Saturday, December 6, 2014

Allah bagi apa yang kita perlu, bukan apa yang kita MAHU

Teks: Masayu Ahmad

Sudah 9.52 malam, Ammar sudah lena. Semakin bulat dan montel. Lagi sebulan menginjak setahun. Sekejapan sahaja masa berlalu. Ketika usianya ini pada tahun lepas, saya sarat dan berat,

Esok ada majlis 'khatan' untuk Arif dan Hakim.


Ibu masih lagi dalam marathon menyelesaikan manuskrip Mula Bisnes Tanpa Modal. Dua hari ini mengambil masa berehat dan merancang semula untuk tahun 2015. Insya-Allah.


Friday, December 5, 2014

Kita mahu pengakhiran yang bagaimana?

Teks: Masayu Ahmad

Baca dahulu naskah wajib ini www.janawangdirumah.com sebagai persediaan awal bekerja dari rumah.


Salam pagi Sabtu penuh keceriaan dan ketenangan. Lopak hujan sudah makin mengering. Kicau burung mula kedengaran berirama riang. Barangkali sudah mula berterabaran keluar dari sarang. Pagi indah alhamdulillah.

Selesai pagi ini dari jam 8 hingga 9 pagi saya bersilat di dapur. Nasi putih, gulai ikan aya Kelantan juga masak lemak pucuk niding dan ubi stelo. Telur juga diracik dengan ikan budu. Roti goreng untuk kanak-kanak riang. Semua selesai pakej sarapan, tengahari dan malam.

Tinggal lagi biasanya malam saya akan bakar ikan untuk tambah lauk. Atau kadangkala anak-anak saya yang akan gorengkan nasi sahaja.

Tidak ada kata yang nikmat dan paling indah atas kurniaan Allah, memberi rezeki sekian luas, memberi masa yang bermanfaat.

Saya rasa sangat bertenaga pagi ini, selepas kurang sihat dan seminggu peninggalan suami. Segala urusan dilakukan dan insya-Allah saya memang lakukan dan selesaikan.

Beberapa hari lepas badan agak penat dan fikiran mula menerawang jauh, saya segera istigfar Betul. Kadangkala apabila kita penat segeralah ambil wuduk dan baca kisah-kisah yang boleh mengembalikan semangat dan tidak dibolak balikkan hati dan perasaan kita. Al-quran juga terapi paling mujarab.

Begitu juga saya manusia biasa.

"Selagi orang tua hidup jaga sampai puas hati. Kalau mati, kita tidak ada rasa bersalah."

Kata-kata ini tersemat kukuh. Ia nasihat dari ayahanda yang sudah banyak makan garam. Orang tua itulah tempat sandaran kita untuk mendapat nasihat. Orang tua sudah mendahului kita dalam banyak perkara.

"Jika mahu hidang, tengok macam arwah mek. Masak yang terbaik dan sediakan yang terbaik."

Kata-kata di atas saya terjemahkan semula dari bahasa Kelantan. Ingatan ini menyedarkan saya, apabila memasak, masak yang terbaik. Masak dengan penuh kasih sayang. Berulang kali apabila saya kepenatan saya cepat-cepat istigfar. Kerana apabila kita penat dan rasa tidak bertenaga, aliran itu akan membawa sama kepada aura makanan.

Kita masak dengan ceria dan kasih sayang, menjadikan masakan itu juga sedap dan menyelerakan. Itu sebab, kebanyakan orang mengatakan masakan ibu adalah terbaik siapapun tak boleh banding.

Disebabkan kesibukan demi kesibukan, saya mula menyeimbangkan semula untuk 2015 untuk fokus kepada anak-anak. Jika tidak ada kepentingan urusan luar maka saya utamakan keluarga.

Melihat juga keuzuran mertua yang tidak boleh lagi lasak dan saya insya-Allah dengan senang hati mengambil peranan ini. Bukanlah maknanya saya ini terbaik, menantu terbaik. Mungkin ini juga salah satu asbab kepada banyak perkara dalam urusan saya dipermudahkan. Juga asbab Allah menggugurkan dosa-dosa saya yang lalu dan akan datang.

Insya-Allah
Reda Allah apabila ibu bapa reda.

Masayu Ahmad
www.janawangdirumah.com

Memaksimakan pemasara percuma ;)

Teks: Masayu Ahmad

Selalunya saya, jika membeli saya akan seupayanya bertanya dahulu peniaga adakah boleh minta kurang. Maksudnya selagi ada ruang untuk tawar menawar maka perlulah belajar untuk urusniaga ini. Apabila peniaga dengan tegas mengatakan tidak ada, maksudnya ia tidak boleh ditawar dan itulah harganya.

Zero kos

Pernah dengar tak perkataan zero kos, kalau boleh tidak ada kos untuk memaksimakan promosi dan periklanan. Saya juga biasanya akan memaksimakan penggunaan ruang-ruang percuam yang boleh digunakan untuk mempromosi apa sahaja berkaitan bisnes.

Blog
Blog adalah salah satu cara untuk menjimatkan kos. Ia adalah percuma. Berapa lama saya ambil untuk mempromosi buku dan tulisan di ruang ini? Di situlah kalian melihat hari pertama saya menulis dan saya masih menulis hingga kini.

Binalah pembaca, kongsikan apa manfaat sebelum kita menjual. Bina kepercayaan sebelum ia bertukar dengan traksaksi perdagangan. Sehingga November 2014, kelas online Akademi Bekerja Di Rumah sudah pun menghampiri 1000 ahli yang mendaftar.

Iaitu ahli yang menyertai mana-mana kelas ABDR, secara automatik adalah ahli rasmi yang membina jaringan dan kumpulan sokongan. Terdapat dua logo utama pada blog mereka. Kalian boleh jejaki mereka. Apakah yang menyebabkan kepercayaan ini, sudah tentulah mereka mahu tahu dan mahu belajar. Selain membuat keputusan dan membayar untuk yuran kelas online dan offline.

Berapa banyak wang yang kita mahu!

Teks: Masayu Ahmad

Baca naskah ini dahulu jika benar kalian mahu bekerja dari rumah
www.janawangdirumah.com


Wednesday, December 3, 2014

Ceritera kehidupan cita-cita dan kasih sayang

Teks: Masayu Ahmad

Rancang bekerja dari rumah baca naskah wajib ini dahulu www.janawangdirumah.com

Sekarang sudah jam 5.57 petang. Agak redup cuaca hari ini. Agak lelah juga, sejak suami ada urusan kerja di Johor Bharu selama seminggu. Saya mengambil alih keseluruhan tugas.

Seawal jam 7.30 pagi menghantar Hakim, beli dahulu sarapan untuk mertua nasi kerabu dan nasi berlauk. Dalam perjalanan singgah di gerai tepi jalan yang menjual nasi berlauk air dingi Tumpat. Sepanjang jalan ada lebih kurang 3 lokasi gerai kecil kiri dan kanak jalan, iaitu modus operandi yang sama menjual nasi berlauk jenama yang sama. Ok nanti saya bincang lagi tajuk ini ya.


Semalam kami sempat berhenti dan makan sarapan sama-sama. Hakim, Arif, Aiman dan Ammar. Arissa tidak ikut masih enak dibuai mimpi. Usai sarapan hantar terus ke lokasi Hakim.

Patutnya saya mahu hantar Hakim untuk program yang perlu tidur, tetapi ini perlu hantar dan ambil jam 5 petang. Kebetulan seminggu en.suami tidak ada, jadi perlu hantar dan dijemput.

Selesai hantar Hakim, hantar pula anakanda Arif di sekolah untuk KAFA sehingga jam 11 tengahari. Balik rumah suapkan Ammar. Ammar tidur barulah masak untuk tengahari.

Kemudian boleh rehat sekejap. Sambung semula jemput Arif. Menjelang petang jemput pula Hakim.

Dan di sinilah saya menulis. Penuh jadual harian selama minggu cuti. Tidaka ada masa untuk diri sendiri. Untuk tahun ini kelihatan jadual anak-anak agak padat. Biasanya untuk hari bersekolah saya ada masa untuk melepaskan lelah sekejap sekitar jam 10 pagi, menikmati sarapan dan berehat.

Saya selalunya tidak bercuti ketika semua orang cuti. Saya bercuti ketika kebanyakan orang sedang bekerja.

Sekarang masih mengolah masa semula agar saya mencuri semula keseimbangan. En.suami balik nanti saya mahu rehat sekejap. Biasanya juga hari Khamis adalah masa untuk berurut. Badan kita penat dan kita perlu rai diri sendiri dahulu dan barulah boleh menjaga ahli keluarga dengan baik.

Mertua juga sejak kebelakangan ini semakin tidak sihat, keuzurannya nyaata benar tidak membolehkan saya berlama-lamaan di mana-mana tempat. Saya juga tidak mengizinkan beliau memasak lagi.

Urusan berkaitan bisnes, insya-Allah masih ok dan berjalan seperti biasa ;) Tinggal 99 ahli sahaja lagi untuk genap 1000 penyertaan untuk tahun 2014. Alhamdulillah.

Monday, December 1, 2014

Bisnes Dari Rumah

Bisnes dari rumah

Teks: Masayu Ahmad

Bisnes dari rumah kedengarannya adalah mudah. Tetapi ia lebih mudah sekiranya kita bermula dengan merancang, mencari mentor.

Berikut tip bisnes dari rumah.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin