Friday, March 12, 2010

Sehening subuh, segarnya udara pagi

Pic: Google

Teks: Masayu Ahmad

Salam pagi Sabtu bersamaan 13 Mac 2010. Pagi ini saya bertekad untuk keluar awal dan mengambil udara Bukit Langat. Jika pergi terlalu awal sangat tidak sesuai dan mungkin agak berbahaya. Sekitar jam 7 pagi saya ke puncak bukit.

Suasana segar ditemani nyaman pagi sungguh mengujakan perasaan. Betapa bersyukurnya, masih ada ruang dan persekitaran segar dikelilingi bukit-bukau yang masih menghijau. Saya melangkah perlahan menjejaki bukit, saya suka aktiviti ini tetapi disebabkan penyakit 'M' selalu datang, jadi asyik bertangguh.

Pagi ini tanpa membuang masa, sememangnya mahukan udaran nyaman pagi dalam suasana yang berlainan. Setelah memarkir kereta dan melihat persekitaran selamat, saya meneruskan kembara aktiviti seorang diri.

Semasa di universiti saya selalunya bersama Lina pagi atau petang kami akan berlari-lari 'anak dara' di stadium atau di persekitaran kampus. Semasa bekerja ketika masih di Taman Tun ada satu lokasi berbukit juga sangat sesuai untuk aktiviti meredah laluan bukit tetapi sudah ada lalaun yang disediakan. Biasanya saya bersama Kak Faiz untuk aktiviti ini.

Usai selesai aktiviti, apalagi sudah tentu saya mahu melepaskan rindu nasi kerabu Mak Cik. Hari ini dia sudah ada, sangat gembira kerana dapat menikmati lagi nasi kerabu lagi.

Hakim balik kampung

Hakim kini berada di kampung mengikut Pak Ngoh pulang. Semalam ketika mendengar suaranya di telefon, esakan tangisnya bercampur dengan ayat mahu balik. Sekejap menangis dan sekejap mahu bercerita bahawa dia rindu dan mahu pulang. Tetapi kebanyakan ayat tenggelam dengan esakan tangis yang semakin kuat.

Itulah kan anak, apatah lagi Hakim jarang berenggang jauh dengan saya, jika mahu tidur berpelukan dahulu baru boleh nyenyak. Saya juga sudah teringat-ingatkan Hakim. Suasana jadi sunyi tanpa Hakim di sisi, dia gemar mengusik adik-adik dan ada sahaja aktiviti yang menyebabkan suasana jadi meriah.

Penangan anak, membuatkan saya juga tidak senang duduk sebenarnya. Tidak mengapalah hari Isnin sudah kembali ke Kuala Lumpur. Sabar.

Salam penuh kasih sayang.

Thursday, March 11, 2010

Hakim penatlah, ibu bacalah sendiri

Salam hari Jumaat, penghulu segala hari, hari penuh keberkatan.

Sudah memasuki 12 Mac 2010. Pagi ini en.suami membelikan nasi kerabu bersama daging goreng kunyit. Sudah lama tidak makan nasi kerabu buatan sendiri. Walaupun di rumah saya punya jadual kerja agak padat.

Bermula April, jadual kerja berubah sekali lagi. Hakim, insya-Allah akan kembali ke sekolah. Disebabkan saya memberikan Hakim cuti. Suka-suka saya sahaja mahu beri cuti.

Apa tidaknya, sepanjang Januari dan Februari, masa kerja agak panjang kadangkala sehingga lewat malam. Jadi anak teruna tiga orang ini turut berjaga dengan gembiranya.

Terdapat beberapa kriteria yang saya perlukan dalam tempoh perkembangan Hakim sehingga habis masa 2010. Memandangkan Hakim seorang anak yang tidak boleh berterusan belajar secara kusyuk, jadi saya perlu pelbagaikan aktiviti.

Dia sudah boleh mengenal huruf dan nombor, menghafal dan mengingati surah-surah lazim dan pilihan. Ejaan juga perlu ditekankan. Hakim perlu ke sekolah kerana saya yakin di sana pengurusan dan sistem lebih baik buat dirinya.

Tinggal lagi saya hanya perlu menemaninya membuat latihan asas. Anak teruna ini memang banyak alasan jika dia tidak mahu belajar.

Ibu: Hakim kerja sekolah dah buat belum.

Hakim: Hakim penatlah bu, Hakim mahu rehat.

Ibu: Hakim dah siap belum.

Hakim: Dah siap, (sambil menunjukkan hanya beberapa huruf sahaja yang ditulis, belum siap lagi sebenarnya).  Ibu buatlah, Hakim penat nak rehat. (Amboi-amboi memang bijak cipta alasan)

Ibu: Kalau macam itu ibu tak nak beli lah robot (Ugus sahaja, tak pernah beli pun ;D)

Hakim: Ok lah, Hakim buat ya. (Dengan lajunya buat latihan)

Kadang-kadang sambil hafal surah,

"Ibu, Hakim dah penat, ibu bacalah sendiri," sambil mata terpejam dan mula merebahkan badan.

 Memang betullah, Tuan Hakim yang bijaksana.

Jom terjah blog http://mawarmerah7.blogspot.com/



Sudah lama tidak berkongsi 'blog pilihan'. Kali ini, jemput terjah ke blog http://mawarmerah7.blogspot.com/. Kalau lapar memang buat makin lapar. Apa tidaknya puan blog sangat rajin memasak. Nanti saya ulas lebih lanjut lagi ya. Kongsi gambar sahaja dahulu.

Wednesday, March 10, 2010

2nd Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2010


1 WORLD, 1 MALAYSIA, 1 FIESTA


One of the most awaited events in Putrajaya is due to make a comeback on the 18th until the 21st of March 2010.

The event will feature 23 balloonists from several countries, including Belgium, Switzerland, New Zealand, The Netherlands, USA, Japan and France. This year a lady pilot from Japan, Ms Akari Sue, would be participating in the event.

There would be five hot air balloons specifically to offer tethered rides for the public. The tethered rides are available two sessions a day, from 8am to 11am and 6pm till 9pm. Other activities for the public include helicopter rides, water ball and sphere rides, colouring competition, photography competition, auto show and petting zoo to name a few.

Co-organized by the Malaysian Sport Aviation Federation (MSAF) and AKA Balloon Sdn Bhd, the four-day event will also showcase other flying events featuring para-motor, remote control planes and helicopters, aero models and professional kite flying.

The 2nd Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2010, to be held at the car park area of the Monumen Alaf Baru at Presinct 2, shall be open to the public between 7am and 9pm.


For more information:

Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden


Ada lebih kurang 15 buku yang perlu saya khatam dan hadam dalam tempoh masa terdekat. Salah sebuahnya ialah buku di atas. Ianya ada kaitan langsung dengan 'tugasan' yang saya sedang siapkan sekarang. Sudah terbabas masa sebenarnya, hari ini, insya-Allah saya perlu tekun menyiapkan 'tugasan' ini. Tidak kira apa berlaku, saya perlu menunjukkan perkembangan kerja ini dalam ukuran prestasi bulan Mac 2010.

Surat Pilihan daripada Puan M

Salaam Cik Mas,



Saya M, berumur 27 tahun, sudah berkeluarga dan mempunyai seorang anak. Buat masa sekarang, saya adalah seorang SAHM bercita-cita untuk menjadi WAHM. Tujuan saya mengirim emel ini kepada
Cik Mas kerana ingin meminta pendapat Cik Mas. Sebelum itu, terima kasih Cik Mas kerana blog naufalsayang amat menarik khususnya untuk orang-orang seperti saya.

Maafkan saya andainya saya mencuri masa Cik Mas dan harapan saya agar Cik Mas sudi meluangkan sedikit masa untuk emel saya ini. Saya ceritakan sedikit perihal diri saya dan berharap Cik Mas sudi memberi
pendapat dan bantuan buat saya.

Asalnya pada awal perkahwinan, saya berhenti bekerja kerana hendak mengikut suami yang bertugas di Sabah, dan saya bercadang untuk memohon menjadi guru, melalui program KPLI atau GSTT. Tetapi sebulan selepas berkahwin, saya mengandung dan permohonan KPLI saya tidak lulus manakala untuk memohon GSTT, wanita mengandung tidak diterima jadi saya tangguhkan dahulu niat saya. Kini, anak saya berumur hampir 6 bulan dan saya berasa berat hati untuk meninggalkan anak bersama pengasuh. Tambahan pula, saya ‘breastfeed’ anak saya jadi peluang untuk kembali bekerja terbatas dan saya perlu tunggu lagi. Suami saya pun berat hati jika saya hendak kembali bekerja memandangkan kebelakangan ini macam-macam kes kanak-kanak yang merisaukan kami untuk menghantar anak kepada pengasuh.


Saya tinggal di kawasan yang agak pedalaman. Pada pandangan saya, masyarakat di sini hidup mereka amat daif, kais pagi makan pagi. Asalnya saya berminat juga hendak memulakan perniagaan makanan kecil-kecilan tetapi tidak mendapat sambutan memandangkan masyarakat di sini lebih cenderung makan makanan yang dimasak sendiri oleh mereka. Jadi niat saya mati disitu sahaja.


Saya cuba mencari pula peluang lain. Memandangkan ‘line broadband’ di sini boleh tahan, sekali sekala dapat juga saya ‘loading’ blog sendiri dan ‘site’ lain-lain . Saya mengambil keputusan untuk cuba
perniagaan kecil-kecilan di internet. Baru lagi bermula secara serius. Akan tetapi setakat ini, perniagaan saya belum lagi mendatangkan hasil.


Saya terus berfikir lagi. Apa lagi yang boleh saya lakukan. Saya terfikir mungkin saya boleh mencari kerja-kerja berkaitan penulisan atau terjemahan bahasa inggeris ke bahasa melayu tapi saya tidak tahu
kepada siapa saya harus memohon. Inilah yang menyebabkan saya rasa terpanggil untuk menghantar emel kepada Cik Mas bagi meminta pandangan.

Selain itu, saya juga ingin meminta buah fikiran Cik Mas tentang bagaimana untuk mengatasi masalah motivasi untuk berada dirumah sebagai SAHM atau WAHM. Sebenarnya, ibubapa saya amat kurang setuju dengan niat saya dan suami. Mereka bimbangkan ekonomi kami sekeluarga dan mereka juga berasa amat kecewa memandangkan saya lulusan universiti. Kecewa juga rasanya kerana saya kini sedang mengecewakan
ibubapa saya. Itulah antara sebab saya ingin mencari peluang pekerjaan selain perniagaan yang boleh saya lakukan dari rumah.


Harapan saya semoga saya tidak mengganggu Cik Mas dan semoga Cik Mas sudi memberi pendapat dan membantu saya. Terima kasih Cik Mas kerana sudi meluangkan masa membaca emel saya yang panjang lebar ini.

Nota:

Puan M (saya namakan M sahaja ya), ini mahu berkongsi dan mendapat pandangan. Bukan M sahaja yang masih keliru untuk bermula, malah ramai lagi di luar sana. Sebelum saya menyatakan ulasan saya, jadi saya mohon pandangan suri-suri sekalian.

Mohon beri pandangan kepada 'situasi M' ini. Sekurang-kurangnya setiap pandangan mampu memberi sinar dan jalan. Pandangan 10 orang lebih baik daripada seorang. Idea 10 orang lebih baik daripada idea seorang. Mari kita sama-sama berkongsi pandangan dengan persoalan Puan M ini.

Saya dapat buku percuma dari Oasis Buku

Inilah buku sulung OASIS BUKU sempena PBAKL nanti.

Buku kritikan politik ini ditulis oleh Tuan Norizan bin Sharif (NOBISHA) yang kerap muncul di televisyen bagi membicarakan isu semasa dunia politik, kemasyarkatan dan bangsa.
Buku ini ditulis dengan telus untuk melihat bangsa Malaysia terus maju dengan fikiran yang positif dan bebas adu domba.

Tunggu apa lagi?

OASIS BUKU telah memilih 10 yang pertama menyertai jaringan ini:




1. Hazel Hassan Hisham

2. Nor Hazwani Hashim

3. Asnidar Shafie... See More

4. Olanz Dionz

5. Mohamad Azrin Hassan

6. Masayu Ahmad

7. Zamrie Imiyabir

8. Ilhami Hisham

9. Nasruddin Mohamed

10. Salina Ibrahim


Terima kasih daripada kami. (Oasis Buku)




Oasis Buku, sebuah lagi medium penerbitan buku di bawah payung induk Kumupulan Karangkraf Sdn Bhd yang lebih fokus kepada karya-karya non-kreatif. Sempena PBAKL kali ini Oasis Buku akan menampilkan sebuah buku kritikan politik yang agak kritis dan telus yang mesti dimiliki oleh setiap penggiat politik tanahair.


Oasis Buku akan memainkan peranannya sebagai sebuah penerbit buku-buku umum bermaklumat, buku komentar, buku motivasi, buku jaya diri dan buku manual yang amat diperlukan oleh masyarakat kini. Oasis Buku komited untuk sama-sama berjuang bagi menyebarkan ayat-ayat cinta yang bermaklumat yang wajar ditatap oleh semua pencinta buku.

Jadi tunggu apa lagi? Jumpa di gedung ilmu di Dewan Tun Hussein Onn sepanjang PBAKL nanti, semestinya di Dewan Tun Hussein Onn bermula 19 – 28 Mac 2010.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin