Wednesday, March 16, 2016

Meneroka kehidupan

Teks: Masayu Ahmad

Baca panduan asas di sini www.janawangdirumah.com

Lebih banyak rujukan ada di sini www.akademibekerjadirumah.com/shop



Apa khabar kalian, tidak pernah lekang datang dan singgah ke sini. Saya 'berhibernasi' sebentar meneroka kehidupan sebenar.

Bermula cuti sekolah aktiviti bersama keluarga, bersambung pula Ammar dan Aiman pulang ke rumah emak saudara di Besut. Jadi ibu banyaknya fokus membaca dan aktiviti belakang tabir.

Diam itu lebih baik

Menyendiri dan fokus dengan pembacaan banyak memberi ketenangan. Juga dengan menghargai alma sekitar dan bumi hijau Tuhan.

Sebagaimana selalu, apabila ramai yang mula bersesak pada satu 'tujuan' saya lebih enak dan tenang mudik ke hulu merentasi denai alam yang lebih santai.

Ia mungkin lebih mendidik hati untuk lebih menikmati apa yang ada.

Tambahan pula dengan kedatangan bakal 'si bongsu' saya memilih berehat dan bertenang.

Pun begitu dengan limpahan nota dan buku-buku kegemaran ia adalah terapi paling mustajab.

Harapnya bulan ini dapat siapkan beberapa lagi manuskrip. Insya-Allah.

www.masayuahmad.com

Terima kasih kalian selalu singgah di sini ;D

Sunday, March 6, 2016

Nasi lemak mok doh

Nasi lemak mok doh
Nasi lemak masa kecil-kecil dahulu. Beli juga nasi berlauk. Teringin punya pasal.
Berpagi bersama Ammar jejak 30 minit hari biasa, hari cuti sekarang sudah jadi 40 minit.
Itulah laluan nyaman tanpa rebut-rebut.
Menikmati sarapan pagi sambil borak dan borak dengan tok ayah.

Adakah makin kita sibuk, makin terencat masa untuk jengah orang tua?
Saya hanya nasihatkan diri sendiri. Jika dahulu matlamat paling agung adalah kerana untuk mudah dan cepat balik lihat orang tua.
Jadi apa pun alasan, ketika sihat dan ketika sibuk itulah, terjah masa dan cari peluang.
Alhamdulillah, rasa lebih tenang bermukim.
Rempit dengan Ammar. Inilah teman kerja ibu ke hulu dan ke hilir.

Mana yang menyebabkan saya terlalu sibuk, saya cantas kembali dan kendurkan semula keadaan.
Saya mahu bertenang dan bekerja dengan lapang.
Itulah pilihannya.
Usaha kerja kita rezeki ditentukan Allah. Selalu sematkan dalam fikiran.

Alhamdulillah.

www.masayuahmad.com

Friday, March 4, 2016

Nikmat pagi

Teks: Masayu Ahmad


Sepanjang bulan Februari, separuh bulan berkampung di wad, kemudian bersambung kesihatan sendiri yang kurang bertenaga.

Alhamdulillah minggu ini sudah kembali bertenaga dan nikmatnya pagi menyedut udara segar laman.

Nikmatnya pagi memasak sarapan untuk anak-anak. Lebih kurang 100 hari lagi bakal menyambut orang baru.

Tidak dapat tidak kali ini saya lebih fokus menjaga kesihatan diri dan urusan rumahtangga.

Sebelum puasa nanti sasaran selesai tugasan dan dapat menikmati tempoh berpantang dengan lebih tenang.


Delegasi tugas

"Asyik-asyik sayo, asyik-asyik sayo."

Adu Aiman apabila disuruh buat kerja.

Lepas makan ibu aturkan terus apa perlu selesai.


Hakim basuh pinggan, Arif kutif gelas, Aiman sapu meja dan lantai.

Nampaknya semua sudah ada peningkatan.

Kalau pagi cuti.

"Arif jemur seluar, Aiman jemur baju."

Kadangkala apabila menahan mata melihat pakaian yang disidai 'keriut petot' atau nama lagi tidaklah mencapai standard yang ibu mahukan.

Tidak mengapa apa pun latihan memerlukan latihan berterusan untuk mendapatkan hasil yang sepatutnya.

Selaunya usai anak-anak sudah menyidai, apabila mereka sedang ralit menyambung aktiviti. Ibu sambung untuk 'betulkan' semula sidaian.

Saya teringat arwah mek, kalau menyuruh tidak membebel, kesalahan berkali-kali itulah yang membuatkan kita ingat dan tidak buat lagi.

Namun dulu-dulu waktu pagi renyahnya, perlu memberus satu besen besar pakaian. Mana ada mesin basuh kan.

Sejak kita sudah besar barulah menikmati canggihnya gajet. Ada mesin basuh sudah canggih dan kita kini sudah banyak gajet yang membantu.



















LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin