Sunday, November 8, 2015

Hujan pagi

Teks: Masayu Ahmad
pn.masayu@gmail.com

Baca persediaan asas di sini www.janawangdirumah.com

Lebih banyak rujukan ada di sini www.akademibekerjadirumah.com/shop


Assalamualaikum w.b.t

Sejak semalam hujan sudah menerjah bumi cik siti wan kembang. Pagi ini juga suasana sejuk membungkus pagi. Alhamdulillah nikmat dan rahmat Allah tanpa sempadan.

Akur akan keterbatasan kesihatan. Saya ambil masa untuk berehat lagi. Tenaga pagi ini semakin ok. Pun begitu tidak memasak sarapan, beli dan bawa pulang.

Cuti sekolah juga bakal bermula tidak lama lagi. Ibu tidak ada rancangan apa-apa, melainkan mahu mengemas bilik belajar kalian.




Tuesday, November 3, 2015

Capai kebebasan sebenar nikmat bekerja di rumah

Teks: Masayu Ahmad

Baca naskah persediaan asas ini www.janawangdirumah.com

Lebih banyak rujukan ada di sini www.akademibekerjadirumah.com/shop


Apa sebenarnya impian wanita. Ini salah satunya mahu kembali dan bebas dalam erti kata sebenar. Jika kita punyai matlamat ini dengan jelas dan kita bekerja untuk capai 'kebebasan' maka rai setiap hari dengan nikmat dan syukur.

1. Capai zero hutang.

Tidur dengan aman dan tenteram. Capai matlamat zero hutang, lihat bagaimana mak kita dahulu tidak ada hutang piutang. Hidup dengan aman. Walaupun ada anak ramai namun hidupnya bahagia dengan kesederhanaan. 8 dari 10 email saya terima terikat dengan hutang dan perlu memikirkan solusi pengurusan hutang sebelum bekerja di rumah dengan tenang.


2. Aktifkan pendapatan sumber ke 2

Jika sekarang ini masih lagi bekerja, cari sumber ke 2 yang benar benar menjana pendapatan. Pilih kemahiran sedia ada dan saring agar ia benar-benar membantu laluan ke 2. Usahakan konsisten sumber ke 2 ini 4 angka. Simpan sumber ke 2 ini di dalam satu tabung khas. Ia tidak diusik selagi mana kita masih bekerja.


3. Disiplin


Bersambung

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin