Teks: www.masayuahmad.com
Jam sudah ke angka sepuluh malam, hujan sudah menderu-deru menyimbah tanah. Terasa aura sejuk sudah menyelubungi. Bulan sudah menginjak ke hujung tahun, bagi kami di Pantai Timur musim tengkujuh sudah tiba. Kain-kain di jemuran sukar untuk kering. Jika hujan berlarutan dua tiga hari, makanya kain mula menimbun. Apabila satu hari matahari menyerlahkan diri, maka surirumah lah orang paling sibuk. Ulang alik menjemur pakaian, agar satu hari yang panas dimanfaatkan sepenuhnya.
Lama saya tidak bicara di sini, apabila melihat laporan trafik di email, angka yang datang ke sini paling mencecah juga ratusan pelawat. Rasa kurang senang pula melihat blog kaku tanpa entri baru. Terima kasih yang sentiasa sudi menjengah di sini. Saya di sini alhamdulillah hampir selesai menyudahkan sebuah buku dan sebuah ebook.
Esok sudah mahu menghantar manuskrip yang saya rendam, karang dan gigih menyusun semula. Manuskrip buku sudah 98% dan ebook juga 98%, hanya sedikit lagi sentuhan sebelum hanyat ke penerbit.
Bulan depan, 7.12 Arissa genap sudah 1 tahun, 20.10 yang lepas juga genap saya 32 tahun. Jika umur saya sampai 60 tahun, hanya berbaki tidak sampai 30 hayat. Itupun jika masih panjang usia, sedangkan ilmu dan amal masih compang camping sana sini.
Ada matlamat yang sudah tercapai, ada juga beberapa yang masih belum. Saya panjangkan ia ke 2012, namun masa yang berbaki akan saya saya kerjakan juga dengan gigih. Sebagai isteri, ibu dan anak, pekerja (kepada Allah dan bekerja sendiri), banyaknya yang menuntut kiri dan kanan. Saya perlu perbetulkan semula niat, walaupun kadang kala bisikan halus suka menerjah cuping telinga. Apabila kepenatan mula berganda, cepat-cepat saya istigfar dan zikir Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Namapun manusia, tidak lari dari sebarang kekurangan. Mahu anak perempuan, Allah bagi, comel, sihat dan tidak meragam pula, bersyukurlah saya. Mahu pulang ke kampung halaman, Allah izinkan jua, maka gunakan lah nikmat masa bersama tiga warga emas ini, sebaiknya, Alhamdulillah, terima kasih ya Allah.
Terpejam mata sebentar melihat jadual tahun hadapan yang agak padat dan semakin padat. Juga saya menambah 1 amanah baru, untuk mempercepatkan saya sampai ke destinasi Y. Doakan agar saya sukses. Hakim sudah lena tidur, Arif dan Aiman masih bermain-main di belakang. Arissa sudah nyenyak dalam buai didodoikan mok.
Selamat datang 2012 yang penuh harapan, semoga saya dapat sempurnakan tugasan 2011, dengan berbaki tidak lebih dua bulan lagi.
Terima kasih pembeli ebook www.janawangdirumah.com, bagi yang mahu buat persediaan bekerja dari rumah tidak kira sepenuh masa, atau sambilan bolehlah mendapatkan ebook ini. Insya-Allah ebook ke dua adalah kesinambungan untuk informasi bekerja dari rumah seterusnya.
Salam kasih sayang
Sunday, November 20, 2011
Thursday, November 10, 2011
musim hujan sudah bermula
Teks: www.masayuahmad.com
Musim hujan sudah bermula sejak beberapa minggu sudah. Tetapi pada Hari Raya Aidil Adha, cuaca sangat elok, hingga ke hari ini. Jadi kain di jemuran sudah banyak yang kering.
Alhamdulillah kemeriahan AidilAdha di sini seperti biasa, ia masih meriah walau semakin kurang taringnya. Pada raya pertama, usai solat raya Hakim dan Arif berbonceng motorsikal bersama en.suami ke tempat korban.
Sangat seronok dua beradik ini dapat melihat suasana atau acara mengorbankan lembu, juga dapat bermain tepi air tali air, yang sungguh segar lintah yang meliuk-liuk di dalam air. Tetapi apa Hakim kisah, seronok dapat lihat lembu, seronok bermain dan selepas pulang ke rumah usai mandi, dua-duanya tertidur keletihan.
Saya, usai solat subuh, ketang ketung di dapur menyiapkan menu nasi ayam. Semalam sudah siap beldo santan atau agar-agar santan. Sudah kering idea mahu buat apa dan pada masa yang sama sudah bercampur 'mood malas memasak' hehe, bertuah punya menantu.
Petang usai sudah menyiapkan dan membersihkan daging korban, berkemas-kemas untuk balik ke rumah tok ayah. Disebabkan hujan lebat, kami bertolak lambat. Sudah magrib dan malam sudah menjelma barulah sampai ke pintu rumah.
Esoknya saya menyiapkan sup tulang lembut, daging goreng kunyit. Dalam minggu ini dalam peti ais masih banyak stok daging. Inilah seronoknya berada di Kelantan. Teringat tahun lepas, saya sungguh kempunan kerana meraikan di Kuala Lumpur, secebis daging pun tidak merasa. Kerana terlalu mahu makan, jadi beli sahaja di tepi jalan.

Friday, October 14, 2011
Datang dan pergi
Kanak-kanak riang pembakar semangat ibu
Salam kasih sayang buat pembaca budiman, lama sungguh saya tidak mengemas kini blog, yang ini dan juga yang satu lagi. Alhamdullillah atas segala nikmat dan rezeki. Saya masih di sini, berjuang melunaskan manuskrip ini. Saya cuba mendaki dan mendaki, jika ada yang tersekat, saya ambil nafas sekejap. Manuskrip ini agak lebam juga saya kerjakan. Ambil masa yang agak lama juga. Saya buat rombakan yang besar juga. Moganya ia akan siap pada bulan ini juga, walau apa cara sekalipun.
Saya ingin memetik sati artikel peransang daripada buku Berfikir Gaya Trump tulisan Nazri Kadir
Kegagalan adalah pelajaran
Pada satu ketika, dua orang pembantu Thomas Edison datang menghampiri beliau dan berkata dengan nada kecewa,"Kami baru sahaja gagal dalam uji kami yang ke 700. Kami telah gagal."
Thomas Edison memandang mereka dan sambil tersenyum berkata,"Tidak sahabat-sahabatku. Kamu belum gagal."
Mereka berdua kehairanan dan bertanya kenapa. Jawab Thomas Edison, "Sebenarnya, kita telah berjaya kerana kita lebih mengetahui mengenai perkara ini lebih daripada sesiapa pun di dunia ketika ini."
Lebih pentingnya kita semakin hampir kepada jawapannya kerana kita tahu 700 perkara yang tidak harus kita lakukan. Ia bukan kerana satu kegagalan tetapi adalah satu pelajaran.
Ini adalah cara Thomas Edison melihat kegagalan. Walaupun beliau tidak menghabiskan persekolahannya tetapi setiap yang dilaluinya dianggap sebagai satu pelajaran.
Thursday, October 6, 2011
Tips supermak di pagi cuti ;D
Tipa supermak di pagi cuti
Alhamdulillah hampir selesai semua, bermula pecutan jam 7, saya sudah masak nasi dan sambal ikan bilisi. Siap! Ia sarapan mudah. Disebabkan semalam sudah kemas meja dan sinki juga kosong, jadi mudah saya untuk mengejar yang lain, lipat kain dua bakul, siap!
Arissa sudah merengek-rengek, jadi susukan dulu. Kemudian sambung menyapu rumah. Ambil Arissa dan mandikan, sudah harum wangi. Terima kasih en.suami keran sudah menyuapkan Arissa. Saya pecut jemur dua cadar dan kemudian masukkan timbunan pakaian dewasan yang sudah dikumpul dalam mesin basuh, siap! Masanya saya menikmati sarapan pagi. Alhamdulillah.
Terima kasih mertua kerana hari ini saya tak perlu ke pasar pagi. Mertua nampak sudah semakin sihat, Alhamdulillah. Jadinya saya tak perlu lagi ke pasar pagi hari Jumaat. Saatnya saya kembali ke meja kerja mahu mengumpul bahan untuk ebook. Terima kasih ma.
Panduan menjaga ibu bapa yang uzur
Apabila kita mengambil keputusan untuk bekerja dari rumah, sudah tentu untuk menjaga keluarga terutama anak-anak yang masih kecil dan sedang membesar. Satu lagi tanggungjawab kadangkala ramai antara kita tidak ambil peduli, ibu bapa juga antara keutamaan yang perlu diambil perhatian.
Saya terkesima sekejap dalam perbualan dua beranak. Ibu adalah ibu tunggal, manakala anaknya sudah bersuami dan mempunyai dua orang anak.
Kata si ibu.
“Kalau aku dah tua nanti, hantar sahaja ke rumah orang tua,” dia berpesan pada anaknya.
“ Alahai ma, takkan sampai hati nak hantar ma ke sana, saya akan jaga ma.”
1. Selalunya ibu atau ayah tidak akan berpesan siapa yang patut jaga mereka. Maka anak-anak pandai-pandailah berbincang bagaimana caranya untuk menjaga orang tua sebaik-baiknya.
2. Ibu bapa tiak akan sesekali membuat permintaan. Jarang sekali ibu bapa yang membuat permintaan mahu tinggal di sini, dengan siapa, makan apa. Mereka suda berusia, sudah banyak pengalaman dan sudah banyak asam garam kehidupan. Jadi, untuk kita yang sudah dewasa yang punya akal fikiran sangat perlu untuk faham situasi dan kehendak mereka. Walaupun mereka tidak menyatakan, tetapi pandai-pandai untuk menepati apa yang dikendaki.
Lebih banyak tips selepas ini;D
Salam kasih sayang
http://www.janawangdirumah.com/

Wednesday, October 5, 2011
Tambah pendapatan pasif melalui affiliate
Saya akan lebih banyak menghasilkan ebook, sekarang sedang pulun dua lagi ebook. Sudah semestinya akan diterbitkan di www.klikjer.com. Bagaimana saya boleh membantu kalian menambah pendapatan secara pasif. Jadi daftar sahaja di www.klikjer.com, pendaftaran adalah percuma sahaja.
Lima sebab mengapa anda perlu menyertai program affiliate ini:

Affiliate Berpusat!
Kami menggunakan konsep sistem affiliate berpusat. Bermaksud, anda hanya perlu mendaftar sekali sahaja, kemudian, anda boleh promosikan berpuluh-puluh produk yang berkualiti. Tiada perlu lagi untuk mendaftar berulang-ulangkali setiap kali anda ingin mempromosikan sesuatu produk sebagai affiliate.Komisyen Sehingga 40% Dari Hasil Jualan
Setiap jualan yang terhasil dari link affiliate anda, komisyen sehingga 40% akan diberikan kepada anda.Pendaftaran Keahlian Percuma!
Tiada sebarang yuran dikenakan, malahan, anda juga tidak diwajibkan untuk membeli semua produk yang ingin anda promosikan.Alat Pemasaran Disediakan!
Setiap produk disertakan juga dengan bahan-bahan promosi yang menarikseperti banner, teks iklan dan sebagainya.-
Tiada Had Minimum Untuk Bayaran Keluar!
Ya! Tiada had minimum untuk membolehkan anda menerima komisyen anda. Komisyen anda akan dikreditkan terus ke akaun anda secara automatik pada setiap bulan. Pastikan maklumat perbankan anda adalah tepat!
Jadi, apa tunggu lagi, daftarlah sekarang.http://www.klikjer.com/affiliate.html
Salam ceria hari Khamis
Teks: www.masayuahmad.com
Salam ceria pagi Khamis. Pagi ni sarapan nasi goreng kampung merah. Apa yang merah? Merahnya kerana guna cili kering. Mudah sahaja kerana bawang kisar sudah ada dalam peti ais. Jadi masak nasi, panas minyak, masuk bahan kisar, ikan bilis, masukkan nasi putih, kemudian sayur. Hidangan bersama teh o panas.
Suasana pagi tetap nyaman seperti biasa, usai menyiapkan sarapan, bersegera menyidai pakaian di ampaian. Macam biasa juga saya ditemani keliling pokok-pokok menghijau. Sekarang sudah musim buah, manggis sudah banyak yang masak ranum, tetapi rambutan belum masak, hanya nampak putik buah yang mula bergayut sana sini.
Selesai menyidai kain, saya seperti biasa bersarapan sambil menyuapkan Arissa. Anak dara ini memang bangun pagi menyusu, kemudian dimandikan. Sekarang Arissa sudah wangi, ada di belakang ibu, menyatakan.
"Baa, baa, baa, baaa," membebel seorang diri-maksudnya buatlah ibu kerja, Arissa sudah kenyang sekarang mahu bermain.
Anak dara sudah menangis, nanti saya sambung lagi, ada entri motivasi pagi ini. Saya mahu berundur sekejap ;D
Salam kasih sayang
www.janawangdirumah.com

Tenggelam timbul
Teks: www.masayuahmad.com
Assalamualaikum w.b.t
Cuaca agak mendung petang ini, jam sekarang 4.15, berkumandang azan menandakan sudah masuk solat Asar.
Sudah lama juga tidak bersiaran di sini Memencilkan diri buat seketika, bertarung menyelesaikan tugasan, juga rutin harian yang tidak jemu-jemu datang bertandang.
Terima kasih pembaca budiman yang sudi datang bertandang. Banyak betul yang saya mahu kongsikan. Apapun doakan apa yang sedang saya usahakan sukses.
Lagi lebih kurang 12 minggu akan menjengah tahun 2012. Hakim mula bersekolah. Nampaknya saya perlu terus laju mengejar masa. Motivasi agak mendatar tetapi kemahuan untuk melihat apa yang sudah saya rancang sentiasa mengebu-gebu. Setiap kali motivasi agak merudum saya kembali menyelak halaman-halaman yang tertera artikel yang mampu membangkitkan semangat.
Di dalam loyang masih berbaki separuh kuih bingka kukus yang saya masak pagi tadi. Hari pertama buat, jemaah kanak-kanak riang sekejap sahaja kuih itu lenyap. Selang hari saya buat lagi, dan selang dua hari iaitu hari ini saya buat lagi. Nampaknya sudah kurang mendapat sambutan, hanya Arif sahaja yang masih enak menikmati kuih ibu. Mungkin sudah bosan agaknya, Hakim dan Aiman sudah jemu. Nampaknya perlu masak kuih lain, kek coklat kukus atau kek pisang kukus. Anak-anak pun mudah jemu kalau disua perkara yang sama, inikan pula saya. Perlukan suasana baru yang lebih segar untuk memulihkan kembali momentum. Ada satu manuskrip di tangan yang agak lama saya peram, ia perlu ubah suai semula, sudah separuh iaitu kini sudah 10 bab, saya perlu bertahan dengan separuh lagi untuk menyerahkan kembali kepada editor.

Subscribe to:
Posts (Atom)