Tuesday, September 11, 2012

Strategi tingkatkan jualan-tips wahm, soho

http://www.blogjamal.com/marketing/rahsia-6-angka/

Baca selanjutnya di pautan di atas


Ramai orang bertanya pada saya, “Bro JaMaL, bagaimana bro boleh buat jualan 6 figure berturut-turut dalam 3 pelancaran produk bro baru-baru ini? Leh cerita?”. Ya, memang ramai bertanyakannya.
  • Awal Mac 2012, saya lancarkan produk Quran Digital di www.qurandigital.my, dan jualannya berjaya mencapai RM210k dalam masa sebulan dilancarkan!
  • Awal May 2012, saya lancarkan produk digital www.teknikFBO.com, dan jualannya berjaya mencapai lebih RM119k dalam masa sebulan!
  • Dan terbaru, pada Ramadhan lalu. Saya lancarkan Quran Digital model My-Qalam www.my-qalam.com, lebih RM300k sales berjaya dicapai!
Shhh..Total dekat RM630k sales juga tu! Kira boleh tahan la. Sales ciput banyak macam tu.  (Sales je banyak, untung skit aje..hehehehe)
Dalam ketiga-tiga pelancaran produk ini, yang mana ianya melibatkan produk fizikal (Quran Digital) dan juga produk digital (ebook Teknik FBO), lebih kurang sama saja strategi pelancarannya. 
Baca lagi di pautan di bawah.

Monday, September 10, 2012

Pagi bertenaga-tisp wahm, sahm, soho

Soho sederhana saya

Salam kasih sayang, pagi yang bertenaga sekali, setelah beberapa hari menjangkau seminggu juga dilanda, demam tak demam, selsema dan sakit kepala. Semalam tidur awal lagi dan hari ini bangun dengan keadaan sihat bertenaga. Alhamdulillah sekarang jam 9 pagi kanak-kanak riang sudah dihantar ke Pasti, tinggal lagi saya memecut untuk tugasan hari ini. Memandangkan bulan ini kritikal juga trek penulisan, maka waktu pagi sayang fokus semula menulis.

Buku baru, terapi diri.

Lebih kurang 20 buku baru untuk 'reward' diri sendiri. Masa pun tak ada nak baca jadi macammana. Masa sudah ada 24 jam sahaja, jadi pandai-pandailah. Saya akan pastikan ada buku di dalam kereta, atas meja atau dimana-mana sahaja. Jadi waktu-waktu menunggu seperti di klinik, basuh kereta dan sebagainya boleh sambung membaca mana-mana bahagian. Adakala membaca dengan laju, adakala membaca ulangan semula petikan yang saya suka. Sangat perlu untuk input ke otak bagi olahan semula apa yang akan ditulis. Jadi baca, baca dan baca. Ia bukan sekaar baca tetapi ia juga terapi.


Salah satu cara kerja yang baik adalah, sebaik-baiknya menghadap kiblat. ;), di depan saya ada tingkap udara dan sebelah kiri juga ada tingkap kaca, diluarnya ada tanaman segar dan subur jiran sebelah yang mengusahakan bisnes jualan bunga-bungaan, pasu, tanaman hiasan dan lain-lain. Udaran pagi ini sangat nyaman, moganya momentum pagi ini kekal hingga menutup mata untuk penghabisan hari ini.

Semalam 10 perkara saya tulis dalam senarai, 9 berjaya diselesaikan, tinggal 1. Jadi senarai akhir semalam saya naikkan jadi tugasan pertama untuk hari ini,

Semoga Allah memberi kemudahan kepada saya dan juga kalian untuk menyempurnakan amanah hari ini. Insya-Allah.

Promosi bulan September, dapatkan e-iqra, percuma panduan solat lelaki dan wanita dan juga pos percuma




Kami pengedar ekslusif online, maknaya tidak terdapat di kedai buku. Terbitan DBP, e-iqra adalah cd dan buku interaktif untuk belajar quran dan tajwid.
Semua untuk semua peringkat umur. Klik dibawah untuk beli







Sertai saya!

Teks: Masayu Ahmad

Saya melihatkan  trend dan perkembangan terkini dunia bisnes dari rumah. Kini salah satu peluang lagi untuk bermula dengan tiada modal, iaitu 'dropship' dengan kata lain kalian hanya menjadi perantara antara pembekal dan pembeli/ pelanggan.

Hanya perlu mempromosi dan berjualan seperti biasa. Itulah kelebihan 'dropship' tanpa peru mengeluarkan modal. Hanya perlu internet dan komputer dan 'kemahiran berjualan dan mempromosi boleh dipelajari dari masa kesemasa.


Kedai Buku Online Network
sertai saya di sini jika kalian berminat

Saya mencari...
-Kalian suka baca buku dan ingin jual buku
-Terdapat banyak buku, ebook, kitab agama, al-quran digital di bawah edaran kedai buku online
-Rajin, bersemangat, tidak putus asa

Hubungi saya di face book dan sapa saya, berminat untuk sertai Kedai Buku Online Network
-Tidak kira jika kalian sudah ada kedai online atau sebaliknya

Sunday, September 9, 2012

Tips urus masa super sibuk-sahm, wahm, soho

Teks: Masayu Ahmad

Alhamdulillah untuk hari ini, ayah dan Hakim sudah pun beredar. Tinggal lagi saya, Arif, Aiman dan Arissa. Sejak bulan puasa kesibukan saya berganda dengan tugasan baru, amanah baru dan ulang alik menjaga ayah di hospital. Beberapa hari sudah demam dan sakit kepala pula. Rupanya tidak mendapat rehat yang cukup. Alhamdulillah semalam semuanya sudah reda, dan hanya selsema sahaja. Apabila berada dalam keadaan tidak sihat, tidak cukup masa, saya teringakan ini.

Masa sihat sebelum sakit.
Masa lapang sebelum sibuk.

Kesihatan dan masa adalah nikmat terbaik yang perlu kita syukuri setiap hari. Betapa banyak pun wang tetapi nilai kesihatan sudah tidak ada, wang yang banyak juga tidak ada makna lagi. Hanya digunakan untuk perubatan sahaja, bukannya untuk perkara yang ingin dilakukan semasa sihat. Saya melihat ramai yang kaya tetapi sakit dan miskin tetapi sihat. Jadi memilih bersederhana tetapi sihat. :)

Ok, banyak pula membebel. Kembali kepada topik iaitu urus masa bagi yang menjalankan bisnes dari rumah.

1. Ada yang bertanya saya bagaimana mengurus masa? Ya, sememangnya sangat sibuk, akan tetapi saya tidak meletakkan kesibukan itu sebagai perkara utama, tetapi jadikan sibuk yang fleksibel. Iaitu perlu rancang dengan baik apa yang akan dan ingin dilakukan sepanjang tahun, bulan, minggu, hari dan jam.

2. Kesibukan terurus. Apabila sibuk kita cenderung tidak ada masa untuk sendiri. Contohnya apabila satu hari saya ada aktiviti, saya akan pastikan makan makanan yang berkhasiat yang megenyanngkan. Selalu mengambil kurma badam untuk alas perut, atau jika saya tahu saya tidak sempat untuk makan tengahari, pagi hari akan minum milo panas dan saya makan berat sekitar jam 10 pagi iaitu nasi dan susu kambing. Jadi saya dapat bekerja sehingga petang iaitu 5.00. Hanya berhenti untuk solat Zuhur rehat sekejap sahaja dan teruskan apa sahaja aktiviti yang 'disibukkan' pada hari tersebut.

3. Jangan dera badan. Ambil peluang untuk rehatkan diri atau 'reward' apabila terlalu penat saya akan berurut cara kampung. Ia satu terapi yang sangat baik, dan akan kembali cergas selepas itu.

4. Bijak membahagikan masa antara urusan kerja/bisnes dan keluarga. Selalu sematkan dalam diri bahawa kita memilih bekerja dari rumah kerana komitmen keluarga. Urusan lain adalah perkara ke-dua walaupun komitmen kewangan juga penting. Kembali kepada niat dan kita tidak akan tertekan dan akan mengimbangi semula 'kesibukan yang tidak terurus'.

Salam kasih sayang

Klik di bawah untuk beli
RM123- Semenanjung skynet
RM143-Sabah, Sarawak skynet
Air Zam-zam
Jus Kismis As-syifa
Jus Delima
Kurma Badam
Kurma Gajus

Boleh digunakan seisi keluarga. Jika berada dalam keadan tergesa-gesa di pagi hari, pakej bijak ada jawapannya.

Ambil 7 biji kurma dan minum bersama air bancuhan delima, atau bancuhan jus kismis syifa.



RM80 PakejSihat

Pakej Sihat.
RM80 termasuk pos, Semenanjung (skynet)
RM100- Sabah, Sarawak, skynet











Saturday, September 8, 2012

Sudah suku terakhir 2012

Teks: Masayu Ahmad

Pejam celik, pejem celik sudah selesai minggu pertama bulan September. Sungguh pantas masa berlalu, nampaknya belum nampak bayang mana-mana buku saya diterbitkan, namun saya berdoa agar salah satunya dapat terbit juga.

Kini sedang bertarung dua manuskrip segera, dan belum lagi siap, satu ebook, buku soho. Dua dalam senarai segera bulan ini, tiga lagi adalah perlu suntingan lagi. Merangkak ke, berjalan ke, saya perlu selesaikan juga. Buat sampai siap.

Alhamdulillah untuk 2012, saya menerima dua lagi amanah rezeki, selain kedai buku online yang sudah mula beroperasi, juga jemput singgah di serbanika online yang menjual secara borong dan runcit. Bagi kalian yang mahu mula dengan modal minima atau sudah ada kedai online dan mahu tambah produk kalian boleh beli borong minima lima, boleh menghubungi saya. Antara produk yang ada adalah produk tempatan seperti kaftan batik, keropok keping kelantan, makanan sunnah dari negara timur tengah dan banyak lagi.








Wednesday, September 5, 2012

Tips urus masa untuk wahm,sahm,soho

Teks: Masayu Ahmad


Salam kasih sayang, lama sungguh tidak bersiaran di sini berkongsi apa-apa. Ketika menjengah di grup-grup yang disertai usahawan yang bekerja dari rumah, ini antara perkongsian mereka.

-Saya sudah kelam kabut urus bisnes pada masa yang sama, sudah mula mengabaikan anak-anak.
-Rasa sangat stress kerana terlalu letih dan banyak kerja rumah yang perlu diuruskan.

Hari pertama saya bergelar WAHM, saya menangis. Kemudian saya muhasabah balik. Sebab utama saya jadi WAHM sebah nak jaga, didik anak. Jadi dialah yang akan menjadi keutamaan. Alhamdulillah, suami faham dan sokong. Lepas tu alhamdulillah saya tidak menangis lagi kerana stress. Sangat seronok dan santai melayan kerenah anak saya. 

Nazrah Aziz

Baik, dalam situasi di atas, sangat penting kembali melihat semula apa tujuan kita berada di rumah, sudah tentu pertamanya keluarga dan anak-anak. Matlamat kedua adalah dapat menjana pendapatan sampingan membantu ekonomi keluarga.

Berikut beberapa tips.

1. Bangun awal dan tidur awal, agar dapat mempunyai tenaga, ruang masa untuk diri sendiri.

2. Rancang awal apa urusan untuk tahun, bulan, minggu, hari dan setiap jam. Perlu ada kalender perancangan.

3. Pastikan merancang dan melakukan perka-perkara penting sebelum anak-anak tidur.

4. Jangan stres dan ambil masa untuk memastikan anda sudah dapat rentak dan imbangi kerja dan rumahtangga.

5. Sudah tentunya rata-rata wanita bekerja dari rumah mempunyai anak-anak kecil, jadi sediakan zon bermain dan belajar sama juga seperti ibu yang mempunyai pejabat atau soho.

6. Mengambil beberapa langkah awal, contoh ketika anak menangis, terus sahaja memberikan apa-apa permainan menarik perhatian atau makanan yang digemari.

Klik di sini untuk membeli 
Bes delima untuk seisi keluarga, boleh disediakan untuk menuman sejuk atau panas. Pekatan ini sama seperti penyediaan air sunquick.
RM25 termasuk pos skynet
semenanjung sahaja.
Info produk:
250 ML
Botol kaca
Esktrak delima untuk dibuat minuman jus. Sama seperti hidangan penyediaan air sunquick.
Boleh disediakan panas dan sejuk.

Buah ajaib dari syurga.
Buah delima mengandungi potassium yang tinggi. Selain itu juga buah delima mengandungi mineral-mineral lain seperti fosforus, kalsium, besi, sodium dan vitamin seperti A, B1, B2,B3 dan C. Dengan memelihara keseimbangan kadar potassium-sodium, buah ini mampu berfungsi dalam mencegah dan mengurangkan kadar gula dalam darah. Dapat menghilangkan rasa letih otot dan menguatkan jantung.
Manfaat delima.
-Menghalang pembentukan sel kanser
-Mencantikkan kulit, awet muda
-Mencegah nyanyuk
-Memberi tenaga
-Baik untuk pesakit darah tinggi dan darah rendah
-Elok untuk system penghadaman
-Mengurangkan berat badan
-Mengurangkan alahan ‘morning sickness’ ibu hamil
-Menguatkan rahim
-Mencegah sakit jantung
Dalam perubatan Yunani dan homeopati, delima digunakan untuk penyembuhan cirit-birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi dan kurang lawas penghadaman, membuang lemak dan mengeluarkan toksin dalam badan.




Tips super mak lagi ;D

Teks: Masayu Ahmad

Assalamualaikum w.b.t, indah sungguh cuaca hari ini. Arif dan Aiman masih lena, Arissa sudah bangun sedang bersarapan dengan mok. Hakim sudah ke sekolah. Rutin pagi memang ribut kalau ada anak ramai. Akan tetapi ribut tersebut boleh sahaja kita ubah menjadi santai. Tips berikut boleh membantu.

1. Buat agihan kerja dengan suami. Minta bantuan dan kerjasam. Terutama bagi mereka yang bekerja dari rumah, memang tidak menang tangan dibuatnya. Bagi suami urus, perkara yang digemarinya, kita pula fokus kepada urusan lain yang lebih baik kita buat sendiri seperti memasak dan menguruskan anak kecil.

2. Rancang mingguan secara teratur dan setiap hari sudah kenalpasti waktu puncak kesibukan. Tidak nanti kelam kabut.

3. Selalu beri masa kepada diri sendiri terlebih dahulu. Maksudnya bangun awal pagi dan sudahkan kerja yang boleh dilakukan tanpa gangguan anak-anak kecil.

4. Pastikan ada aturan untuk mengelakkan kelam kabut, contohnya saya, akan memandika Aiman, Arif dan terakhir Arissa. Iaitu selesaikan anak yang sukar bangun pagi, jadi bergilir menyiapkan. Kalau serentak memang kelam kabut jadinya.


Singgah di sini untuk mendapatkan produk makanan sunnah terbaik, dari Gedung Serbanika Online




Dapatkan set sihat ini hanya RM80 termasuk pos

Dari kiri jus delima, minyak zaitun dan cuka kurma. Hanya RM80 termasuk pos.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin