Wednesday, September 9, 2015

Idea Bisnes Makanan

Teks: Masayu Ahmad

Baca rujukan asas di sini www.janawangdirumah.com

Lebih banyak rujukan ada di sini www.akademibekerjadirumah.com/shop


Masih lagi dengan ide bisnes kecil dan boleh bermula dengan modal yang kecil. Kali ini saya mahu kongsikan 10 idea bisnes makanan berasaskan gerai.

Bemula menu pagi hinggalah malam, kita boleh kembangkan asas idea makanan dengan hanya inovasi 'gerai'.

Biasanya banyak di kampung dengan gerai kecil, kadangkala dikenali juga sebagai penjaja. Kini gerai juga boleh diinovasi seperti dalam bentuk 'kiosk' jika kila lihat di dalam pasaraya atau pusat membeli belah.

Saya pernah melihat satu kiosk di pusat beli belah terkemuka, fokus jualan adalah kuih muih tradisional sahaja. Dan ia sangat mendapat sambutan.

Berikut 10 pilihan idea bisnes makanan berasaskan gerai,


Gerai



11. Gerai sarapan


12. Gerai masakan pagi

13. Gerai menu petang, meehun sup, mee goreng

14. Gerai bergerak seperti van, mee goreng dan cendul pulut, ABC

15. Gerai goreng pisang

16. Gerai menu petang

17. Gerai pelbagi air

18. Gerai keropok lekor

19. Gerai mee goreng, kiew teaw goreng (pengkhususan satu menu sahaja)

20. Gerai air kelapa 


Boleh baca lagi dalam ebook bakal terbit 101 idea bisnes makanan. Pre order sudah dibuka.


Idea Bisnes Makanan


Baca naskah persediaan ini www.janawangdirumah.com

Lebih banyak rujukan ada di sini www.akademibekerjadirumah.com/shop


Teks: Masayu Ahmad

Alhamdulillah hari ini 09092015, saya sedang menyuntig dan menyiapkan ebook di atas, agak lama juga diperam. Setengah tahun hanya keluar masuk hospital, jadi berbaki fasa akhir tahun ini saya dapat menyiapkan ebook yang wajib siap untuk tahun ini.

1. 101 idea bisnes makanan.
2. Mula Bisnes Kek Dan Roti
3. Mula Bisnes Jahitan.
4. Mula Bisnes Homestay

Empat di atas menjadi keutamaan untuk bulan ini dan bulan seterusnya.

Kemudian akan menyusul pula

5. NISJ
6. SZH

Ok enam ini menjadi fokus. Kelajuan sekarang ini perlu untuk menyelesaikan setiap siri mula bisnes. Ini khusus untuk rujukan surirumah.


Mana yang sudah terbit kalian boleh dapatkan di sini ya www.akademibekerjadirumah.com/shop





Monday, September 7, 2015

Siapa kita hari ini tidak penting

Teks: Masayu Ahmad

www.janawangdirumah.com

www.akademibekerjadirumah.com/shop


Assalamualaikum w.b.t salam kasih sayang, sudah menginjak petang 6.37 bertarikh 07092015. Alhamdulillah atas segala nikmat dan rahmat.

Minggu ini sudah memasuki zon menyelesaikan beberapa manuskrip. Doanya agar lebih banyak terbit sebagai buku, kerana banyak tahun yang sudah saya fokus menyelesaikan ebook untuk rujukan kelas online. Insya-Allah.

Terima kasih kerana setia di sini, membaca coretan tidak seberapa. Harapannya kalian mencapai apa sahaja matlamat yang diidamkan. Malah dapat menjalani kehidupan harmoni.

Tidak dapat tidak, kita mahukan hidup yang tenang tanpa ada perlumbaan dalam kehidupan. Berlumba siapa menang, siapa hebat, siapa kaya, siapa berjaya.

Tetapi berlumba meraih kasih sayang keluarga dan teman.

Saturday, September 5, 2015

Tenang mudik ke muara

Teks: Masayu Ahmad

Baca persediaan asas di sini www.janawangdirumah.com

Lebih banyak rujukan di sini www.akademibekerjadirumah.com/shop


Alhamdulillah jam sudah 7.12 petang, sebentar lagi akan berkumandang azan maghrib.

Anak-anak sudah pun siap sedia, selepas selesai mengeluarkan peluh. Ammar di pangkuan menemani ibu di bilik kerja.

Saya mahu memahatkan hari penting ini bertarikh 5.9.2015, selepas sekian lama. Lima tahun sudah ia hanya bayangan dan angan-angan. Namun sejak setahun ini ia ibarat satu angan-angan yang mahu saya tunaikan dan sangat inginkan.

Barangkali masanya saya mahu dan memiliki 'hasrat' ini. Alhamdulillah ia direstui.

Kepada Allah saya pulangkan kembali segala nikmat dan kesyukuran. Tidak ada upaya saya melainkan doa yang makbul dan hajat yang tertunai.

Usaha, doa dan tawakkal. Sesungguhnya Allah Maha Kaya Lagi Maha Pemberi.

Thursday, September 3, 2015

Alunan kasih sayang

Teks: Masayu Ahmad

Baca asas persediaan www.janawangdirumah.com

Lebih banyak panduan ada di sini www.akademibekerjadirumah.com/shop

Petang begini sudah selesai urusan untuk hari ini, sama ada di rumah dan luar rumah.
Petang begini anak-anak sudah berlari dan bermandi peluh laman rumah.
Sepak bola semasa sendiri, abang dan adik.
Ammar lihat dari jauh mahu segera menyertai yang lain.
Petang begini, seteko teh o panas bersama alunan kasih sayang.
Sesekali kedengaran batuk kecil. Kelihatan wajah yang semakin dimakan usia melayan keletah si kecil.
Sambil menikmati petang yang semakin melabuhkan tirai malam.
"Mok nok pergi pindah tanah seberang dah."
"Tanah mana?" Tanya Arissa mulus.
"Tanah seberang, nanti tok kelik doh jupo sa."
Saya hanya meneruskan aktiviti dapur sebagaimana biasa.
Mengambil pinggang dan meletakkan kuih dan pulut.
Satu perasaan halus dan sayu menerjah.

Wednesday, September 2, 2015

Mula Bisnes Dropship

Teks: Masayu Ahmad


Mula bisnes tanpa modal sudah menjadi satu lagi permulaan yang baik bagi bakal usahawan yang baru mengenali pemasaran online. Ini sangat sesuai bagi suri yang tidak ada asas urusniaga online. Menyertai program dropship adalah salah satu cara untuk belajar dan berlatih.

Apabila mencari maklumat berkaitan apa-apa program menjana pendapatan di internet, suri mudah terdedah dengan risiko berikut.

1. Permulaan modal yang besar.

2. Mula dengan berhutang atau membuat pinjaman bank.

3. Diberi gambaran bisnes sangat berjaya dengan ganjaran pendapatan lumayan, rumah besar, kereta besar.


Tiga faktor di atas sangat banyak digambarkan kepada usahawan yang sangat baru dan mahu belajar bisnes. Sedangkan dropship adalah salah satu cara rendah risiko yang boleh disertai.

Berikut panduan asas tentang apa itu dropship.

1. Program menjana pendapatan secara online iaitu mempromosi produk melalui laman web, facebook, blogshop, shopping cart.

2. Pembekal produk biasanya menawarkan dropship iaitu mencari agen pemasaran untuk mempromosi, menjual dan mendapat komisyen hasil dari jualan.

3. Agen jualan atau agen dropship boleh memilih sama ada menyertai program dropship berbayar atau percuma/

4. Bagi pihak agen dropship dikenali juga sebagai rakan niaga, hanya akan mempromosi produk yang dbibekalkan pembekal. Apabila ada jualan, agen hanya membuat bayaran terus kepada pembekal dan memberi maklumat pelanggan.

5. Pembekal akan menerima bayaran dan membuat penghantaran produk dan memaklumkan semula kepada agen dropship tentang status penghantaran.

6. Agen dropship adalah pengantara antara pelanggan dan pembekal.

7. Manakala pembekal hanya fokus kepada agen droship, urusan stok produk, menyediakan bahan periklanan dan juga status produk yang dihantar atau juga perkara berbangkit.

8. Sebagai agen dropship, usahawan yang masih baru boleh memilih senarai pembekal berdasarkan satu jenis produk. Dan boleh fokus kepada pembekal yang aktif dan memberikan bahagian komisyen yang besar.

9. Contohnya usahawan sudah membina satu laman jualan berkaitan tudung labuh. Jadi boleh menggunakan kata carian menjejak pembekal tudung labuh yang menyediakan program dropship. Usahawan memperolehi 20 senarai, buat senarai pendek lima pembekal dan mula sertai program tersebut. Sehinggalah mendapat kesesuaian dan keserasian pembekal mana yang paling aktif dan mudah berurusan.

10. Cara ini sangat praktikal tanpa perlu mengeluarkan produk tetapi fokus kepada aktiviti pemasaran atas talian. Tidak perlu mengeluarkan kos yang besar dan juga tidak perlu menguruskan stok.

11. Agen dropship hanya perlu fokus kepada mencari senarai produk yang mempunyai nilai komisen yang besar dan juga fokus membina pelanggan berdasarkan fokus produk contoh tudung labuh.

12. Sebagai agen dropship, suri boleh membuat matlamat jualan contohnya 5 jualan sehari. Katakanlah 1 tudung mendapat keuntungan bersih RM20, maka matlamat jualan harian adalah 5 helai jadi akan dapat RM100 pendapatan bersih.

13. Fokus sasaran jualan ini sangat penting untuk mendapat ukuran yang jelas dengan aktiviti kerja harian iaitu mempromosi, memasarkan dan berjaya mencapai matlamat jualan.

14. Matlamat seterusnya sehingalah mampu mengambil stok bagi tudung labuh yang mempunyai rekod 'jualan laris' dan mampu mengambil stok.

15. Apabila sudah pandai mengumpul modal dan mempunyai stok sendiri, fasa seterusnya boleh pula membina pasukan jualan atau menawarkan program dropship pula.

Tuesday, September 1, 2015

Doa diangkat


Teks dan foto: Masayu Ahmad

Sepanjang dua tahun ini memang tegar juga kesabaran seorang ibu. Tetapi sejak beberapa bulan ini abe Hakim sudah jauh berubah. Tidak perlu lagi disuruh, dikejut terus bangkit. Minta tolong sangat ringan tulang. Malah mengasuh adik dan juga mandikan.
Suruhlah apa sahaja. Juga peningkatan dalam pembelajaran.
Barangkali doa ibu sudah diangkat. Gugur juga air mata melihat perubahan. Cabaran tidak mudah mendidik anak.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin