Monday, October 11, 2010

Nikmati pagi indah dengan nilai kasih sayang

Teks: Masayu Ahmad
Pic: Google


Salam pagi Selasa bersamaan 12 Oktober 2010. Masa terus cemburu pada saya, mahu terus meninggalkan saya. Apa pun saya tetap berusaha agar kpi saya cemerlang untuk tahun ini. Hanya saya dan Dia sahaja yang tahu.

Kritikal sungguh masa yang ada, bayi semakin aktif menendang-nendang. Sabar dulu dik jangan keluar dahulu. Banyak perkara lagi ibu belum selesaikan. Ada sedikit kontraksi gurauan dari orang dalam perut. Aduhai, moganya keluar pada tarikh tahun baru 2011. Jangan tahun ini. Saya seboleh mungkin memecut dengan laju berkejaran masa. Harapnya yang dikendong dapat, dan tidak ada pula yang keciciran.

Sakit belakang akan mula terasa apabila saya duduk terlalu lama fokus untuk menulis dan menyunting manuskrip. Sampai kadangkala terlupa yang saya mengandung, tidak boleh duduk lama-lama. ;D.

Biasanya kalau saya bertukar posisi kurang selesa. Arif akan datang dan membelakangi.

"Ibu sakit? Meh Arif urut." Perlahan-lahan diurut dan ditumbuk. Arif memang pandai mengambil hati. Tumbukan perlahan dan ulangannnya memang terasa. Gumpalan tangan comel ini meresap ke naluri saya. Penuh kasih sayang.

Aiman.

"Ibu sakit ya, meh, meh Iman tolong." ;D

Rutin sekarang juga Aiman  sudah pandai membuang sendiri lamping pakai buang yang dipakai.

"Iman buang ya bu, nanti sepah-sepah ibu marah.'

Hakim

" Iman jangan ganggu ibu, ibu sakit tu."

Atau pun mengadu pada saya.

"Ibu, tengok Iman dan Arif sepah-sepah."

"Tegur, jangan sepah-sepah." Arah ibu.

Mula bercekak pinggang, arahan tegas akan dikeluarkan.

"Aiman, Arif, jangan sepah-sepah, nanti ibu marah. Buang sekarang!"

" Ye lah," serentak jawapan Arif dan Aiman. Lalu membuang pakaian kotor yang dipakai dalam raga atau kembali mengutup mainan dan simpan.

Susah mahu pisahkan tidur

Paling ketara dan kesukaran saya sendiri adalah berpisah tidur dengan anak-anak. Biasanya saya sudah menidurkan mereka di bilik berasingan. Aiman baring atas lengan kanan, Arif lengan kiri, Hakim lena sambil memeluk tangan saya atau tapak tangan saya perlu ada di bawah pipinya. Dapat hujung pun tak apa asalkan bersentuhan. Jika semua lena, saya akan bangun berubah tempat tidur di bilik lain. Bangun atau tersedar jam dua atau empat pagi, masing-masing sudah bergelimpangan di celah ketiak hujung kaki, ada yang memeluk erat pinggang. Apakan daya, hajat tak sampai.

Sebelum tidur, mereka tidak mahu lena selagi saya sendiri yang tidak menidurkan. Ikut sahaja. Masih berusaha memisahkan tempat tidur, dan masih belum berjaya. Kalau saya bertegas kedengaran pula tangisan yang panjang di luar bilik. Kita pula yang tidak sampai hati. Biarkan dahulu, saya juga yang tidak bertegas, anak-anak masih perlukan sentuhan ibu, saya juga jenis yang tidak sampai hati. Biarlah dahulu, sehingga sampai masanya.;D

Oh, sekarang ini masih bergelimpangan tidur. Semalam Hakim dan Arif bersusah payah menarik toto dari tingkat atas turun ke bawah. Kerana saya kembali bekerja di bawah. Bilik bawah hanya ada satu katil. Bangun pagi semua sudah berada atas katil, ;D. Habis sakit satu badan dihempap kanak-kanak riang.

Mereka masih tidur lena, saya meneruskan kembara menyiapak manuskrip. Sarapan belum buat, hanya mahu beli roti canai dan buat kari ikan buat kanak-kanak riang.


Rai kasih sayang yang tiada nilai, kerana ia mungkin akan dibawa pergi satu hari nanti.

http://www.janawangdirumah.com/

Sunday, October 10, 2010

Bagaimana saya tekad untuk berhenti kerja?

Teks: Masayu Ahmad
http://www.janawangdirumah.com/

Bagaimana saya bertekad untuk berhenti kerja?


Saya rasa belum menulis artikel kenapa saya mahu bergelar suri bekerja dari rumah. Untuk membacanya kalian boleh ke http://www.janawangdirumah.com/ dan dapatkan laporan percuma.

Fasa permulaan saya berhenti kerja dan menghantar notis perletakan jawatan ada dalam salah satu bab ebook Panduan Bekerja Di Rumah Untuk Wanita. Ia sudah dua tahun berlalu, tetapi langkah tersebut adalah tekad saya untuk bergelar status wanita bekerja dari rumah.

Sudah tentu kalian juga mempunyai alasan sendiri kenapa perlu berada di rumah.

Juga bagaimana mengubah masalah kepada langkah penyelesaian masalah. Lihat masalah dari sudut positif dan ubah mengikut pendirian dan gaya hidup yang diinginkan.

Salam kasih sayang

http://www.janawangdirumah.com/

Salam pagi Isnin, 11 Oktober 2010


Teks: Masayu Ahmad
Pic;Google

Salam kasih sayang buat pengunjung blog ini di pagi Isnin yang tenang. Kalian sudah sarapan? Saya sudah, hirup dua cawan kopi. Dua cawan! Bersama roti lapik telur mata, letak kicap. Memang sedap. Mulanya mahu secawan. Rasa tak cukup, tambah lagi satu. Kanak-kanak riang masih lena. Tidurlah nak, sebelum bermula rutin baru Disemberi 2010.

Sekarang ini saya masih beri kebebasan kepada anak-anak bermain sepuas mungkin. Nampaknya Aiman sangat lah produktif dan cepat belajar. Hakim masih dengan kemaruk ultraman dan Ben 10, tetapi selalu diingatkan dan dipantau apa yang dibuat. Arif lebih fleksibel, kalau bosan belajar dengan Aiman, dia akan bersama Hakim di atas.

Selepas pulang bercuti, tv kami rosak, jadi sepanjang beberapa minggu ini saya menampakkan beberapa perubahan. Lebih baik tidak ada tv, atau hanya mengantikan dengan cd berbentuk pendidikan cd mengaji sahaja. Saya sudah membuat tinjauan semasa Pesta Buku 2010, sudah ada senarai yang perlu saya buat menjelang Pesta Buku 2011, Insya-Allah. Ia semestinya memudahkan saya dan memberikan manfaat kepada anak-anak. Arif dan Aiman boleh memberi tumpuan untuk tempoh yang lama, berbanding Hakim dia cepat bosan dan dia seperti saya.

Perlu pelbagai, tetapi dia lebih kepada otak penggunaan

Fungsi otak kanan

  • Imaginasi
  • Berfikir secara kreatif
  • Irama
  • Khayalan
  • Emosi
  • Ilham
  • Intuisi (gerak hati)
  • Warna
  • Muzik
  • Apa saja aktiviti-aktiviti kreatif.
 

Fungsi otak kiri


  • Mengingati ilmu, pengetahuan atau maklumat

  • Menyimpan data dan fakta

  • Menganalisis

  • Memahami logik, bahasa dan matematik
 
Otak hemisfera kanan mengawal bahagian kiri badan manakala otak kiri mengawal bahagian kanan badan
 
Hakim-Otak Kanan
 
Sangat suka aktiviti penyelesaian masalah, contohny dia memilih jenis permainan yang mencabar, kemudian boleh menyelesaikannya. Suka akan bentuk permainan yang kreatif. Tidak suka aktiviti yang sama yang mudah jemu.
 
Arif- Otak Kiri
Boleh menumpukan sesuatu perkara dengan penuh tumpuan dan dalam tempoh yang lama.
 
Aiman- Otak Kanan
Aiman nampak lebih seimbang, boleh mencerap dengan cepat apa yang diajar. Juga cepat bosan jika diajar perkara yang sama. Sama seperti Hakim, kerana kedua-duanya kidal.

Saturday, October 9, 2010

Rezeki datang dalam pelbagai bentuk, alhamdulillah

Teks: Masayu Ahmad
Pic: Google


Alhamdulillah atas nikmat rezeki hari ini. Hari ini saya tidak ke mana-mana, mahu fokus atau dengan kata lain memberi tumpuan menyiapkan kerja sahaja. Pagi tadi ada sedikit masalah yang perlu diselesaikan, bukan lah masalah sebenarnya, tetapi sedikit urusan yang perlu dilunaskan hari ini sebelum menjelang esok. Mujur ada hamba Allah yang baik hati memberi khidmat bantuan. Syukur juga kerana urusan tersebut perlu diselesaikan hari ini. Terasa lapang sungguh. Tidak tahu mahu kata apa, kadangkala ketika buntu, selalu sahaja bantaun datang segenap corok tanpa disangka-sangka. Ini juga dinamakan rezeki.

Menjelang petang, saya ambil masa untuk berehat sekejap sebelum memecut untuk menyambung penulisan. Berkata saya kepada suami, teringin pula makan hidangan raya, ;D, alahai teman baik aka teman rapat menelefon sudah menyiapkan rendang ayam, nasi himpit dan kuah kacang. Alahai, terima kasih Yah bersusah payah menyiapkan. Bagai diseru-seru pula, bertimpa-timpa rezeki datang silih berganti. Syawal kali ini memang saya lelah mahu memasak. Hanya menyediakan juadah biskut dan kekacang sahaja untuk tetamu bertandang. Saya sungguh terharu, Yah selalu tidak berkira, masak pula untuk mak buyung yang suka makan. Semuanya sedap, terima kasih daun keladi.

Malam ini ada jamuan raya di taman ini, jadi saya tidak memasak lagi. Itu pun rezeki juga kan. :D

Salam kasih sayang


Friday, October 8, 2010

Menjejaki 9 Oktober 2010

Teks; Masayu Ahmad
Foto: Google

Hari ini 9 Oktober 2010, tik tok tik tok, masa terus bergerak laju. Tidak akan sesekali menunggu saya. Saya yang perlu mengguna dan mengejar masa sebaiknya. Moganya hari ini lebih cemerlang berbanding semalam. Lebih banyak senarai kerja surut untuk disiapkan.

Laju, laju, laju lah gerak jari menulis.
Menyiapkan apa yang belum siap.
Kerjakan penuh semangat apa yang sudah dirancang.
Laju, laju, laju lagi wahai jemari

Segera santunkan ayat
Pautkan perkataan
Sematkan baris

Laju, laju dan laju
Siapkan segala senarai
Kerjakan sampai selesai

Laju, laju dan laju
Baca, baca dan baca
Faham, faham, faham
Khatam, khatam dan khatam
Cerna, cerna, cerna
Ulang, ulang, ulang

Baca sampai pengsan
Tulis sampai nokhtah akhir
Sunting sampai pengsan


Siapkan segera,
Segera, segera, segera

Salam kasih sayang

http://www.janawangdirumah.com/

Thursday, October 7, 2010

Minum air gula

 Teks; Masayu Ahmad
Pic: Google

Lebih kurang banyak inilah yang perlu saya teguk jam 7.30 tadi di klinik, dengan kata lain minum air gula. Semalam dan pagi ini perlu berpuasa. Ini rutin biasa untuk ibu hamil. Tiga kali untuk tiga fasa. Aduhai nak menghabiskannya sangatlah naik muak, telan air gula. Apa yang tak biasanya, hamil ke empat inilah kali pertama merasa minum air gula. ;D. Pandai tak saya mengelak. Hihihi.

Saya ini kadangkala nakal juga, kalau saya tak suka, saya taknak. Tetapi memikirkan usia sekarang jadinya perlu lah tahu situasi sebenar, walaupun rasanya status kesihatan masih ok. Bawa sebuah buku, sambil menunggu, terlena juga saya. Balik ke rumah sudah siap en.kanda belikan nasi kerabu. Terima kasih ya suamiku ;D.

Ok, saya mahu sambung makan, dan siapkan kerja untuk hari ini. Nanti jika ada kelapangan saya masukkan juga entri motivasi untuk hari ini.

http://www.janawangdirumah.com/

Wednesday, October 6, 2010

pengurusan masa untuk supermama

Teks: Masayu Ahmad
Pic: Google


Hari ini bersamaan 7 Oktober 2010, maksudnya selangkah lagi menikmati hari sibuk. Sibuk? Sibuk yang terurus. Kebetulan dalam bulan ini saya banyak membaca buku pengurusna masa dan analisa pengagihan masa terbaik untuk ibu-ibu supersibuk.

Secara tidak langsung mempengaruhi juga rutin harian saya. Hari ini belum pun jam 8 pagi sudah selesai segala.

Saya ingin memetik paragraf berikut, muka surat 133, buku Jana RM Dari Rumah

Mempunyai jadual kerja yang fleksibel, tetapi kadangkala anda seolah-olah tidak mampu mendisplinkan diri menyiapkan kerja tepat masanya.

Setelah menetapkan jam kerja, anda sudah merancang untuk menyelesaikannya, tetapi kekangan awal anak-anak kecil mula mengambil kesempatan meminta perhatian.

Contohnya awal pagi adalah waktu paling produktif untuk bekerja, tetapi gangguan anak kecil kadangkala membuatkan anda terpaksa membatalkan dahulu untuk menelefon prospek pelanggan.

Suara si kecil boleh mengurangkan kredibiliti sebagai seorang usahawan profesional. Contohnya berurusan dengan pelanggan melalui telefon, namun suasana masih belum dalam keadaan terkawal, kedengaran suara si kecil menangis dan anak-anak meminta perhatian. Sudah tentu ini memberi gambaran yang kurang baik pada pendengaran bakal pelanggan dan majikan.

Analisa;

1. Siapakan segala kerja rumah tangga sebelum anak-anak kecil bangun dari tidur.

2. Setkan temujanji untuk menelefon pelanggan atau majikan ketika anak-anak tidur atau ketika mereka sedang asyik dengan aktiviti.

3. Tentukan masa dari awal untuk menelefon dan menerima panggilan.

4. Letak jauh telefon untuk kegunaan kerja atau bisnes dari gangguan anak-anak kecil.

Tempah dan beli buku Jana RM Dari Rumah:
http://nilamberkat-kedaibukuonline.blogspot.com/

Salam kasih sayang

http://www.masayuahmad.com/
http://www.janawangdirumah.com/

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin