Sunday, April 8, 2012

Meredah awan

Teks: Masayu Ahmad



Assalamualaikum w.b.t

Lama tidak membebel di sini, dalam sibuk ke sana ke sini, urus itu dan ini dan kini saya memulai memasuki trek baru. Insya-Allah sudah mulai masuk tempoh bertenang dan menyelesaikan tugasan satu persatu. Alhamdulillah atas apa juga cabaran yang silih berganti digantikan dengan hikmah yang tidak disangka-sangka.

Itulah kehidupan, redah sahaja apabila hujan, rehat sekejap apabila penat. Alhamdulillah anak-anak sudah sihat, saya kembali rutin baru. Mahu melihat semula susunan manuskrip yang tidak disentuh dan mula menyenaraikan semula atau membuat senarai semak yang baru.

Sebelum itu saya mahu kongsikan dilema sahabat kita, sebelum saya mengulas atau memberi pandangan, sahabat-sahabat sekelian boleh juga memberikan idea atau sebarang dua kata.

Assalamualaikum w.b.t
Saya perlukan pendapat. Saya masih bekerja dan secara sambilan membuat tempahan kek, coklat dan door gift.
Sekarang dalam dilema kerana hati sudah tidak sepenuhnya bekerja lagi, melainkan mahu menguruskan anak-anak, suami dan bisnes. Suami juga bekerja sendiri dan bisnes masih belum stabil.
Setiap hari memberontak untuk tidak pergi bekerja namun digagahkan juga apabila memikirkan kewangan keluarga yang saya tanggung bagi membantu suami
Bagaimana saya hendak melunaskan dan meningkatkan lagi pendapatan bisnes, agar saya dapat melakukan apa yang betul-betul saya minat dan di samping kewangan keluarga tidak terjejas.

http://hasfardelights.blogspot.com/

Asfaziahtun Binti Zakaria

Ini ulasan saya:

Ada dua keutamaan kenapa ramai wanita sangat mahu bekerja dari rumah.

1. Menjana pendapatan

2. Mengurus keluarga

Terdapat 4 perkara penting yang perlu difikirkan Asfaziahtun

1. Suami bekerja sendiri dan masih belum stabil- saya kira, puan Asfaziahtun perlu merancang semula niat untuk berhenti kerja dan berbincang dengan semua apa risiko berkaitan kewangan sekiranya berhenti kerja.

2. Kewangan keluarga yang ditanggung bagi membantu suami- Ini juga perlu difikirkan kerana, berhenti kerja dengan perancangan yang kukuh dan juga mempunyai tabungan yang cukup sekurang-kurangnya 2 tahun, sebelum bisnes benar-benar stabil.

3. Bekerja secara sambilan membuat tempahan kek, coklat dan door gift.- Puan, fokuskan semula untuk mula fokus menerima tempahan dan jadikan ia sebagai bisnes yang lebih profesional.

4. Hendak melunaskan dan meningkatkan lagi pendapatan bisnes- Promosi, promosi, promosi, pemasaran, khidmat pelanggan, pemasaran dan banyak lagi. Ini adalah berterusaan dan gali ilmu baru setiap hari.

Saya selalu berkongsi, lakukan secara sambilan kerja atau bisnes yang dipilih semasa anda masih bekerja dan selepas pendapatan itu sudah stabil barulah mula meletakkan tempoh atau tarikh untuk berhenti kerja.

Saya petik dari buku Jana RM Dari Rumah mukasurat 205-206

Persediaan asas kewangan bermula daripada persediaan mengurus pendapatan dan perbelanjaan isi rumah. Anda perlu mengetahui semua punca sumber pendapatan dan aliran wang keluar iaitu perbelanjaan isi rumah.

Persediaan ke dua ialah mengumpul modal secara konsisten di dalam tabung khas

Ada dua jenis tabung khas, pertama tabung untuk menampung perbeleanjaan sekurang-kurangnya 12 bulan selepas notis tamat perkhidmatan.

Tabung khas kedua adalah sebagai modal yang bersumberkan simpanan sendiri tanpa perlu berhutang. Matlamat di sini adalah untuk memastikan anda bebas hutang dan mampu mengusahakan bisnes dengan risiko yang kecil.

Banyak lagi tips dalam buku Jana RM Dari Rumah dan www.janawangdirumah.com



Saturday, April 7, 2012

Wednesday, April 4, 2012

Siapa pesaing bisnes?

Teks: www.masayuahmad.com

                                                      Kota Kurma lokasi di Kota Bharu
                                               Sumber:http://www.xpresszoom.com/kotakurma

Teks: Masayu Ahmad

Acapkali apabila menemui atau menerumamah pemilik bisnes kecil, saya bertanya apa cabaran dalam dunia bisnes yang diceburi. Antara yang disebut dan dikongsi adalah bagaimana bertarung untuk meneruskan kelangsungan bisnes, persaingan antara peniaga yang memiliki bisnes yang sama dan juga modal.

Kelansungan bisnes

Pemilik Kota Kurma memilih untuk memilih untuk menjual produk-produk timur tengah, iaitu seperti kurma, buah tin, air zam zam dan banyak lagi. Katanya sebelum memiliki kedai kecil seperti di atas, beliau adalah penjaja kecil yang menjual dalam program-program ceramah. Selepas 10 tahun barulah dia memilih untuk menjual di kedai seperti di atas.

Apa yang saya maksudkan di sini, memulakan bisnes bunyinya macam indah, dan kebanyakan orang mahu dan suka untuk memulakan bisnes. Tetapi dalam 10 orang yang memulakan bisnes berapakah berjaya meneruskan kelangsungan bisnes dalam tempoh yang lama pada masa-masa hadapan.

Mungkin ada yang separuh jalan, ada yang membuka cawangan baru, ada yang mencuba bisnes baru dan sebagainya. Sebagai usahawan setiap hari ada cabaran dan setiap hari perlu menambah ilmu baru agar sentiasa bermotivasi untuk meneruskan kelangsungan bisnes.

Salam kasih sayang

Jangan lupa mendapatkan panduan bekerja di rumah www.janawangdirumah.com

Sunday, April 1, 2012

Peluang bekerja dari rumah- Content Manager

Berniaga baju pasang untuk Hari Raya


Pada mereka yang ingin berniaga baju pasang sempena hari raya tahun ini, kami ada menyediakan ready made baju kurung untuk penjenamaan (re-branding) stok kain kami dari Indonesia dan Vietnam dan di import hanya untuk beberpa meter untuk setiap design. Ini untuk memastikan stok kami ekseklusif.

Jemput datang ke butik kami di Section 10 untuk pilihan kain..dan jemput ke kedai jahit kami di Section 28, Shah Alam untuk tempahan jahitan. minima order 20pasang pelbagai saiz dan warna.

hubungi kami : 012-647 6788 atau email blackredsec28@gmail.com untuk sebarang pertanyaan.

Zamara Buang

lovely tropicalspa.wmv





Salam kasih sayang

Kali ini saya ingin berkongsi satu lagi spa yang dimiliki dan diurus oleh wanita muda, iaitu Ira, berusia 24 tahun. Sudah lima tahun melibatkan diri dalam bidang kecantikan. 

Lovely Tropical Spa bukan sekadar menawarkan rawatan kecantikan, malah yang berminat untuk mendapatkan kursus kecantikan, boleh juga dilakukan di sini.
Beliau disokong sepenuhnya oleh ibunya.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin