\Nota: Mohon beberapa orang lagi peserta yang belum menghantar nama dan alamat kepada saya. Mohon kalian hantar maklumat segera. Saya mahu menyelesaikan urusan ini serentak sebelum bermula peraduan buku inspirasi yang seterusnya.
Saya baru mendapat respon daripada penganjur, berikut adalah pemenang untuk Peraduan Buku Inspirasi untuk sesi Januari, Februari dan Mac 2010.
Buku tajaan Galeri Ilmu
Januari 2010
1. Wan Rohani Wan Ismail- Ke Mana Wang Anda (sudah email alamat)
2. Zubaidah Arba'i - Ke Mana Wang Anda (sudah)
Februari 2010
1. Nurul Huda Ahmad Adnan- Ke Mana Wang Anda (sudah)
2. Hadhatina Abdul Halim- Bawa Hati Mu Kepada Tuhan (belum)
Mac 2010
1. Latifah Ulfa Ismail- Ke Mana Wang Anda (sudah)
Hadiah tudung bawal, tajaan Nazira.biz
1.Sakinah Mohd Ghazali (belum)
2. Nurhidayah Nazahiyah Erham (sudah)
3. Farhanin Abdullah Asuhaimi (sudah)
4. Mommy Lyna (sudah)
Nota 1: Kepada semua peserta mohon hantarkan maklumat kalian pada saya
Nama penuh mengikut kad pengenalan
Alamat: Jika anda bekerja, adalah lebih baik berikan alamat pejabat.
Hantarkan kepada email saya yang berikut:
masayu2010@gmail.com
Nota 2: Penghantaran hadiah akan bermula selepas habis pesta buku. Ini disebabkan kesibukan penganjur dalam pelbagai aktiviti Pesta Buku yang sedang berlansung 18 hingga 28 Mac 2010. Insya-Allah buku kalian akan dihantar selepas Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur selesai. Namun saya memerlukan alamat penuh kalian, agar saya dapat memberikan alamat lengkap kepada penaja hadiah.
Nota 3: Nantikan peraduan untuk seterusnya. Ada sesuatu yang lebih menarik akan berlaku.
Wednesday, April 7, 2010
Bermula secara sambilan sebelum sepenuh masa bekerja dari rumah
Teks: Masayu Ahmad
Foto:http://packmelove.blogspot.com//
Segalanya atas kesungguhan, komitmen dan mahu merealisasikan bisnes dari rumah sepenuh masa. Saya tidak mengenali Ely dan kami tidak pernah sekali bertemu muka. Tetapi apa yang ingin sekali saya nyatakan di sini, walaupun sumbangan saya sangat kecil, tetapi inilah salah satu contoh permulaan yang baik buat Ely.
Bermula secara sambilan sebelum sepenuh masa. Saya masih melihat perkhabaran Ely dari masa ke samasa sehingga beliau sukses sepenuh masa bekerja dari rumah. Siapa lagi mahu ikut serta sebafai Perantis Bekerja Dari Rumah. Hanya mengikuti sahaja perkembangan dan panduan di blog ini, dan salah satunya perlu menjawab soalan yang saya siarkan melalui Peraduan Buku Inspirasi.
Peraduan Buku Inspirasi seterusnya adalah lebih menarik, kerana saya mahu menghadiahkan 'hasil air tangan' saya sendiri. Bermula persediaan asas apa yang perlu dan apa yang tidak perlu sebelum bermula bekerja dari rumah.
Apa ya Ely telah dan sedang lakukan? Jom kita jamu mata.

Tip wanita super, kuasai teknik agihan tugas
Teks: Masayu Ahmad
Salam pagi Khamis bersamaan 8 April 2010, sudah memasuki suku ke 2 untuk tahun ini. Alhamdulillah saya masih diberi ruang dan nikmat sebagai isteri, wanita, ibu, anak dan ahli masyarakat.
Untuk bulan ini saya masih ada tiga tugasan yang perlu diselesaikan. Satu perlu disiapkan minggu ini, sangat menarik ianya adalah satu 'perkara' yang perlu dimiliki oleh setiap wanita. Jika sudah 90 peratus selesai baru saya umumkannya.
Juga saya sedang membuat kajian dan penyelidikan tentang pengurusan masa. Lebih banya panduan mengurus masa khusus untuk surirumah, wanita bekerja di rumah dan wanita yang bekerja di luar rumah.. Tiga kategori ini mempunyai peranan yang sama tetapi rutin harian yang berbeza. Agihan dan senarai keutamaan yang perlu diselesaikan setiap hari tidak sama untuk wanita.
Suri rumah super
Suri rumah tidak sekadar hanya berada di rumah, lepak, berehat dan menonton tv. Jika pandai menggunakan masa, sangat banyak aktiviti yang bermanfaat yang boleh dilakukan. Bukan sekadar menunggu anak pulang sekolah dan menyediakan hidangan malam. Suri rumah juga perlu keluar dari kepompong rutin yang sama. Juga memerlukan catatan senarai kerja harian untuk urus masa 24 jam.
Wanita bekerja di rumah
Sangat berbeza untuk wanita yang mengurus rumahtangga dan pada masa yang sama bekerja. Dua tuntutan ini perlu dinyatakan dengan jelas dalam matlamat karier dan keluarga setiap awal tahun. Kenapa? Agar anda tahu apa matlamat akhir tahun.
Saya sendiri dalam proses pencarian maklumat dan mempraktikkan apa yang dibaca. Kemudiannya mencari pendekatan terbaik. Pilihan saya sekarang sama ada mempunyai pembantu atau menghantar anak-anak separuh hari ke tadika.
Saya sudah mencari beberapa buah tadika yang sesuai untuk kanak-kanak riang iaitu Hakim dan Arif. Dengan kadar masa yang lebih fleksibel. Masih berkira-kira membuat jadual baru untuk anak-anak. Menjelang April dan bulan-bulan seterusnya komitmen kerja dan jadual semakin padat. Jadi sama ada saya memerlukan kembali pembantu rumah atau menghantar anak-anak ke tadika, saya akan putuskan selepas beberapa pertimbangan.
Agihan tugas
Bagi wanita bekerja di rumah perlu memastikan senarai keutamaan yang perlu diselesaikan sebelum membuat kerja-kerja yang lain. Tidak mudah dan tidak semestinya setiap orang mempunyai keupayaan 'super' untuk melaksanakan semua tugas dengan sempurna.
Jadi sangat penting mencari siapa atau apa pendekatan yang sesuai untuk meringankan bebanan tugasan harian yang terlalu banyak. Anda hanya perlu fokus kepada senarai utama untuk keperluan produktiviti harian, mingguan dan tahunan.

Tuesday, April 6, 2010
Pelaburan yang mana pilihan kita
Teks: Masayu Ahmad
Ramai yang tahu, ambil peduli tetapi kurang mampu mengambil tindakan. Ramai yang tahu tetapi buat-buat tidak tahu. Ramai yang mahu mengikut, tetapi mengikut pengaruh majoriti adalah lebih memberi kepuasan.
Apa pilihan, kepuasan dan pertimbangan dalam kita memilih yang terbaik buat diri sendiri. Ada yang tahu sangat bagus untuk menjadi suri rumah tetapi seolah-olah tiada pilihan kerana kita perlu mengejar material untuk kesenangan.
Betulkah kesenangan itu ada pada ukuran material, memakai pakaian yang cantik, badan langsing bergaya untuk tontonan umum.
Saya suka memerhati dan kembali mengigati diri sendiri. Apa sebenarnya saya mahu dan wanita diluar sana mahukan.
Adakah gaji RM10 ribu sebulan?
Baju dan perhiasan bertukar setiap hari?
Membanding-bandingkan kehebatan anak-anak masing-masing?
Beradu kehebatan jawatan, kesibukan kerja.
Beradu hebatnya perhiasan rumah tangga.
Apa yang telah dan sudah kita lalui setiap hari. Betapa mudahnya kita mengambil ganjaraan daripada majikan yang sebenar kerana ramai yang tahu, tidak tahu dan tidak ambil tahu. Jika lakukan dengan ikhlas, ganjarannya pasti ada.
Saya pernah menyiarkan 50 keistimewaan muslimah. Mari kita selongkar dan ulangkaji bersam-sama.
Mari kita sama-sama tetapkan matlamat untuk menjadi wanita terbaik di sisi suami, anak-anak dan keluarga. Saya sendiri masih bertatih dan mengharapkan segala apa yang dikongsi di sini menjadi peringatan buat diri sendiri.
Salam penuh kasih sayang
http://www.masayuahmad.com/

Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di BaitullahBila kali terakhir menyapu rumah kita sendiri. Sambil menyapu sekalipun, kita masih ada dalam fikiran, banyak betul kerja yang perlu diselesaikan sambil mengeluh kepenatan. Tidak pun sudah berapa tahun tidak menyapu, kerana tugas tersebut sudah diberikan secara rasmi kepada pembantu rumah.
Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau merenung ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya, memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keredhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya, tiap-tiap langkahnya dan setiap renungannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi.Betapa besar janji dan kurnia Allah kepada wanita, tetapi betapa ramai pula yang tidak mahu mengambil peluang ini. Pun begitu, jika tidak berpeluang masih ada ruang dan cara untuk mencapai tahap ini. Saya percaya ramai wanita hebat diluar sana mahu mendapatkan anugerah seperti ini.
Mari kita sama-sama tetapkan matlamat untuk menjadi wanita terbaik di sisi suami, anak-anak dan keluarga. Saya sendiri masih bertatih dan mengharapkan segala apa yang dikongsi di sini menjadi peringatan buat diri sendiri.
Salam penuh kasih sayang
http://www.masayuahmad.com/
Sunday, April 4, 2010
Hari penuh semangat
Teks: Masayu Ahmad
Hari ini permulaan hari yang indah, tidak mahu dimulakan perasaan sedih, kecewa dan putus asa. Tetapi sama-sama kita isi perasaan semangat untuk memenuhkan hari dengan pekerjaan yang berfaedah. Mahu melangsaikan beberapa perkara yang sudah diletakkan komitmen untuk menyelesaikannya.
Semalam hari Ahad, saya peruntukkan masa khusus untuk anak-anak. Pun begitu di dalam beg, sentiasa membawa dua buah buku dan satu buku catatan. Sangat perlu agar saya tidak membuang masa begitu sahaja. Buku ini adalah sebagai cara saya menyudahkan kerja walau di mana sahaja berada.
Semalam kami menjumpai satu lokasi riadah yang baru iaitu Taman Tasik Ampang Hilir. Jika sebelum ini saya suka membawa anak-anak ke Taman Pandan Indah, tetapi sudah bosan kerana hampir hujung minggu ke sana. Semalam saya mencadangkan suami pergi ke Taman Tasik Titiwangsa.
Jadi dalam perjalanan melalui laluan MRR2, kami terpandang tasik dan lokasi permainan yang masih baru. Rupanya Tasik Ampang Hilir sudah dibuka kepada pengunjung. Seronok dan teruja kerana persekitaran menghijau, tempat bermain kanak-anak ada tiga lokasi, tempat trek berlari-lari, juga surau yang mempunyai landskap hijau yang cantik. Saya jarang menemui tempat ibadah secantik ini. Di dalamnya di tanam pokok-pokok yang menghidupkan suasana tenang semasa beribadah.
Anak-anak sangat seronok dan saya sudah tentu lebih suka, jika tidak terkurung sahaja di rumah. Melepaskan perasaan dengan menikmati panorama menghijau mampu memberikan perasaan lapang dada.

Saturday, April 3, 2010
Perubahan usia, perubahan pilihan, mahu terbaik buat diri dan keluarga
Teks: Masayu Ahmad
Kebebasan dalam erti kata sebenar ialah apabila anda mampu membuat pilihan dan keputusan itulah yang menjadi keutamaan dalam kehidupan. Terdapat beberapa peringkat pilihan dalam kehidupan wanita. Ini selaras dengan perkembangan usia, kehendak, kewangan dan gaya hidup.
Alam remaja
Pilihan bermula ketika alam remaja dan banyak dipengaruhi persekitaran, rakan sebaya, keluarga dan pendorong utama iaitu guru-guru di sekolah. Ini adalah peringkat sangat penting untuk anda mencorak masa hadapan. Tidak semestinya pelajar yang dinobatkan terbaik adalah ukuran sebenar mereka yang akan berjaya. Manakal yang mendapat nombor corot akan kekal corot dalam kehidupan.
Kadangkala saya melihatkan beberapa teman yang biasa-biasa sahaja pada zaman persekolahan sangat berjaya apabila berada di alam dewasa. Apa yang penting apabila seseorang berupaya mencabar diri dan hidup dalam kelangsungan kehidupan. Maksudnya kalau di lempar ke laut menjadi pulau, dicampak ke darat menjadi bukit.
Dewasa
Apabila menginjak dewasa kita mula mencari teman terbaik agar kehidupan juga lebih baik apabila bekahwin kelak. Siapa yang tidak mahu kesenangan, tetapi mencari keseserasian pasangan dalam kehidupan dan mencorak kehidupan keluarga untuk di sini dan di sana agar seimbang adalah perkara penting yang perlu diambil kira.
Pencen
Apa matlamat anda apabil usia sudah berada puncak emas. Adakah perlu tunggu selepas pencen, barulah ingin berada dalam keadaan tidak mahu lagi beli belah sakan, mengubah tabiat yang lebih positif. Selalunya saya sukakan kehidupan warga emas di kampung. Hidup sederhana dan sekeliling persekitaran yang mendamaikan. Tidak ada hiruk pikuk kota, tiada berlumba siapa mahu gaya, tiada membanding kereta lebih besar, rumah lebih gah, anak siapa paling berjaya.
Persediaan
Dalam minggu sungguh banyak berita kematian. Apabila difikirkan sangat takut sekali, jika tidak sempat bertaubat. Juga takut sudah bertaubat, taubat masih belum diterima. Hidup serba sederhana mengikut manual yang sudah dibekalkan pencipta adalah jalan paling selamat.
Apabila kita sudah terpedaya dengan kemahuan dan kehendak tanpa batas, boleh kembali semula kepada manual iaitu Al-quran. Ingatan ini adalah untuk diri saya sendiri. Belum cukup amalan jika saya dipanggil bila-bila masa.
Mohon maaf zahir dan batin selama kita berkenalan di alam maya mahupun alam nyata.

Panduan kekal bermotivasi sepanjang masa
Teks: Masayu Ahmad
Semakin umur menginjak usia, semakin kematangan mula meresap dalam diri. Pengalaman, dugaan, pahit manis kehidupan silih berganti. Cuba lihat dengan mata hati, semuanya itu kita perlu lalui dengan tenang sahaja.
Selalunya apabila bekerja atau dengan kata lain kita mempunyai majikan, sangat banyak kerenah yang perlu ditangani. Mahu atau tidak ramai yang mengambil peduli atau pandai-pandai mengawal diri agar tidak terjebak sama.
Ada yang mengambil peluang untuk mencari pengalaman di tempat lain dan ada pula mahu kekal di suasana yang sama. Masih boleh menghadapi pelbagai rencah harian. Sangat seronok jika kita mempunyai pasukan kerja yang banyak mendorong dan sentiasa bermotivasi.
Setiap pagi selesai melayan ribut di rumah, kita mula pula siap sedia dengan rutin sibuk di pejabat. Face book sekarang sudah menjadi salah satu kegilaan, atau pun ramai menjadikan blog sebagai tempah meluah perasaan. Salah ke?
Terpulang kepada pandangan, kefahaman dan prinsip seseorang. Salah sekiranya menggunakan masa bekerja dengan pengisian yang tidak sepatutnya. Boleh, jika digunakan untuk manfaat semasa bekerja. Ya, salah atau tidak terpulang kepada individu. Kerana setiap orang mempunyai kematangan dalam membuat pilihan sendiri.
Saya sudah melalut, kembali tajuk utama iaitu panduan kekal motivasi sepanjang masa. Selalunya apabila berdepan dengan keadaan yang mendorong suasana panas, tidak sihat, malas, kecewa, jiwa lara dan sebagainya saya sebaik mungkin cuba kekal bermotivasi.
Saya melihatkan ini dalam diri individu yang sukses, kebanyakan mereka yang berjaya tidak suka mengeluh, bertangguh, berungut. Tetapi berusaha, bersyukur, sedar diri, tiada ego dan mudah pula menerima pandangan orang lain.
Beberapa ketika apabila perasaan motivasi merudum, saya cuba bersangka baik. Jika melibatkan individu cuba pula mencari kelemahan diri saya sendiri. Walaupun sudah sedaya upaya saya cuba untuk mengembalikan mood yang sudah tidak stabil.
Kembali membaca buku-buku motovasi, mendengar al-quran, berwuduk, bergelak ketawa dengan Aiman, berlari mengeluarkan peluh atau bersauna sahaja di rumah. Banyak cara untuk kita membuang jauh perasaan merudum, sangat bahaya melayan perasaan stress kerana ianya boleh menyebabkan tompokan toksin dalam badan.
Jadi apabila saya berdepan perkara yang menyebabkan saya mula hilang sabar atau kecewa, saya akan menghilangkan ‘perkara’ tersebut dengan mengosongkan minda daripada berfikir hal yang sama. Jangan serabutkan otak atau menyemakkan sistem fikiran dengan perkara yang tidak perlu. Kita hanya mahu fakir perkara yang bermanfaat sahaja, yang serabut lontar jauh-jauh ke laut dalam.

Subscribe to:
Posts (Atom)