Monday, October 17, 2016

Sekian lama

Teks: Masayu Ahmad

Dapatkan semua rujukan di sini ya www.akademibekerjadirumah.com/shop


Assalamualaikum wb.t.

Lama saya mengambil masa untuk kembalikan momentum penulisan. Minat yang satu ini sentiasa subur dalam diri.

Amni sudah menginjak 4 bulan, begitu deras masa mengalir. Saya belek semula senarai judul ebook yang belum selesai. Ada beberapa tajuk yang mahu saya sudahkan. Insya-Allah.

Anak-anak semakin membesardan perhatian semakin terarah kepada mereka. Hujung bulan 12 nanti genaplah setahun pemergian kedua mertua. Dua insan yang meninggalkan kesan paling dalam.

Tinggal lagi ayahanda, moganya Allah memberikan tenaga, masa dan rezeki untuk berbakti dan berkhidmat selagi daya dan masa yang ada.

Maksimakan

Maksimakan apa yang ada dan capai matlamat yang dirancang.


Sunday, October 16, 2016

Seni mengurus warga emas.

Teks: Masayu Ahmad

Nama pun emas kan perlulah jaga dan belai dengan baik.
1. Setiap hari ya setiap hari perbetulkan niat. Ya Allah aku ada ini sahaja. Kau berikanlah kelapangan akal, fikiran, tenaga dan rezeki agar dapat jaga ayah ibu, mertua dengan baik.
2. Minta maaf. Kerana kita adalah paling dekat dan mungkin ada kekurangan tanpa sedar. Semestinya ada tersalah sana sini. Jangan malu peluk dan minta maaf. Orang tua nalurinya sensitif, masa itu juga akan dimaafkan. Rezeki juga bertalu datang pelbagai arah.
3. Jangan kecil hati. Kita tidak layak dan tidak berhak pun untuk kecil hati dengan orang yang melahir dan membesarkan kita. Prof Muhaya.
Lihat balik kedutan dan urat timbul di tangan mereka. Cepat cepar istigfar dan muhasabah. Kalau mahu bercuti maka bercutilah sekejap. Kalau tak dapat, fokus perkara lain untuk melupakan.
4. Masak masakan kegemaran mereka. Waima tidak setiap hari, tetapi pilih hari masak apa mereka mahu makan. Orang tua makannya tidak banyak. Paling banyak pun dua senduk.
5. Hulur. Mereka tidak minta. Tetapi masanya mereka berehat. Hulur kalau hanya ada RM1, hulur lagi RM2, hulur lagi RM10, hulur lagi RM100. Begitulah seterusnya.
Lihatlah Allah akan cukupkan rezeki dari mana mana arah.
6. Simpan masalah, luahkan hanya perkara baik baik sahaja. Kongsi perkara baik baik sahaja.
7. Dengar. Dengar dan lihat mata apabila mereka bercerita kenangan lalu. Dengar sahajapun bukannya berbayar. Bayar dengan masa sahaja

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin