Wednesday, February 26, 2014

Realistik, Rai dan Reward 3R untuk surirumah

Teks: Masayu Ahmad
Belum mula, sudah boleh mula rancang bekerja dari rumah, www.janawangdirumah.com

Melihat poster undian pemilihan buku terbaik terbitan Grup Buku Karangkraf, saya semacam meracau sendiri juga. Selesai untuk fokus ebook, larian semut saya perlu beralih larian kuda pula. Ya, apabila menyinggah di rak kedai buku, itulah matlamat realistik yang perlu saya capai. Lebih banyak buku di rak buku kedai buku tulisan Masayu Ahmad. Itulah cabaran 2014, perlu mendayung dengan lebih fokus dan konsisten.

Berbalik kepada tajuk entri,

Realistik
Apabila meletakkan matlamat ia perlu realistik bila boleh capai, berapa, di mana, bagaimana?

Rai
Perlu rai apabila berusaha. setiap hari, minggu, bulan dan tahun. Sudah letih seharian bekerja perlulah raikan. Rai diri sendiri dahulu.

Reward
Apa hadiah, selain merai setiap hari atas usaha, apa hadiah paling berbaloi. Untuk bulan ini saya rai diri sendiri dengan buku-buku motivasi semasa berpantang dan baju menyusu. Rasa enak apabila ia hasil dari usaha sendiri. Sebelum reward kepada orang lain,wajiblah hadiahkan kepada diri sendiri dulu.

Tuesday, February 25, 2014

Rezeki Allah mahu bagi lebih

Teks: Masayu Ahmad

Alhamdulillah, kembali bersiaran penuh semangat setelah 30 hari juga masuk 'gua'.
Ammar lena tidur, Arissa esok pulang. Saya sudah kembali kepada rutin ibu beranak lima. Allahurabbi memang cantik perancangan, hebat lagi perancangan Allah.

Nanti saya sambung ya ;)

Friday, February 21, 2014

Jangan berhenti berlari

Teks: Masayu Ahmad
Sudah mahu mula baca dulu naskah ini www.janawangdirumah.com

nanti saya sambung ya ;)

Wednesday, February 19, 2014

Kuasa leka dan kuasa bertindak

Teks: Masayu Ahmad
Sudah sedia bekerja di rumah www.janawangdirumah.com



Ramai yang sudah dan mahu dan teruja mahu bekerja di rumah. Menyatakan sudah tidak sabar mahu bekerja di rumah dan mahu menjaga sendiri anak-anak. Ok, baik matlamat mahu bekerja di rumah itu secara jujurnya ramai ibu bapa yang mahu. Akan tetapi persediaan ke arah itu masih lagi samar-samar. Ramai yang mahu terjun secara tirus sahaja. Banyak kali saya membebel di sini, buat persediaan, buat persediaan. Terutama sekali merancang kewangan untuk 3 tahun pertama selepas berhenti kerja. Wajib ada
1. Tabung modal (khusus untuk bisnes)
2. Tabung simpan dan lupakan (tabung ini mulakan dari awal ketika kalian merancang untuk berhenti). Katakanlah 3 tahun lagi, jadi mula buat simpan dan lupakan secara konsisten setiap bulan. Tidak boleh usik-usik ya.
3. Tabung penyelarasan kewangan (iaitu hutang piutang, kereta, rumah dan sebagainya) berbincanglah dengan suami akan hal ini)

3S

Apa itu 3S ada saya terangkan lagi dalam ebook 101 idea home based bisnes. Baca dulu yang itu, penat saya tulis, kalian tak mahu baca. Lagi bagus, baca semua sekali apa yang sudah saya bebel dalam blog ini. Blog ini saya tulis sejak saya mula berhenti, saya berhenti dengan tidak ada apa-apa sumber maklumat, hanya maklumat dari web luar negara. Sekarang ini kalian sudah mudah, saya sudah kumpulkan, hanya baca dan gali sahaja. Ada yang suruh saya pm, apa itu wahm, soho. Kalau inilah gaya mahu suapnya, ini kategori tidak sesuai bekerja di rumah. Garang ai ok.

Kalian sangatlah manja, kalau manja-manja macam mana mahu bekerja di rumah. Sedikit mahu menangis, mahu meroyan, mahu mengadu. Bekerja di rumah itu sama kekdahnya kita bekerja sendiiri, kita letakkan matlamat dan usaha, tawakkal terus kepada Alllah. Jika usaha kita ciput mana nak datangnya rezeki selori, jika usaha kita hanya like sana, like sini facebook, lepas itu mengeluh-ngeluh rezeki tak banyak. Aduhai-aduhai, kasihan. Bangun suri sekalian, bangun dan berusahalah. Rezeki tak datang bergolek jika kita tidak usaha.

Usaha itu perlu pula disusuli dengan konsisten, tidak ada putus asa, berterusna, isiriqamah... ;)

Salam kasih sayang, saya sayang kalian terutama yang berpagi-pagi mencari rezeki hujung jari. Usaha tanpa batas, tidak hangat-hangat taik itik. Kalau sudah mula maka teruskanlah!

Kuasa fokus dan bertindak

Mahu saya tulis garang atau mahu saya tulis ala-ala lembut...sila bagi pandangan

Tuesday, February 18, 2014

Berjuang kerana apa, kepada siapa?

Teks; Masayu Ahmad
mula dari sekarang www.janawangdirumah.com

Mahu menulis, nanti saya sambung ya :)

24 hari sudah, lagi 20 hari daa

Boleh ke mula tanpa modal?
Boleh

Boleh ke guna apa yang ada?
Ya, boleh

Boleh ke guna modal minima?
Juga boleh

Ramai yang kategori di atas, tetapi yang kecundang ramai sebabnya...
1. Tidak fokus, semangat pada mulanya sahaja
2. Tidak konsisten hangat-hangat taik unta ;P
3. Sudah mula tidak mahu selesaikan

Aliran pendapatan tunai.
1. Simpan dan lupakan- untuk persaraan/reward diri, mulakan ini dengan RM10 sehari, up lagi RM20, up lagi RM100 sebulan, RM200 sebulan. Jangan usik-usik ya

2. Rekod aliran tunai-Ini perlu dan wajib.

3. Jangan ambil wang jualan-tahu bezakan wang jualan dan pendapatan bersih.

3. Cabar diri dapatkan RM100 harian bersih, kenapa saya suka kongsi RM100
ok, kalau jual baju setakat untuk RM10 sehari, dah tu sudah letak tanda kecewa. RM10X 30 hari, RM300.
Ia ok bagi yang sudah mula, tapi ia sangat tidak ok, bagi yang sudah bertahun bekerja dari rumah, tidak ada peningkatan dari itu. Semak semula

Inilah masalah besar kebanyakan wahm.

Soalan: Saya sangat banyak terima mesej. Puan saya sudah mahu berhenti kerja, apa perlu saya buat. Sya mahu berhenti kerja secepatnya.
Saya: Jangan berhenti dahulu, jika pendapatan sambilan atau sumber ke dua dan ke tiga belum stabil. Jangan terjun terus. Buat persediaan yang jelas dan tepat.

Bersambung ya

Wednesday, February 12, 2014

sisi kehidupan punya nilai positif

Teks: Masayu Ahmad

Saya kagum kepada tukang sapu yang konsisten usaha dan kerjanya. Tidak ada keluh kesah dan bekerja dengan lapang dada. Mencari rezeki dan keberkatan dalam hidup. Tetapi saya kurang kagum kepada surirumah yang berkeluh kesah, punya pendidikan masih lagi berada pada tahap keluh kesah tanpa mahu berubah.

"Hei bangun! Ketika kita meratap sedih, orang lain berjuang dalam arus kehidupan."

Bukan kerana rezeki kita sedikit, tetapi keluh kesahnya kita lebih banyak dari usaha. Lihat keliling dan rutin harian kita apa yang kita sudah lakukan, selain untuk bantu diri sendiri sudah tentu ada ruang untuk kita bantu orang lain.

Banyak saya mahu cerita, saya sambung lagi ya.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin