Teks: Masayu Ahmad
Baca naskah persediaan di sini www.janawangdirumah.com
Juga lebih banyak di sini ww.akademibekerjadirumah.com/shop
Assalamualaikum w.b.t
Kami di sini sudah pun Khamis, esok sudah Jumaat. Begitulah pusingan waktu yang begitu deras bergerak. Minggu ini cuaca sekejap hujan sekejap panas sekejapan pula merintik.
Cuaca begini sangat intim untuk saya menulis. Bersama kopi panas dan juga manuskrip.
Bersama cuaca sunyi malam dan juga ketukan halus menyelesaikan manuskrip Sudah seminggu saya berehat dan mengambil 'mood'. Rasanya sudah waktunya saya menyelesaikan manuskrip yang satu ini.
Hujan begini juga teringat akan kisah ubi keledek, ikan budu, kisah baruh, gulai lemak arwah mek.
Hujan begini masa kanak-kanak adalah kenangan terindah kita semua ada.
Tidak ada masalah hanya merai sahaja keindahan momen ketika kecil.
Apabila guruh berbunyi dan hujan mula melebat. Lihat luar rumah, ia seolah satu kegembiraan. Maka beramai-ramai turun dari rumah masing-masing. Berlari riang mandi hujan. Tidak kedengaran marah mek, kerana itulah dunia kita sewaktu kecil.
Balk rumah basah kuyup, dihidangkan pula nasi panas masak lemak sayur pucuk niding. Tambah pula ada ikan budu diracik telur. Perahan asam limau menaikkan enak. Berkepul nasi panas dan keliling menu bersama adik beradik yang lain.
Thursday, August 27, 2015
Wednesday, August 26, 2015
Di balik tabir kematian
Teks: Masayu Ahmad
Tiga perkara yang membantu kita selepas kematian sedekah jariah, doa anak yang soleh, ilmu yang bermanfaat,
Terdapat banyak deretan buku yang menjadi peneman sebelum tidur biasanya 3 genre yang saya suka baca. Motivasi kematian iaitu hari kiamat, alam kubur/kematian, manalah motivasi bisnes buku-buku berkaitan inspirasi kejayaan usahawan terbaru di tangan Kisah Orang Menang iaitu tulisna Saiful Nang. Satu lagi genre yang saya suka baca sejak dari dulu fiksyen realiti kehiudupan, biasanya karya Fatimah Busu.
Tiga genre ini begitu mendominasi rak buku bilik dan juga ruang kerja. Tidak makan pun tidak mengapa ;)
Ada banyak perkara yang belum selesai senarai teratas minggu ini masih lagi bersilat dan bertukang dengan ebook 10 langkah mudah bina kedai online edisi 1. Masih bercinta untuk menyelesaikannya. Sudah selesai 100 mukasurat dan saya peram lebih kurang sebulan juga. Juga 35 iklan yang perlu dikemaskini.
Kemudian barulah bergerak ke manuskrip yang lain.
Hari ini Ammar kurang sihat, asyik merengek dan mahu berdukung sahaja. Pagi tadi terpaksa meletak penghadang dan agar dia tidak berlari. Saya gesa untuk mandi dengan cepat. Sebenarnya mandi kali ke dua. Maklumlah kan pagi sudah berpeluh memasak dan mengemas. Kemudian datang dan ambil peluk AMmar. Ibu minta maaf buat AMmar menangis. Barulah bawa sekali.
Ammar sekarang mulutnya cepat meniru, dan cepat pula petah keluar dari mulutnya. Selalunya juga pagi diambilnya tudung saya. Itu maksudnya dia mahu keluar sambil beli sarapan. Dua hari ini saya memasak, jadi tidak keluar beli sarapan.
Tadi jam 10 saya bawa juga di santai sebentar di lokasi 'me time'. Jam 10 itulah tempat untuk melepaskan lelah. Tetapi kali ini berdua dengan AMmar.
Beberapa hari sudah saya menghantar Ammar untuk transit, kerana perlu selesaikan kerja dan saya sangat penat dan mahu rehat. Jadi hari ini sudah tidak hantar lagi. Cuma perlu fokus dua tugasan di atas. Insya-Allah. Alhamdulillah.
Friday, August 14, 2015
Tenang mudik ke muara
Teks: Masayu Ahmad
Baca panduan asas di sini www.janawangdirumah.com
Lebih banyak rujukan ada di sini www.akademibekerjadirumah.com/shop
Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah atas segala nikmat dan rahmat. Hari ini sudah 15.8.2015.
Saya masih menekuni manuskrip 10 langkah mudah bina kedai online juga mengemaskini 35 pengiklan. Masih berjuang dan bertarung dan menyelesaikan dua perkara ini dalam minggu ini. Harapnya selesai 20.8.2015.
Pagi ini Sabtu, cuaca molek bersama rintik hujan pagi. Khamis lepas sepatutnya ada follow up Ammar dengan pakar, saya tidak pergi dan hanya mahu berehat sahaja di rumah.
Faham sahajalah kalau di rumah tambahan pula tidak ada pembantu, jadinya selepas Ammar tidak lagi banyak berumahtangga di hospital keadaan lebih tenang.
Ammar juga semakin sihat. Sudah 1 tahun 8 bulan. Keletahnya sekarang sangat menghiburkan hati. Mudah dijaga dan mulutnya sudah mula petah, semakin banyak perkataan baru yang keluar dari bibir comel ini.
10 manuskrip
Sekarang ini fokus masih mahu selesaikan 10 manuskrip lagi dan ia sudah pun siap cover ebook. Hanya saya perlu lebih laju.
Juga untuk tahun ini kami sasarkan 2000 ahli yang mendaftar bersama ABDR.
Alhamdulillah.
Baca panduan asas di sini www.janawangdirumah.com
Lebih banyak rujukan ada di sini www.akademibekerjadirumah.com/shop
Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah atas segala nikmat dan rahmat. Hari ini sudah 15.8.2015.
Saya masih menekuni manuskrip 10 langkah mudah bina kedai online juga mengemaskini 35 pengiklan. Masih berjuang dan bertarung dan menyelesaikan dua perkara ini dalam minggu ini. Harapnya selesai 20.8.2015.
Pagi ini Sabtu, cuaca molek bersama rintik hujan pagi. Khamis lepas sepatutnya ada follow up Ammar dengan pakar, saya tidak pergi dan hanya mahu berehat sahaja di rumah.
Faham sahajalah kalau di rumah tambahan pula tidak ada pembantu, jadinya selepas Ammar tidak lagi banyak berumahtangga di hospital keadaan lebih tenang.
Ammar juga semakin sihat. Sudah 1 tahun 8 bulan. Keletahnya sekarang sangat menghiburkan hati. Mudah dijaga dan mulutnya sudah mula petah, semakin banyak perkataan baru yang keluar dari bibir comel ini.
10 manuskrip
Sekarang ini fokus masih mahu selesaikan 10 manuskrip lagi dan ia sudah pun siap cover ebook. Hanya saya perlu lebih laju.
Juga untuk tahun ini kami sasarkan 2000 ahli yang mendaftar bersama ABDR.
Alhamdulillah.
Friday, August 7, 2015
8 nota asas persediaan bekerja di rumah
8 nota asas persediaan bekerja di rumah.
1. Nota matlamat bekerja di rumah.
2. Nota persediaan kewangan.
3. Nota urus hutang.
4. Nota aliran tunai.
5. Nota pendapatan aktif.
6. Nota pendapatan pasif.
7. Nota Tabungan.
8. Nota pelaburan.
8 nota di atas, mana dahulu kalian mahu baca?
Wednesday, August 5, 2015
Malu
Usai mematikan enjin kereta, Arissa memberi isyarat mahu temankan hingga pintu.
Jadi saya turun seperti biasa.
Memujuk anak dara. Ketika itulah disapa seorang wanita yang baru selesai menghantar anak.
"Mujuk juga dih."
"Gitulah anok-anok," saya senyum dan balas sapaan.
Sebenarnya sudah mahu tutup daun pintu dan berlalu. Tetapi dia masih di situ.
"Kerja ko?"
"Dok, nego huduh-huduh"
Perbualan itu tidak tamat di situ. Dia berhenti kerja setahun yang lalu. Kerana tidak tahu buat apa, jadi menjaja dengan motosikal dari rumah ke rumah dan dari kedai ke kedai.
Malu?
Memang malu. Tetapi cara ini sahajalah saya pandai. Berniaga lain saya tidak pandai.
Bayangkan dia keluar rumah dan hanya menjual produk melalui katalog sahaja. Terselit dalam raga motor satu plastik katalog bukan produk.
Gigih
Macammana pendapatan harian?
Begitulah saya keluar rumah setiap hari, tetapi alhamdulillah ada sahaja jualan dan order dari rakan-rakan dan juga pelanggan tetap.
Begitulah saya keluar rumah setiap hari, tetapi alhamdulillah ada sahaja jualan dan order dari rakan-rakan dan juga pelanggan tetap.
Wajahnya ceria dan saya berterima kasih kerana menyampaikan mesej dari Allah buat saya.
"Kak sangat bagus, rajin dan tak putus asa. Kalau saya, belum tentu saya boleh buat.
Saya malu dengan kak kalau saya malas, sedangkan saya hanya ada komputer, internet dan saya boleh hasilkan wang (dengan izin Allah) tanpa perlu saya keluar bermuka tebal.
Saya malu. ;(
Travelog suri nota motivasi.
Sunday, August 2, 2015
Mudah rezeki
Teks: Masayu Ahmad
Baca naskah wajib di sini www.janawangdirumah.com
Juga lebih banyak rujukan di sini www.akademibekerjadirumah.com/shop
Pagi ini kononya mahu belikan nasi dagang. Tetapi masih ada nasi semalam. Jadi menu bertukar nasi goreng dan sup tulang. Juga panaskan sup semalam.
Usai selesai tiga abang ke sekolah. Ibu layan Ammar sekejap mahu menyusu, jika tidak akan berpeluk di tiang betis.
Arissa bangun dan mandi berjemaah seperti biasa. Ibu sambung selesaikan sarapan pagi. Sambil itu atuk sudah pun sedia bersarapan.
"Tok, tok. Ooo..."
Sambil muncung mulut menerangkan atuk minum teh o.
Keletah pagi anak-anak untuk keceriaan warga emas.
Kadang-kadang kita selalu memandang remeh. Adakah dengan hanya menelefon dan bertanya khabar sudah selesa tugas kita kepada ibu bapa.
Begitulah juga perasaan saya, kadangkala dulu selalu rasa tidak cukup masa. Kerana perlu selesaikan banyak perkara serentak.
Walhal, dengan hanya menyediakan sarapan pagi untuk kesayangan warga emas juga salah satunya untuk permudahkan urusan yang lain.
Kata kuncinya masih lagi ikhlas dan sabar.
Ketika emosi kurang matang dahulu, saya selalu merasakan sakit hati kepada diri sendiri kerana tidak pandai urus masa. Kerja terlalu banyak dan saya perlukan ruang masa untuk selesaikan banyak tugas.
Kembali bertanya kepada diri.
"Apakah sebenarnya saya mahu?
Oh, rupanya perasaan tenang dan urusan dipermudahkan itu juga salah satu rezeki.
Bonusnya Allah menambah kenalan baru setiap hari yang mahu sama berjuang berada di rumah.
Bonusnya lagi, kadangkala pagi, petang atau malam ada juga rezeki dalam mesin ajaib.
Panjang pula, kita bersambung di blog. ')
Travelog Suri Nota Motivasi.
Subscribe to:
Posts (Atom)