Tuesday, January 14, 2014

Kuasa fokus ada pada, berapa banyak kita abaikan masa setiap hari.

Teks: Masayu Ahmad

Ini masalah biasa pemula wahm

1. Semangat ketika mula, goyah ketika sedang mula.
2. Bersemangat cuba banyak perkara baru, sudah hilang fokus apabila nampak peluang baru. Sudah keliru.
3. Hanya fokus ketika bersemangat, sudah hilang daya apabila fokus hilang kemana.
4. Semangat juang sebentar sahaja, kemudia kembali berkeluh kesah.
5. Ada matlamat, tetapi hilang selepas hilang punca.

Solusi...saya sambung nanti ya. ;)

Monday, January 13, 2014

cabar diri keluar dari zon selesa

Teks: Masayu Ahmad
Sudah sedia bekerja dari rumah, baca naskah ini dahulu ya www.janawangdirumah.com

Alhamdulillah, banyak yang selesai minggu ini, penuh rutin antara perkara utama selesai sudah urusan anak sekolah. Saya masih menanti kelahiran ke lima, jantina bayi masih lagi berteka teki. Ketika beli belah asyik pilih warna pink, tetapi warna paling selamat saya beli yang tema purple.

Alhamdulillah perjalanan dan perdaftaran kelas online masih berjalan seperti biasa, kami menerima pendaftaran baru setiap hari. Boleh daftar terus melalui saya dan juga melalui guru online bertugas. Amanah untuk berkongsi teknik menjana wang melalui blog, penulisan dan facebook nampaknya sudah jelas. Ada yang sudah capai RM1K sebulan, RM3K sebulan. Sekarang fasa seterusnya untuk saya bantu rakan niaga yang sudah mendaftar mendapatkan sekurangnya Rm100 harian, kemudian kekalkan momentum pendapatan RM1k, 3k, dan 5K. Boleh atau tidak? Ya boleh insya-Allah, asalkan kalian betul-betul mahu fokus.

Produk akademi adalah produk informasi, iaitu kelas online, pakej iklan SOHO dan pakej ebook mula bisnes. Untuk 2014 saya akan cuba lengkapkan seberapa banyak pakej mula bisnes. Ia khusus untuk ebook rujukan berdasarkan temuramah saya secara langsung dengan usahawan online dan juga usahwan offline. Ini keterujaan saya sejak dari dahulu dan alhamdulillah latihan penulisan bisnes ini sudah dimulakan sejak 10 tahun dahulu. Tahun ini saya teruja untuk berkongsi judul-judul yang sudah saya senaraikan untuk siapkan satu persatu sejak 4 tahun lalu. Tinggal lagi hanya selesaikan dengan selesaikan cover. Juga untuk fokus tahun ini lebih banyak terbit sebagai versi fizikal kerana itulah matlamat utama saya.

Masa kini lebih seimbang, kerana 13 guru online sudah mula mendapat rentak dan juga mereka semakin memahami SOP akademi. Jadi seterusnya saya mahu bantu kalian, khusus surirumah, tanpa perlu keluar rumah, menjual produk informasi. Untuk keterangan lanjut kalian boleh klik gambar di sebelah ya, logo akademi bekerja di rumah, atau sebarang pertanyaan boleh terus pm saya di fbhttps://www.facebook.com/masayu.ahmad

Dalam pantang ini saya menyelsaikan ebook paling saya sayang, 44 resipi berpantang, insya-Allah. Lama sudah diperam ebook ini, kali ini juga yang ini saya mahu terbitkan versi ebook dan juga versi fizikal. Insya-Allah. Tak ada masalah apa pu, dalam pantang jaga diri juga, bersama susunan buku yang siap sedia ditelaah. Kan mudah semua hujung jari. Selagi mana kita teruja dengan apa yang dilakukan, ia menjadikan kita terus bergerak dan ia gabungan minat, pengalaman dan keterujaan luar biasa. Itu salah satu faktor utama untuk kita bertahan dalam apa sahaja bidang.

Saturday, January 11, 2014

Konsisten itu perlu untuk berjaya

Teks: Snh Nurulhusna
Teruja apabila didedahkan dengan dunia blog semasa di Kelas Asas Blog dan Penulisan, lantas saya mengintai untuk menempatkan diri di Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif pula. Kedua-dua kelas ini kedengaran seperti serupa namun 'udara'nya berlainan sekali. Memang tidak bosan kerana kedua-duanya punyai keistimewaan yang tersendiri. Seandainya ada rezeki dan kemampuan, mahu saja saya bolot rekod mendaftar semua kelas yang ada di ABR. Tamakkan ilmu tidak mengapa rasanya!

Masih terkial-kial di Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif yang dianjurkan oleh Akademi Bekerja di Rumah namun usaha tetap usaha. Saya tidak pandai menulis, dan kelas-kelas ini untuk menjadikan saya terbiasa dengan aktiviti menulis kerana sejarah telah membuktikan, orang-orang yang berjaya terdiri daripada penulis. Saya ingin berjaya, jadi teori yang mudah, hendak berjaya mesti menulis. Tulis apa? Mungkin sesuatu yang boleh menaikkan motivasi saya sendiri dan dalam masa yang sama boleh dikongsikan dengan insan lain di samping menggalakkan saya memburu ilmu. Jikalau tiada 'input' manakan pula hendak keluar 'output'nya.

Dengan menulis juga membuatkan saya berfikir beberapa kali sebelum menyasar dalam tindakan mahupun kata-kata. Syukur Alhamdulillah, salah satu ciri yang dikesan dalam kelas online ini ialah mesra pelajar dan contoh yang diberikan amat mudah difahami. Saya amat kagum kerana kebanyakan penulis yang berpengalaman dalam penulisan pun masih mendaftar untuk belajar di kelas di bawah kelolaan Cikgu Monalita Mansor.

Blog Tentang Masa ini sekadar perkongsian, jauh sekali untuk tunjuk pandai. Penulis masih lagi berkelana dan berkembara ilmu dan amalan untuk hijrah ke arah Rabbul 'Izzati. Biarlah ilmu yang sedikit ini tersebar dan menjadi saksi di akhirat kelak. Semua dengan IzinNya.
Sumber:http://tamsilankehidupan.blogspot.com/2014/01/kenapa-saya-mendaftar-di-kelas.html

Monday, January 6, 2014

Bergabung dengan surirumah lain secara online


Jujurnya sebelum ini memang saya pernah mempunyai blog sendiri tapi tiada isi kandungan yang berkualiti kerana blog yang dihasilkan dulu sekadar untuk cuba-cuba sahaja. Dulu saya sangat kagum dengan rakan-rakan yang pandai menulis dan menjadikan blog mereka cantik dengan gadget-gadget yang menarik tambahan lagi sekarang telah lahir ramai 'selebriti' blog yang popular seperti Fatin Liyana dan Hanis Zalikha. Memang sebelum ini pernah bercita-cita untuk jadi blogger popular seperti mereka tapi apakan daya tahap kepakaran dalam penulisan kreatif sangatlah lemah.

Saya juga mempunyai masalah yang sangat berat iaitu sukar untuk berkongsi kisah hidup kepada orang lain, inikan pula perlu buat karangan mengenai kisah hidup dan disiarkan diinternet untuk tatapan satu dunia serta mengharapkan lebih ramai yang akan baca kisah hidup kita.

Pada 10/10/2013 bermulalah perjalanan hidup saya sebagai penulis blog secara serius serta mempunyai hala tuju yang jelas. Pada hari tersebut saya telah mendaftarkan diri sebagai pelajar kepada cikgu dalam penulisan blog iaitu Pn. Zaila Mohamad. Kelas yang diadakan sangat flexible, tiada waktu-waktu tertentu yang ditetapkan. Kak Zaila juga merupakan cikgu yang sangat peramah dan beliau akan menjawab kesemua soalan dengan penuh komitmen. 

Pada permulaan kelas memang terlalu banyak soalan yang saya tanyakan kepada kak Zaila. Beliau juga pasti akan menjawab sehingga saya betul-betul faham. Masalah utama yang saya hadapi semestinya cara penulisan yang betul. Untuk entri yang pertama memang sangat banyak kesalahan yang saya lakukan. Kata nama diri yang sesuai pun diajar oleh kak Zaila. Cara penceritaan serta isi kandungan juga penting. Cara-cara untuk masukkan gadget-gadget utama dan sesuai dengan blog kita juga diajar. Kini saya tahu bahawa blog yang cantik tidak semestinya akan menarik minat pembaca untuk ikuti blog kita tetapi isi kandungan yang menarik dan mudah difahami itu yang penting.

Setelah mendaftar dalam kelas blog ini, secara automatiknya saya berada dalam Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR). Pada mulanya saya tidak faham apa kaitannya ABDR dengan blog. Setelah berkomunikasi dan berkenalan dengan beberapa orang ahli ABDR baru saya faham bahawa kebanyakan penulis blog yang berada dalam ABDR adalah suri rumah yang sesetengahnya pernah bekerja serta memegang jawatan tinggi dan mengambil keputusan untuk bekerja dari rumah. Mereka menggunakan pelbagai medium untuk memasarkan hasil kerja mereka dan salah satu caranya adalah melalui penulisan blog. 

Di Akademi Bekerja Dari Rumah, setiap ahli akan memberi sokongan antara satu sama lain kerana tidak semua wanita yang bekerja dirumah akan dipandang tinggi oleh orang diluar sana. Diharap melalui perkongsian perjalanan hidup bekerja dari rumah melalui blog ini akan membantu dan memberi garis panduan kepada para wanita yang ingin mengambil keputusan untuk bekerja dari rumah sahaja.

Sunday, January 5, 2014

Siapa layak bekerja dari rumah

Siapa yang layak menjana pendapatan dari rumah?Sesiapa pun boleh, lelaki, wanita, suri rumah, mereka bekerjaya, pelajar. Boleh dilakukan secara sambilan atau sepenuhnya. Namun, kelebihannya sudah tentu untuk wanita atau lelaki yang mahu lebih fleksibel dan tidak terkongkong.


Bagaimana pula jika tidak berjaya menjana pendapatan?
Ok, semuannya atas perancangan dan usaha, tetapi tidak semua orang akan berjaya dengan apa yang dirancang. Katakanlah dalam tempoh setahun hingga dua tahun kalian gagal mengusahakan apa-apa pendapatan. Apa langkah seterusnya?

Bekerja secara sambilan
Bekerja secara sambilan, dengan niat untuk menyimpan modal atau menambah kekurangan kewangan. Ini adalah kerana keperluan sokongan kewangan sentiasa ada. Kalian bebas menentukan jenis kerja yang sesuai yang boleh dilakukan secara sambilan.


Kembali bekerja
Anda rasa putus asa dan memerlukan sumber kewangan sama ada untuk modal atau untuk membayar hutang piutang. Tidak salah untuk bekerja dengan niat untuk mengumpul modal tanpa perlu membuat pinjaman atau berhutang.

Sasaran dalam jangka masa pendek
Jika keinginan untuk kembali bekerja, boleh disasarkan untuk beberapa tahun sahaja. Katakanlah anda mahu mendapatkan modal dalam jumlah tertentu dalam tempoh tertentu. Jadi boleh kembali bekerja dengan niat asal tersebut. Apabila matlamat jangka pendek sudah selesai, kalian boleh meneruskan usaha menjana pendapatan dari rumah.

Meluaskan rangkaian (networking)
Katakanlah anda adalah suri rumah yang tidak pernah bekerja dan tidak mempunyai apa-apa pengalaman luar. Jadi tidak salah untuk bekerja dalam tempoh tertentu untuk membina rangkaian kenalan dan jaringan dalam bidang yang anda akan fokus ketika bekerja sendiri kelak.

Saturday, January 4, 2014

Hari hebat setiap hari

Teks: Masayu Ahmad
www.janawangdirumah.com- baca naskah ini apabila sudah sedia ya

Menanti detik kelahiran ke lima, insya-allah. Doakan saya dipermudahkan segala, melahirkan dengan mudah dan tidak ada apa-apa masalah.

Sungguh cantik perjalanan ini, alhamdulillah, dua kelahiran selepas saya meletak jawatan penghujung tahun 2008. Selepas melahirkan Arissa kami berpindah ke Kelantan. Alhamdulillah rezeki Allah, Dia sahaja yang tahu selebihnya kita usaha luar biasa.

Perjuangan setiap hari
Saya gembira dengan perkembangan kelas online di akademi bekerja di rumah, kini ia menghampiri 400 blog iaitu penyertaan sejak dimula pertengahan suku ke 2 tahun 2013. 13 ebook diterbitkan. Insya-Allah tahun 2014 adalah tahun saya memantapkan pakej kelas yang sentiasa mendapat sambutan suri. Salah satunya kelas akaun percuma bagi yang menyertai rakan niaga/pengurus online akademi. Alhmadulillah. Sujud syukur.

Walaupun makin dekat melangkah ke 'bilik perjuangan', saya masih kental di sini, Allah berikan ini jalan, permudahkan perjalanan ini agar lebih ramai suri mampun menjana pendapatan walau hanya berada di rumah. Itu matlamat utama saya dan itu perjuangan saya sejak mual berhenti kerja sehingga kini.

Sebelum saya melangkah, kalian masih mendaftar setiap hari, klik pada logo sebelah kanan itu Akademi Bekerja Di Rumah, pilih pakej dan yuran kemudian hubungi mana-mana guru pilihan, mereka sedia membantu kalian.

Ampun maaf di atas segala kekurangan dan salah silap saya sekiranya ada terkasar bahasa, atau ada apa-apa yang belum saya lunaskan boleh berhubung terus dengan suami saya- 017-9144513. Insya-Allah

Doakan Allah permudahkan kelahiran kelima ini-insya-Allah, terima kasih atas ukhwah ini.

SubhanAllah, Alhamdulillah, AllahuAkbar. ;)
Masayu Ahmad
6.48, 4.1.2013

Friday, January 3, 2014

Jualan pertama secara online memang teruja

Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog fan page mula bisnes? Buat jualan pertama. Terutama bagi yang kali pertama berjualan online.
Alhamdulillah saya baru sahaja balik daripada pejabat pos bagi penghantaran pos laju ke Sabah. Inilah kali pertama saya menerima pelanggan secara online. Sebelum ini pelanggan hanya sekitar tempat tinggal jadi pengalaman untuk pos barang kurang.

Semestinya saya sangat bersyukur kerana mungkin ini adalah permulaan langkah kemajuan saya ke arah lebih baik. Walaupun semasa menguruskan sistem pos tadi menghadapi masalah tapi saya masih lagi bersemangat untuk menguruskannya. Segalanya masalah itu mematangkan kita.

Menjelang Tahun 2014 ini saya ingin memasang azam untuk memperbaiki hidup dengan lebih baik. Bukan bermakna kehidupan saya sebelum ini tidak memuaskan tapi ingin yang lebih baik lagi.

Tahun 2013 adalah tahun yang banyak rezeki selain dari kewangan. Yelah.. bukan ke setiap masalah itu juga rezeki. Apapun semoga kehidupan kita pada masa hadapan lebih baik dari tahun-tahun yang lalu.

Setelah saya memahami cara menjahit, inilah tudung berdagu yang sebenar. Moga usaha ini mendapat keberkatan Ilahi untuk menambah pendapatan saya dan sekaligus dapat membantu keluarga dan mereka yang memerlukan. Aamiiin.


Mahu menambah ilmu dalam dunia blog? Mahu membina fanpge bisnes?
Kami menawarkan 6 kelas secara online.

Guru Online Mie Normi

357 blog, 21 kelas 13 guru online dedikasi bertugas
Kami menerima pendaftaran setiap hari
1. kelas asas blog dan penulisan
2. kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas belajar iklan mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas akaun bisnes kecil wahm/soho

Alhamdulillah, terima kasih atas penyertaan semoga bermanfaat.

LAMAN SENI JAHITANKU
angiefarhana.blogspot.com

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin