Thursday, June 3, 2010

Dua ketegori dalam Peraduan Aku Mahu Buku Jana RM Dr Rumah

Teks: Masayu Ahmad

Untuk menghargai pembeli dan pembaca yang sudah mendapatkan buku saya, maka saya telah menambah satu lagi ketegori iaitu ulasan buku. Jadi dua pembeli yang sudah pun membuat ulasan buku ini di blog masing-masing iaitu Wan Ani dan Durra Mohamed Jamri, kalian secara rasmi layak untuk mendapatkan buku penghargaan. Pemilihan dan penilaian ulasan akan dibuat oleh editor Oasis.

Terima kasih kepada pembeli dan pembaca sekalian, saya sungguh terharu kerana ada yang menyapa telah membeli buku saya. Juga makluman daripada seorang guru yang mendapat hadiah buku ini daripada muridnya. Doa saya agar kalian mendapat manfaat daripada buku ini. Terima kasih.

Salam penuh kasih sayang.

Tuesday, June 1, 2010

Hai, hai, bersua kembali ;D









Teks: Masayu Ahmad


Lama sungguh saya tidak menjengah di sini, 'hanya orang sibuk sahaja yang ada masa'. Memang penuh jadual setiap hari, selain dateline yang datang menjengah dalam bulan ini dan bulan hadapan, juga aktiviti rakan taulan dan keluarga menuntut saya mengimbangi masa sebaiknya.

Banyak betul saya mahu celotehkan, sudah tentunya bulan Jun dan Julai adalah bulan yang sungguh memerlukan saya betul-betul berjuang agar semua kerja selesai sebaiknya. Pun begitu kehadiran teman-teman sekolah pada pertemuan kami hujung minggu lepas satu terapi ketenangan yang mengujakan.

Inilah sahabat-sahabat yang banyak memberi warna dalam dunia persahabatan. Selama dua tahun di alam sekolah menengah kami sememangnya rapat, walaupun berlainan kelas tetapi banyak aktiviti yang menyatukan kami.

Alhamdulillah, semunya sangat membantu dan sahabat-sahabat ini masing-masing memberi komitmen yang cukup baik dalam apapun aktiviti yang kami rancang. Saya sukar lagi mencari sahabat yang susah dan senang dalam dalam tim yang ramai. Ya memang sukar. Walaupun kami berjauhan dan masing-masing salin menjejak kasih. Alhamdullilah atas ukhwah ini.

Tuesday, May 25, 2010

Dapatkan buku saya secara online melalui MPH, Karangkraf Mall & Alaf21 web

Teks: Masayu Ahmad

Alhamdulillah saya baru saya balik dari Lembah Nur Lembah Pangsun, kebetulan pula seminar tersebut adalah berdekatan dengan rumah. Penyertaan adalah percuma anjuran Usahanita Malaysia dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat. Ok, nanti saya ceritakan selanjutnya tentang pengisian seminar tersebut yang berlangsung 3 hari dua malam.


Saya ingin berkongsi perkembangan terkini buku Jana RM Dari Rumah yang sudah pun mula beredar di kedai-kedai buku terpilih di seluruh negara. Jika kalian tidak mahu ke kedai buku boleh mendapatkan secara onlin melalui MPH, Karangkraf Mall dan Alaf 21.


Sila klik di sini, untuk mendapatkan buku Jana RM Dari Rumah dari laman web MPH.

http://www.mphonline.com/books/nsearch.aspx?do=detail&pcode=9789675711015

Suasana kampung melambai pulang

Teks: Masayu Ahmad

Saya sukakan suasana kampung yang mendamaikan. Aroma pasir pantai, hembusan angin yang menyegarkan, suasana tenang segalanya indah jika berbicara tentang kampung halaman. Bangun pagi sudah kedengaran suara kokokan ayam dan burung yang berkicau, segar udara pagi sememangnya lain benar dengan hirup pikuk dan sesak di kota.

Sesiapa pun yang berasal daripada kampung sudah tentu, pastinya ada nostalgia yang melekat. Membesar di kampung dengan makanan yang cukup sedap dan murah. Tidak ada permainan yang mahal, tiada ada baju jenama. Baju kebanyakan dibeli di pasar malam, kedai pagi atau sesekali ke bandar.

Makanan pula bersumberkan makanan tradisional terutama kuih-muih. Tidak ada makanan segera yang memenuhi perut. Jarang sekali suri rumah beradu kehebatan peralatan dan pinggan mangkuk rumah tangga. Memang ada tetapi tersangat jarang. Jika ada masih berada dalam kelompok keserdahanan. Kaum wanita sering berpadu tenaga terutama jika ada majlis keraian dan kenduri kahwin.

Perubahan masa, ramai yang memiliki anak-anak yang berjaya ke menara gading atau sudah berjaya dengan karier mahu pun bisnes. Perubahan ini juga menyebabkan suasana kampung berubah dengan pengisian yang lebih moden namun nilai-nilainya tetap masih ada.

Sesekali apabila menjengah pulang, anak-anak kecil yang kita lihat masih bayi, sudah remaja malah sudah berkeluarga. Betapa begitu banyak berubah disebabkan kapsul masa yang terus bergerak.

Saya sebenarnya sangat teruja, kerana kini sudah boleh menjejaki rakan-rakan sekolah zaman sekolah rendah. Zaman yang penuh keriangan dan warna warni. Sangat seronok jika boleh kembali sebentar dan megulit kembali memori zaman kanak-kanak.

Kini, kebanyakan sudah dewasa, berkeluarga dan beranak pinak. Sangat seronok melihat perkembangan rakan-rakan lama. Apa pun harapannya masa tidak mengubah nilai-nilai murni yang dipegang sejak dari kecil.

Salam kasih sayang

http://www.masayuahmad.com/

Musim bekwoh akan bermula



Teks: Masayu Ahmad
Pic: Google

Akan bermula tidak lama lagi musim cuti sekolah, saya yang tidak ada anak sekolah juga kemungkinan besar akan pulang juga ke kampung. Apa yang terbayang di fikiran sekarang betapa enaknya gulai kawah dan nasi putih panas-panas. Dihidangkan pula dengan belda merah (agar-agar), tembikai merah, solok lada, acar mentah dan sambal belacan. Meleleh air liur dibuatnya.

Petang tadi keinginan sudah dipenuhi apabila si dia membawa pulang tembikai dan tepung pelita. Sejuka leher apabila menikmati tembikai, nikmatnya tidak terkata. Alhamdulilah setakat ini mengidam saya tidaklah merapu-rapu, masih boleh dicari. Tetapi sudah tentu masakan Kelantan adalah pilihan utama. Walaupun melayan selera yang kemaruk, saya masih mengambil pendekata tidak menurut kehendak nafsu, ambil sekadar melepaskan keinginan sahaja. Jika tidak ada tidaklah terlalu mendesak sangat. Tetapi alhamdulillah ada sahaja rezeki yang bertandang.

Sedapnya tembikai merah, lagilah tepung pelita



Pic: Google

Monday, May 24, 2010

Sesegar embun pagi

Teks: Masayu Ahmad


Sesegar embun pagi, terjahan sinar matahari memberi semangat baru untuk diri saya agar lebih bersemangat untuk hari ini. Alahmdulillah idea kembali mencurah-curah dan kelancaran ini membantu saya untuk menyiapkan manuskrip seterusnya.

Kejayaan adalah apabila setiap perjalanan yang kita lalui datang bersama hikmah, ketenangan dan juga cara menikmati hari dan detik masa dengan seadanya. Tinggalkan perasaan sedih, kecewa murung, marah benci dan sakit hati. Jangan berlama-lamaan melayan sikap negatif, sebaliknya melangkah dan teruskan perjalanan. Masih banyak perkara yang perlu diselesaikan. Insya-Allah.

Bak kata seorang ilmuan (saya lupa nama beliau), kata-kata ini melekat dalam minda saya hingga kini.


Sekarang ini tidak ada masa untuk berehat-rehat, tidur atau lepak-lepak. Tetapi masanya untuk berjuang, apa yang dilakukan hari ini adalah pelaburan selepas berubah peralihan fasa ke alam kubur. Di sana adalah tempat rehat dan destinasi yang lebih kekal. Pilihlah perjuangan sama ada mahu rehat dengan tenang atau sebaliknya. Kita yang memilih sama ada mahu berjuang untuk mendapatkan destinasi bahagia atau sengsara.

Salam kasih sayang

http://www.masayuhamd.com/

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin