Teks: Masayu Ahmad
Poic: Google
Salam pagi Rabu bersamaan 6 Oktober 2010. Alhamdulillah untuk kenikmatan hari ini. Harapnya juga kalian sudah bersarapan. Apa ya rancangan hari ini, saya seperti biasa pagi-pagi sudah menyediakan sarapan. Hari ini beli nasi lemak telur mata, makan bersama kopi radix.
Untuk kanak-kanak riang, roti bersama kaya dan juga kari ikan untuk hidangan tengahari, permintaan Hakim. Suka benar makan nasi bersama kari.
Ok, saya cuba untuk menyiapkan dan memilih pemenang peraduan. Harapnya segera menyudahkan apa yang sudah dimulakan.
Jika kalian ingin menambah pendapatan, jangan lupa mendaftar di http://www.klikjer.com/ dan pilih mana-mana ebook untuk promosi di blog kalian.
Kalau promosi ebook Panduan Bekerja Di Rumah untuk wanita, lagilah saya persilakan. Komisyen agak banyak juga. Alhamdulillah saya sudah menerima komisyen bukan sahaja dari ebook saya, tetapi juga ebook yang lain. Terima kasih yang membeli dan sudi membeli dari blog saya ini.
Sertai saya dan nama kalian ada dalam ebook atau buku saya.
Dalam buku Jana RM Dari Rumah, ada perkongsian Zubaidah Ar'bai melalui pengalamannya memulakan bisnes niaga.net dan juga Wan Anie http://www.comelote.com/.
Juga dalam ebook saya, masih ingat tak peraduan buku inspirasi yang pertama dahulu. Pandangan kalian ada dalam ebook tersebut pada bahagian pengenalan. Juga pautan terus kepada blog kalian. Ini juga salah satu promosi ya. Mana tahu pembeli dan pembaca ebook berkenaan akan terus ke blog kalian.
Antara nama-nama mereka yang terlibat dalam ebook tersebut ialah 10 pemenang peraduan terdauhulu. Nama-nama seperti berikut:
1. Ely Suhaili- http://www.mrspapi.blogspot.com/
2. Wan Normi Hj. Mat Yusof-http://www.kedaihuffaz.blogspot.com/
3. Mommy Lyna- http://www.mysuperkids.net/
4. Salwa- (sayangnya web salwa sudah tidak aktif, jadi tiada pautan)
5. Zubaidah Arba'i- http://www.kedainiaga.com/
6. Faziatun Nisa'- http://www.fazya.blogspot.com/, http://www.chocville.com/
7. Kak Chik-http://www.keluargakusayang.blogspot.com/
8. Nurhidayah Nazahiyah Erham.
9. Norhafizah Madzlan- http://www.sitisifir10.blogspot.com/
10.Wan Anie- http://www.tintacomelote.blogspot.com/
11. Nor Azura-http://www.comeybelako.blogspot.com/
Nama dan blog ini ada dalam ebook panduan bekerja di rumah. Jadi harapnya kalian kekal konsisten untuk sentiasa mengemas kini blog. Setiap pembeli ebook, tersebut tentu sahaja akan terus ke blog kalian. Pandangan kalian penyertaan ada dalam paragraf, 1.2 Pandangan wanita tentang matlamat bekerja di rumah.
Siapa yang rajin menyertai peraduan saya, sudah tentu ada manfaatnya. Semoga bisnes kalian akan terus sukses dan mampu menjana pendapatan yang baik untuk meningkatkan ekonomi keluarga.
Sertai temu ramah online, tarikh akhir 15 Oktober 2010.
Ok, bagi yang masih berminat, tidak terlepas lagi peluang kalian. Justeru, saya mengajak kalian menjawab soalan yang sudah saya utarakan. Tidak perlu senaraikan, terus sahaja hantarkan jawapan kalin ke email saya
masayu2010@gmail.com.
Mana yang sesuai akan saya pertimbangkan sama ada akan dimasukkan di dalam ebook atau buku yang sedang sayang usahakan sekarang. Tarikh terbit mung lambat atau cepat. Sebagaimana buku saya hanya mengambil masa beberapa bulan sahaja, berbanding ebook setahun menunggu giliran.
Apa pun semua terserah pada rezeki Allah. Saya cuba berusaha menyelesaikan setiap apa yang sudah saya mulakan. Harapnya juga setiap orang yang datang ke sini mendapat manfaat yang tidak seberapa dari blog saya. Sama-sama kita raih rezeki di bumi Allah dan juga kekal berusaha tanpa jemu. Segala yang baik datangnya dari Allah jua, segala kekurangan datang dari saya sendiri.
Salam kasih sayang
http://www.masayuahmad.com/
http://www.janawangdirumah.com/
Tuesday, October 5, 2010
Salam kasih sayang, teruskan momentum motivasi
Monday, October 4, 2010
Salam pagi Selasa bersamaan 5 Oktober 2010
Teks;Masayu Ahmad
Pic: Google
Salam pagi Selasa bersamaan 5 Oktober 2010. Apa khabar suri sekalian, sudah selesai berssarapan, sudah beres urusan rumah tangga, bagaimana pula dengan urusan anak-anak? Alhamdulillah urusan saya juga berjalan lancar sebagaimana biasa. Juga diharapkan kesihatan kekal konsisten dan juga tidak ada apa-apa halangan yang besar untuk menghadapi satu hari lagi yang penuh aktiviti.
Saya ingin berkongsi kata-kata motivasi yang dipetik dari buku tulisan Irfan Khairi, Nota Jutawan Nota Motivasi.
Fokus kepada kerja yang ingin anda lakukan atau matlamat yang ingin dicapai,
Seseorang terlalu banyak idea, terlalu banyak matlamat sehinggakan keliru yang mana satu mahu dilakukan dan dicapai terlebih dahulu. Banyak masa dihabiskan begitu sahaja melakukan banyak perkara serentak. Tetapi satu idea dan matlamat pun tidak berjaya.
Kata Confucius:
" A man who chases two rabbits catches none."
Kalau kejar dua arnab, jangan satu pun tidak dapat.

Sunday, October 3, 2010
Salam ceria hari Isnin
Teks: Masayu Ahmad
Pic: Google
Salam ceria pagi Isnin, alhamdulillah pagi yang mengujakan dan menenangkan. Tepat jam 9 pagi selesai sudah urusan rumah tangga. Hati terasa lapang untuk meneruskan pengembaraan di alam ilmu. Bermula bait-bait ayat demi ayat. Perkataan demi perkataan. Kesyukuran atas nikmat kelapangan ini dan juga limpahan kurnia yang tidak putus-putus.
Momentum sudah bermula
Momentum saya sudah kembali, rasa sangat teruja untuk menyudahkan kerja-kerja saya yang berbaki lagi bulan Oktober, November dan Disember. Bagaimana pula kalian.
Pagi ini memulakan dengan kopi radix, saya bangkit semula dengan semangat dan tenaga dan luar biasa. Mahu siapkan segera, siapkan segera, siapkan segera!
Mari saya kongsikan tip motivasi untuk bangkitkan semangat kalian juga ;D
Sumber: Buku Jana RM Dari Rumah, muka surat 124 dan 125.
Urusan rumah tangga
Urusan rumah tangga adalah urusan melibatkan pengurusan yang perlu diselesaikan. Contohnya memasak, mengemas, menguruskan pakaian, membersihkan halaman, mencuci bilik air dan segala-galanya yang berkaitan dengan urusan rumah tangga.
Anda boleh mengagihkan kerja rumah tangga yang perlu dilakukan setiap hari atau menetapkan hari-hari tertentu.
Anda boleh meminta bantuan pasangan untuk melakukan tugas-tugas tertentu untuk meringankan beban.
Jadual memasak- Koleksi resipi sarapan, tengah hari, minum petang dan malam.
Jadual mengurus pakaian- Mengurus mencuci, menjemur, melipat
Tempah dan beli buku Jana RM Dari Rumah:
http://nilamberkat-kedaibukuonline.blogspot.com/

Saturday, October 2, 2010
Nantikan keputusan Peraduan Buku Jana RM Dari Rumah
Teks: Masayu Ahmad
Insya-Allah jika tiada aral melintang minggu hadapan saya ke pejabat Karangkraf untuk mengambil buku-buku buat peserta yang menyertai Peraduan Buku Inspirasi. Berikan saya tempoh sedikit masa lagi ya untuk mengumumkannya.
Saya akan up date senarai terkini peserta-peserta peraduan. Tadi ada menerjah ke semua peserta yang menyertai peraduan ini. Saya dapati ada juga yang sudah buang link peraduan atau dengan kata lain gambar buku di side bar blog. Mungkin sudah terlalu lama menunggu. Hanya beberapa orang sahaja yang berbuat demikian. Masih ramai juga yang setia menanti. Terima kasih atas kesabaran kalian.
Saya usahakan untuk mengumumkannya, minggu ini atau minggu hadapan. Dalam bulan Oktober juga saya perlu selesaikan. Sabar ya.

Gambar lama bertarikh 28 Ogos 2010
Teks; Masayu Ahmad
Dalam saya menyelak fail dan saya terjumpa folder gambar bertarikh 280808. Rupanya gambar yang sudah berusia dua tahun lalu, usia Aiman enam bulan. Dan juga bersamaan tarikh akhir saya menghantar notis perletakan jawatan pada 30 Ogos 2008. Gambar ini juga kenangan terakhir bersama arwah, termasuk koleksi gambar-gambar di Tasik Titiwangsa. Sungguh cepat masa bergerak, sudah dua tahun ia berlalu. Tarikh ini juga dikira bulan penting fasa pertama saya bertukar status sebagai wanita bekerja dari rumah. Atau dengan lebih tepat penulis bebas sepenuh masa.
Nota; Belum dapat upload, tunggu dulu ya. ;D

Hakim & Arif
Arif
Aiman-6 bulan
Nota; Belum dapat upload, tunggu dulu ya. ;D
Friday, October 1, 2010
Cuaca segar pagi Sabtu minggu pertama Oktober
Teks: Masayu Ahmad
Pic: Google
Salam keceriaan dan ketenangan. Alhamdulillah hari ini sudah pun 2 Oktober 2010, hari minggu pertama untuk bulan Oktober. Sudah melangkah ke suku ke empat untuk 2010. Harapnya momentum kalian juga bertambah laju sebagaimana saya.
Moga hari ini saya dapat menikmati hari dengan jadual penuh saya dengan minda kekal fokus mahu menyiapkan kerja. Semalam mendapat tidur yang lena dan hari ini bangun dengan semangat, saya perlu menyipakan kerja sebagaimana yang telah saya jadualkan. Harapnya begitulah.
Sekarang jam 8.17 pagi, masih belum menyiapkan apa-apa sarapan. Rasanya mee goreng sahaja. Minda pun rasa tenang, kerana semalam Jumaat saya cuba mengekalkan hari tersebut sebagai hari menyudahkan urusan pakaian dan juga dapur sudah berada dalam keadaan bersih. Jadi bangun pagi hujung minggu membuatkan minda terasa lapang. Terus sahaja bangun, segera menyambung lagi penulisan. Alhamdulilah cara ini sangat berkesan.
Tiga tip motivasi pagi minggu
Lakukan perkara penting di awal pagi
Sangat penting kerana tenaga kita masih produktif dan minda juga masih berada dalam keadaan tenang. Beberapa jam awal pagi menyelesaikan perkara yang sukar membantu kita memudahkan lagi urusan lain untuk hari ini.
Kekal bersemangat setiap hari
Jadikan hari sebagai permulaan yang lebih baik berbanding semalam. Jika semalam sedikit kelam kabut, biarlah hari ini kita lebih bertenang.
Mahukan yang terbaik
Walaupun sukar mencapai kesempurnaan, tetapi kekal konsisten dan berdikit-dikit untuk berubah adalah lebih baik daripada langsung tidak ada perubahan.

Hajah Faiza, juga bermula dari rumah-telusuri kisah sukses beliau
Teks: Masayu Ahmad
Pic: Google
Salam kasih sayang buat suri sekalian. Apa menu petang kalian hari ini. Di dapur saya masih lagi ada satu tongkol ubi kayu, santan, gula melaka dan daun pandan. Jika rajin, mahu masakkan pengat ubi kayu buat juadah berbuka puasa en.suami.
Alhamdulillah untuk ketenangan dan kenikmatan hari ini. Sudah pun menjengan bulan Oktober, sungguh cepat masa bergerak. Kadangkala sesak nafas dibuatnya. Persiapan perlu dibuat berdikit-dikit, juga menyiapkan manuskrip dengan jayanya.
Ok, saya mahu kongsikan sedikit kisah sukses Puan Hajah Faiza Bawumi, Pemilik dan Pengarah Urusan Syarikat Faiza Sdn. Bhd.
Sumber: 50 kisah usahawan wanita, tulisan Pn. Norlela Zubir.
Muka surat 58.
Beliau berasal dari Mesir. Bapanya menghafal al-quran yang membuka sebuah restoran berhampiran Rumah Johor di Kaherah pada tahun 60-an dahulu. Restoran bapanya menjadi tumpuan pelajar Malaysia yang menuntut di Kaherah pada masa tersebut. Sebagai anak sulung daripada tujuh orang adik beadik beliau sering membantu bapanya sebagai juruwang apabila ayahnya menunaikan solat atau memenuhi keperluan lain.
Beliau telah berkahwin dengan pelajar Malaysia dan kemudiannya mengikut suami kembali ke Malaysia pada tahun 1964. Hajah Faiza memulakan bisnes awal dengan membeli kain ela dan membuat baju gaun untuk anak-anak di kejiranannya. Juga menghasilkan safra dan set sarun bantal dan cadar bersulam. Kemudian berniaga set ensiklopedia, diikuti bisnes pinggan mangkuk secara parti.
Melalui bisnes kecilan ini beliau menabung wang sedikit demi sedikit bagi dijadikan modal bisnes seterusnya.
Ketika di Mersing, beliau berminat menghasilkan rempah kari yang ketika itu diusahakan oleh peniaga-peniaga India.
Beliay membeli pelbagai jenis rempah ratus seperti ketumbar, jintan, halba, buah pelaga, cili kering, cengkih, kulit kayu manis dan sebagainya.
Kemudian belajar membancuh ramuah itu bagi menghasilkan rempah kari ikan dan kari daging. Beliau memberikan rempah yang dihasilkan kepada kawan-kawan untuk dirasa dan mendapatkan maklum balas.
Selepas diubahsuai dan terbukti sedap, beliau mengusahakan pengeluaran rempah kari itu. Semuanya dilakukan sendiri segala proses bermula mencuci, menjemut, menggoreng. Kemudian menghantar ke kedai untuk dikisar.
Selain kari ikan dan daging, keluaran Hajah Faiza termasuk rempah kurma, briyani, bukhari dan sup. Semuanya menjadi popular di pasar dan kedai-kedai runcit termasuk di felda-felda.
Beliau memanfaatkan ruang tingkat bawah rumah kerajaan yang didiami keluarganya sebagai sebuah kedai menjual barangan keperluan. Pengeluaran rempah kari beliau masih diteruskan dan penjagaan kualiti serta kebersihan tetap diutamakan.
Sambil duduk menunggu di kedai, beliau tidak membuang masa, sebaliknya memeket pelbagai jenis makanan ringan untuk dijual dikedai runcitnya.
Pencapaian kini
Kini beliau mendapat hak ekslusfif menjadi pemborong beras ponni dan memasakannya dengan jenama Taj mahal. Kilang beliau beroperasi di atas tapak selua 40,000 kaki persegi.
Analisis
1. Beliau memulakan hanya secara kecil-kecilan bermula dari rumah sebagai permulaan operasi bisnes.
2. Memulakan dengan kepakaran yang ada dan memasarkannya kepada jiran dan kawan-kawan terdekat.
3. Meneroka pelbagai pengalaman dengan menjual pelbagai jenis bisnes skala kecil.
4. Terus berusaha dan konsisten.
5. Sehingga pada satu tahap mempunyai fokus produk dan mula menambah produk sampingan.
6. Multi-tasking, banyak melakukan beberapa tugas serentak. Tidak pernah jemu berusaha.
7. Beliau juga asalnya suri rumah dan kini adalah usahawan sukses yang begitu disegani.

Subscribe to:
Posts (Atom)