Tuesday, December 13, 2016

Arissa 6 tahun

Catatan 9.12.2016



Hari ini 6 tahun lalu, ibu sarat hamilkan kakak. Dua hari sebelum kakak lahir baru tahu jantina warna pink.

Maka sakanlah ibu dapat anak dara selepas 3 abang.

Esoknya awal pagi macam biasa tanda air sudah keluar.

Ibu sudah tahu rentak kelahiran. Mengemas rumah, mop lantai, makan roti canai. Selepas maghrib barulah serah diri.

Esoknya kakak lahir pada 10.12.

Tapi selepas 2 minggu kakak mengalami penurunan berat.

Maka berkampung kita selama 30 hari di icu.

Kata doktor 50 peratus buah pinggang kakak sudah rosak.

Ibu hanya terkebil kebil. Selepas 30 minit ibu duduk, barulah air jernih jatuh.

Namun, kita ada Allah.

Doa dan usaha. Hari ini kakak seperti kanak kanak yang lain. Sihat dan cergas.

Selamat hari lahir kakak Arissa.

Tahun depan sudah sekolah.

Saturday, November 19, 2016

Cuti hujung tahun

Teks: Masayu Ahmad
Dapatkan semua rujukan di sini: www.akademibekerjadirumah.com/shop

Sudahpun berada di penghujung tahun. Bagi surirumah tidak ada masa yang tidak kosong. Masa begini di isi dengan akviti menghadiri hari konvo anak-anak kecil. Menerima jemputan hari kecemerlangan pelajar dan juga sudah mula menanda hari mencari waktu sesuai membeli kelengkapan sekolah anak-anak. Bersedia lebih awal adalah lebih baik berbanding bersesakan dengan ramai orang pada waktu puncak.

Ini baru betul menggunakan masa yang ada dengan cara terbaik. Bagi kalian yang masih berada di bandar dan kesempatan cuti hujung tahun adalah masa untuk pulang ke kampung. Pulang menjengah atuk dan nenek.

Saya pernah mengalami situasi balik kampung. Berbondong membawa beg dan barangan juga tak sabar mahu menikmati masakan orang tua.

"Telefon lah ma kita akan sampai malam. Mana tahu mereka boleh sediakan lebih awal.

Suami hanya diam. Dua tiga kali saya menyatakan. Diam sahaja.

Kemudian selepas hijrah saya pulang, sebetulnya mahu berada di rumah berasingan. Namun kediaman dua mertua itu sudah sunyi. Jadi mengambil keputusan kami berada sebumbung untuk menjaga kebajikan.

Setiap kali cuti persekolahan, maka rumah atok dan mok( kini arwah) ini menjadi tumpuan.

Tahulah saya tidak wajar kita menelefon dan memberi arahan bahawna mahu pulang dan mahu makan sekian masakan. Bahawa kepulangan kita memang bersambut. Tetapi biasanya apabila pulang,
sembunyikan hari.

Kerana orang tua sibuk mahu sediakan kelengkapan, menukar

Tuesday, November 15, 2016

Hujan dan manuskrip.

Teks: Masayu Ahmad

Dapatkan semua ebook di sini www.akademibekerjadirumah.com/shop


Cuaca agak mendung beberapa minggu ini. Pagi hujan reda sebentar. Hujan lagi. Rumput sentiasa kebasahan. Butiran manik jernih melekat.

Usai goreng tiga bungkus mee teow lalu ada masa sebentar untuk menyemak manuskrip.

Si bongsu tidur agak lama. Hari ini tidak ada kelas Fardhu Ain, jadi anak-anak balik awal.

Semalam saya pancing dengan bauan gulai masak lemak. Dari luar sudah terbau-bau.

Anak-anak sampai sahaja terus meluru ke dapur.

Petang saya lihat licin nasi di dalam periuk.

Nampak sosok mereka berjemaah kemudian terbaring sana sini.

Usai beberapa minit sebelum jam 2.30 perlu menghantar si sulung ke kelas hafazan sesi petang.

Alhamdulillah, saya mulai mendapat rentak kembali menyambung manuskrip selepas lama bercuti.


Wednesday, November 9, 2016

Lensa memori

Teks: Masayu Ahmad

Bunyi deringan telefon, bunyi loceng tamat sesi persekolahan, bunyi siren asrama panggilan sarapan pagi, tengahari, petang dan malam. Masa lalu sangat indah. Indah kerana kita tidak ada tanggungjawab. Merai setiap hari dengan ilmu dan dunia bersama kawan-kawan. Indah bercerita, berkongsi suka duka ketika usia masih mendaki alam persekeolahan.

"Saya suko jadi dewaso, nanti ada duit banyok."

"Tak payah jadi dewasa cepat sangat, nanti Aiman rindu mahu jadi kanak-kanak semula."

Aiman sekarang menikmati hari-hari gembira. Apabila pulang bercerita tentang Ikhwan. Tengahari berkongsi makan bersama teman rapat.

"Saya jimat ibu, tengahari Ikhwan bagi saya nasi. Kami makan sama-sama. Lepas tu dapat air susu percuma."

Itulah cerita Aiman setiap kali pulang dari sekolah.

"Ibu, nanti Ikhwan ajak pergi memancing tepi parit."

"Bahaya, sekarang ini musim air bah. Ajak Ikhwan datang ke rumah main bola sama-sama."

"Tak boleh ibu, sebab dia perlu melintas jalan besar.

Saya tahu seronoknya Aiman mempunyai teman bernama rakan karib.

"Ibu tadi Aiman lambat, saya perlu cari dia merata. Ada dalam kelas bersembang dengan Ikhwan." Lapor Arif.

Begitu hari-hari Aiman, setiap kali masa pulang hilang berdesup usai solat berjemaah zuhur. Menghilang bersama Ikhwan sekitar sekolah. Selalunya menemani Ikhwan bersalin pakaian untuk sesi taekwondo.

Ibu menjelajah jauh cerita tentang hari sekolah. Usai pulang sekolah berbondong dengan rakan rakan. Balik berjalan kaki. Singgah kedai pertama beli keropok lekor dan air sirap. Sirap merah dalam jabir plastik. Cukup wang dua puluh sen.

Sesekali masuk semak atau hutan kecil kutip buah cenerai. Memang hitam hujung poke baju. Kami cari berjemaah bersama kawan-kawan ibu Hasni, Sayani. Inilah kawan sekolah ibu.

Kadangkala usai mengambil wang jualan di kanten sekolah, ada berbaki karipap. Kami makan sama-sama dalam perjalanan pulang.

Kadangkala usai sampai waktu kami berpecah, kami duduk-duduk dahulu sambil menghabiskan keropok lekor dan sirap. Kadangkala sebungkus 'sekut kapal terbang' bewarna merah, 20 sen sahaja penuh kelongsong pembalut surat khabar.

Itulah lensa kenangan. Ia menyapa tatkala melihat Aiman membesar. Jangan cepat sangat besar rai setiap keriangan bersama teman-teman seperjuangan.

Friday, November 4, 2016

Fokus kepada tugas kita


Dapatkan semua rujukan di sini www.akademibekerjadirumah.com/shop


Alhamdulillah kita sudah menghampiri penghujung tahun, berbaki lagi 7 minggu sahaja lagi untuk kita ucap selamat tinggal 2016.

Penghujung tahun ini bakal setahun dua arwah mertua meninggalkan kami.

Awal tahun ini Amni sudah menginjak 6 bulan.

Perjuangan berbaki 7 minggu ini saya mahu lunaskan baki 4 manuskrip yang ada di tangan, moga Allah permudahkan.


Monday, October 17, 2016

Sekian lama

Teks: Masayu Ahmad

Dapatkan semua rujukan di sini ya www.akademibekerjadirumah.com/shop


Assalamualaikum wb.t.

Lama saya mengambil masa untuk kembalikan momentum penulisan. Minat yang satu ini sentiasa subur dalam diri.

Amni sudah menginjak 4 bulan, begitu deras masa mengalir. Saya belek semula senarai judul ebook yang belum selesai. Ada beberapa tajuk yang mahu saya sudahkan. Insya-Allah.

Anak-anak semakin membesardan perhatian semakin terarah kepada mereka. Hujung bulan 12 nanti genaplah setahun pemergian kedua mertua. Dua insan yang meninggalkan kesan paling dalam.

Tinggal lagi ayahanda, moganya Allah memberikan tenaga, masa dan rezeki untuk berbakti dan berkhidmat selagi daya dan masa yang ada.

Maksimakan

Maksimakan apa yang ada dan capai matlamat yang dirancang.


Sunday, October 16, 2016

Seni mengurus warga emas.

Teks: Masayu Ahmad

Nama pun emas kan perlulah jaga dan belai dengan baik.
1. Setiap hari ya setiap hari perbetulkan niat. Ya Allah aku ada ini sahaja. Kau berikanlah kelapangan akal, fikiran, tenaga dan rezeki agar dapat jaga ayah ibu, mertua dengan baik.
2. Minta maaf. Kerana kita adalah paling dekat dan mungkin ada kekurangan tanpa sedar. Semestinya ada tersalah sana sini. Jangan malu peluk dan minta maaf. Orang tua nalurinya sensitif, masa itu juga akan dimaafkan. Rezeki juga bertalu datang pelbagai arah.
3. Jangan kecil hati. Kita tidak layak dan tidak berhak pun untuk kecil hati dengan orang yang melahir dan membesarkan kita. Prof Muhaya.
Lihat balik kedutan dan urat timbul di tangan mereka. Cepat cepar istigfar dan muhasabah. Kalau mahu bercuti maka bercutilah sekejap. Kalau tak dapat, fokus perkara lain untuk melupakan.
4. Masak masakan kegemaran mereka. Waima tidak setiap hari, tetapi pilih hari masak apa mereka mahu makan. Orang tua makannya tidak banyak. Paling banyak pun dua senduk.
5. Hulur. Mereka tidak minta. Tetapi masanya mereka berehat. Hulur kalau hanya ada RM1, hulur lagi RM2, hulur lagi RM10, hulur lagi RM100. Begitulah seterusnya.
Lihatlah Allah akan cukupkan rezeki dari mana mana arah.
6. Simpan masalah, luahkan hanya perkara baik baik sahaja. Kongsi perkara baik baik sahaja.
7. Dengar. Dengar dan lihat mata apabila mereka bercerita kenangan lalu. Dengar sahajapun bukannya berbayar. Bayar dengan masa sahaja

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin