Saturday, April 25, 2015

Hijrah sebagai surirumah ;)


Alhamdulillah!! Selesai sudah membaca e-book dari Puan Masayu Ahmad iaitu Yeay! Mama Sudah 'Resign'. Saya sangat teruja dan seronok membacanya, ini kerana saya benar-benar ingin tahu tentang WAHM dan bagaimana mereka bermula. Kandungan e-book ini sangat memberikan inspirasi dan membuat mata dan minda saya yang masih tercari-cari tentang WAHM. Di sini, saya akan memberikan sedikit ulasan tentang e-book ini dari sudut pandangan saya.

Bermula dengan tinta pengarang, sedikit pengenalan dari Puan Masayu Ahmad yang menceritakan bagaimana beliau sendiri bermula menjadi WAHM dan melakukan penghijrahan yang besar dalam hidupnya.

e-book ini mengandungi perkongsian daripada 5 wanita berjaya yang kini sudah bergelar WAHM. Saya amat teruja membaca kisah-kisah mereka dan bagaimana mereka bermula. Subhanallah!! Sesungguhnya sebaik-baik perancangan itu datangnya dari Allah swt.

"Sentiasa berdoa agar kita boleh menjana pendapatan dari rumah. Perbaiki hubungan dengan Allah. Sentiasa amalkan solat sunat Duha supaya rezeki kita dibuka seluasnya. Jangan takut untuk berhenti kerja. Allah yang memberi rezeki. Sentiasa berdoa agar kita boleh menjana perndapatan dari rumah. Perbaiki hubungan dengan Allah" - (Puan Nor Atiqah Hamidi)
"Saya mahu buktikan, ibu yang tidak bekerja, jika bersungguh-sungguh, akan mendapat penghormatan yang baik. Letakkan harga diri kita lebih tinggi, kita adalah apa yang kita sangka." - (Puan Nora Afzam)
Berikut adalah merupakan petikan daripada perkongsian 2 orang WAHM yang berjaya. Ayat-ayat berikut amat terkesan dihati. Saya membacanya berulang-ulang kali.
Bahagian seterusnya, sesi Soal Jawab mengenai bagaimana dan apakah persediaan sebelum menjadi WAHM. Kepada mereka yang tertanya-tanya seperti saya, perlu menjawab soal jawab ini. Setiap persoalan dirungkai dengan pencerahan.
Dan, bahagian yang terakhir pula adalah Perkongsian Pengalaman 10 Usahawan (Bisnes Dari Rumah). Dimana, 10 pengalaman yang berbeza telah dikutip dan dikongsi. Bukan mudah untuk kita bertemu atau mendengar perkongsian yang terperinci begini.
e-book ini boleh dijadikan panduan dan juga memberi idea dan pencerahan kepada ibu-ibu yang baru mahu melangkah ke dunia WAHM. Dan boleh juga dijadikan pencetus inspirasi dan motivasi.
 http://iydajuhar.blogspot.com/2015/04/e-book-yeay-mama-sudah-resign.html

Thursday, April 23, 2015

Jangan berhenti kerja dahulu


Penulis banyak menerima mesej melalui laman sosial mahupun email iaitu niat mahu berhenti kerja. Ada dua kemungkinan apabila kalian berhenti kerja sama ada terus sukses atau sebaliknya. Pun begitu sangat disarankan membuat persediaan. Minggu perkongsian seorang lagi surirumah yang pernah berhenti kerja dan kembali bekerja semula.

Kemudian membina strategi baru dengan lebih baik untuk kembali bekerja di rumah. Puan Wani Hamid adalah seorang jurulatih akaun dan kewangan.

Bermula dengan bisnes baju wanita dan kanak-kanak.
Saya bermula dengan bisnes baju wanita dan kanak-kanak. Tetapi nasib tidak menyebelahi susah untuk mendapatkan pelanggan. Saya hilang arah kerana saya sebenarnya kurang arif berkaitan dunia fesyen dan industri ini.
Jadi, bermula dari kegagalan itu saya fikir untuk bermula semula dan bisnes yang saya pilih adalah perkara yang saya tahu iaitu memperbaharui sijil PKK, MOF dan akaun.
Alhamdulillah tidak sampai setahun, saya boleh jana pendapatan lebih dari gaji biasa semasa dan tidak perlu kerja 9 hingga 5 petang. Itu pun tidak menngunakan iklan berbayar hanya menggunakan iklan di mudah.my sahaja.



Fokus kepada minat dan kepakaran sedia ada
Saya adalah graduan Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang perakaunan. Saya bekerja di syarikat-syarikat kecil kerana sasaran saya untuk bekerja sendiri. Apabila bekerja di syarikat kecil saya belajar A-Z, pemasaran dan pengurusan. Apa sahaja yang disuruh majikan saya lakukan walaupun bukan bidang saya. Saya sahut cabaran tanpa minta duit lebih.

Baca lagi perkongsian pengalaman ini dalam ebook Yeay! Mama sudah resign

Boleh dapatkan di sini www.akademibekerjadirumah.com/shop

Wednesday, April 22, 2015

Sasaran perlu jelas dan tepat ;D


Teks : Masayu Ahmad
Baca naskah persediaan di www.janawangdirumah.com

Assalamulaikum w.b,t 

Salam kasih sayang. Hari ini sudah khamis kembara perjuangan setiap hari. Terima kasih Allah atas segala nikmat dan rahmat.

Nikmat idea penulisan yang mencurah dan sentiasa segar. Insya-Allah. Kejayaan tidak berlaku dengan sendiri dalam tempoh sehari.

Ia bermula dengan usaha, doa dan tawakkal.
Kejayaan tidak berlaku dalam tempoh seharian dan sebulan.
Apakah yang paling sukar?
Iaitu mengekalkan larian apabila proses pendakian semakin cerun ke atas dan curam ke bawah. Ia perlu diteruskan dengan matlamat sampai ke garis penamat pertama.
Apabila selesai penamat pertama, ia diteruskan lagi dengan kembara dan niat yang diperbaharui. Semakin tebal hutan, semakin sukar untuk ke hadapan.
Namun ia kekal bergerak dengan nawaitu yang baru dan mahu setiap hari.
Semuanya dengan izin Allah.



Saturday, April 18, 2015

Pengembaraan setiap hari ;D


Semua ebook di atas boleh dibeli di sini


Fokus saya kini untuk menjadikan semuanya sebagai buku fizikal dan mula berada di rak-rak buku surirumah dan kedai buku. Insya-Allah.

Tuesday, April 14, 2015

Rai kejayaan setiap hari

Teks: Masayu Ahmad
Baca naskah wajib ini www.janawangdirumah.com
Semua ebook terkini ada di sini www.akademibekerjadirumah.com/shop

Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar kalian, terima kasih kerana setiap hari masih meluang masa untuk berada di sini. Terima kasih kerana setia menjenguk ke sini Saya gembira dan terharu kerana bermula entri pertama di sini dan saya masih terus di sini. Bermula ebook pertama dan sehingga kini sudah mencapai 15 ebook semuanya sudah terkumpul di sini www.akademibekerjadirumah.com/shop

Terukan melangkah

Apabila kita sudah pun meletakkan matlamat maka teruskan berusaha agar ia menjadi kenyataan. Betapa ramai kisah sukses yang suka kita baca. Namun sudah tentunya jalannya berbeza, tetapi kegigihan, keinginan tetap menjadi satu perasaan atau tegar dari dalam diri untuk keluar dan capai matlamat yang kita mahukan.

Rai setiap hari
Tidak ada apa yang lebih saya syukuri, apabila saya berada dalam zon kesibukan. Ketika itulah saya simpan semua kerja. Saya selesaikan menu di rumah dan akan balik ke rumah tempat kelahiran. Di situ ada wajah kesayangan yang membuatkan diri saya sendiri mahu memberikan yang terbaik.

Semalam usai selesai memasak, saya bawa AIman, menjemput Arissa dan Ammar terus ke rumah ayahanda. Biasanya apabila sampai, hanya berehat dan ingin berbual sahaja. Itu sahaja. Melayan anak-anak kadangkala mengimbau kenangan lalu. Ia memberi suasana segar untuk orang tua.

Ia nikmat masa tanpa sempadan. Tanpa kita perlu merancang untuk bercuti dan barulah boleh berjumpa. Tetapi kita boleh jumpa bila-bila masa dan setiap hari. Ini juga satulah nikmat kehidupan dan nikmat masa lapang.

Alhamdulillah.

Ok, baik terkini saya akan terbitkan satu lagi ebook rujukan wajib untuk pelajar-pelajar yang mendaftar kelas mula bisnes online. Slot iklan terhad kepada 30 penyertaan pertama. Hanya RM100 iaitu iklan kekal dalam ebook.

Juga kekal dalam pautan blog iklan ABDR. Tinggal 18 kekosongan sahaja lagi. Bagi kalian yang berminat boleh berhubung terus dengan saya di FB


www.akademibekerjadirumah.com/shop



Thursday, April 9, 2015

Bertenang dan fokus masa hadapan ;)

Teks: Masayu Ahmad

Assalamualaikum w.b.t

Bertenang dan terus fokus apa yang kita mahukan. Alhamdulillah atas segala nikmat dan rahmat. Alhamdulillah atas segala ujian dan kasih sayang Allah.

Ketika kita bersedih, kita ada ALlah, ketika kita gembira kita senantiasa ingat itu hadiah dari Allah. Kita mahu hidup yang tenang dan lapang. Kita juga mahu anak-anak yang boleh membesar dengan suasana gembira dan bebas di usia mereka.

Berpagi tadi berpagi menghantar anak-anak jam 6.30 pagi. Suasana pagi yang segar. Kami melalui jambatan dan di bawahnya aliran anak sungai. Sekolah anak-anak bersebelahan dengan suasana lapang padi. Ia sangat bugar waktu pagi.

Fokus apa yang kita mahukan

Saya selalu menyebut fokus dan fokus. Fokus saya adalah menulis dengan keadaan tidak ada ganguan pada masa yang saya mahukan. Fokus saya juga dalam aktiviti menulis itu saya dapat membaca dan menghadam ilmu baru bersumberkan buku-buku ataupun nota yang saya suka baca.

Membaca dan menghadam menjadikan kita mengaktifkan diri dengan ilmu baru. Mengeluarkan semula nota dan menulis semula. Ia satu aktiviti hobi dan boleh menjana pendapatan.

Kalau kita selalu baca beri, beri, dan beri. Berilah sebanyaknya dan ia akan kembali sebagai rezeki. Tetapi bagaimana caranya?

Ketika kita memberi, kita sudah tidak pandang lagi atau ungkit atau ingat. Kita beri dengan penuh kasih sayang dan keikhlasan.

Ia adalah pembuka pintu rezeki. Insya-Allah

Tuesday, April 7, 2015

Masa sudah tidak lama

Teks dan foto: Masayu Ahmad


Usai masak dan mengemas rumah kemudian hantar Arissa ke PASTI. Arissa pandai tak mahu masuk sendiri. Ya, ibu tahu mahu ibu temankan hingga muka pintu. Dari dalam kereta melihat anakanda menapak naik ke atas untuk bersama kawan-kawan.

Baru saya tersentak bahawa masa sudah tidak banyak yang ada. Setiap hari saya mahu menghantar Arissa berbual di dalam kereta. Teringat pula coletah Aiman beberapa hari yang lepas.

"Nanti ibu tua siap yang mahu jaga?"

"Cha ibu, cha kea ado." Celah Arissa.

"Saya tak ada ibu, saya balik Selangor. Saya kan orang Selangor." 

Begitulah Aiman sebagaimana selalu. Suka mengusik dan caranya meterbalikkan ayat. 

"Aiman gembira hari ini di sekolah."

"Dok, dok gembira langsung." Maksudnya dia sangat gembira.

Semalam usai selesai memasak dan mengemas, saya dan Ammar menuju ke rumah tok ayah. Di sana ada temujanji juga untuk 'urut tradisional' sentuhan Kak Lah. Saya pelanggan setia sejak dari dahulu.



Monday, April 6, 2015

Kasih sayang Allah tidak ada sempadan



Teks: Masayu Ahmad
Alhamdulillah minggu ini berjalan lancar dan blog kembali bersiaran seperti biasa. Seminggu juga bapa mertua tidak sihat. Jadi saya fokus untuk menjaganya sahaja.

Apabial satu petang beliau jatuh dan badannya lemah. Makan, minum serta urusan diri perlu diberi perhatian. Hari semalam sudah banyak perubahan.

"Nanti ibu sakit macam atuk siapa nak jaga."
"Cha ado, cha jaga."

"Cha tak nak pergi sekolah, Cha mahu jaga atuk. Kasihan atuk sakit."


Dua ayat Arissa membuat ibu bangga. Arissa tahu dan Arissa mahu.

Moga diberi peluang untuk berkhidmat sebaik mungkin.

Minggu ini rutin sebagaimana biasa fokus saya banyakkanya menyelesaikan manuskrip terbengkalai. Manuskrip buku saya agak terkebelakang namun semangat itu tidak pernah pudar. Dua manuskrip penting baru saya masukkan dalam senarai jadual. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan.


Kelas asas blog dan penulisan, boleh baca lagi di sini ya http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/
Bilangan bakal pelanggan dan pelanggan meningkat serentak.
http://noramalinarohaizad.blogspot.com/2015/04/ulasan-kelas-asas-penulisan-dan-blog.html
Assalamualaikum.
Selamat berhujung minggu bersama keluarga tersayang.

Alhamdulillah akhirnya 44 entri latihan penulisan berjaya disudahkan. Pelbagai cabaran dan kekangan masa dihadapi, namun saya berusaha segenap daya untuk menghabiskan apa yang telah saya mulakan pada pertengahan Ogos 2014 yang lalu. Terima kasih kepada Puan Masayu yang sentiasa memberi motivasi dan bimbingan.

Sebelum menjadi pelajar ABDR, saya sudah pun mempunyai blog khas untuk bisnes kraftangan felt namun blog itu sering dibiarkan dan jarang dikemaskini. Tidak terlintas langsung di fikiran ini bahawa guru saya Puan Masayu akan menyarankan saya fokus menulis tentang seni kraf setelah beliau membuat analisa minat dan kemahiran pelajarnya. Bezanya kali ini, saya membuat penjenamaan melalui nama saya sendiri.

Alhamdulillah ternyata saranan Puan Masayu amat kena pada masanya dan banyak memberi manfaat kembali kepada diri saya. Masuk entri kelima, saya mula jelas kebaikan menulis perkongsian di blog. Dalam masa 2 bulan sahaja, bilangan followers di halaman Facebook meningkat sebanyak lebih 1000 orang tanpa perlu saya membeli iklan untuk tujuan promosi. Bilangan pelanggan dan bakal pelanggan juga meningkat secara serentak. Itulah daya tarikan perkongsian yang memberi manfaat.

Saya sukakan konsep Kelas Asas Penulisan dan Blog di ABDR. Waktu belajar sentiasa fleksibel, amat sesuai dengan situasi saya sebagai ibu yang sentiasa sibuk menguruskan anak-anak dan dalam masa yang sama sibuk mengusahakan bisnes dari rumah. Saya bebas berkomunikasi dengan Puan Masayu melalui peti mel dan biasanya soalan-soalan saya akan direspons kurang dari 24 jam. 

Di kelas ABDR juga tiada tekanan dan desakan untuk menghabiskan tugasan. Semuanya atas tanggungjawab dan kesedaran pelajar itu sendiri untuk menyelesaikan amanah yang telah diberikan. Pelajar dilatih menulis catatan setiap hari di dalam buku nota agar momentum untuk menulis itu sentiasa ada. Catatan di buku nota itu seterusnya akan dijadikan idea dan rangka penulisan di blog. 

Setiap entri pelajar akan dibaca dan disemak oleh guru. Walaupun kelas ini diadakan secara atas talian, perbincangan antara guru dan pelajar sentiasa berlangsung walaupun tidak bertemu 4 mata. Puan Masayu sentiasa memberi idea, tips dan panduan agar penulisan blog mampu menarik minat ramai pembaca. ABDR terdiri daripada lebih 1000 orang blogger yang berkongsi pautan. Ini secara tidak langsung membantu aliran trafik ke blog.

Akhir kata, tahniah dan terima kasih sekali lagi buat pasukan ABDR dan guru saya Puan Masayu Ahmad khususnya yang sentiasa memberi tunjuk ajar. Didoakan segala ilmu dan perkongsian di dalam kelas bakal menjadi saham pahala di Akhirat kelak. Langkah saya yang seterusnya, ebook! Mohon doa kalian agar tahun ini saya punya kelapangan waktu untuk berjaya menulis sekurang-kurangnya 2 buah ebook berkaitan bisnes kraftangan felt. :) InsyaAllah

Sunday, April 5, 2015

Yeay alhamdulilah.

Teks: Masayu Ahmad


Kasihan tau, semua blog lenyap seketika. Agak-agak ada tak yang cari saya.

Mari kita kembali semula dan meneroka.

Ada yang cari saya tak?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin