Thursday, May 21, 2009

Working At Home Mama (WAHM)



Teks: Masayu Ahmad
Foto:www.amodernmama.com

Sesungguhnya rezeki Allah itu maha luas dan tidak tercapai dek akal. Setelah mengambil keputusan untuk bekerja sepenuh masa di rumah, impian itu sudah direalisasikan.

Alhamdulillah, dengan sokongan padu suami, saya meninggalkan kerjaya dan pendapatan yang sudah stabil. Menghampiri bulan ke-enam kini usaha yang dilakukan sudah mula menampakkan hasil.

Home Wellness Centre, sudah mula beroperasi sepenuhnya. Masa operasi hanya bermula jam 9 malam hingga 12 malam sahaja. Ini adalah permulaan untuk saya mengkaji pasaran sebelum melangkah ke peringkat seterusnya. Tumpuan pelanggan adalah untuk ibu-ibu di kawasan taman ini sahaja. Sambutan menggalakkan.

Aktiviti penulisan masih diteruskan disiang hari dan pada 12 hingga 3 pagi setiap malam. Saya tidak tahu dari mana datangnya tenaga dan kekuatan untuk melakukan semua ini. Namun ianya cukup memberangsangkan.

Dengan masa yang lebih fleksibel untuk menguruskan anak-anak. Kesyukuran yang tidak terhingga kepadaNYA. Maha Pemurah, Maha Pemberi Rezeki. Walaupun pembantu rumah masih bercuti sehingga hujung tahun, saya masih mampu menguruskan kerjaya dan rumahtangga.

Keutamaan kepada keluarga adalah menjadi perkara nombor wahid. Kerjaya adalah perkara susualan dan kini ianya mula memberikan hasil. Hujung minggu jadual saya masih bertumpu kepada seminar, bengkel dan aktiviti menambah ilmu.

Kepuasannya hanya Tuhan sahaja yang tahu. Setiap perkara dan kejadian adalah hikmah yang tidak ternilai untuk disyukuri. Alhamdulillah

Bersambung.

Tuesday, May 19, 2009

Turunkan berat badan, hanya BERSAUNA di rumah



Kini anda boleh miliki sauna dengan harga yang berpatutan. Boleh dilakukan di rumah. Sangat sesuai untuk suami dan isteri.

Ada lima pilihan sauna mengikut citarasa anda.


1. Blue Steam Sauna BS001 - Harga jual : RM350
2. Myra Steam Sauna - Harga jual : RM390 ,
3. Diva Steam Sauna - Harga jual : RM460 ,
4. Ezy Infrared Sauna - Harga jual : RM660 ,
5. Salon sauna RM400.

Kos pengangkutan mengikut lokasi


Kelebihan sauna telah terbukti dari dulu lagi..pelbagai kaedah digunakan zaman dahulu..tetapi kini anda boleh bersauna hanya sambil menonton TV..kesan tetap sama..terbukti berkesan :

1. Menurunkan berat badan dengan ideal.
2. Tiada masa berjoging, sauna mampu mengeluarkan peluh dan toksik.
3. Melancarkan peredaran darah.
4. Mengurangkan sinus dan migrain.
5. Mengurangkan sakit2 badan dan sendi.
6. Merehatkan badan dan minda setelah seharian bekerja.
7. Membakar kalori anda seperti anda berjogging 2 km, 400 kalori terbakar


Sila klik, blog produk kesihatan di sebelah.

www.nilamberkat.blogspot.com

Monday, May 18, 2009

Kejiranan yang rapat



Teks: Masayu Ahmad
Foto:http://www.inmagine.com

Amat bertuah rasanya berada di kawasan kejiranan ini. Selain mempunyai pertalian silaturahim yang mesra, ianya memberi impak yang baik untuk menyemai semangat kejiranan yang semakin pudar.

Aktiviti berlari-lari sambil mengelilingi kawasan taman bukan sahaja dilakukan di hujung minggu, tetapi sudah menjadi rutin pada sebelah petang. Saya masih belum dapat menyertai memandangkan kecederaan akibat terseliuh pada bahagian lutut masih belum pulih sepenuhnya. Alasan sungguh! Saya mahu menyertai mereka, tetapi belum tiba masanya.

Rasanya tisu sebelah dalam sudah terkoyak dan kini saya sudah boleh berjalan seperti biasa. Cumanya lutut masih tidak boleh diluruskan sepenuhnya. Saya mendapatkan rawatan urutan tradisional India yang begitu memberi impak. Sebelum itu mencuba pelbagai urutan. Kali pertama diurut dengan kaedah akupuntur memberi kesan yang baik. Saya dinasihatkan mengambil kalsium dan kurangkan ikan. Jika pulih sepenuhnya, saya ingin kembali kepada aktiviti cergas seperti dahulu. Namun kini perlu lebih berhati-hati.

Berbalik aktiviti kejiranan pada minggu ini akan diadakan majlis makan beramai-ramai sempena siapnya Astaka iaitu dijadikan lokasi berkumpul, bermesyuarat dan beriadah. Aktiviti memasak untuk hidangan makan beramai-ramai ditugaskan kepada setiap blok dengan menu yang berbeza. Hasilnya setiap orang yang memberi sedikit tenaga dan mampu berkongsi juadah.

Dimulakan pada waktu petang sehingga malam. Pada hari Ahad pula ada majlis cukur jambul. Hanya kaum ibu sahaja yang dijemput untuk memeriahkan marhaban. Saya tidak pandai bermarhaban tetapi sebenarnya mahu belajar dan mencuba.

Saturday, May 9, 2009

Kasihnya Ibu



Al-Fatihah (Mohon sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah ibu saya, Rakiah Daud)

Arwah cukup dikenali dengan seorang yang penyabar dan seorang ibu yang penuh dengan nilai kasih sayang. Saya akan mengagumi dan mencontohinya untuk menjadi seorang ibu yang cukup sempurna di mata anak-anak.

Air tangan ibu, tiada siapa akan menyangkal. Apabila pulang sahaja ke kampung halaman, minda sudah terbayang betapa enaknya masakan ibu. Walaupun hanya ikan singgang atau gulai ikan. Selera akan bertambah-tambah dan jika boleh tidak mahu melepaskan peluang makan sedikit walau sudah kenyang supaya tidak kempunan.

Arwah di zaman mudanya banyak menghabiskan usianya membantu arwah nenek menjaga anak-anak saudara. Memandangkan dua saudara perempuan meninggal dunia pada usia yang muda, maka nenek bertekad mahu membesarkan cucu-cucunya (anak yatim yang tidak beribu)

Arwah ibu saya merupakan anak bongsu daripada lima beradik. Arwah pernah mendapat tawaran untuk mendapat pendidikan UPSI kerana arwah antara pelajar cemerlang ketika belajar. Setiap tahun arwah akan melangkau kelas, sehinggalah sama sekelas dengan abangnya sendiri. Saya masih teringat cerita arwah dan masih segar kukuh.

“Kalau mek terima belajar di UPSI, sudah tentu sekarang ni jadi Ustazah” sambil tergelak halus.(Maktab Pendidikan Tanjung Malim kini dikenali UPSI).

Saya faham azamnya yang tidak kesampaian. Jika dulu dapat masuk belajar UPSI seolah-olah dapat menyambung belajar ke Jepun atau Amerika ketika zaman ini.

Namun arwah tidak pernah menyesal, kerana tanggungjawab membantu emaknya adalah menjadi keutamaan.

“Kalau dah jadi ustazah gak, tok jupo lah jodoh dengan ayoh” arwah gelak apabila saya cuba mengusiknya.

Itu semua adalah percaturan maha kuasa yang sudah ditetapkan dan kita hanya mampu merancang kerana Dia yang menentukan. Arwah berkahwin seawal usia 18 tahun, mungkin juga 16 tahun. Saya sudah lupa sebenarnya.
Arwah menerima seadanya calon yang dipertemukan keluarga.

Setiap kali saya bersalin, arwah berada di sisi untuk menemani. Banya disiplin ketat yang dikenakan semasa saya berpantang. Tetapi disebabkan saya ini agak nakal, terlangar juga disiplin yang arwah sudah tetapkan. Disebabkan kenakalan, saya mencuri lauk yang saya kempunan. Sungguh bersalah rasanya, tetapi arwah senyum sahaja. Anaknya ini belum matang walaupun sudah bergelar ibu.

Berpantang anak kedua, saya mampu berdisplin sebagaimana yang dinasihati arwah. Agaknya kali ini saya sudah tidak nakal lagi, baru matang selepas dapat anak dua orang. Nasi tidak boleh makan banyak sebab nanti badan mudah kembang. 40 hari tidak boleh ambil santan, berminyak dan berlemak.

Setiap kali anak bangun menangis, arwah lebih dahulu akan sedar sebelum saya.
Setiap kali datang ke Kuala Lumpur akan ditinggalkan anak-ank murid di kampung. Setiap kali itulah arwah akan berasa bersalah dan serba salah.

“Lamo sungguh mek mari sini, sie ko budok-budok tokleh ngaji”
(Lama sudah mek datang ke sini, kasihan budak-budak yang belajar mengaji Al-Quran tak dapat belajar).

Sesudah arwah kembali ke rahmatullah, bertempiaranlah anak-anak murid berjumlah 40 orang itu mencari guru mengaji yang baru.

Dua minggu sebelum meninggal.

"Nanti kalau mok cik tak do sapo nok ajar anok mu?" Tanya arwah kepada sepupu yang tinggal sebelah rumah.

"Mok cik nok gi mano? Ngaji ngan mok cik lah"

"Yo lah, nanti aku tak dok gak sie lah budok-budok sapo nok ajar ngaji"


Itu semua hanya tinggal kenangan.

Al-Fatihah


Ya Allah ya Tuhan ku, yang maha pemurah lagi maha penyayang
Ampunilah segala dosa ku dan dosa kedua ibubapaku
Engkau tempatkanlah arwah ibuku dikalangan orang-orang yang beriman
Cucurilah rahmat ke atas rohnya
Semadikan ibuku dalam keadaan tenang
Sampaikan doaku terus kepadanya

Ya, Allah ya Tuhanku
Maha Agung lagi Maha mengasihani
Jadikan aku anak solehah
Sentiasa mendoakan kesejahteraan orang tua ku
Kuatkan aku agar terus istiqamah menjaga kebajikan orang tua ku
Ya Allah ya Tuhanku
Jauhkanlan aku daripada sifat-sifat yang membelakangi ibu bapa
Jadikan aku sebagai anak yang berbudi

Al-Fatihah

Sejarah UPSI
Sumber:http://web.upsi.edu.my

LATAR BELAKANG


Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang penting dalam sejarah pendidikan negara. Institusi ini berkembang secara bertahap dari sebuah kolej kepada sebuah universiti. Agak menarik meneliti tahap perkembangan institusi ini, kerana ia meniti satu landasan sejarah yang sama, mendukung falsafah penubuhan yang sama dan mekar dalam taman yang sama.

Secara kronologi, perkembangan UPSI telah melalui tiga era, iaitu era SITC (29 November 1922 -1957), era MPSI (1957 - 1987), dan era IPSI (21 Februari 1987 – April 1997). Tiga era ini juga memperlihat wadah generasi pendidik yang dilahirkan oleh institusi ini dalam tempoh 75 tahun.

Tanggal 1 Mei 1997 bermulalah lembaran barunya sebagai sebuah universiti, apabila universiti ini diperbadankan di bawah Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Perbadanan) 1997 dan Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Kampus) 1997 menerusi Warta Kerajaan P.U (A) 132 & 133 yang bertarikh 24 Februari 1997.


Peranan R.O Winstedt tercatat dalam sejarah SITC sebagai tokoh terawal yang mengilhamkan cadangan agar ditubuhkan sebuah maktab atau pusat bagi latihan guru dan bagi meluaskan skop pendidikan pada ketika itu. Ilham ini timbul setelah kepulangan beliau dari lawatan ke Tanah Jawa dan Filipina. Cadangan ini dibawa ke persidangan Residen-Residen pada 10 Mei 1917.


Beliau juga turut menyarankan supaya tapak tempat maktab yang bakal didirikan itu mestilah mempunyai tanah yang subur, bagi menampung keperluan kurikulum yang banyak dan berteraskan kemahiran dalam bidang pertanian. Tempat yang dipilih juga seharusnya berdekatan dengan rangkaian kereta api, jalan raya dan berhampiran dengan sungai. Satu lagi aspek yang difikirkan adalah komposisi penduduknya haruslah sederhana ramai.

Dalam proses mencari tempat yang sesuai itu, Tanjong Malim dilihat sebagai satu-satunya tempat yang paling menepati ciri-ciri lokasi dan faktor geografi sebagaimana yang dihasratkan oleh Winstedt. Pada 26 Mei 1917, Tanjong Malim secara rasmi dipilih sebagai tempat pembinaan maktab. Pada tarikh yang sama juga cadangan untuk memberikan nama maktab ini sebagai Sultan Idris Training College (SITC) telah dimaklumkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Abdul Jalil Shah. Cadangan ini diperkenankan Baginda.

Nama Almarhum Sultan Idris Shah diabadikan pada nama maktab ini sebagai mengenang jasa dan sumbangan besar Almarhum dalam bidang pendidikan. Almarhum DYMM Paduka Seri Sultan Idris Mursidul Adzam Shah ialah Sultan Perak yang ke-28 yang memerintah negeri Perak antara tahun 1889 – 1916.

Wednesday, May 6, 2009

www.masayu-ahmad.com

Alhamdulillah, anda boleh melayari www.masayu-ahmad.com yang kini hampir 90% siap sepenuhnya.

www.masayu-ahmad.com adalah satu laman web khusus untuk artikel-artikel berkenaan kesihatan dan kecantikan. Ianya adalah salah satu kesinambungan karier saya dalam bidang penulisan.

Sila klik pada laman web tersebut dalam senarai blog saya di sebelah kanan.

Insya-Allah akan ada lagi beberapa pengumuman penting dalam sedikit masa lagi.

Tuesday, May 5, 2009

seni kata yang mengesankan




Foto:sheikyermami.com

Senikata dan lirik nasyid ini mengesankan jiwa saya. Ianya seolah-olah terasa dekat di hati. Saya mendengarnya berulang-ulang kali.

Lagu ini di dengar dari blog www.cahayemata.blogspot.com aka surirumah, dari senarai blog list di sebelah kanan.

Akan tetapi saya tidak dapat mengenalpasti beberapa ayat yang kurang jelas dan ditandakan..... (dot, dot, dot), Ada dua tempat kosong (fill in the blank).

Sudilah kiranya sesiapa yang boleh membantu saya menyelesaikan lirik nasyid tersebut.

Tuhan kau telah memberitahu kami
Tentang peristiwa akhir zaman
Peristiwa di zaman kami ini
Melalui lidah nabi mu

Di zaman ini istilah banyak terjadi
Firqah sesat 72 banyaknya
Al-quran dijadikan barangan dagangan
Isinya sudah tidak dihiraukan
Tuhan kekasihmu memberitahu
Dunia dijadikan barang yang diburu
Muslimin disiksa dan dihina
Oleh tangan-tangan kafir durjana

Tuhan, nabimu terus bermadah
Ilmu akhir ditinggalkan orang
Dihujung dunia dijadikan rebutan
Perempuan-perempuan dijadikan hiasan
Rumah-rumah syaitan penuh riang
Rumah-rumah tuhan kosong dan lengang

Tuhan yang paling menakutkan
Nabimu pernah bersabda
Diakhir zaman yang paling jahat
Ulama yang memandang dunia
Tabiatnya busuk bak bau bangkai
Siapa kecil mati jiwanya

Tuhan nabimu menyambung lagi
Terhadap peristiwa akhir zaman
Perempuan hilang malunya
Anak tidak hormati ibu bapa
Bahkan keduanya dijadikan kuli
Atau sudah tidak dipeduli


Tuhan....(1) kami ceritakan
Dari lidah Nabi kekasihmu
Rezeki yang halal susah dicari
Ibarat mencari berlian berharga
Tuhan kekasihmu menjanjikan
Kedatangan mujjadid ....(2)

Muslimin nasibnya akan terbela
Rumah-rumah tuhan penuh ria
Rumah-rumah syaitan akan musnah
Perempuan-perempuan akan dilindungi
Anak-anak soleh dan solehah
Kebenaran kan pasti terbukti

Tuhan kau telah memberitahu kami
Tentang peristiwa akhir zaman
Peristiwa di zaman kami ini
Melalui lidah nabi mu

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin