Wednesday, January 27, 2016

2 tahun 1 hari alhamdulillah

Semua rujukan ada di sini ya www.akademibekerjadirumah.com/shop



Teks: Masayu Ahmad
Baca asas persediaan di sini ya www.janawangdirumah.com

Dua tahun 1 hari.
Selamat hari lahir anakanda Ammar.
Gambar selepas keluar bilik bersalin. Ibu sudah pengsan sebelah, sebelum pengsan snap dulu buat kenangan hehe.
Tetapi datang doktor bertahu Ammar perlu masuk ke bilik pembedahan dalam tempoh 24 jam.
Disebabkan ibu masih letih, jadi ibu pulang berehat.
Ayah datang melihat perkembangan Ammar, waktu sudah malam. Ibu sudah lupa jam berapa ayah pulang dan maklumkan anakanda sudah selamat.
Kemudian dipindahkan ke NICU.
Menamani Ammar kiri dan kanan mesin gergasi. Ibu tahu Ammar kuat, ibu juga perlu kuat.
Ibu datang setiap hari dan ayah tolak menggunakan kerusi roda.
Kemudian setiap 3 jam ibu datang, untuk menyusu Ammar.
Begitulah rutin sepanjang 40 hari berpantang. Sehinggalah habis pantang kita masih di NICU dan Ammar dipindahkan ke wad bersama ibu.
Gembiranya bukan kepalang kerana Ammar sudah berada di sisi. Ibu tidak lagi ulang alik dari wad penginapan ke wad NICU.
Begitulah rutin setiap hari sepanjang tempoh pantang. Sampai lupa pun sedang pantang, hiho.
Demi anak.
Alhamdulillah, pendakian setiap hari agar kita tahu makna sebanar kasih sayang. Kita lupakan kesedihan kita fokus kesyukuran.
Sepanjang 1 tahun setengah juga, hospital rumah ke dua.
Alhamdulillah, Ammar sudah sihat sepenuhnya. ;D


Tuesday, January 26, 2016

Persiapan sebelum berhenti kerja

Boleh baca naskah ini khusus untuk kalian yang dalam perancangan mahu berhenti kerja

Boleh terus dapatkan di sini ya www.akademibekerjadirumah.com/shop

Wednesday, January 20, 2016

Tarbiah wanita akhir zaman

Assalamualaikum w.b.t


Apa khabar kalian, selalu singgah di sini tanpa jemu. Semalam ketika saya membelek beberapa buku, jari terselak mukasurat seakan peringatan kepada diri.

Iaitu buku terjemahan Hadis 40 tentang akhir zaman, terbitan Telaga Biru.

Iaitu menyebut tentang wanita akhir zaman, keluar bekerja kerana tuntutan ekonomi. Juga bagaimana berkenaan ramai wanita menjadi usahawan.

Ini membolehkan wanita berkeupayaan dari segi ekonomi dan pendapatan. Apabila wanita banyak membuat keputusan ada yang terjerumus dalam keputusan yang menyebabkan tuntutan nafsu.

Kita seringkali baca tentang di neraka majoritinya wanita.

Seolah minda saya masih terbayang satu perenggan ayat.

Kedengaran harta qarun di neraka,
Terompah Bilal si miskin di syurga.


Semoga kita semua dilindungi, mati dalam husnul khotimah, taubat diterima dan masuk syurga tanpa hisab impian yang sangat didambakan.


Monday, January 18, 2016

Berlari ke kaki langit

Sungguh pantas masa bergerak.
Pagi ini Arissa ayah yang hantarkan.
Bersemangat setiap hari. Tahun lepas kalau setahun hanya setengah tahun sahaja kakak ke sekolah.
Pergi ketika rajin sahaja.
Tahun ini bersemangat. Ibu ulang setiap hari,
"Kakak tahun hadapan sudah naik darjah satu, jadi kakak perlu rajin sedikit."
Berjumpa cikgu Dah ketika membeli sarapan pagi.
"Semangat dia, selalu kalau puji suka bangun dan berada di depan. Arissa memang sungguh-sungguh mahu kejar mengaji dan juga membaca.
Saya senyum sahaja.
Setiap kali balik mesti ibu yang perlu jemput awal. Satu botol minuman sejuk ibu sudah sediakan.
Berlari gembira keluar dari kelas.
Tak sabar mahu jumpa Ammar. Balik ke rumah hanya bermain dan main sahaja. Ibu lupuskan aktiviti belajar, hanya main dan main. Malam sama-sama tidur awal bersama Ammar.
Pagi banyaknya ibu bersama Ammar, selepas sarapan Ammar suka aktiviti depan rumah sambil bertenang keliling laman.
Usai jam 9.30 barulah Ammar tidur. Inilah waktunya ibu menyambung tugasan lain.
Disebabkan hari persekolahan, selepas asar barulah tiga abang sampai ke rumah.
Rehat dan menikmati menu ibu sudah sediakan. Bersambung sesi hafazan malam jam 7.00 hingga 8.30.
10.30 waktu tidur.
Rutin sekarang lebih terurus dan tempoh bertenang-tenang.
Ibu baru memasuki trek penulisan semula selepas urusan keluarga sudah kembali memasuki rutin.
Selalula berdoa.
"Ya Allah ilhamkan aku kerja yang tidak memberlukan aku sibuk dan menyibuk. Ya Allah ilhamkan aku ketenangan yang berterusan dalam urusan keluarga dan rumahtangga.
Ya Allah, jadikan urusan kerja ini membantu sama untuk berada tenang di rumah."
Allah itu maha Pemberi, Maha Pemurah.
Mintalah, kerana kita boleh meminta dan Allah akan berikan.
Sabar dan solat dalam setiap permintaan yang ditangguhkan.
Travelog suri nota motivasi.

Thursday, January 14, 2016

Rutin surirumah

Teks: Masayu Ahmad


Dapatkan rujukan di sini www.akademibekerjadirumah.com/shop


Assalamualaikum w.b.t


Lama betul tidak ada entri baru di sini Kalian apa khabar? Terima kasih terus memberi sokongan agar blog ini masih kekal di sini. Sudah memasuki hampir pertengahan Januari. Alhamdulillah. Saya mengambil masa agak lama juga untuk menyusan dan menyeimbangkan semula kerja dan rumahtangga. Tentunya keutamaan adalah keluarga.


Arissa sudah 6 tahun dan sudah konsisten setiap hari ke sekolah. Al maklum tahun lepas lebih banyak pontengnya. Membaca juga baru mahu panas enjin. Aiman sudah darjah dua, Arif darjah 3 dan Hakim darjah 5. Ammar akan memasuki 2 tahun bulan ini isya-Allah.


Bermula awal pagi saya sudah kembali ada banyak masa produktif. Usai anak-anak ke sekolah saya mahu kembali kerja penulisan yang agak lama tertangguh.

Bermula ahad ini tiga beradi akan bersambung malam hari kelas quran dan hafazan. Moga Allah permudahkan anak-anak dengan ilmu quran. 





LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin