadi sangat berharap agar kalian dapat memberi kerjasama. Saya hanya membuat pernghantaran sekali sahaja, tidak ada ulang-ulangan. Pun, begitu saya perlu bertanggungjawab ke atas setiap hadiah agar perlu sampai ke tangan kalian. Ia dikira amanah kan, cepat atau lambat buku tersebut perlu beredar ke tangan empunya diri.

Ok, saya mahu membuat susunan semula jadual kerja November, Oktober 2010. Harapnya 4 tugas utama dan 2 tugas sampingan ini dapat saya sempurnakan dengan cemerlang dan kekal produktif.

Thursday, October 28, 2010

Terapi buat wanita ;D

Teks: Masayu Ahmad
Pic: Google


Bilik untuk urusa pakaian, sama ada membasuh, menjemur, mengosok. Sangat sejuk mata memandnag, keadaan tidak bersepah-sepah. Ini juga boleh dijadikan satu bilik terapi jika pandai menyesuaikan. Tengok pilihan warna asas hanya putih dan warna tanah sahaj. Tidak berserabut dengan pelbagai warna. Itu adalah kata kunci pemilihan warna untuk terapi mata dan fikiran. Cuba bandingkan dengan keadaan tempat membasuh atau tempat kalian menguruskan pakaian. Kadangkala seolah-olah tidak ubah seperti tempat stor untuk simpanan barangan terbuang. Rumah kita kan tempat lokasi untuk bersantai-santai dan bersenang-senang. Ok mulai hari ini cuba minimakan perkara atau perkakasan remeh temeh. Buang segala hiasan mak nenek yang serabut mata memandang.


Pada saya pilihan gambar ke dua adalah lebih tersusun dan kemas, semua perkakasan yang serabut, simpan dalam satu tempat dalam rak seperti di atas. Jika tidak ada kabinet, pilih kotak plastik yang banyak terdapat di kedai.


Kata kunci di sini:

1. Dua warna asas sahaja, kalau warna pulih ia akan nampak luas, bersih.

2. Jangan pilih padanan corak berbunga-bunga, abstrak- sila buang corak begini kalau mahu kediaman lapang-selapangnya.

3. Nyahkan segala perhiasan yang menyumbang kepada habuk, perhiasan semata-mata (perhiasan kecil-kecil yang memenuhkan ruang anda) ia hanya serabut mata memangdang. Cuba kalian bayangkan padang hijau yang lapang. Lapang bukan! Kosong tanpa apa-apa.Minimakan hiasan kecil di rumah.

4. Tidak perlu perabot baru, hanya beli cat sahaja. Jika tidak percaya cubalah cari warna cat cerah dan gabungkan dengan putih, rasa luas sahaja kediaman. Lenyapkan segala lakaran lukisan yang dilukis kanak-kanak.

Semasa bekerja sebagai wartawan dahulu, jika untuk tugasan mengambil dekorasi rumah, ada satu rumah pemiliknya gemar mengumpul barang jika melancong. Alamak! Saya mahu ke rumahnya, hanya tinggal ruang sempit sahaja untuk set sofa dan tv, yang lain penuh dengan barang hiasan. Habis semua ruang tamu dipenuhi barang. Macam stor pun ada, bukan lagi ruang tamu untuk beristirehat. ;D

Wednesday, October 27, 2010

Suri rumah adalah hebat, mengapa ramai yang tidak suka!

Teks: Masayu Ahmad

Apabila bergelar suri rumah ramai yang memberi pelbagai persepsi. Ini antaranya.

1. Saya tidak boleh jadi suri rumah, nanti saya boleh jadi gila.
-Habis tu kenapa kahwin, adakah kerana orang lain kahwin kita pun kahwin. Berapa ramai yang sudah menjadi suri rumah sakit mental? Apa yang saya lihat mereka mempunyai dunia sendiri dengan anak-anak. Bangun pagi ibu ada, balik sekolah ibu ada, mahu makan ibu masakkan. Kasihan bagi yang menilai suri rumah macam tidak ada apa-apa. Ingat tak lagi pada air tangan ibu kita, sampai sekarang masih lagi kita teringa-ingat akan masakan ibu. Termasuklah saya. Mereka adalah suri rumah, wanita tradisional yang dulu tinggal di kampung dan kebanyakan dari kita sudah berjaya sekarang. Terima kasih kepada status suri rumah.

2. Saya tidak boleh urus anak-anak, sebab nanti saya akan makin serabut. Lebih baik saya kerja.
Oh, sungguh kasihan yang mempunyai ibu-ibu yang memberi pandangan sebegini. Kahwin mahu, mengandung sembilan bulan, sanggup. Bersalin dengan penuh sukar, sanggup. Tetapi mahu urus anak-anak sendiri tak sanggup. Kasihan anak-anak. Terpaksa diswastakan kepada bibik, pengasuh, atau berkongsi kasih dengan penjaga di taska yang menjaga 10 orang anak-anak lain juga. Kasihanilah mereka.

3. Saya tidak boleh jadi suri rumah, nanti saya tak ada pendapatan, tak boleh beli belah, tak boleh nak ke sana ke sini. Dunia saya macam cacing kepanasan.
Semua ini boleh dilakukan hanya di hujung jari sahaja. Cari peluang itu.

4. Saya tidak boleh jadi suri rumah, nanti minda saya tidak terbuka.
Janganlah melayan movie sahaja, laman face book sahaja. Banyak perkara yang boleh kita pelajari dengan menghadiri kelas ilmu, seminar dan baca buku-buku bermanfaat.

5. Saya tidak boleh jadi suri rumah, nanti saya dipandang rendah oleh ipai duai, jiran tetangga, adik beradik. Setiap kali balik mesti mahu tayang kereta, baju baru, beg baru, barang kemas baru, gajet-gajet baru i-phone versi ke 10 ;D

Kalau kita meletakkan kehidupan sebagai perbandingan dengan kemewahan dan meterial atau kepuasan kaca mata orang lain. Oh, memang penatlah mahu melayan. Islam adalah sederhana, sederhana segala segi, carilah ia. Maka kalian akan temui jawapan sebenar.

Salam kasih sayang

http://www.janawangdirumah.com/

Fokus kepada penyelesaian, bukan kepada krisis atau masalah

Teks: Masayu Ahmad


Saya mengalami kelajuan mengejar masa yang amat dasyat pada masa ini. Dengan berbaki 60 hari ada 4 kerja utama yang perlu selesai, dua tugasan tambahan (utama juga) yang mencuri perhatian masa 24 jam saya. Semalam sepatutnya berjaga hingga ke subuh, tetapi akal kata, rehat, rehat dan rehat. Pagi ini maraton lagi menyiapkan tugas.

Apabila saya menulis berkaitan suri rumah menerima banyak respon, insya-allah lebih banyak artikel akan diselongkar dan dikongsi bersama. Untuk komen-komen, saya sangat menghargai, ambil masa sedikit untuk membalas setiap komen.

Semalam en. kekanda juga pulang lewat pagi. Kanak-kanak riang menanti ayah pulang. Biasa jam 6 sudah terpacak depan pintu. Aiman menanti dengan penuh mengharap.
Pagi ini Hakim bangun.

Hakim: Mana ayah, ayah tak balik ke?
Ibu: Ayah balik, tapi Hakim dah tidur.

Saya juga kiranya perlu berjaga sehingga Subuh, bezanya saya masih di rumah. Kekanda di luar rumah ;D. Kalau dua-dua balik lambat. Macam mana?

Ok, saya mahu teruskan kerja saya yang masih setia menanti, macam tak mahu surut-surut pula. Pada masa ini juga melayan kanak-kanak riang makan, basuh kain (mesin yang basuh) sambung lagi siapkan kerja.


Salam kasih sayang

http://www.janawangdirumah.com/

Tuesday, October 26, 2010

Beli buku Jana RM Dari Rumah- tempahan dibuka



Klik pautan di bawah untuk tempahan dan pembelian :


Testimoni 1:
Buku Jana RM Dari Rumah kini dalam proses penghayatan sepenuhnya oleh saya dan ister sebagai persediaan, andainya perancangan kami untuk beliau berhenti kerja menjadi kenyaaan beberapa tahun akan datang.

Insya-Allah untuk permulaan beliau akan memulakan perniagaan pastri dan roti tahun hadapan.
         -Nazri Kadir, Penulis buku Berfikir Gaya Trump-

Testimoni 2
- Pn. Durra Mohamed Jamri- http://www.artchetak.com/
Jana RM Dari Rumah bukan sahaja memberi pelbagai idea jenis perniagaan yang boleh dijalankan di rumah, malah menjelaskan pelbagai perkara yang berkaitan.

Terdapat panduan bagaimana untuk mengurus masa, cabaran bekerja dari rumah, pengurusan pemasaran, persaiangan dan kewangan turut diterangkan.

Bekerja dari rumah tidaklah semudah yang disangka. Sesiapa yang memasang niat, perlu mendapat maklumat apa yang bakal dihadapi. Insya-Allah semuanya ada di dalam buku ini. Begitu juga panduan motivasu diri sekiranya apa yang dirancang tidak membuahkan hasil
Testimoni 3:
Salam Kak Mas,


Saya nak beli buku Jana RM Dari Rumah untuk hadiahkan kepada ibu mertua saya. Sebab dia macam suka sangat baca buku ini. Mak juga seorang usahawan.
-Hadhatina Abdul Halim- http://adhatine2.blogspot.com/

Nota:

  • BERMULA 1 NOVEMBER 2010-Peraduan Beli dan Menang Sakan bersama MPH outlet bernilai RM 5,000.00 di outlet MPH terpilih seluruh tanahair. (bermula November-Disember 2010) Dalam peraduan ini, pelanggan MPH yang membeli majalah dan buku daripada Grup Buku karangkraf bernilai RM50 ke atas, berpeluang untuk menyertai peraduan bernilai RM 5,000.00. SILAKAN MEMBELI YA :)


  • Jangan lupa untuk ke FIESTA BUKU anjuran GRUP BUKU KARANGKRAF di Alaf 21, Lot 12, Persiaran Kemajuan 16/16 Shah Alam pada 29-31 Okt 2010, jam 9.00 pg - 6.00 ptg!!! Diskaun 30% untuk KESEMUA buku, PERCUMA sebuah buku dengan pembelian RM50 ke atas, Peluang beramah mesra dengan PENULIS kesayangan anda serta RM5 untuk buku-buku terpilih. Sebarkan berita baik ini..!


Monday, October 25, 2010

Segera bangkit suri sekelian!

Teks: Masayu Ahmad
Pic: Google


Salam kasih sayang, sudahkah kalian urus dengan sukses segala kerja rumah untuk hari ini. Kanak-kanak riang belum bangun. Jadi ini adalah masa produktif bagi saya iaitu awal pagi untuk memulakan tugas. Tugas sebenar sebagai suri rumah, tugas sampingan sebagai penulis sepenuh masa. Bunyinya macam seronok. Ya, memang seronok kerana ini adalah pilihan saya. Kenapa pula tidak seronok kan?

Saya wanita bekerjaya

Jika kalian masih kekal sebagai wanita bekerja di luar rumah. Kekalkan ia, mungkin kerana tidak ada pilihan. Mengapa mahu bersedih, seronoklah dengan status kalian. Kerana apa. Kerana menyumbang dan membantu meningkatkan ekonomi keluarga. Cari keseronokan tersendiri. Sisihkan perasaan mahu berada di rumah, tetapi tiada pilihan. Jika tiada pilihan pada masa sekarang, teruskan sahaja dahulu. Mula la merancang-rancang dari sekarang apa yang akan berlaku lima tahun dan 10 tahun akan datang.

Saya suri rumah, tiada pendapatan!

Nikmati dan hargai, kerana tidak ramai yang mampu kekal sebagai suri rumah. Jadilah suri rumah yng efektif. Gunakan sepenuhnya masa yang ada untuk urus rumah tangga, anak-anak, jika ada peluang jana pendapatan sampingan, usahakan, fokus sehingga dapat mencapai apa yang dinginkan. Pendapatan lumayan tidak akan datang bergolek melainkan usaha, usaha, usaha. Perhalusi dan cari apa minat dan bidang anda.

Ini diari harian saya, rutin setip hari.

Membaca.

Adalah perkara wajib jika ingin menjadi penulis. Membaca beribu-ribu perkataan setiap hari adalah perlu agar banyak maklumat dapat kita serap dan hadam. Perlu membaca sebanyak yang mungkin. Perlu cintakan ilmu. Jika kalian mahu jadi penulis, tetapi tidak suka membaca, ucapkan selamat tinggal kepada bidang penulisan. Pilih bidang yang sesuai dengan minat dan kepakaran.


Kelengkapan. Komputer.

Ini juga wajib. Jika saya punya, tiada siapa yang boleh menganggu, kecuali si kecil Aiman. Jika dia datang terpaksa beralah sekejap. Pc kadangkala 24 jam perlu beroperasi, sedia bila-bila masa apabila idea datang atau waktu saya rasa mahu menulis. Tidak ada sempadan. Jika pcp khusus untuk saya, tiada orang lain boleh menganggu, kerana ia ibarat nyawa. Telefon hilang saya tidak kisah, tetapi jika komputer rosak, alamak tidak keruan namanya.

Catatan



Mencatat adalah salah satu kemahiran yang perlu ada. Apabila buntu di depan komputer saya akan limpahkan segala idea dalam bentuk catatan. Ini sudah diasa selama lapan tahu yang lalu. Kini, saya perlu terus mengasah kemahiran ini. Ia perlu, agar semakin lama semakin tajam. Ibarat pedang tumpul, jika setiap hari diasah, lama-lama akan tajam. Pun begitu saya perlu berlatih dan berlatih agar pedang saya perlu tajam, selari dengan usia kematangan yang kian meningkat.

Sekian dahulu, catatan penulis.

Jika mahu bekerja dari rumah boleh baca dan hadam buku Jana RM Dari Rumah. Boleh tempah di sini ya.
http://nilamberkat-kedaibukuonline.blogspot.com/


Salam kasih sayang

http://www.janawangdirumah.com/

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin