Friday, July 6, 2012

Apa keistimewaan bisnes kita berbanding pesaing.

Teks: Masayu Ahmad


Salam kasih sayang, salam hari Sabtu, saya berada di rumah ayahanda, tetapi kini bersiaran di salah satu port. Gambar di atas adalah semasa berada di Langkawi, kebetulan hari apa saya lupa, ada pasar malam berdekatan dengan hotel. Jadi jam 6 kami lima beranak turun. Saya seperti biasa, sambil berjalan sambil mencerap. Jika kita fikir langkawi, apa kaitan yang lain selain dari ia adalah pulau pelancongan.

Sudah tentu makanan, bukan kan. Ok, saya pun cari, punya cari punya, cari, hmmm tak ada yang menarik di hati. Nasi ayam, nasi kerabu, pasar-pasar malam tempat lain pun ada juga.


Dah, kalau semua sama apa keistimewaannya. Sudah tentu bebas cukai dan salah satu produk popular adalah coklat.



Analisa:

Apa yang saya maksudkan di sini, kita membina persaingan sihat dalam jenis produk dan perkhidmatan yang sama. Jika kita menjual CD, apa beza produk kita dengan pesaing. Apa keistimewaan kita berbanding pesaing. Kita punya harga serupa dan produk yang sama, tetapi etika bisnes dan menambat hati pelanggan itulah kita kekal sebagai usahawan yang berdaya maju.

                                                                        Sentuh emosi pelanggan
Dalam seminar marketing power-smp, Dr. Azizan ada menyentuh tentang menjaga hati dan emosi pelanggan. Bagaimana kita menjaga hati pelanggan.

Contohnya, kami dalam perjalanan ke Langkawi, kami berhenti sebentar kerana tayar kereta bocor. Usai en.suami berurusan, pemilik bisnes, seorang wanita Cina, mendekati saya dan berbual-bual mesra. Antara perbualan kami berkisar bercuti, raikan anak-anak, bercuti pada masa bukkan cuti sekolah dan juga dia menunjukkan ekpresi muka dan nada yang iklas.

Ada ya dalam beberapa kes, saya membuat kajian secara online, mahu tahu bagaimana khidmat pelanggan atau layanan. Dalam banyak-banyak ada satu yang menyentuh hati saya. Aduhai, semoga pemilik ini berubah cara dalam melayan pelanggan. Saya doakan bisnesnya akan semakin sukses.




Kami beroperasi setiap hari!


http://www.facebook.com/KedaiBukuOnlineDotCom-Kami beroperasi setiap hari ;D

Tempahan, pembelian dan penghantaran setiap hari.

Motivasi wanita, bisnes, bacaan awal, keagamaan, panduan ibu bapa, haji dan umrah, banyak lagi judul-judul akan dikongsi.




Thursday, July 5, 2012

Rasa gembira sejak resign!-Izam Suziani

Susunan: Masayu Ahmad


Assalamualaikum w.b.t
Saya mahu berkongsi perasaan gembira dan senang hati sejak meletakkan jawatan sebagai kakitangan Kerajaan sejak Isnin lalu. Saya memang takut untuk memulakan langkah pertama, tetapi alhamdulillah semuanya sudah bermula.
Tidak sangka sayang rasa tenang dan bahagia seperti ini. Saya bukan nak ajak semua orang berhenti kerja, tetapi apa yang saya mahu kongsikan, 'kita rasa akan lebih bahagia apabila mengikut naluri atau kata hati'.
Terutama apabila niat kita mahu bersama keluarga dan anak-anak, tambah lagi mendapat keredaan dari Dia. Sekarang dapat rasai dan fahami bagaimana perasaan 'hijrah' ia sungguh indah.


Bersambung...


Nota. Dr. Izam Suziani sudah memiliki ebook www.janawangdirumah.com kalian bila lagi?





Sugar bugar pagi Jumaat

Teks: Masayu Ahmad


Alhamdulillah untuk hari ini. Pagi yang segar bugar, daun-daun masih merecik air hujan semalam. Rasa sungguh segar dan nyaman sekali udara pagi. Apa menu pagi kalian?

Di sini, kami sudah berhujung minggu, Jumaat yang penuh barokah. Selesai sudah nasi gulai ikan. Menu biasa orang pantai timur. Gulai kuning ikan hidangan bersama nasi dan teh o panas.

Kanak-kanak masih lena, sedap tidur pagi begini. Arissa dan Hakim sudah bangun. Saya rasa cukup bertenaga pagi ini. Insya-allah pagi atau petang nanti akan memecut pulang singgah ke rumah ayahanda. Teringat-ingat akan wajah tua itu

Cabaran 45 hari

Ingat tak rutin apa-apa pun jika mahu disipilin sekurang-kurangnya 40, 44, hari. Jadi hari ini saya meletakkan 45 hari agar saya lebih disiplin, bangun, dan penuhkan aktiviti sehingga menutup mata. Hari rasa cukup bertenaga untuk teruskan daya juang sebagai supermak yang tergalas sudah peranannya.

Pilihan buku hari ini


Mahu beli, klik di sini ya 

Dan juga buku ini







Beli Buku Online: Bukan Sekadar Resipi

Beli Buku Online: Bukan Sekadar Resipi: Semenanjung RM35 Sabah Sarawak RM37 +RM6 pos ekspres

Jutawan dari Turki




Ini adalah pelanggan yang menggunakan khidmat saya untuk iklan di internet, iaitu untuk page online directoriy, video youtube, fb dan blog.

En. Kenan ini berasal dari Turki, seorangan usahawan yang dermawan. Juga mempunyai tiga orang ister ;D, 

Bersambung, Arissa sudah menangis ....


Wednesday, July 4, 2012

Suri Ummah Super

Teks: Masayu Ahmad

                                        http://www.facebook.com/KedaiBukuOnlineDotCom
                            'Tempahan & Penghantaran Kami Adalah Setiap Hari'

Salam kasih dan sayang. Campak selimut, bangun dan bangkit berjuang. Alhamdulillah untuk hari ini yang sangat tenang dan damai dana sungguh terurus. Semalam walau tidur jam 2 pagi, hari ini semua berjalan lancar. Kanak-kanak riang mudah bangun pagi, tiada lagi perlu didukung, merengek, Arissa walau demam tetap juga mahu pergi. Terima kasih Allah atas dipemudahkan semua ini.

Jam sekarang 9.18 pagi, saya akan pecut semula, banyak lagi buku-buku yang belum dikongsi, Harapnya hari ini dapat berkongsi dengan kalian 30 judul lagi.

Hari ini menu mee goreng dan teh o. Nasi sudah masak siap-siap. Mertua masih kurang sihat, jadi saya ambil alih tugas. Insya-Allah besok mahu pulang menjenguk ayahanda, sudah sebulan saya tidak balik.

Semoga kita ikhlas dalam menyelesaikan urusan rumah tangga. Jika rasa letih dan penat berhenti sebentar dan adulah kepada Allah s.w.t. Hanya dia yang tahu isi hati kita dan hanya Dia yang mempermudahkan segala urusan.;D

Ok, buku pilihan untuk hari ini.





LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin