Tuesday, May 17, 2011

Pagi penuh semangat

Teks: Masayu Ahmad


Alhamdulillah, menjelma lagi satu pagi yang indah. Mari kita lunaskan segala tanggungjawab hari ini dengan segar bugar, penuh tenaga dan penuh semangat. Sebelum itu, pekena dahulu teh o panas. Memang datang semula aura mahu bekerja. Sudah siap sedia 'to do list' hari ini. Mari kita mulakan dengan bismillahirahmanirrahim, dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih.

Sebelum itu,

Mari kita selongkar apa lagi idea dalam Buku Jana RM Dari Rumah, saya tidak akan menyiarkan semua artikel, hanya sekadar menyentuh beberapa artikel sahaja untuk dikongsi.

Sumber: Buku Jana RM Dari Rumah
Muka surat: 170-171

Pelan pemasaran bisnes skala kecil

Cipta permintaan

Antara pertimbangan penting dalam memulakan bisnes berskala kecil dari rumah:

  • Produk apa atau perkhidmatan yang akan ditawarkan?
  • Apa kepakaran anda berkaitan dengan bisnes pilihan?
  • Adakah latar belakang pendidikan, kemahiran sedia ada mampu memberi pengaruh kepada produk yang dijual?
  • Adakah produk atau perkhidmatan memenuhi keperluan permintaan?
  • Adakah produk dan perkhidmatan adalah jenis bermusim atau mempunyai permintaan sepanjang tahun.
Bagi seorang wanita yang sudah bergelar isteri, ibu dan pekrja mempunyai banyak produk pilihan harian. Daripada tiga status ini sudah membolehkan anda mencari idea dan memilih produk yang ingin dijual. Anda boleh mencipta produk berdasarkan status seorang isteri yang merancang perbelanjaan bulanan untuk keluarga.

Baca lagi dalam Jana RM Dari Rumah, ;D

Baca selanjutnya dalam Buku Jana RM Dari Rumah, pembelian seperti di bawah:






1. Melalui Mall Karangkraf, klik pautan di bawah:

http://mall.karangkraf.com/webshaper/store/viewProd.asp?pkProductItem=2581

2.Melalui kedaibuku.com.my, klik pautan di bawah:

http://www.kedaibuku.com.my/index.php?page=shop.browse&option=com_virtuemart&Itemid=3

3. Melalui MPH Online, klik pautan di bawah untuk membeli

http://www.mphonline.com/books/nsearch.aspx?do=detail&pcode=9789675711015
4. Melalui Alaf21, klik pautan di bawah untuk membeli:
http://www.alaf21.com.my/prodDetails.asp?idpr=537

Corat coret kasih sayang

Teks: Masayu Ahmad
Pic: Google


Masih di sini, berjuang dengan masa melunaskan manuskrip, mengejar tarikh akhir. Berjuang dengan tiga kanak-kanak riang, seorang bayi riang yang semakin montel, suka tersengih-sengih. Berjuang dengan warga emas tenang, meniti hari-hari di usia emas. Bersama berjuang dengan en.suami tersayang agar siapa-siapa di sekeliling mendapat kasih sayang terbaik.

Kadangkala apabila kesibukan 'ribut' melanda, saya selalu mengingatkan hati. Sabar, sabar, sabar. Sambil basuh pinggan pun mahu menangis juga dibuatnya, apakan tidak mengenangkan meja kerja dan manuskrip yang berlumba-lumba menyahut mahu dilunaskan segera.

Namun segera saya sabarkan hati, buat satu-satu. Sabar, sabar, sabar. Itulah ayat penyedap rasa. Apabila rasa kepenatan, saya berlari sebentar merehatkan diri dan hati. Usai tenang, bersegera semula bangkit dan menyambung perjuangan.

Apa lagi saya mahu. Mahu suami, Allah beri, mahu anak, nah berderet-deret juga Allah beri. Syukur, syukur. Mahu kasih sayang orang tua, masih lagi ada ruang untuk berbakti. Mahu anak perempuan, pun Allah beri.

Aduhai betapa tidak bersyukurnya saya. Apabila jiwa memberontak rasa tidak cukup masa, kembali mengambil wuduk dan tenangkan diri. Aduhai kecil sahaja masalahnya. Sungguh propa jiwa saya, heh!

Mari kita teladani ambil pengajaran wanita dulu-dulu.

Basuh kain guna tangan sahaja, mana ada mesin basuh.

Mahu memasak perlu bersusah payah, ambil air di telaga, kayu api perlu dicari.

Kita? Wanita moden, ada peti sejuk yang boleh disumbat banyak makanan. Ada dapur cantik tunggu hanya dipetik sahaja, menyala terus apinya. Tinggal hanya sedikit usaha untuk memasak 'rasa kasih sayang' buat santapan keluarga.

Mari kita niatkan semula, ikhlaskan hati. Insya-Allah segalanya mudah. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar!

Salam kasih sayang

http://www.masayuahmad.com/

Sunday, May 15, 2011

Contoh kaedah jualan dan pemasaran ebook panduan bekerja di rumah untuk wanita

Lihat di sini ya:

http://cy-ber-shop.com/panduan-jana-wang-dirumah-untuk-wanita/

Apa yang terkandung di dalam ebook ini ialah :-



Bab 1: Pendahuluan & Konsep

Merupakan bahagian pendahuluan dan mengandungi pandangan dari wanita-wanita yang telah menjalankan perniagaan dan juga pekerjaan dari rumah. Juga turut menyentuh konsep=konsep bekerja di rumah serta jenis-jenis sumber kewangan apabila bekerja di rumah.

Bab 2: Masalah Mencentus Motivasi

Sedikit pencetus motivasi, iaitu, kisah benar dan pengalaman saya sendiri yang membuatkan saya berkobar-kobar untuk bertukar status dari pekerja di pejabat kepada suri rumah yang bekerja di rumah.

Bab 3: Matlamat Bekerja Di Rumah

Antara matlamat-matlamat yang boleh anda gunakan untuk memacu semangat anda bekerja di rumah.

Bab 4: Mengapa Anda Perlu Bekerja di Rumah

6 sebab kukuh mengapa anda perlu bertindak sekarang dan mula bekerja dari rumah.

Bab 5: Mengapa Gagal Untuk Sukses Bekerja Di Rumah

10 sebab mengapa ramai yang gagal untuk bekerja dari rumah. Kenalpasti faktor ini dan elakkan ia dari berlaku pada diri anda.

Bab 6: Panduan Persediaan Sebelum Bekerja Di Rumah

9 persedian yang perlu anda ketahui sebelum anda memutuskan untuk berhenti kerja di pejabat dan mula bekerja di rumah.

Bab 7: Pelan Perancangan dan Bertindak

Contoh pelan perancangan dan bertindak untuk anda bekerja dari rumah.

Bab 8: Rahsia Kejayaan & Motivasi

13 Rahsia kejayaan untuk bekerja dari rumah.

Bab 9: Mencari Idea Bekerja Di Rumah

7 faktor yang perlu dipertimbangkan apabila mencari idea bekerja di ruma


RM20.00

Saya berikan beberapa panduan menjual secara affiliate iaitu menjadi ejen jualan produk. Produk terjual dan kalian mendapat komisyen.

Kaedah 1- Membina blog jualan ebook

Contohnya seperti blog jualan di atas yang menggunakan dot com. Jika kalian tidak mahu menggunakan dot com tidak mengapa. Kerana saya juga hanya menggunakan blogspot, masih juga dapat membuat jualan ebook tersebut. Bukan sekadar ebook saya malah juga boleh menjual ebook lain di bawah label produk ebook.

Kaedah 2: Letak gambar ebook di side bar blog

Contohnya seperti di blog ini, saya meletakkan gambar ebook dan pastikan ada pautan terus ke web jualan.

Kaedah 3: Entri promosi berselang seli dengan entri semasa

Contohnya, seperti mana yang kalian baca di blog ini. Selain catatan harian dan entri, entri lain saya akan naikan entri promosi berkenaan ebook ini dari masa ke samasa.

Kaedah 4: Penawaran berterusan

Sesuatu produk perlu ada penawaran berterusan, selain boleh berkongsi testimoni iaitu pembeli yang telah membeli ebook, banyak cara lagi yang boleh kalian terus menerus menawarkan produk ini kepada bakal pembeli. Tetapi selang selikan ia dengan entri yang bermanfaat yang lain. Jadi bakal pembeli tidak jemu berkunjung ke blog kalian.

Kaedah 5: Tawarkan di face book, email, blog di mana sahaja yang bersesuaian

Bagi yang sudah mendaftar secara affiiliate, sila sertai saya di
http://www.facebook.com/#!/masayuahmaddotcom, setiap kali saya membuat entri promosi, kalian boleh tekan butang 'share' dan letakkan pautan web jualan ebook di face book atau blog kalian. Mudah bukan.

Cabaran bekerja dari rumah


Sumber: Buku Jana RM Dari Rumah
Muka surat: 131-135
Blog: http://www.naufalsayang.blogspot.com/ (Panduan bekerja di rumah, wahm, sahm, soho)

Terdapat banyak cabaran bekerja dari rumah. Saya ambil beberapa poin daripada buku Jana RM Dari Rumah, tulisan Masayu Ahmad yang boleh didapati di MPH, Popular dan kedai-kedai buku terpilih. Juga boleh dibeli melalui talian online seperti Mall Karangkraf dan juga laman web Alaf21.

Membuat keputusan bekerja dari rumah, tidak akan terlepas untuk melalui beberapa halangan dan cabaran. Lihat halangan sebagai satu pendekatan untuk anda memahirkan dan mematangkan diri. Pun begitu selepas membuat keputusan, persediaan dan usaha, anda perlu juga bersedia menghadapi beberapa cabaran yang menjadi laluan utama sebelum sukses.

Menerima perubahan baharu

Antara perubahan paling ketara bagaimana diri menerima situasi baharu bekerja di persekitaran rumah dan ada ada anak-anak di sisi. Jika dahulu kebiasaannya selepas jam lapan pagi, rutin sudah bertukar sebagai pekerja, hanya fokus kepada berkaitan di tempat kerja sahaja. Manakala rutin baharu, anda perlu mengurus dan menyelaras serentak.

Maksudnya di samping bekerja, anda perlu melayani keinginan anak-anak, menguruskan anak-anak yang bersekolah, juga menyambut suami pulang dari kerja yang mempunyai persepsi anda sebagai suri rumah serba lengkap.

Pastinya suami mengharap hidangan makan malam sudah terhidang di atas meja makan, rumah tangga terurus dan anak-anak dijaga rapi.

Persepsi sempurna ini membuatkan kadangkala berasa telalu banyak tugas serentak yang perlu diselesaikan. Jadi, sangat penting bagi anda untuk menguasai pengurusan masa dan kerja.

Gagal menjana pendapatan

Halangan pertama adalah untuk mendapatkan pelanggan dan tempahan produk. Selepas memulakan bisnes, anda perlu mempunyai kemahiran pemasaran yang baik untuk menghasilkan wang. Ini juga memerlukan masa untuk membina komuniti pelanggan. Pelan promosi dan pemasaran perlu jelas dalam rancangan bisnes sebelum ini. Ini merangkumi rancangan jangka pendek dan jangka panjang.

Bermula tanpa ada persediaan kadangkala membuatkan diri mula berasa putus asa. Anda sudah bermula, tetapi masih gagal menjana pendapatan. Anda memilih memulakan bisnes online, tetapi selepas setengah tahun beroperasi, masih belum menerma tempahan pertama. Ini membuatkan diri mula memberi persepsi negatif pada bisnes online yang diusahakan.


Baca selanjutnya dalam Buku Jana RM Dari Rumah, pembelian seperti di bawah:


1. Melalui Mall Karangkraf, klik pautan di bawah:

http://mall.karangkraf.com/webshaper/store/viewProd.asp?pkProductItem=2581

2.Melalui kedaibuku.com.my, klik pautan di bawah:


http://www.kedaibuku.com.my/index.php?page=shop.browse&option=com_virtuemart&Itemid=3


3. Melalui MPH Online, klik pautan di bawah untuk membeli


http://www.mphonline.com/books/nsearch.aspx?do=detail&pcode=9789675711015


4. Melalui Alaf21, klik pautan di bawah untuk membeli:


http://www.alaf21.com.my/prodDetails.asp?idpr=537

Friday, May 13, 2011

Pagi nan indah

Teks: Masayu Ahmad
Pic: Google


Blog kembali ok, bukan saya sahaja tidak boleh menulis entri, kebanyakan blogger yang mengunakan blogspot menerima mesej yang sama kan.

Jadi hari ini, kembali rutin biasa. Meneruskan aktiviti menulis. Sebetulnya mahu ke kedai buku dan popular. Tengok keadaan macam mana. Lagi pula semalam hujan turun, cuaca pagi hari ini sangat molek.

Nantikan juga buku saya seterusnya, ia sangat sesuai untuk bacaan lelaki dan wanita. Jika kalian suka dan membaca pengisian di blog ini, maksudnya ia tidak lari dari mesej yang ingin saya sampaikan.

Selain panduan bekerja di rumah, bisnes kecil, tip soho, juga banyak entri yang sudah dikategorikan seperti motivasi wanita, panduan suri rumah. Maka buku-buku yang akan diterbitkan kelak, adalah kesinambungan apa yang saya tulis di sini. Doakan agar proses menerbitkan buku-buku ini berjalan lancar.


Ok, saya mahu meneruskan kembara penulisan untuk hari ini. Selamat berhujung minggu, nanti kemunculan buku saya yang seterusnya. ;D

Thursday, May 12, 2011

Sudah ok ;D

Teks: Masayu Ahmad

Ingatkan saya tidak boleh berceloteh lagi di sini, blog ini sudah beberapa kali disekat. Jika blog ini sudah tidak ada, sila kalian terus ke web rasmi saya ya.

Hari yang penuh sarat dan padat dengan urusan anak-anak bermula si kecil Arissa, Aiman yang suka mengamuk, Arif yang semakin pulih, Hakim yang suka mengusik adik-adik, jadual menulis, jadual suri rumah sepenuh masa, jadual sebagai menantu. Penuh jadual.

Berdenyut-denyut kepala. Tetapi. Semakin padat ruang dan masa, semakin mengalir lancar pula kerja-kerja penulisan. Ilham datang tidak pernah putus, peluang datang bertali arus, itu dan ini setiap hari. Pagi, tengahari, malam. Siang dan malam, bersilih ganti. Kejar mengejar dengan masa. Alhamdulillah timbal balik atas kesabaran, hiruk pikuk anak-anak, saya perlu berjuang. Berjuang dengan masa untuk melunaskan manuskrip seberapa banyak yang mungkin. Menjaga kualiti dan menjaga tarikh akhir, walau banyak kali kandas, tetapi sentiasa berusaha untuk menghasilkan yang terbaik buat pembaca.

Ini sebenarnya saya mahu katakan, jika kalian masih punya seorang anak, usahalah semaksima mungkin, gunakan masa yang ada sebaik mungkin, jika punya anak dua orang, berusaha lagi dengan gigih untuk merancang jangka pendek dan jangka kalian dengan sebaik mungkin. Jika sudah tiga anak dan seterusnya, kepadatan jadual dan masa semakin berganda-ganda.

Namun saya percaya setiap kelahiran anak membuatkan kita semakin gigih berusaha melakukan yang terbaik. Jika kalian masih bujang, gunakan masa yang ada untuk merancang sebaiknya. Jangan dibazirkan masa. Mari pinjamkan saya masa. Saya mahu berlari selaju mungkin.

Wednesday, May 11, 2011

Pata senok


Namanya unik, Pata Senok atau Pantai Senok, senok maksudnya di dalam bahasa kelate sakit perut, senok perut. Saya tidak tahu asal usul kampung. Tetapi rasanya pernah buat kajian sejarah semasa di Tingkatan 2, saya ingat-ingat lupa. Sukar mencari asal usul kg. senok. Tetapi saya bangga menjadi warga kampung ini, pantainya cantik, masih lagi tiada noda, pasirnya putih, oh kampung ku.



Seberang sana adalah Pantai Sabak. Atas batu itulah saya suka duduk-duduk melihat matahari naik dan matahari jatuh. Atas batu itu juga, aktiviti melangkah dan menjejaki batu hingga ke hujung lampu menara atau rumah api bewarna putih. Hujung sekali. Ia menjadi penanda laluan masuk ke sisir pelabuhan kecil nelayan di kampung saya. Batu itulah usai subuh, saya suka menjengah waktu pagi yang segar menghirup udara nyaman. Kalau rajin berjalan pesisir pantai.

Sebelah sana Pantai Sabak. Setiap kali bah dan hujan lebat, kampung sabak dilanda air ombak yang memakan tebing pasit pantai. Kadangkala penduduk sabak perlu berpindah. Ia berlaku setiap tahun. Tetapi saya tidak tahu situasi terkini.

Jika ada kenduri kendara, jiran di kg.sabak tetap dijempur oleh warga pata senok. Betapa bertuah dilahirkan menjadi warga pata senok. Tidak perlu sibuk-sibuk mahu bercuti di tepi pantai, kerana kami sudah memiliki kampung yang permai, pesisir pantai yang putih.

Projek tanam rhu yang sedang giat diusahakan.

Pantai inilah menyaksikan nostalgia semasa usia kanak-kanak, remaja, membesar dan menyimpan pelbagai memori manis. Mandi laut, main hujan musim bah, menunggu nelayan naik di waktu petang, menjemur sotong, berkelah, berlari-lari tepi pantai, 101 memori yang seronok. Tiada di tempat lain, tempat kelahiran sendiri adalah tempat paling seronok untuk diterokai bila-bila masa.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin