Monday, September 9, 2013

Rancang masa satu tahun ke depan ;) tips wahm soho

Teks: Masayu Ahmad
Mula rancang dari sekarang dapatkan naskah ini dahulu www.janawangdirumah.com

Alhamdulillah selesai juga tadi jumpa dan bincang perkembangan anak-anak dengan ustaz yang mengajar mereka. Hakim dan Arif semakin lancar, begitu juga Aiman.

Saya berbincang dan berterima kasih kepada ustaz, untuk subjek quran, tajwid dan jawi Hakim cemerlang. Cuma perlu latih tubi untuk subjek selebihnya.

Apabila mereka selesai khatam kali pertama, terus bersambung dengan kelas hafazan, semoga anak-anak ibu cemerlang dunia dan akhirat. Saya memberitahu ustaz niat saya, agar mereka meneruskan dengan ustaz. Memudahkan juga sebab dekat dengan rumah. Kelas juga malam bersambung  maghrib dan isyak berjemaah. Kebanyakan pelajar di situ adalah berusia remaja, dan belajar di situ hafazan sepenuh masa.

Saya gunakan peluang ini, agar Hakim, Arif dan Aiman bermula dengan majlis ilmu begini berterusan. Manakala siang hari adalah sesi akademik. Malam pengajian al-quran, agar masa ini diisi sepenuhnya dengan tuntutan ilmu asas agama.

Saya masih ingat salah satu, pandangan seorang ibu. Apabila di dalam dada sudah dipenuhi dengan akhlak al-quran, maka dengan sendirinya akhlak yang lain terpelira. Saya semat dalam fikiran.

Saya ini ibu yang masih compang camping, banyak kelemahan dan masih juga belajar memperbaiki diri setiap hari. Harapannya, anak-anak ini adalah amanah yang mempunyai akhlak al-quran. Setiap kekuarang itu datangnya dari didikan saya sendiri yang masih lemah, dan perlu menyerap lagi ilmu hebat dari ibu-ibu hebat luar sana.

Selamat menunaikan solat zohor bagi yang belum.

Bersambung ya...

Cabaran suri rumah, tidak ada wang, tidak ada cuti? Siapa kata...

Teks: Masayu Ahmad
Mula rancang bekerja dari rumah sekarang, dapatkan naskah ini www.janawangdirumah.com

Saya tertarik dengan perkongsian artikel dari blog puan Norazizah Sudin yang telah hadir ke pogram Hearts, apa itu Hearts, nanti singgah dan baca di blog beliau.
http://norazizahsudin.blogspot.com/2013/09/kursus-hearts.html

Salah satu sesi pembentangan adalah, cabaran sebagai suri rumah.

Ok, saya antara terawal juga tahu akan permulaan program ini dan dijemput sama sebagai fasilitator dan juga penyumbang idea program. Ia rentetan keratan akhbar Utusa Malaysia yang menyiarkan ruangan mega, tentang kupasan saya tentang bekerja dari rumah. Namun saya terpaksa tolak dengan baik kepada penganjur program iaitu Sumber Manusia Berhad, memandangkan saya masih kekangan masa dan tugas sedia ada. Pun begitu saya masih lagi terbuka dan menyatakan sokongan terhadap program sebegini, agar lebih banyak peluang untuk suri rumah bekerja dari rumah. Alhamdulillah.

Ok, kita sambung semula tentang cabaran suri rumah yang dibentangkan oleh suri yang baru bermula.

Ini petikan dari artikel Norazizah Sudin,

Kelas saya ada 14 orang sahaja.  Kebanyakan dari peserta terdiri daripada suri rumah yang telah lama berhenti kerja.  Masing-masing mempunyai kelayakan akademik yang baik seperti mempunyai ijazah dari luar negeri dan dalam negeri tetapi disebabkan mahu memberi tumpuan untuk keluarga, mereka telah mengambil keputusan berhenti kerja.  Ada yang ingin menjaga anak sendiri, menjaga anak yang kurang upaya, masalah orang gaji, masa bersama anak terhad dan lain-lain lagi.   

Ada yang melebihi daripada 10 tahun, tetapi disebabkan masing-masing ingin menambah ilmu pengetahuan di samping pendapatan, mereka mengikuti program HEARTS. Kami diberi tugasan membentangkan kertas kerja bertajuk cabaran menjadi suri rumah.  Banyak fakta yang kami bentangkan seperti tiada masa untuk diri sendiri, tiada gaji, tiada cuti tahunan, tiada cuti sakit, bajet yang terhad dan pelbagai informasi lagi.  Suri rumah sekarang tidak lagi seperti suri rumah zaman ibu bapa kita, iaitu hanya duduk di rumah sahaja menjaga anak-anak.

Masalah awal atau dilema yang terus berhenti kerja, adalah masalah anak-anak.

Saya selalu sebut, terdapat tiga kategori wanita yang bekerja dari rumah


1. Wanita yang sudah bekerjaya, tetapi sayang melepaskan kerja sedia ada. Pada masa yang sama masih menjalankan bisnes online secara sambilan. Namun pendapatan secara online ini bukanlah calang-calang.

2. Wanita yang bekerjaya yang berpendidikan tinggi, berhenti kerja dan salah satu sebabnya adalah faktor yang disebut dalam artikel di atas.

3. Wanita yang sedia ada suri rumah, tidak ada pengalaman kerja pun. Jadi baru mahu bermula sebagai usahawan dari rumah, bermula secara online dan sepenuh masa.


Cabaran adalah berbeza untuk tiga situasi di atas, saya ada kupas dengan lebih lanjut dalam ebook www.janawangdirumah.com, juga analisa awal bekerja dari rumah dalam buku Jana RM Dari Rumah dan juga ebook super wahm super mom.


Juga cabaran juga dalam bidang yang dipilih iaitu bidang atau industri. Sebab itulah melalui akademi di rumah, saya menerbitkan pakej wahm soho mengikut bidang masing-masing. Masalah dan cabaran sama tetapi ia tidak serupa ;)

Ini dua pakej untuk wamh, sahm, soho yang baru mahu bermula.
Pakej wahm soho- Bisnes Butik Online Offline,
Ebook Panduan Mula Bisnes Butik: Ada perkongsian pengalaman dari wanita bekerjaya yang menjalankan bisnes abaya.

Ebook Belajar Asas Blog-adalah permulaan trek untuk memperkenalkan diri kepada pelanggan dan pembaca online. Ini ebook wajib bagi yang menghadiri kelas asas blog, penulisan dan fan page.

Ebook Super wahm super mom- adalah cabaran realistik surirumah dari pelbagai latar belakang pendidikan yang bukan calang-calang. Baca cabaran dan kisah mereka sebelum kalian bermula.


Di bawah pula Pakej Wahm Soho: Bisnes makanan RM105 sahaja, masih harga promosi
Ebook 101 Idea Bisnes Makana: Selain idea bisnes, juga kita menemuramah surirumah dan usahawan yang sudah terlibat dalam bidang ini. Baca kisah mereka yang sungguh memberi inspirasi.

mahu menyertai pasukan jualan ebook secara online, boleh berhubung terus dengan saya di fb ya.

Manakala yang mahu menyertai kami di akademi bekerja di rumah boleh singgah di sini.http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/

Bagi yang mahu menjadi agen periklanan pula lihat di sini, saya masih ambil pengambilan ya.
http://sohodirectory.blogspot.com/



Berusaha dahulu luar biasa kemudian ;)

Teks: Masayu Ahmad

Sudah pagi, sudah tengahari, petang, malam, pagi semula. Begitulah putaran masa, bergerak laju meninggalkan kita. Allahu Allah.

Saya juga kadangkala kembali melihat ke belakang, apa yang sudah ditinggalkan. Jejak baik atau sebaliknya. Allahu Allah sekejapan sahaja berlalu.

Malam ini tugas segera

10 artikel
10 muka surat suntingan
Mula semula proposal, banyak hari sudah tangguh.
Satu email jawapan segera

Kadangkala perlu realistik dengan masa. Namun saya kini lebih fleksibel atas keutamaan dan susunan semula tugas. Pagi banyak masa di rumah, petang baru urusan penghantaran barang. Selepas Mac 2013, baru rancak semula urusan buku dan produk sunnah. Namun alhamdulillah permintaan sentiasa ada.

Juga sedang siapkan, ebook 101 idea home-based bisnes, Rahsia Khidmat Pelanggan Online, juga cover Panduan Berpantang Tradisional & Moden.

Senarai di atas adalah keutaman sepanjang 9,10,11,12.2013. Semoga Allah permudahkan.

Sunday, September 8, 2013

Momentum, konsisten- tips wahm soho

Teks: Masayu Ahmad
Mulakan perancangan bekerja di rumah sambilan atau sepenuh masa, baca naskah ini www.janawangdirumah.com

Alhamdulillah, kejap ada kejap tidak ada, sejak beberapa bulan lepas ada sedikit teknikal kelajuan internet yang terbatas. Alhamdulillah nampaknya hari ini sudha selesai. Mahu digerakkan lagi kadar kelajuan gerak kerja akhir tahun 2013.

Berbaki suku tahun, 7,10,11,12. Gerak kerja makin pantas dan senarai masih cantik bersusun tenang seperti biasa.

Alamak, pendaftaran sekolah Arif untuk naik darjah 1 belum selesai, hihi. Itulah kan walau ada di rumah masih juga masa itu sangat pantas bergerak. Pantas dan tuntas.

Anak-anak sudah kembali ke rutin, pagi sekolah malah kelas al-quran. Saya masih menyusun jadual yang ada. Walaupun fleksibel tetapi kadangkala pandai menyusun masa. Tetapi jika saya sangat keletihan, saya bersantai-santai juga. Pagi ini saya  ambil cuti rehat, pagi mengemas dapur, masak nasi berlauk gulai ikan kuning ala kelate.

Tengahari menikmati waktu senggang bersama Arissa. Juga saya sedang membuat persediaan  untuk dot dot dot.  Apa dia, sabar ya.

Penulisan sekarang masih konsisten, saya cuba memasuki trek menulis, 1 manuskrip 1 bulan. Itu cabaran buat diri saya.

Bersambung...salam maghrib.

Tuesday, September 3, 2013

Masa fleksibel itulah matlamat sebagai wahm soho

Teks: Masayu Ahmad
mula rancang bekerja dari rumah sekarang, tidak kira sambilan sebelum sepenuh masa, mula di sini ya
www.janawangdirumah.com dapatkan naskah rujukan kalian.

Ok, baik alhamdulillah, alhamdulillah atas nikmat dan rezeki yang maha luas, maha tidak kita ketahui ia datang. Ya Allah ampuni kami, ampuni ke dua ibu bapa kami dan ke dua mertua kami.

Semalam Hakim menunjukkan laporan kemajuan kelas kafa, syukur untuk subjel al-quran, tajwid dengan cemerlang sekali iaitu 98 dan 95. Manakala subjek lain masih lagi tidak mencapai apa yang saya kehendaki. Saya juga sedar akan kelemahan saya sendiri, tidak ada masa untuk Hakim. Saya cukup lengkap untuk set ulagkaji, tetapi asyik bertanggung untuk ulangkaji bersam abe Hakim.

Untuk kelas mengaji, memang saya mencari ustaz khusus, iaitu mengaji dan ulangkaji dan penekanan dengan ustaz yang mengajar tahfiz  berdekatan dengan kediaman kami. Manakala untuk Aiman dan Arif juga ada tiga yang mengajar. Iaitu di dalam kelas bersama cikgu Yan, dan kemudian ulangkaji lagi bersama cikgu Moh, manakala malam hari akan bersama pula dengan ustaz tahfiz.

Banyak kali saya ulang dan ulang dengan anak-anak, kalian perlu mulakan dengan al-quran dan fasihkan. Kemudian barulah subjek lain. Apabila al-quran dalam dada, insya-allah yang lain akan mudah sekali. Impian saya, adalah anak-anak ini dapat menyambung pelajaran di tahfiz sains, ada beberapa lokasi yang menjadi sasaran saya.

Cermin diri

Pun begitu, saya masih cermin diri, atas usaha yang masih terhad dan juga saya sebagai ibu yang banyak compang camping dalam pendidikan awal anak-anak, saya juga masih belajar dan belajar. Dan menjelang suku tahun ini, masa saya lebih fleksibel berbanding setahun lepas dan awal tahun ini.

Harapnya tahun ini saya lebih dan dapat memberi tumpuan kepada anak-anak. Walaupun saya juga teruja dengan Arif yang secara rasminya setiap hari menjadi imam di kelasnya, untuk zuhur dan asar, juga sudah naik quran besar. Ia belum cukup, kerana sebelum itu saya mensasarkan sebelum usia 7 tahun sudah habis dan khatam.

Akan tetapi selepas mendengar penjelasan ustaz yang mengajar di tahfiz itu saya menerima dengan hati terbuka. Katanya, biarlah perlahan, asalkan bacaannya, sebutannya, tajwidnya adalah betul. Hasilnay memang ya, untuk kertas quran dan tajwid Hakim cemerlang sekali. Juga pengajian di bawah beberapa ustaz dan ustazah membantu anak-anak belajar dari pelbagai pendekatan dan ulangkaji secara bertereusan.

Alhamdulillah, maka yang mana kekuarangan yang lain, saya boleh menampung sendiri di rumah. Yang lain saya serahkan kepakaran kepada tenaga pengajar.

Monday, September 2, 2013

Hijrah sebagai suri rumah 'zon selesa' kepada 'zon cabar diri'

Teks: Masayu Ahmad
Mula buat persediaan bekerja dari rumah sekarang, sama ada sepenuh masa atau sambilan.
Klik di sini untuk dapatkan panduan kalian www.janawangdirumah.com



Semua sudah kalut dengan kenaikan harga minyak, walhal kita sudah tahu trend kenaikan setiap tahun. Setiap tahun pun ada kenaikan kan. Jadi kita perlu bersedia dan perlu keluar dari 'zon selesa'. Bagi yang bekerja sendiri 'kami sudah biasa' dalam keadaan ini.

Ketakutan yang ketara bagi kebanyakan orang ialah takut duit sudah semakin menyusut dan peruntukan bulanan juga akan bertambah dan bebanan kehidupan juga meningkat.

Bekerja sendiri atau pun makan gaji, ia tetap sama, kerana 'peruntukan kita' setiap bulan adalah daripada pemberi rezeki yang sebenar. Cuma bagi yang makan gaji, ia mungkin sudah selesa, kerana sudah tahu ada kemasukan sekian-sekian setiap bulan. Saya tidak salahkan orang makan gaji atau orang bekerja sendiri. Tetapi muhasabah untuk saya sendiri, kita perlu bekerja dan usaha luar biasa, sebelum itu sudah tentu gembirakan Pemilik Rezeki yang sebenarnya.

Itulah kehidupan, cabaran kehidupan kita di Malaysia begini, bagaimana pula kehidupan saudara kita di Palestin, Syria, adakah kita sudah tidak ada pilihan lagi. Pilihan yang ada mahu atau tidak gembirakan hati Majikan kita yang sebenar-benar, meluluskan berapa banyak rezeki yang kita perlukan, dan berapa banyak yang kita layak untuk dapat dan perolehi. Manusia dan kebendaaan adalah salah satu perantaraan sahaja.

Rancang bekerja dari rumah dari sekarang. Tidak kira secara online mahupun offline. Mulakan secara sambilan sebelum sepenuh masa.


Cabaran sebelum bergelar wahm.Waktu bekerja di bawah majikan dahulu, pengurusan masa semestinya menjadi cabaran utama. Prinsip saya untuk tidak menggunakan waktu pejabat untuk hal-hal peribadi, atau jangan gunakan waktu peribadi untuk hal-hal pejabat membuatkan adakala saya begitu terikat dengan masa yang ada. Semuanya harus mengikut peraturan dan perancangan rapi. Seandainya ada yang terkeluar dari sasaran masa yang ditetapkan, saya akan menjadi orang yang paling mengganas dan tertekan waktu buat kerja. 

Waktu tidur juga tidak tetap, jika tidak menguruskan perniagaan dengan ayah, pastinya saya di rumah untuk ambil gambar baju atau buat suntingan untuk barang jualan yang dijual secara online. Pendek kata, jadual waktu saya penuh. Balik dari kerja, dengan baju kerja yang masih di badan, saya dah bergegas ke dapur untuk memasak, mengemas, membasuh, melipat kain baju,menyuap anak-anak makan dan sebagainya. Kerana terlalu fikirkan bisnes, saya tidak lena tidur. Jam tiga pagi saya sudah bangun untuk jawab email, kemaskini kedai online, edit gambar dan sebagainya. Perkataan yang sesuai untuk saya pada masa itu ialah “ketagihan kerja” atau workaholic.


Cabaran selepas bergelar wahmPada mulanya saya rasa aman dan sangat selesa. Mungkin buat pertama kali, saya rasa bebas mahu buat apa. Ada masa saya hanya mengadap kerja rumah. Ada masa memang saya tak buat apa, ada masa saya hanya buat kerja saya sambil lewa. Sehinggalah tiba penghujung bulan pertama saya tanpa karier bermajikan, bila tidak ada gaji yang masuk ke dalam akaun saya melainkan hasil jualan online, baru lah saya sedar yang saya perlu kembali agresif seperti dulu. Tidak mempunyai majikan bukanlah bermakna saya tidak perlu berdisiplin. Tetapi bekerja sendiri memerlukan lebih disiplin dari kerja-kerja lain yang ada terutamanya bila kita memegang jawatan “SURIRUMAH SEPARUH MASA” dan “IBU SEPENUH MASA” dan “USAHAWAN”. Pengurusan masa serta perancangan rapi sangat-sangat perlu apalagi kita bergerak sendiri tanpa pembantu rumah ataupun pekerja di butik.
 Maka, saya kembali seperti dahulu. Bezanya, waktu pagi saya sibuk menguruskan hal-hal persekolahan anak-anak, memasak, mengemas, membasuh dan melayan anak ke-3 saya yang akan berumur 3 tahun pada hujung tahun ini. Di antara kerja-kerja rumah, saya mengintai perkembangan kedai online saya. Sambil tunggu nasi masak di dapur, saya menjawab email. Sambil tunggu baju di dalam mesin, saya memasak. Sementara anak leka menonton TV, saya mengemas. Sementara anak tidur, saya edit gambar.
 Begitulah rutin harian saya. Jam 11 sehingga 2 petang adalah waktu paling sibuk saya. Dimana anak-anak pulang dari sekolah agama, perlu diberi makan, disuruh mandi dan bersiap ke sekolah kebangsaan.Begitu juga yang sulung, balik sek keb dan perlu bersiap ke sek agama. Tergelincir sedikit dari waktu ‘jadual harian’ saya, maka kelam-kabutlah jadinya. Seawal 2 petang, saya bersiap untuk ke butik pula dengan ditemani anak ke-3 saya. Sampai di butik, kena kemas butik pula sambil melayan anak.
 Nasib baik saya dah didik dia untuk tidur petang pada pukul 3. Jadi pada waktu dia tidur, saya selesaikan urusan rutin butik – pack barang-barang untuk di penghantaran pada hari itu. Selesai urusan poslaju, barulah saya teruskan aktiviti lain seperti menjahit, menghias, mengemas dan sebagainya sehinggalah tiba waktu tutup butik. Dahulu, sayalah pemandu kepada anak-anak. Kini, selepas saya kaji pengurusan masa saya, saya mengambil perkhidmatan van sekolah untuk anak-anak yang bersekolah. Sungguhpun begitu, ada kalanya, saya tetap turun ke sekolah pada waktu petang untuk menjemput anak-anak saya pulang dari sekolah.
Sumber; Ebook super wahm super mom
Dapatkan naskah kalian di sini, baca cabaran usahawan suri rumah atau mereka yang bekerja dari rumah.
http://superwahmsupermom.blogspot.com/

Dapatkan panduan mula bisnes online dan offline di sini ya, klik di sini http://mulabisnesbutik.blogspot.com/

Keterangan lanjut untuk sertai pasukan saya di akademi bekerja di rumah pula di sini http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/





Sunday, September 1, 2013

Momentum suri bekerja di fasa terakhir 2013 Alhamdulillah

Teks: Masayu Ahmad

Alhamdulillah, kembali bersiaran, merehatkan diri seketika. 30 dan 31 Ogos saya berada di Shah Alam untk sesi bersama penulis dan penerbit. Ampun maaf kepada yang mahu berjumpa tetapi, saya memang kekangan masa. Dua hari itu sudah penuh jadualnya, jika ada kelapangan dan rezeki kita akan berjumpa juga.

Alhamdulillah, juga, kelas online kami bersiaran seperti biasa. Pengambila adalah sepanjang tahun. ;0

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin