Friday, March 13, 2015

Yeay! Mama sudah 'resign'

Boleh dapatkan di sini www.akademibekerjadirumah.com/shop

Teks: Masayu Ahmad

Salam pagi Sabtu, salam kasih sayang. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian makhluk. Memasuki pertengahan bulan Mac dan kita masih berada suku tahun 2015.

Alhamdulillah momentum untuka tahun ini sedang laju dan laju. Apabila sedang laju saya mahu menyelesaikan manuskrip mengikut jadual. 50 buku dan 50 ebook. Ebook semakin menghampiri 15 naskah dan sudah tentunya selesai manuskrip Yeay! Mama sudah 'resign' saya akan menekuni manuskrip untuk buku pula. Insya-Allah semoga di permudahkan.

Antara bahagian yang saya sentuh dalam YMSR ini adalah pengalaman suri-suri terdahulu yang sudah pun melepasi impian mahu berhenti kerja.

Berhenti kerja di sini bukanlah dengan tidak ada matlamat berhenti kerja dengan perancangan dan bermatlamat.



Nota inspirasi- Rahayu Rashid

1hb April 2015 ini genap 5 tahun saya berhenti kerja. Saya yakin, rezeki di tangan Allah. Saya menikmatinya selagi usia masih dipinjamkan untuk saya lalui bersama keluarga yang saya sayangi. Terima kasih Ya Allah, atas segala-galanya. Segalanya telah Kau berikan kepadaku dan keluargaku. Sederhana tapi ia sempurna
Saya tidak mengatakan menjadi WAHM atau menjadi surirumah ini mudah, namun percayalah, ia amat berbaloi. Yang penting, kita mestilah mempunyai niat yang betul. Untuk berjaya sebagai WAHM memerlukan ketabahan, keyakinan dan ilmu. Yakinlah pada rezeki yang telah Allah tentukan. InsyaAllah, segalanya akan dipermudahkan.Akhir kata untuk perkongsian ini, “Yeay! Mama Saya Sudah Resign” bukanlah mimpi ngeri atau berakhirnya sebuah perjalanan karier seorang wanita. Malah, ia adalah permulaan kepada kehidupan berkeluarga yang lebih indah dan membahagiakan. Yang penting, kita harus bijak mengambil peluang agar kita mampu menjana pendapatan sendiri dari rumah.

Thursday, March 12, 2015

Peluang di mana-mana

Teks: Masayu Ahmad



Cuti sudah pun bermula di sini. Kesibukan berganda juga bermula. Cepat sungguh masa bergerak. Tadi mencari ABC dan pulang terus menggoreng keropok lekor.  Saya masih setia di sini dengan rutina harian sebagaimana biasa. 

Ketika singgah tadi di kedai runcit berbincang tentag gst. Bagaimana kehidupan yang semakin tinggi kosnya. Bagi rakyat marhaen perkataan gst itu tidak mampu  dihadam. Hanya boleh menyebut tetapi pemahaman yang jelas harga akan naik dan naik.

Saya kasihan pada suri yang masih bertarung kehidupan di bandar-bandar besar. Sekiranya bilangan anak-anak ramai, maka kos juga ehem-ehem.

Kita tetap mahu memilih kehidupan yang tenang, mampu menguruskan anak-anak dan pada masa yang sama mahu menjana pendapatan. Waima kita hanya berada di rumah.

Mahu berhenti atau mahu meneruskan?

Banyak dilema seorang wanita sekiranya mahu menghantar notis jawatan. Ternyata ia bukan satu perkara yang boleh diambil mudah. Tetapi dengan ilmu, perancangan dan kemahuan sudah tentu kita tetap ada pilihan untuk hidup sebagaimana yang kita mahukan.

Lihat sahaja kini saya melihat sepanjang masa rakyat Malaysia bekerja. Sama ada di luar rumah dan juga di rumah.  Bekerja pada minggu bekerja, pulang sambung lagi berniaga, hujung minggu pula mencari lagi peluang menambah pendapatan. Seolah dikerah tenaga untuk 7 hari seminggu bekerja.






Cover di atas ebook terbaru bakal terbit beberapa hari lagi. Namun sedang memilih beberapa lagi contoh cover yang sesuai sebelum saya membuat keputusan. Insya-Allah fokus utama yang saya sentuh adalah 30 nota perkongsian ibu-ibu yang sudah pun meninggalkan dunia kerjaya.

Ini antara mukadimah yang saya suka, dikongsikan oleh Puan Nora Afzam.

Alhamdulilah, syukur kehadrat Allah S.W.T mampu juga saya menulis sebuah catatan berkaitan pengalaman saya berhenti kerja. Genap hari ini adalah bersamaan empat bulan saya berhenti bekerja secara makan gaji. Pun begitu, saya bukan berhenti bekerja untuk tidak bekerja.

Sebenarnya, kita perlu mengubah ayat “tidak bekerja” kerana dalam Islam tidak ada satu pun kerja dalam kehidupan yang patut terhenti. Sebagai seorang muslim, kita harus “bekerja” sehingga ke akhir hayat. Menjaga dan mendidik anak juga adalah satu pekerjaan. Jika wanita sendiri yang meremehkan istilah tidak bekerja kepada seorang surirumah, maka remehlah juga tugas mendidik dan menjaga generasi kita.

Pertama sekali, saya sangat bersyukur dengan anugerah ketenangan dan masa yang Allah kurniakan kepada saya selepas saya mengambil keputusan untuk berhenti bekerja. Kedua, saya berterima kasih kepada seluruh ahli keluarga yang memahami pilihan saya, meletakkan sokongan walaupun pada awalnya agak keberatan untuk diterima oleh ibu saya
Sumber: Ebook Yeay! Mama sudah 'resign'.

Thursday, March 5, 2015

Bahagianya berhenti kerja.

Teks: Masayu Ahmad


Ayat restu suami paling saya tidak lupa.

"Saya sudah mahu hantar notis hari ini."

"Hantar le."

Itu sahaja jawapannya. Hati saya berbunga-bunga. Ketika memandu pulang perasaanya seperti ada batu yang jatuh dari bahu. Kepala terasa ringan dan perasaan sangat tenang.

Pertarungan berhenti kerja bukan kerana saya tidak suka kerja saya, tetapi bermula usia Hakim 6 bulan dan saban tahun keluar masuk wad adalah perkara biasa. Saya pula melahirkan anak yang mempunyai jarak yang dekat.

Pengalaman ini ada saya catatkan di sini www.janawangdirumah.com

Notis letak jawatan idaman wanita

Teks: Masayu Ahmad



Saya tahu tidak mudah dan sudah tentu tergoda apabila melihat status surirumah yang bercerita tentang indahnya bekerja di rumah. Apabila menjelang tengahari ada pula berkongsi cerita atau berkongsi menu masakan tengahari.

Sesekali pula bercerita tentang keletah anak-anak, juga suasana bekerja di rumah. Berkongsi kegembiraan dunia bisnes online, produk jualan dan sebagainya.

Apatah pula naluri wanita terutama yang sudah beranak ramai dan mempunyai tuntutan tugasan kiri dan kanan. Hambatan masa kini menyebabkan kita lelah dan mahu menulis nota dan akhir pada nota tersebut adalah nota selamat tinggal buat majikan.

Hari terakhir seolah hari-hari yang membahagiakan. Kita mula berangan mahu masak dan menguruskan anak-anak dengan bahagia sekali.

Memang indah memasang impian dan ia adalah tidak salah. Sekiranya kita mampu capai sebagaimana yang kita mahukan. Maka sandarkan kesyukuran pada Allah, Tuhan sekalian makhluk.

Kesesakan yang menjemukan.

Rata-rata yang berkongsi melalui email, sudah tidak lagi betah bekerja. Tidak ada pilihan, kepenatan, anak-anak semakin bertambah juga mula mencari ruang yang sesuai untuk keluarga dan juga masa hadapan yang lebih baik.

Ketika usia semakin menginjak, sudah tentu kita mahu lebih bertenang-tenang. Mahu mengisi ruang hanya untuk anak-anak dan juga fokus kepada persediaan kematian.

Kita tidak lagi mahu terkejar-kejar. Kita tidak mahu lagi sampai di rumah warna gelap keliling sudah pun memenuhi ruang. Kita terkocoh berpagi meningalkan rumah dan tiba semula malam hari.

Berkejaran menyelesaikan mana yang sempat. Hujung minggu pula mungkin melunaskan kerja-kerja rumah yang tertinggal yang mahu disempurnakan.

Menjelang sehari sebelum hari bekerja, kita kembali merasa keletihan dan seolah bermula kembali seminggu yang meletihkan dan membosankan.

Bilakah masa yang sesuai berhenti kerja?

Melihatkan situasi sekarang ramai yang sedang mencari info atau membuat persediaan berhenti kerja.
Berdasarkan banyak kajian kes di tangan saya, saya boleh membuat rumusan.
-Daya tahan untuk surirumah yang zero persediaan atau tidak pernah ada pengalaman berniaga adalah lebih 'getir' daya juang selepas berhenti kerja.
-Daya tahan untuk lebih tenang dengan bermula bebas hutang adalah lebih baik berbanding berhenti kerja dengan membawa 'bebanan hutang.
-Namun dua kesimpulan di atas masih boleh diubah atas daya usaha, doa dan juga tawakkal atas rezeki Allah s.w.t.
-Kita masih boleh berusaha, malah dalam keadaan tertentu ketika berada 'tahap kritikal' itulah manusia boleh berubah luarbiasa sehingga sukses.
Saya suka berkongsi satu kajian kes, contoh adik ipar sendiri. Beliau berminat untuk bekerja di rumah, waima setiap kali balik banyak berkongsi dengan saya, namun beliau 'kurang serasi' dengan bisnes online.
Berada dalam tempoh 'kritikal' juga beberapa bulan kerana masih tidak ada hasil. Saya melihat wajah letih dan putus asa. Kemudianya kini alhamdulillah, beliau memaklumkan saya setiap bulan sudah boleh membuat simpanan bersih RM1K.
Begitu juga dengan anak saudara yang memasang angan-angan.
"Umi kalau boleh ore nok jadi macam Cik Ayu."


                                          http://www.akademibekerjadirumah.com/shop

Tuesday, March 3, 2015

Saya sangat mahu berhenti kerja bantulah saya ;)

Teks: Masayu Ahmad

Baca dahulu naskah persediaan ini www.janawangdirumah.com

Saya sangat mahu berhenti kerja.
Saya sangat mahu berhenti kerja, sudah tidak tertahan lagi bebanan yang saya terima. Namun saya sangat risau.
Perlukah saya berhenti kerja sekarang.
Perlukah saya menabung.
Perlukah saya memulakan bisnes secara sambilan.
Saya mahu.
Mahu bekerja dari rumah.
Mahu bertenang-tenang di rumah.
Mahu menjaga dan mengurus sendiri anak-anak.
Mahu bebas dari erti kata sebenar.
Tetapi....
Email dari Puan Ana. (bukan nama sebenar)
Apa yang perlu saya buat?


Saya melihat situasi beberapa bulan ini saya menerima banyak email tentang berhenti kerja. Bertanya apa syarat paling sesuai, apa persediaan yang paling ok, apa yang perlu dibuat.

Bertalu mesej mula memasuki kotak mesej di facebook juga di email.

Terbaru juga saya dihubungi editorial Majalah Nur, Kumpulan Karangkraf, juga meminta panduan atau artikel untuk persediaan dan solusi berhenti kerja.

Ada beberapa catatan yang sudah saya tulis, salah satunya dalam ebook www.janawnagdirumah.com.

Juga ada beberapa bab secara khusus saya tulis dalam ebook super wahm super mom.

Jadi kalian boleh baca dahulu persediaan asas tersebut. Dalam majalah Nur juga artikel yang bakal terbit bulan April 2015.

Boleh dapatkan di sini ya www.akademibekerjadirumah.com/shop























Pegang kejap dinding matlamat


Kalian sudah boleh beli menggunakan web ini ya.


Teks: Masayu Ahmad

Sejak hari pertama menulis dan sehingga kini inilah matlamat saya yang sebenar. Matlamat mahu menulis sehingga 100 naskah. 50 naskah bercetak dan 50 naskah ebook. Apabila melihat dan memandang air mata mahu mengalir. Segala usaha sejak hari pertama saya meletak jawatan. Saya tahu menulis adalah jiwa dan terapi. Apabila ia jiwa dan terapi walau keadaan bagaimana sekalipun saya akan teruskan dari kenyataan.

Rezeki hanya dari Allah

"Ibu pergilah cucuk duit, nanti keluar ikut mesin."

Itulah logik akal kanak-kanak. Tetapi logik akal kita adalah menaruh sepenuhnya kepada usaha dan tawakkal dan perlu disertakan doa yang bermatlamat.

Doa agar Allah memudahkan usaha, doa agar Allah memberikan rezeki dari mana-mana usaha yang diredhai.

Apa matlamat saya di sini?

Matlamatnya buatlah, usahalah apa sahaja bidang, jika kita tahu ia mampu menjana pendapatan. Ia adalah datang dari Allah, segala usaha kita ternyata sia-sia apabila kita memudahkan laranganya.

Alangkah bertuahnya kita di zaman ini, pelbagai inovasi dan kemudahan teknologi mampu memberi kita hasil.

Berusahalah isteri dan wanita sekalian, namun jangan dilupa keterbatasan kita sebagai wanita. Lakukan hal-hal yang dipandang baik sahaja dan ambil panduan dari quran dan sunnah.

Insya-ALlah






LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin