Hari ini ada beberapa perkara penting yang perlu diselesaikan. Alhamdulillah semalam saya mendapat berita yang amat mengemberikan hati. Tetapi saya akan simpan berita tersebut untuk diumumkan untuk sedikit masa lagi. Insya-Allah.
Nampaknya usaha saya sudah mendapatkan hasil. Saya akan terus istiqamah dan terus berusaha agar ianya menjadi kenyataan.
Dalam beberapa hari ini juga dapat berjejak kasih dengan teman-teman lama. Kesibukan membuatkan lupa untuk berhubung antara satu sama lain. Mujurlah alam siber sangat membantu untuk mentautkan semula hubungan silaturrahim.
Ada beberapa perkara yang berada dalam senarai segera yang perlu saya lunaskan. Masih bertangguh-tangguh, itulah kelemahan saya. Tetapi insya-allah akan diusahakan untuk menyelesaikan segera.
Dalam mahu cepat melakukan perkara serentak, menyebabkan saya hilang fokus. Kemudiaannya kemblik ke trek asal, baca bismillah dan memulaikannya dengan perlahan-lahan. Apabila nak cepat kelam kabut pula jadinya. Jadinya saya tarik nafas semula dan buat satu-satu. Alhamdulillah.
Wednesday, April 15, 2009
Saturday, April 11, 2009
Sudah pandai mandi sendiri
Setakat ini Hakim sudah pandai mandi dan basuh berak sendiri. Tetapi saya masih lakukan pemantauan agar benar-benar bersih
Sambil memasak atau mengemas rumah suara saya akan melaung.
Ibu: Hakim basuh depan belakang
Hakim: Hmm ( dalam bilik mandi)
Ibu: Guna sabun
Hakim: Hmmmmm (Panjang aje ehemnya kali ini)
Ibu: Hakim mandi jangan main air.
Hakim: Hmmmm,
Ibu bersegera ke bilik air untuk memantau. Hakim sedang sibuk mencurah-curah air ke dalam bekas
Hakim: Tengok ibu, banyaknya fish.
Sambil tersengih. Rambut masih lagi kering. Bukannya mandi main air budah bertuah ni.
Kalau Hmmm nya panjang maksudnya, adalah aktiviti lencongan sedang dilakukan

Perjumpaan para ibu

Malam jumaat yang lepas ada satu perjumpaan untuk para ibu-ibu di sini. Ahli Jawatankuasa Taman sudah pun dibentuk. Manakala perjumpaan kali pertama ibu-ibu adalah untuk memilih AJK biro yang mewakili setiap blok.
Sebelum ini sudah beberapa kali sesi ramah mesra dan majlis makan-makan. Saya suka tinggal di sini memandangkan semuanya adalah Melayu dan didiami hanya 80 rumah sahaja.
Alhamdulillah pemilihan dilakukan dengan mudah memandangkan semuanya jenis yang tidak banyak songeh. Seronok macam ini, tidaklah ada yang hanya terkurung sahaja dalam rumah tanpa ada aktiviti.
Di blok perumahan belakang para suami sedang gigih menyiapkan astaka, dijadikan sebagai lokasi untuk aktiviti berkumpul, kenduri, sukaneka, aerobic, poco-poco (kaum wanita sudah mula ghairah untuk aktiviti ini) dan sebagainya. Habis mesyuarat santai tersebut kami makan-makan sambil berborak. Biasanya saya adalah yang terakhir balik, kerana rumah sebelah sahaja.
Sistem keselamatan kini rasanya sudah selamat berbanding dahulu, sudah diupah pengawal keselamatan untuk mengawal masuk kenderaan. Kini sudah tidak ada kes pecah rumah lagi. Budak-budak pula bebas ke sana kemari bermain.
Jika dahulu saya agak kecewa juga kerana ada anak-anak muda yang suka merempit di kawasan ini, menggangu ketenteramaan dan budak-budak takut untuk bermain. Kadang-kadang taman permaiman dijadikan kawasan lepak. Sakit mata memandang.
Kebanyakannya adalah budak- budak daripada kawasan flat. Saya bukan merendah-rendahkan penduduk rumah flat, tetapi budak-budak tersebut masih memerlukan perhatian ibu bapa, itu yang saya kesalkan. Kadangkala cara berpakaian dan membawa motor dengan laju dan menekan minyak dan kebingitan agak menyakitkan hati.
Jalan-jalan ambil angin
Saya sangat tabik pada mereka yang sentiasa bersemangat dan tidak langsung ada perasaan malas. Tapi sebagai manusia biasa tidak akan lari untuk menikmati masa rehat yang sekucupnya. Pernah juga saya merasakan perkara yang sama.
Malas memasak,mudah sahaja bersiap sedia makan sahaja diluar. Nasib baik cik abe sangat arif perkara ini. Kalau dah sebut berkali-kali tu, anak-anak dah bersiap siap, cepat sahaja mahu keluar. Kalau suruh mandi, berdesup semua pergi bilik air, pakai baju dan bersegera masuk kereta. Alahai budak-budak nih. Kalau hari biasa, disuruh mandi berlenggang kangkung, penat ibu mengeluarkan suara ala-ala tarzan.
Berkurung 5 hari seminggu membuatkan mereka suka benar kalau dibawa keluar.
Mungkin dah bosan agaknya bermain basikal di luar rumah. Kalau ada kelapangan saya bawa juga mereka ke taman permainan. Jalan kaki dua minit sahaja. Saya jalan lenggang kangkung sambil melihat aksi tiga beradik berlari-lari mahu sampai cepat. Biasanya Aiman terpaksalah terkedek-kedek ketinggalan jauh dari abang-abang.
Friday, April 10, 2009
Ibu susuan Nabi Muhammad s.a.w
Susunan SITI AINIZA KAMSARI
MENYEBUT mengenai institusi ibu susuan, sehingga ke hari ini ia kedengaran masih terlalu asing apatah lagi menjadi satu amalan sebagai satu kaedah berkesan bagi memastikan bayi-bayi dapat tumbuh dan membesar dengan lebih sihat dan kuat.
Tidak kurang yang sinikal dengan berkata institusi ibu susuan, merupakan satu budaya Arab Jahiliah sekalipun Nabi Muhammad SAW antara yang mendapat khidmat tersebut dalam tempoh dua tahun, iaitu tempoh susuan yang paling baik buat seorang bayi.
Oleh kerana ia menjadi satu amalan dalam budaya Arab Jahiliah maka dikatakan adalah tidak sesuai untuk kita contohi. Adakah benar begitu?
Kita telah mendengar dan mengetahui sebelum ini, mengenai kisah Nabi Muhammad yang semasa umur bayinya disusui oleh ibu susuan, malah telah dipisahkan daripada ibunya, Siti Aminah. Baginda menjalani kehidupan dalam suasana yang kedesaan, jauh dari kesibukan Kota Mekah.
Susu ibu adalah yang paling berkhasiat dan terbaik untuk pertumbuhan bayi dan kanak-kanak. Selain telah menjadi hak setiap bayi untuk menyusu dengan susu badan, iaitu bukan dengan susu lain termasuk diperah segar dari sumber haiwan ternakan terutamanya lembu atau susu formula, khasiat susu itu tidak perlu diceritakan lagi.
Malah jika tidak cukup oleh ibu sendiri akan dicari ibu susuan bagi memastikan bayi-bayi mereka menikmati khasiat hanya dari susu ibu itu.
Namun, susu sahaja tidak memadai, bagaimana dengan persekitaran luar dan dalam rumah yang sihat untuk anak-anak itu membesar dengan baik tanpa dipengaruhi oleh sebarang elemen-elemen yang cemar, kotor yang bakal memberi kesan kepada pertumbuhan fizikal dan mental bayi walaupun baru dilahirkan?
Perkara ini dipandang dengan begitu serius oleh masyarakat Arab walaupun mereka dilabelkan sebagai jahil.
Terbaik
Oleh kerana itu mereka memperkenalkan ibu susuan, yang sama sekali tidak bermakna susu ibu untuk didagangkan. Malah ada yang membawa bayi mereka ke ceruk-ceruk desa bagi mencari ibu susu yang boleh berkongsi susu dengan bayi yang datangnya dari kota semata-mata bagi memastikan si bayi mendapat yang terbaik sahaja untuk tempoh pembesaran yang penting itu.
Nabi Muhammad juga tidak terlepas dari menjadi sebahagian dari amalan ini walaupun pada awalnya baginda telah disusui oleh ibunya sendiri, Siti Aminah dan diikuti Thuwaibah, hamba perempuan milik bapa saudara baginda, Abu Lahab yang ketika itu sedang menyusui bayinya sendiri, yang bernama Masruh.
Namun Nabi Muhammad masih perlu disusui dalam suasana yang lebih baik berbanding di Kota Mekah walaupun kota tersebut merupakan kota Ibadat dan menjadi tumpuan oleh ramai pengunjung setiap tahun yang datang untuk mengerjakan haji dan menemui mereka yang alim dan kuat beribadat di situ.
Lalu, keluarga Rasulullah terutama datuk baginda, Abdul Mutalib mencari-cari ibu susu untuk menyusukan cucunya itu yang antara lain bertujuan supaya baginda Rasulullah tidak dijangkiti penyakit-penyakit sama ada dari serangan virus atau kuman mahupun penyakit yang merosakkan pemikiran.
Di samping sebenarnya, menghantar bayi ke desa-desa adalah penting bagi memastikan si anak mempelajari bahasa Arab jati, fasih dan asli.
Lalu siapakah wanita desa yang bertuah dapat menyusui baginda dan dapat menyaksikan sendiri Nabi Muhammad membesar di tangannya?
Tentu sekali nama yang telah sering menjadi sebutan, Halimah atau dikenali juga Halimatus Saadiah (kerana berasal dari Bani Saad) binti Abu Dhuayb, isteri kepada al Harith bin Abdul Uzza yang terkenal dengan gelaran Abu Kabsyah dari kabilah yang sama.
Namun tahukah anda, Nabi Muhammad sebelum disusui oleh Halimah, sebenarnya tidak mendapat tempat di hati ibu-ibu susu dari desa yang datang ke Kota Mekah semata-mata untuk mencari bayi yang hendak mereka susui.
Hanya kerana baginda anak yatim. Setiap dari mereka ditawarkan untuk menyusukan Nabi Muhammad tetapi kesemuanya enggan menerima baginda apabila sebaik sahaja mendapat tahu bahawa bahawa bayi itu seorang anak yatim.
Ini kerana mereka lazimnya juga mengharapkan agar mendapat sesuatu kebaikan dari bapa si bayi, jika sekadar dari datuk dan ibu si bayi pastinya tidak mendatangkan yang lumayan buat mereka.
Lalu diceritakan Halimah antara wanita-wanita dari desa Bani Saad yang beramai-ramai keluar dan menuju ke Mekah untuk mencari bayi dan dibayarkan upah apabila mereka menyusui bayi-bayi itu.
Mereka terpaksa keluar untuk mencari upah itu akibat tekanan dari musim kemarau yang menimpa kampung mereka.
Halimah dan suaminya bersama seekor keldai tua, bernama Qamra dan unta betina yang juga sudah tua dan telah kering susunya menuju ke Mekah dengan penuh kepayahan.
Mereka sering terpaksa berada dalam kelaparan kerana tidak mempunyai bekalan makanan yang mencukupi dan unta yang tidak lagi mampu mengeluarkan susu.
Setiba di Mekah, Halimah merupakan ibu susuan yang sanggup menerima Nabi Muhammad setelah ibu-ibu lain enggan menerima baginda kerana status anak yatim yang dimiliki oleh baginda itu.
"Demi Allah, saya tidak akan pulang semula ke desa tanpa seorang bayi pun untuk saya susui," katanya kerana kesukarannya untuk mendapatkan bayi untuk dibawa pulang.
Tuah si bayi
Halimah sama sekali tidak mengetahui gerangan tuah si bayi kecuali mengambil baginda kerana Nabi Muhammad satu-satunya bayi yang masih tinggal minta untuk disusui oleh ibu-ibu susu.
Namun suami Halimah berkata: "Tidak ada salahnya kamu mengambil bayi itu, mudah-mudahan Allah memberikan kita keberkatan pada bayi itu," kata Al Harith.
Lalu Halimah membawa Nabi Muhammad yang masih bayi itu untuk disusui walaupun dirinya dalam keadaan yang serba kekurangan termasuk susu badannya yang semakin berkurangan.
Namun dihulurkan juga kepada Nabi Muhammad untuk menyusu badan dan tidak semena-mena didapati bayi itu menyusu dengan enak dan puas seolah-olah terdapat banyak bekalan susu dari badan si ibu susuan itu.
Sehinggakan Rasulullah kemudiannya dapat tidur dengan lena seperti kekenyangan dan cukup bekalan susunya.
Malah ketika suami Halimah keluar, melihat unta betinanya yang sudah tua itu didapati unta itu juga dapat mengeluarkan susu dengan banyak sehingga tidak tertampung untuk diminum.
Ini membolehkan Halimah sendiri dapat menambahkan bekalan susu dalam badannya apabila beliau sendiri dapat minum susu unta dengan banyaknya.
Pada keesokan paginya, Al Harith berkata kepada isterinya: "Demi Allah, ketahuilah Halimah, sesungguhnya engkau telah mengambil seorang manusia yang sangat diberkati. Jika tidak manakan engkau dapat menyusukan bayi ini dengan bekalan yang banyak dan unta yang tiba-tiba juga mengeluarkan susu dengan begitu banyak sekali," katanya.
Tanda-tanda keberkatan dan kelebihan Rasulullah tidak henti setakat itu sahaja, sebaik tiba di perkampungan Bani Saad lebih banyak keajaiban yang berlaku.
Sedangkan kampung itu paling teruk di landa kemarau, tetapi didapati kambing-kambing peliharaan Halimah dan suaminya, yang ditinggalkan sepanjang pemergian mereka ke Mekah turut mengeluarkan susu yang banyak.
Seolah-olah kambing-kambing itu dapat meragut rumput-rumput sedangkan kesemua tumbuhan dan rumput mati akibat musim kemarau yang melanda.
Sejak mengambil Nabi Muhamad sebagai anak susunya, hidup Halimah sekeluarga benar-benar berubah kepada yang lebih baik berbanding orang lain.
Limpahan rezeki
Beliau menikmati limpahan rezeki dan kemudahan dengan menyusui bayi yang mulia itu dan Rasulullah sendiri sepanjang di bawah jagaan keluarga Halimah tidak pernah menyusahkan atau memberi sebarang kesukaran kepada mereka.
Baginda tumbuh sebagai bayi yang tidak sahaja sihat dan kuat malah telah menunjukkan tanda-tanda kenabian dengan tidak banyak menimbul ragam dan kerenah kecuali anak yang mudah diuruskan dan dijaga.
Malah baginda dengan sendiri untuk memutuskan susuan sebaik sahaja menjejak usia dua tahun.
Ini menyebabkan Halimah berasa dukacita kerana bermakna beliau terpaksa berpisah dengan anak itu dan mesti dikembalikan kepada waris baginda.
Lalu beliau suami isteri sekali lagi menemui Siti Aminah dan menyatakan hasrat mereka untuk terus memelihara si bayi dengan menjadikan alasan tidak mahu dijangkiti sebarang wabak penyakit yang menyerang Kota Mekah.
Pujukan demi pujukan menyebabkan Siti Aminah mengalah dan membenarkan supaya Halimah terus memelihara anaknya itu apabila beliau melihat sendiri puteranya itu kelihatan begitu sihat, cergas dan kuat.
Pulanglah Halimah dengan penuh gembira dan rupa-rupanya kepulangannya bersama Nabi Muhammad mencatatkan satu lagi peristiwa yang benar-benar di luar dugaan, iaitu anak susuannya itu diberitahu oleh penduduk kampung, telah dibunuh orang!
Benarkah Nabi Muhammad telah dibunuh sebagaimana yang disaksikan oleh penduduk kampung Bani Saad?
Petikan Utusan Malaysia

Adam dan pohon Khuldi
Di dalam syurga terdapat banyak buah-buahan yang bermacam bentuk dan rasa. Semua buah-buahan itu boleh dimakan oleh Nabi Adam dan isterinya, Hawa. Terdapat juga sepohon pokok yang sangat besar iaitu pohon Khuldi.
Allah telah melarang Nabi Adam dan isterinya mendekati pokok itu, apatah lagi memakan buahnya. Tujuannya ialah untuk menguji ketaatan mereka terhadap Allah, di samping menahan hawa dan nafsu mereka. Dengan ketaatan mereka, Allah dapat memberi kesempatan untuk mereka terus tinggal di dalam syurga untuk bersenang-lenang dan bersuka ria.
Allah memberikan peringatan kepada Nabi Adam dan isterinya supaya menjauhkan diri daripada iblis. Jangan menurut kata dan ajakan iblis kerana iblis sudah terang-terangan menyatakan dirinya sebagai musuh Nabi Adam dan keturunannya buat selama-lamanya.
Iblis juga sedaya upaya berusaha siang dan malam tanpa rasa jemu dan berputus asa, untuk menjauhkan Nabi Adam dan keturunannya daripada terus hidup dalam kebahagiaan.
Allah berfirman kepada Nabi Adam, "Wahai Adam! Iblis itu adalah musuhmu dan musuh isterimu. Dia akan selalu menggoda engkau berdua agar engkau berdua terusir pula dari syurga ini sehingga engkau hidup sengsara. Di syurga inilah engkau berdua akan dapat hidup bahagia, tidak akan menderita lapar dan susah".
Bagaimanapun, keimanan Adam dan Hawa sedikit sebanyak telah tergugat apabila digoda oleh iblis. Iblis yang iri hati sentiasa mencari peluang untuk menyesatkan mereka berdua dengan cubaan berpura-pura baik.
Ia memberi nasihat kepada Nabi Adam dan Hawa sekiranya mereka makan buah Khuldi tersebut, mereka akan menjelma sebagai malaikat. Ia juga menggoda mereka dengan menceritakan kelazatan buah Khuldi dan keharuman pohonnya.
Kata-kata itu membuat Nabi Adam dan Hawa terasa ingin mencubanya walaupun telah ditegah oleh Allah SWT. Akhirnya mereka makan juga buah Khuldi itu.
Lalu Allah mencela mereka dengan firman-Nya yang bermaksud, "Tidakkah Aku mencegah kamu mendekati pohon itu dan memakan buahnya dan tidakkah Aku telah ingatkan kamu bahawa syaitan itu adalah musuhmu yang nyata?"
Nabi Adam dan Hawa yang mendengar firman Allah itu berasa amat menyesal. Mereka sedar yang mereka telah melakukan dosa besar. Lalu mereka berkata, "Ya Allah, kami telah menganiaya diri kami sendiri dan telah melanggar perintah-Mu kerana terpedaya dengan pujukan iblis. Ampunilah dosa kami, kalau tidak kami akan tergolong dalam golongan orang-orang yang rugi".
Petikan: Utusan Malaysia

Friday, April 3, 2009
Mari memanjat
Ibu tolong, tolong. Kedengaran suara Arif meminta tolong. Rupanya mahu dikeluarkan daripada almari. Dia sudah terperangkap dan takut untuk melompat keluar. Kerusi kecil dijadikan alas tempat pemijak untuk naik ke dalam rak almari.
Hakim berjaya melepas diri dan tinggallah Arif berlinangan air mata menangis mahu turun. Tolong bu, tolong. Ayah memberitahu, rupanya inilah caranya dia mencapai barang tersorok. Rahsia sudah diketahui kerana acapkali barang-barang dan dokumen penting yang sudah disorok sudah berjaya dijejaki kedua beradik.
"Kenapa tidak bantu Arif turun?" Tanya saya pada si Ayah.
"Biarlah, pandai naik, pandai-pandailah cari jalan turun."
Saya pergi mendapatkan Arif. Masih berlinangan air mata merayu simpati agar diturunkan. Saya senyum sahaja. Tolong bu! Sambil mengangkat tangan. Saya mendukung Arif yang kesedihan.

Subscribe to:
Posts (Atom)