Friday, April 2, 2010
Peraduan Pengalaman Berpantang sudah bermula-dapatkan 3 buku motivasi penjagaan anak-anak!
Terma & Syarat
1. Menjadi Follower- www.masayuahmad.blogspot.com
2. Pilih buku dan ketegori- sila letakkan di side bar blog anda, pautan terus ke blog ini.
3. War-warkan peraduan ini di blog anda.
4. Kategori A, semua peserta layak untuk menang. Cabutan undian akan dibuat oleh kanak-kanak riang.
5. Kategori B, pengalaman pemenang akan disiarkan dalam projek penulisan saya, anda juga layak mendapat satu lagi buku misteri (penjagaan kesihatan wanita). Maksudnya anda akan mendapat dua buku.
6. Setiap orang boleh menyertai kedua-dua kategori serentak atau salah satu sahaja.
Keterangan lanjut sila Peraduan Pengalaman Berpantang
Salam pagi Sabtu 3 April 2010
Teks: Masayu Ahmad
Salam pagi Sabtu bersamaan 3 April 2010. Permulaan langkah untuk minggu pertama untuk bulan April. Alhamdulillah hati saya juga terasa lapang kerana beberapa perkara hampir langsai. Insya-Allah untuk bulan ini sudah penuh jadual saya sepanjang April. Perjumpaan bersama kawan-kawan lama juga terpaksa ditunda lagi.
Saya ada berbaki 27 hari untuk melangsaikan beberapa komitmen penting. Juga bekerja Sabtu dan Ahad bekerja seperti biasa. Saya sangat seronok kerana kesibukan ini. Kesibukan yang saya pilih dan sudah tentu anak-anak masih disekeliling saya.
Inilah nikmat yang patut saya syukuri, walau cabarannya bukan sedikit. Kanak-kanak riang suka merancang aktiviti untuk menangguh-nangguh kerja ibu. Mereka bertiga sememang bijak. awal pagi adalah waktu paling produktif untuk bekerja.
Apabila Aiman sudah bangun, budak kecil ini suka membuat pelbagai perkara agar ibu tidak bekerja. Mula-mula Aiman mahu susu, mandi. Selepas dia mendapati ibu masih sibuk, Aiman akan naik duduk di atas pangku. Mula membuat permintan "nak anyi ama-aman," (mahu menyanyi sama-sama).
Selepas melayan, Aiman masih tidak puas hati mula memanjat meja dan duduk di depan skrin dan mengoyang-goyang muka ibu. Masih tidak puas hati mula mengajak ibu tidur.
"Aiman nak ido, nak ido,"
atau
"Aiman nak andi, nak andi,"
Jadi sebelum Aiman bangun jadi saya perlu siapkan kerja sesegera yang mungkin.

Blog pilihan minggu ini- kek lapis Sarawak
Thursday, April 1, 2010
Jurufoto pilihan
Jurufoto pilihan saya
Teks: Masayu Ahmad
Ketika bekerja sebagai wartawan dahulu saya mempunyai pasukan atau rakan kerja yang ke semuanya bagus-bagus. Semuanya ada keserasian kimia. Dan kini apabila saya kembali bekerja sendiri, sahabat lama adalah antara penyokong belakang tabir paling kuat.
Di atas adalah jurufoto kegemaran saya dulu dan hingga sekarang. Apabila ada projek khas, saya suka memberi kepercayaan kepada Fendi. Kerana sentuhan 'magic' beliau. Kini saya kembali menghubungi beliau untuk salah satu projek pada akhir April 2010. Beliau sudah tahu apa yang saya inginkan, 'kesempurnaan'. Sanggup melayan kerenah dan 'cerewet' saya. Tetapi apabila sudah selesai memberikan informasi, saya sudah tidak kacau ketika Fendi bekerja dan hasilnya memang mengagumkan. Untuk laman web rasmi, saya akan menggunakan kepakaran beliau sepenuhnya. Nantikan juga hasil kombinasi kerjasama kami kelak.
Stesen kerja saya
Diari putih yang sudah berbogel itu, sangat penting jika hilang bikin jiwa lara. Itu adalah catatan dan senarai kerja harian yang 'wajib' saya langsaikan.
Ingat tak entri saya kehilangan sebuah beg yang mengandungi 20 buah buku. Kini saya menerima kembali lebih 20 buah buku itu diganti dengan buku-buku yang lain. Sungguh besar kasih sayang Allah dan rezeki itu jika kita lihat datang bersama ujian dan kembali bersama hikmah yang tidak terduga. Alhamdulillah.
Ini susunan meja terkini untuk mood marathon yang baru.
Akses internet dengan kelajuan yang tinggi untuk saya melakukan penyelidikan maya. Sistem suara yang bagus sangat penting untuk halwa telinga mendengar lagu motivasi dan surah-surah pilihan untuk menenangkan jiwa semasa bekerja.
Dua susunan ini perlu saya baca, hadam dan khatam. Ini adalah input penting dalam proses penulisan. Timbunan ini akan berubah mengikut pilihan projek setiap bulan.
Di belakang saya, ada sofa untuk saya meregangkan urat, bersebelahan dengannya, katil bujang untuk menidurkan Aiman waktu tengahari (kadang-kadang dengan ibunya sekali nyenyak). Arif beraksi, foto dirakam oleh hero terjunan tirus yang kembali beraksi dengan kamera pula.
Untuk sekian kali ini adalah kali ke enam saya mengubah lagi kedudukan meja kerja. Setiap kali mahu menyambung tugas, saya rasa ada sekatan atau dengan kata lain idea saya lambat. Untuk itu saya mahu mengubah lagi kedudukan.
Sudah dua bilik dan dua ruang yang berlainan saya mengubah. Kali ke enam ini saya mahu abadikan, sehingga saya mengubah kembali ke tingkat atas.
Variasi dan pelbagai
Saya boleh dikategorikan cepat bosan dengan suasana yang sama, persekitaran yang sama. Jadi mengubah-ngubah memberi mood baru dalam suasana kerja.
Disebabkan ada sedikit masalah tekniknal, buat sementara waktu saya kekal di bilik bawah. Mungkin bulan hadapan mahu kembali ke tingkat atas.
Semalam berpesan kepada en.suami, apabila beliau pulang dari aktiviti badminton saya pesan agar pindahkan meja kerja saya. Jika saya terjaga, saya mahu suasana baru.
Kononnya malam tadi saya mahu marathon menyiapkan kerja, alih-alih terlelap bersama Arif dan Hakim hingga pagi. Saya bangun dan terus mengemas kini meja kerja yang baru.
Walaupun sedikit sahaja berubah kedudukan, mood kerja saya yang sudah ‘lari’ semalam, hari ini kembali dengan penuh semangat.
Berikut adalah contoh persediaan peralatan asas untuk kerja saya. Bidang saya adalah penulisan dan penyuntingan jadi senarai ini membantu bagi mereka dalam kategori yang sama. Jika bidang kalian adalah memasak, sudah tentu peralatan dapur adalah keutamaan yang penting.
1. Set komputer
2. Akses internet dengan kelajuan yang tinggi
3. Printer
4. Telefon- untuk urusan rasmi
5. Buku-buku rujukan dan penyelididkan
6. Buku catatan harian- senaraikan tugas harian dan tandakan yang sudah selesai
7. Diari hitam-digunakan untuk menghadiri mesyuarat, perbincangan penting.
8. Sistem audio yang membantu menyegarkan minda, apabila mood sudah kucar-kacir jadi saya suka mendengar secara langsung surah yasin, atau nasyid yang memberi semangat kepada jiwa.
9. Buku motivasi-jika jiwa saya sudah dilanda malas atau sudah dikacau oleh bahana kata-kata negative, saya perluakan rawatan segera dengan mencari buku yang paling tinggi sentuhan motivasi untuk merawat segera jiwa ‘kacau’.
10. Sokongan balik tabir. Sokongan dan dorongan yang paling penting adalah en.suami, yang sudi mengikut apa sahaja kemahuan dan melayan kerenah saya ini. Kadangkala sangat sedih dan kadangkala sangat terharu. Sedih kerana saya masih tidak sedar diuntung, masih perlu melengkapkan ilmu-ilmu seorang isteri terbaik buat suami. Terharu kerana en.suami sudi membeli apa sahaja keperluan saya, menjaga anak-anak ketika saya keluar dan memberi sokongan padu dalam apa sahaja yang saya perlukan. Dialah suami terbaik untuk saya.
Al-Fatihah Buat Din Beramboi
Sama-sama sedekahkah Al-Fatihah buat arwah Din Beramboi yang sudah kembali ke rahmatullah.
Din Beramboi meninggal Dunia, takziah buat ahli keluarga Din Beramboi, Al Fatihah…
Pelawak dan penyampai radio popular Din Beramboi atau nama sebenar Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 44, disahkan meninggal dunia sekitar pukul 12.35 pagi di Hospital Selayang.
Kematian Allahyarham disahkan oleh Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani.
Ketika diminta untuk mengulas mengenai berita sedih itu, Nizam bagaimanapun masih belum bersedia memberikan sebarang komen kerana masih terkejut. Pihak keluarga dan rakan terdekat Allahyarham juga gagal dihubungi.
Din yang dimasukkan ke Wad Rawatan Rapi (ICU) kerana mengidap Dengue Shock Syndrome sudah berada dalam keadaan kritikal sejak petang semalam. Allahyarham dimasukkan ke hospital pada petang Isnin lalu selepas mengalami demam yang mempunyai tanda-tanda denggi.
Menurut adik Allahyarham, Rozana Mior Badri, semua ahli keluarga berada di sisi Allahyarham kecuali ayahnya yang tidak dapat hadir.
‘‘Jenazah abang saya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ehsan, Kepong di sini sebelum solat Jumaat,’’ katanya ketika ditemui di hospital itu, malam ini.
Sumber: http://best1of4.wordpress.com/2010/04/01/din-beramboi-meninggal-dunia/

Hero terjunan tirus, luka berdarah
Hakim membuat terjunan luar biasa, lalu tidak sempat mengelak keningnya berdarah. Ibu tersenyum sahaja, melihat anak teruna meraung-raung, dahinya bercucuran darah. Ibu bertukar 'juru rawat super', mengambil 'diaper' yang masih baru letak pada, dahi Hakim. Alahai anak-anak, senyap seketika aksi 'ninja'. Diaper lebih banyak daya serap dari tisu, jadi suka suki saya sahaja buat rawatan.;D
Sekejap sahaja suasana senyap sunyi kerana hero terbaring sahaja.
"Hakim kuar, dah tak larat," kata hero dengan suara manja-manja orang sakit.
Seketika Hero sudah tidak sakit, melihat di tangan ibu ada sesuatu.
Hero kembali riang dan tidak menangis selepas ibu keluarkan kamera. Merah di dahi bertanda untuk hero kesayangan ibu. Sila abaikan Aiman, apabila malam menjelma, Aiman lebih suka berbogel, hanya berseluar sahaja. Inilah buah hati, nikmat kehidupan saya kini.
Subscribe to:
Posts (Atom)