Monday, July 2, 2012

Supermak lagi!

Teks: Masayu Ahmad


Insya-Allah hari ini lebih banyak buku akan dikongsi, saya juga masih menelaah buku di atas, sangat menarik dan memberi banyak input baru.

Alhamdulillah untuk hari ini, apabila kepenatan emosi sudah mula terganggu. Banyak-banyak istigfar, perbetulkan semula niat. Jam sekarang 8.35 anak-anak sudah sekolah, tinggal saya yang perlu bersiap-siap. Insya-Allah semoga hari ini lebih cemerlang dari semalam.



Jemput singgah sini



Beli Buku Online: Menjadi Secantik Aisyah Puteri Rasulullah

Beli Buku Online: Menjadi Secantik Aisyah Puteri Rasulullah: Semenanjung RM10 Sabah/ Sarawak RM12

Terus berjuang


Teks: Masayu Ahmad

Masih banyak buku yang belum dikongsi, saya akan selesaikan satu persatu. Esok, tugasan berikut menanti

9 hingga 12. tengahari

1. Siapkan iklan sekolah swasta abadi

2. Siapkan iklan Humairi Scarf (ini kali kedua mendapatkan khidmat saya untuk iklan youtube-mungkin saya akan berkongsi dengan kalian pemilik bisnes ini, sangat kaya dan berjaya. Berasal dari turki, hanya tahu bahasa turki dan bahasa melayu sahaja.

3. Masukkan seberapa banyak buku- 20 judul dahulu

4. Edit, edit, edit ebook-saya perlu pejamkan mata siapkan yang ini

Empat senarai ini adalah keutamaan dalam masa tiga jam. Semoga saya dapat siapkan dengan cepat. Cepat selesai, lebih banyak kerja lain boleh beralih giliran.

Sunday, July 1, 2012

Cuti-cuti Kelantan: Harison Tukang Jahit

Cuti-cuti Kelantan: Harison Tukang Jahit: Harison style Hubungi: Che Hamat Hj. Che Pa 016-988 2518, 012-992 8126 Sumber:  http://www.xpresszoom.com/harisonstyle Sela...

Beli Buku Online: Meniti Sakaratul Maut

Beli Buku Online: Meniti Sakaratul Maut: RM13 Setiap orang pasti akan melalui detik-detik sakaratul maut. Bagaimanakah para nabi, khalifah dan orang soleh melalui detik-detik ...

Kaya duit, kaya hati

Sumber:http://www.sabreehussin.com/review/kaya-duit-kaya-hati-atau-kaya-keduanya/

Ok, saya mahu berkongsi ulsan buku, kaya duit, kaya hati atau keduanya




Sedikit mengenai buku ini, ianya merupakan sebuah buku hasil karangan penulis dari Jawa Tengah. Beliau yang dimaksudkan ialah Muhammad Muhyiddin. Buku ini originally ditulis dalam bahasa Indonesia, namun edisi yang saya baca adalah dalam bahasa Malaysia.
Ia diterjemahkan oleh Nur Azlina dan seterusnya disunting pula oleh Dr.Mohd.Puzhi Usop.
Buku ini mengandungi 332 helaian mukasurat dan ianya dijual dengan harga RM20 sahaja.
Sebenarnya ini bukan kali pertama saya baca buku hasil karangan penulis ini, malahan sebelum ini saya juga pernah baca buku-buku lain yang telah dikarang oleh Muhammad Muhyidin. Buku lain yang pernah saya baca dan yang telah saya kongsikan dalam blog ini ialah buku berjudul 17 Rukun Berbisnes Dengan Allah.
Secara keseluruhannya, buku ini mengandungi 7 bab seperti berikut
BAB 1 – PENDAHULUAN
BAB 2 – CARA MEMBERI MAKNA DAN MENIKMATI KERJA – MENJADIKAN DUIT SEBAGAI TUJUAN “KE 10″ ANDA
BAB 3 – KAYA DAN MISKIN : INI HANYA PERSOALAN MELETAKKAN DUIT
BAB 4 – BUKAN KAYA ATAU MISKIN – PENGURUSAN DUIT BERASASKAN ROHANI
BAB 5 – MENJADI KAYA – SEBUAH AKHIR DARI KEGAGALAN DUIT
BAB 6 – FAKTA KEMISKINAN – BAHAYA MENGGUGAT DUIT
BAB 7 – TIDAK KAYA DUIT, ASAL KAYA HATI – MISKIN HARTA TETAPI BERJIWA MULIA
Setiap bab diperincikan lagi agar maksud sebenar dan tujuan penulisan buku ini tercapai dan sampai kepada individu-individu yang membaca buku ini. Buku ini menjelaskan dengan cara yang berhikmah bahawa hidup ini bukan semata-mata untuk mengejar kekayaan.

Kita bukanlah dipandang mulia apabila kita memiliki duit yang banyak, dan dipandang hina apabila duit yang kita miliki tak sebanyak mana. Memang tak dinafikan, disesuatu tempat manusia yang menghuni kawasan tersebut memandang kekayaan sebagai sesuatu yang sangat berprestij sehinggakan mereka lupa, bahawa kekayaan itu adalah sesuatu yang tidak kekal.
Kekayaan hati pula mendatangkan kesan yang sebaliknya. Orang yang kaya hatinya akan sentiasa berbahagia dengan apa yang dimiliki dan tak akan sesekali peduli dan terpesona untuk menjadi kaya dari segi harta namun miskin dari segi hati.

Skop perbincangan yang terdapat dalam buku ini lebih berkisarkan kepada perihal mengenai kemiskinan dan kekayaan, mana satu yang lebih baik? Off course kita akan kata jadi kaya lebih baik daripada jadi orang miskin. Walaubagaimanapun, kaya atau miskin itu sebenarnya adalah bergantung kepada perspektif dan penanda aras yang diletakkan oleh seseorang yang memerhatikan. Ianya berbeza dari satu individu ke individu yang lain.

Kita hanya dikatakan sebagai kaya apabila ada orang lain yang kita jadikan objek untuk kita bezakan tahap kekayaan antara satu sama lain. Ianya sangat-sangat subjektif dan pendapat setiap orang boleh jadi sangat berbeza antara satu sama lain.

Contohnya, antara anda dan peminta sedekah.. saya pasti anda lagi kaya. Namun antara anda dan juga Tan Sri Vincent Tan, pasti Tan Sri Vincent Tan lebih kaya. Antara Tan Sri Vincent Tan dan juga Bill Gates, mana satu yang lebih kaya?
Dah tentulah Bill Gates lagi kaya. Sebabnya Bill Gates adalah antara individu terkaya didunia, manakala Tan Sri Vincent Tan adalah individu yang tersenarai sebagai antara yang terkaya di Malaysia sahaja.
Okay fine.. tak perlulah saya nak senaraikan semua nama-nama individu terkaya yang terdapat di dunia ini. Ia tak beri faedah apa-apa pun.
Kekayaan itu adalah satu persoalan meletakkan harta semata-mata.
Sekiranya kita seorang diri, kita boleh jadi seorang yang kaya mahupun seorang yang miskin. Kaya atau miskinnya diri kita bergantung pada bagaimana kita menilai kehidupan diri kita sendiri. Tiada kehadiran pihak lain yang mempengaruhi cara kita menilai kehidupan kita.
Apabila kita hidup secara berkumpulan dan berkelompok, kita cenderung untuk membanding-bandingkan dan membeza-bezakan antara diri kita dengan diri orang lain. Dari situlah kita mula merasakan sama ada kita ini kaya mahupun miskin. Kalau waktu kita bandingkan diri kita dengan orang lain dan kita merasakan kita ni kaya, maka dikhuatiri akan timbul perasaan riak dan sombong, tetapi kalau pada waktu tu kita merasakan yang kita ni miskin, walhal sebenarnya kita tak miskin, maka dikhuatiri itu menjadikan kita seseorang yang tak bersyukur.
Persoalan kaya atau miskin itu sebenarnya bergantung pada bagaimana kita menginterpretasi diri kita sendiri. Kita tak perlu nak beza-bezakan harta yang kita miliki dengan harta yang orang lain miliki. Ia tak akan sesekali mengubah hakikat bahawa harta kita adalah milik kita, manakala harta orang lain adalah milik orang tersebut.
Walau macam mana tunduk dan kagum sekalipun kita kepada harta yang dimiliki oleh orang lain, ia tak akan ubah hakikat bahawa kita tak ada share langsung pada harta miliknya.
So please .. save it!
Jangan bersusah-payah nak selalu banding-bandingkan antara apa yang kita ada dengan apa yang orang lain ada.
Sebaik-baiknya kita mengambil pendekatan qana’ah dalam kehidupan seharian kita.
Okay tau tak qana’ah itu apa dia?
Qana’ah adalah merupakan ajaran Islam yang menanamkan bibit-bibit kecukupan dalam diri, khususnya dalam bab pemilikan harta. Dalam bahasa mudahnya, qana’ah membawa pengertian supaya kita berpada-pada dengan apa harta yang kita miliki. Pada masa yang sama kita tidak berlebih-lebihan serta menambah-nambah harta yang tak diperlukan. Atas dasar itu, Islam menganjurkan kita supaya mengurus kekayaan dengan sifat qana’ah ini.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda seperti yang telah diriwayatkan oleh al-baihaqi
Jadilah kamu seorang yang warak, nanti kamu akan menjadi sebaik-baik hamba Allah, jadilah kamu seorang qana’ah, nanti kamu akan menjadi orang yang paling bersyukur kepada Allah, sedikitkanlah ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati.
Baiklah, secara keseluruhannya saya amat-amat mengesyorkan untuk para pelawat blog ini membaca buku ini.
Kalau ditakdirkan terjumpa buku ini dekat mana-mana, ambillah satu, beli, baca, hayati dan amalkan. Semoga bermanfaat.
Wallahua’lam

Klik di sini untuk membeli

http://nilamberkat-kedaibukuonline.blogspot.com/2012/07/mahu-kaya-duit-atau-hati-atau-keduanya.html

Beli Buku Online: Bahagi Biar Adil

Beli Buku Online: Bahagi Biar Adil: RM18 ENULIS : MD GHAZALI IBRAHIM ISBN : 978-983-43575-3-5 PENERBIT : MUST READ SDN BHD Ilmu Faraidmerupakan kunci untuk kita m...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin