Tuesday, July 11, 2017

Kembali

Teks: Masayu Ahmad

www.masayuahmad.com

www.akademibekerjadirumah.com/shop


Lama tidak bersiaran di sini, alhamdulillah. Sejak 2 minggu sebelum Ramadhan ayahanda terlantar sakit. Jadi banyaknya masa perlu menguruskan ayah. Bergilir bersama akak dan adik lelaki.

Seminggu sudah juga bawa ke wad dua hari ini kelihatan sudah kembali baik.

Jalan bertongkat empat. Moga Allah permudahkan segala urusan dan ayah diberi kesihatan yang luar biasa baik. Insya-Allah.

Saturday, May 20, 2017

2017

bayangkan anak anak.
Usai turun dari rumah, letak beg dan mula sesi belajar waktu pagi...
Anak anak kecil usai ditinggalkan di taska atau pengasuh...
Adakah?
Mereka pergi dengan keadaan perut kosong.
Anak kecil sudah diberi makan dan mandi. Atau masih berpakaian semalam dan masih masam.
Emosi mereka dipeluk mesra.
Kita, mak mak selalu membayang seperti iklan di tv.
Bangun pagi penuh ceria, sediakan sarapan. Turun dengan gembira.
Tidak ada suara suparno.
Tidak ada leteren.
Tidak ada seperti mahu naik minyak.
Usai pagi anak anak mahu mak yang tenang tanpa emosi.
Usai pagi bangkit dengan gembira.
Aiman segak hari ini seperti selalu.
Lalu separuh roti diberikan kepada Arissa. Ibu tahu sebabnya hati Aiman berbunga bunga apabila dipuji.
Lama sudah tidak memasak sarapan.
Esok kita mula semula.

Ramdhan 2017

Kerisi gemuk diperap semalamam kemudian bakar atau goreng.
Ini menu Ramdhan dan juga sedap masa sahur.
Apa menu mak kalian? Sedap dan teringat ingat.
Sebulan puasa masakan mak paling sedap sup ayam kampung. Dulu mana ada ayam bandar macam sekarang.
Bau sup memang jadi segar, sebab tunggu lama mahu hirup. Tunggu tengahari tidur lepas tu tengok jam bergerak, aduh lama sangat.
Sudah petang pergi kedai runcit Wan Hasan. Beli ais panjang. Dipotong dengan gergaji. Dua puluh sen sahaja. Letak dalam plastik rok rak. Ais ketul bawa balik ikat di pelantar basikal.
Menitis nitis sepanjang jalan. Balik rumah letak dalam bocong.
Istimewanya ayah akan kait kelapa muda.
Lagi istimewa ayah suka letak buah kabung, isi kelapa muda, susu dam sirap, ditambah juga dengan cendol. Memang sedap.
Kami budak budak air kelapa muda dan sup ayam, tambah ayam goreng cukup dah. Kenyang sangat.
Ikan bakar, ikan kembung percik, ikan pari bakar cicah asam, kerabu lawa ini menu biasa orang tepi laut. Gulai ikan tenggiri, biasanya ikan tu perap satu malam, baru esoknya gulai.
Akok, nekbat, sira pisang, pengat pisang ini manisan istimewa Ramadhan.
Hidangan membuatkan kita teringat kenangan lalu.

Tok ayah

Ammar 3 tahun
Arissa 7 tahun

Muara sungai tempat ibu bermain.

Sudah jauh berubah wajah.

Dulu perlu naik menggunakan ceracak buluh atau batang kelapa yang dijadikan titi.

Usai petang ibu girang ke muara sungai,
Menanti tok ayah pulang,
Membawa muatan,
Itulah kenangan tak akan terpadam.
Bangsal ini usianya sudah puluhan tahun.

Amni 11 bulan


Amni 11 bulan

Tahun lepas 3 hari sebelum 1 Ramadhan ibu bersalinkan Amni.
Petang sehari dapat keluar wad, sebelum malamnya akan sahur.
Merasa juga 30 hari tak puasa.
Amni paling sihat dan ibu dapat menikmati hari hari berpantang.
Apa tidak 5 sebelumnya banyak kenangan di wad.
Bersalinkan Arif, Hakim masuk wad.
Bersalinkan Aiman, Hakim masuk wad.
Bersalinkan Arissa berkampung di icu.
Bersalinkan Ammar juga berkampung di icu.
Setiap satunya ada cerita memberi rasa. Membuat diri banyak belajar dari pengalaman. Ibu muda jangan putus asa, rai setiap apa yang mendatang dengan sabar.
Hospital ibarat rumah ke dua, namun banyak proses belajar melalui pengalaman.
Teringat ingat malam dentuman mercun merai tahun baru. Saya melihat dari aras tinggi bangunan, ditemani si kecil Arissa masih beberapa minggu.
Kita ada lakaran kenangan lalu, membuatkan kita belajar untuk lebih bersyukur setiap hari.

Saturday, January 7, 2017

Malam sebelum hari persekolahan




Hakim: Ibu, bilo nok beli buku log?
Arif: Ibu ustazah nok so lagi buku log.
Aiman: Bilo nok balut buku kafa?
Ammar: Ibu nok Uuu...
Ibu: Pah bakpo baru royak male ni? Esok nok skoloh doh.
Hakim: Marin lagi abe royak.
Arif: Cikgu nok botol besar jugak. Nok buat eksperimen esok ibu.
Aiman: Hari Khamis lagi suruh balut.
Ibu: Tahulah ibu habis bateri bakalih.
Aiman: Jolo tu memori ibu slow...
Aiman gak ayat dia sentap slaluh. Ok,ok ibu caj bateri dulu deh.
:D
Kelip kelip mata skoloh doh eh esok. Cepat sungguh dih maso.
Ibu nok katup mato doh nih nya hulur jugok karangan tajuk 'ibu sayo'.















https://www.facebook.com/masayu.ahmad/posts/10202566682285116?notif_t=like&notif_id=1483790402170547

Sunday, January 1, 2017

1 Januari 2017








Semalam adalah hari pertama persekolahan untuk sesi 2017. Alhamdulillah kakak Arissa sudah berada dalam tahun 1. Drama bermula apabila ibu hantar kakak ke kelas. Sudah mula menangis nangis kemudian ibu pujuk. Sempatlah juga kakak peluk kaki ibu. Sampai tercabut semua tudung. Memanglah drama. Ibu bawa kakak ke kantin. Baca istigfar dan temankan kakak makan nasi lemak. Apabila sudah tenang, baru masuk ke kelas. Kakak duduk dan mulai bertenang.


Usai reda ibu perlahan lahan ke belakang dan beransur pulang.
Jam 11 pagi kedengaran bunyi motorsikal di luar rumah.
Rupanya tukang kebun sekolah.
Anak kelik dok lagi.
Tak ada dia sekolah.
Allah.
Menjerit jerit hp ibu. Ayah menelefon.
Ok. Ayah terus ke sekolah.
Usap usap dada kerisauan. Ke mana pulok semek Arissa.
Telefon banyak kali tidak pula berangkat.
Selang beberapa waktu ayah pulang.
Mana, dok mana?
Bertalu soalan.
Dibuatnya muka muram. Tambah seram sekejap.
Lepas tu senyum. Barulah lega.
Ada tadi, lepas rehat di kantin tersilap masuk kelas. Sedang ceria bergurau senda.
Satu sekolah sudah mencari pelajar tahun satu hilang.
Hampir mahu buat pengumuman kecemasan berhimpun di dewan.
Oh semek Arissa.
Memang drama sungguh hari ini.









LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin