Tuesday, September 30, 2014

Rancang kewangan sebelum resign

Teks: Masayu Ahmad

Sebagaimana biasa satu tahun jadual penulisan saya adalah penuh dan saya perlu fokus selesaikan apabila saya mula meletakkan sasaran. Sasaran sekarang kembali semula dengan pemanasan 1 bab 1 hari dan selama 10 hari saya sudah menyelesaikan 10 bab bersamaan 1 manuskrip tidak kisah untuk buku atau ebook. Saya masih ketinggalan jauh.

Beg hitam sandang sentiasa saya bawa ke mana sahaja, tidak ada masa untuk disiakan melainkan ia adalah untuk catatan, bacaan. Selang seli masa juga untuk kelas online.

Fleksibel mengikut cara

Betapa lajunya masa berlari, tinggal beberapa minggu sahaja lagi anak-anak akan peperiksaan kemudian bercuti. Sudah terlepas tahun sudah jadi cuti tahun ini Hakim dan Arif akan berkhatam. Minggu ini juga persediaan untuk peperiksaan. Waima saya di rumah saya baru menyusun semula lebih memantau akan persekolahan anak-anak. Saya masih memberi kebebasan, tidak terlalu menekan.

Jadula tahun depan juga menukar kelas malam untuk fahazan, tajwid dan bahasa Arab untuk Hakim, Arif dan Aiman jadi mereka akan serentak berada di kelas yang sama.

Arissa sudah boleh mula semula ke PASTI, Ammar masih bersama ibu. Insya-Allah. Juga kelajuan menulis saya perlu laju, 1 manuskrip sebulan.

Sudah boleh miliki ebook Rahsia Khidmat Pelanggan, Usahawan Online.

Saya kongsikan ulasan pembaca,
Klik sini untuk beli http://khidmatpelangganonline.blogspot.com/

Ruang dan peluang yang ada sebaiknya digunakan bagi mendalami ilmu, kemahiran dan pengalaman yang bermanfaat. Moga kehidupan seterusnya dilalui dengan penuh bermakna.

E-book Rahsia Khidmat Pelanggan Online merupakan buah tangan dari penulis Pn. Masayu Ahmad selaku pengasas Akademi Bekerja di Rumah (ABDR). Saya sangat bersetuju dengan idea penulis betapa pentingnya khidmat pelanggan dalam memasarkan sesuatu produk. Bagi usahawan terutamanya online perlu bijak menawan hati pelanggan bukan disebabkan tipu helah untuk mengaut keuntungan. Akan tetapi etika yang perlu ada sebagai seorang usahawan online. Tanpa adanya pelanggan, bisnes yang dijalankan tidak mungkin berhasil.

Saya sendiri adalah pelanggan tegar online. Kebanyakan barangan saya perolehi melalui belian secara online. Walaupun melibatkan kos penghantaran, ianya tetap berbaloi. Saya boleh memilih barangan yang diperlukan secara mudah, menjimatkan masa dan tenaga serta dilakukan dalam waktu yang santai. Faktor utama saya membuat ulangan pembelian online disebabkan perkhidmatan pelanggan yang baik dan juga barang yang dipesan tiba seperti yang dimaklumkan dan berkeadaan baik. Walaubagaimana pun ada juga usahawan online yang tidak prihatin dengan khidmat pelanggan, mengambil sikap sambil lewa atas pesanan pelanggan.

Terbitnya naskah e-book ini diharap dapat membantu para usahawan online yang baru dalam bidang ini. Seterusnya memberi input kepada usahawan sedia ada untuk ‘upgrade’ khidmat pelanggan bagi memastikan bisnes mendapat tempat di hati pelanggan. Promosi gila-gila pun tiada maknanya jika khidmat pelanggan hancur. Pelanggan akan mudah membeli sekiranya mereka berpuashati, secara tidak langsung membuka ruang dan peluang kepada pasaran yang lebih luas juga pulangan yang berganda.

Secara keseluruhannya, ia adalah sebuah perkongsian yang menarik. Ebook ini harus dimiliki oleh mereka yang ingin terus maju dalam bisnes yang dijalankan.
http://noorazzahyusof.blogspot.com/2014/09/ulasan-e-book-rahsia-khidmat-pelanggan.html

Sunday, September 28, 2014

Perlu tegas dengan matlamat

Teks: Masayu Ahmad
Baca naskah ini www.janawangdirumah.com


Assalamualaikum w.b.t pembaca yang dirahmati Allah sekalian. Sudah bermula fasa akhir untuk tahun ini. Apa khabar matlamat kita yang kita gendang sejak awal tahun. Apa khabar matlamat kita apabila kita bermula 31 Disember setiap tahun maka berpuluh  matlamat kita mula tulis dengan kibaran semangat luar biasa.

Fasa akhir 2014
Semak semula apa yang sudah kiya nyatakan dan kita mahukan. Setakat mana usaha kita, setakat mana pencapaian kita, prestasi kita. Kita sangat maklum dengan cita-cita besar tetapi kita maklum juga denga budaya kita hangat-hangat nasi ayam. Meruap umpama perasaan lapar yang mahu makan, sudahnya kekenyangan dan mula lali kemudian tidur.

Kemudian kita terus lena dalam keadaaan zon selesa. Kembali semula keadaan lapar dan kita bermula semula menagih mahu berusaha itu dan ini.

Fokus dan jelas
Saya gembira dan suka dengan suri yang fokus dan jelas matlamat. Jika kita dalam kumpulan kita ini adalah ahli yang bagaimana? Ahli ikut ikutan atau ahli suka-suka. Suka sahaja berada dalam kumpulan tanpa rasa silu kita sudah membuang banyak ilmu dan tidak ada kesedaran untuk berusaha dan bertindak.

Kita tidak menghargai ilmu
Terus terang saya katakan, budaya rakyat Malaysia masih lagi tidak menghargai ilmu yang ada di depan mata. Kebanyakan suka disuap dan berterusan disupa sehingga lena dan kematu tidak berdaya untuk bangun.

Lihat orang luar datang ke sini, mereka berusah dengan tidak ada apa dan pulang dengan lumayan. Sedih melihat begini, lemahnya kita, malas, bertangguh, apa sahaja yang negatif.

Pun begitu masih ada juga yang berjaya, sukses, boleh berusaha, suka lakukan dengan bersungguh-sungguh. Memang saya kadangkala perlu garang kerana letih dengan sikap lemak anak muda dan kita yang katanya bergelar bangsa berjaya.

Bangun dan bangkit bangsaku!

Thursday, September 25, 2014

Ceritera kehidupan

Teks: Masayu Ahmad
Baca naskah persediaan ini www.janawangdirumah.com

Assalamualaikum w.b.t

"Ibu, abe sudah kemas laman rumah."

Kedengaran juga ketika ini Hakim sedang menyapu daun-daun kering laman Atuk. Gigih Hakim dan Arif dalam minggu ini mahu mengumpul sejumlah duit. Duit bekal yang diberikan en.ayah tidak digunakan. Bawa bekal air dan nasi goreng. Semua disimpan.

"Ibu, upah abe RM2 deh, kalau banyak abe buat ibu tambah lagi upah."

Saya suka dengan keadaan Hakim. Jika dia mahukan sesuatu dia akan lakukan sungguh-sungguh. Jika dia tidak mahu dibuat sambil lewa sahaja. Anak-anak memang tidak sempurna pada pandangan kita, namun kitalah yang perlu menjadi pengawal dan pendorong.

Jumaat terindah

Saya masih fokus menyelesaikan beberapa senarai ebook lagi. Berlari laju menyusun jadual sebelum anak-anak cuti sekolah.



baca naskah ini di sini ya http://khidmatpelangganonline.blogspot.com/
Petikan bab 4: Menawan Hati Pelanggan.


7.Guna Nama Sebenar
Guna nama sebenar ketika menyapa, maksudnya kita memang benar kenal pelanggan dan itu adalah salah satu cara menghargai pelanggan. Tulis perkataan Puan, Cik Puan pada alamat untuk penghantaran. Mereka tentu gembira.
8. Pujian Ikhlas
Berilah pujian ikhlas ia murah dan berbaloi. Puji bukan membodek sekiranya pelanggan layak menerima.
9. Memikat Pelanggan.
Pastikan bisnes kita mudah, selesa untuk pelanggan. Ada banyak testimony yang terdapat pada blog dan laman web jualan. Juga boleh tunjukkan produk yang dipos sudah tentu ia menarik pelanggan dan membuktikan produk mendapat sambutan.



10.Mudah dan selesa.
Sentiasa membuat penambahbaikan bisnes kita mudah dan selesa untuk pelanggan. Mudah untuk membuat bayaran dan selesa ketika berurusan

Wednesday, September 24, 2014

Pelanggan yang gembira adalah pelanggan yang setia

Sudah boleh miliki naskah ini edisi pertama


Bagaiman urusniaga online berlangsung?
-Pihak usahawan perlu ada barang/servis yang ingin dijual, kemudahan internet, perbankan yang dipilih dan syarikat yang ingin digunakan untuk penghantaran barang. Ini sesuai untuk produk fizikal.
-Manakala untuk produk digital, hanya perlua medium pemasaran seperti blog, laman web jualan, perbankan pilihan. Hanya melibatkan urusan, pilih produk, bayar dan terima.
-Untuk servis pula, pelanggan pilih servis, bayar, dan komunikasi mungkin berlaku secara pertemuan fizikal atau sesi berlaku secara online melalui grup khusus, webinar, tutorial online dan sebagainya.
-Usahawan perlu memahami apa saluarn terbaik untuk menyampaikan produk dan prospek dan bakal pelanggan tahu apa yang diinginkan.


Klik di sini untuk baca naskah ini http://khidmatpelangganonline.blogspot.com/

Rahsia Khidmat Pelanggan, Usahawan Online
Bab 1: Urusniaga Online

Bab 2: Mengembirakan Pelanggan

Bab 3: Membina Keyakinan pelanggan

Bab 4: Menawan Hati Pelanggan

Bab 5: Menghargai Pelanggan

Bab 6: Kuasa Khidmat Pelanggan

Bab 7: Khidmat Pelanggan Profesional

Bab 8: Tingatkan Bilangan Pelanggan Setia 

Bonus: Perkongsian Pengalaman


5http://khidmatpelangganonline.blogspot.com/ klik untuk dapatkan ebook ini.
7. Bagi kalian yang berminat untuk mengedar ebook  ini boleh mendaftar sebagai agen. Hubungi saya pn.masayu@gmail.com di atas.


Wednesday, September 17, 2014

Gembirakan Pelanggan




1. Menggunakan bahasa yang baik
Pelanggan berhak menerima bahasa dan layanan yang baik. Ini memberi gambaran usahawan yang berhemah menggunakan basaha sopan dalam melayan pelanggan. Pilih bahasa atau perkataan yang sesuai dalam proses komunikasi dua hala sama ada melalui mesej atau panggilan telefon.
Pelanggan  gembira apabila dirai dengan bahasa sopan. Ini menjadikan pelanggan dihargai dan mereka lebih mudah untuk membeli.
2. Jawab dengan cepat, respon yang pantas.
-Semakin cepat pelanggan menerima respon apabila ditanya, semakin mudah membuat keputusan pembelian.
-Berusahalah untuk menjawab secepat dan sebaiknya. Respon dengan pantas dengan menjawab dengan terperinci tentang produk dan cara pembayaran.
Baca lagi dalam Bab 2: Mengembirakan pelanggan.




Siri 1 (terbit 25.9.2014)

RM30 (untuk pembeli 50 terawal sahaja)

Harga selepas ini RM50



pn.masayu@gmail.com



Rahsia Khidmat Pelanggan, Usahawan Online

Bab 1: Urusniaga Online

Bab 2: Mengembirakan Pelanggan

Bab 3: Membina Keyakinan pelanggan

Bab 4: Menawan Hati Pelanggan

Bab 5: Menghargai Pelanggan

Bab 6: Kuasa Khidmat Pelanggan

Bab 7: Khidmat Pelanggan Profesional

Bab 8: Kuasa Suara Dan Gerak Hati

Bab 9: Tingatkan Bilangan Pelanggan Setia 

Bab 10: Tingkatkan Keuntungan Dengan Kuasa Pelanggan Gembira

Kelas Asas Akaun


Bengkel Offline Asas Akaun
Tarikh: 27 September 2014, Sabtu
Lokasi: Shah Alam
Masa: 9.30pg -5.30ptg
Yuran hanya RM199 seorang
RM350 pendaftaran 2 orang
Makan tengahari dan air mineral disediakan.
Sijil akan diberikan kepada setiap peserta.
Modul
1. Pengenalan Buku Kira-kira and Perakaunan
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh usahawan
3. How to do record keeping yang betul (Lejar, untung, rugi dan balance sheet)
4. Pengenalan kepada Asas Kos dan Meletakkan Harga pada satu-satu produk.
5. Akaun untung atau Rugi. Syarikat anda UNTUNG atau RUGI????
6. Case Study (Merangkumi penyediaan akaun penuh) - hands on task.
Bonus 1:
Ebook asas blog
Ebook 101 idea home based bisnes
Bonus 2:
2 tahun periklanan di soho directory

Melangkah setiap hari


Saya tidak bermula dengan satu hari, saya bermula setiap hari dengan langkah konsisten. Saya bermula dengan blog maka saya teruskan dengan blog.
Saya lebih suka menggunakan kaedah percuma dengan semaksima mungkin. Kini saya tidak keseorang, sudah bekerja secara berjemaah sebagaimana suri lain yang punya pilihan. Pilihan kami berada di rumah, insya-Allah.
Lapangkan dada dan tekad kerana kita Allah... Membantu setiap masa, buat kerja kita, yang lain Allah tentukan berapa yang sesuai mengikut keperluan kita.
boleh pilih antara kelas berikut :
1. Kelas Asas Blog Dan Penulisan
2. Kelas Asas Blog, Fanpage, Mula Bisnes Online
-Produk sendiri
-Produk dropship ABDR
3. Kelas Asas Blog Penulisan Kreatif
4. Kelas Beriklan Mudah.My
5. Kelas Asas Wordpress
6. Kelas Penulisan Ebook Pertama
7.Kelas Akaun
i. Kelas Akaun Online
ii. Kelas Akaun Kumpulan Kecil (4 hingga 6)
iii. Seminar/ Bengkel Akaun (15 hingga 30)
Bonus
Ebook Rujukan: Ebook Asas Blog Dan Penulisan
Ini adalah ebook rujukan, wajib.
Senarai ebook berdasarkan jumlah pakej yang dipilih :
1. Asas Blog Dan Penulisan-http://ebookasasblog.blogspot.com/
2. Mula Bisnes Butik Online/ Offlinehttp://mulabisnesbutik.blogspot.com/
3. Super Wahm Super Mom-http://superwahmsupermom.blogspot.com/
4. 101 Idea Home-Based Bisnes-http://101ideahomebasedbisnes.blogspot.com/
5. 101 Idea Bisnes Makanan-http://101ideabisnesmakanan.blogspot.com/
6. Panduan 44 Hari Berpantang Tradisional Dan Moden-http://panduanpantangtradisionalmoden.blogspot.com/
7. 44 Resipi Berpantang Tradisi Melayu-http://resepiberpantang.blogspot.com/
8. Rahsia Khidmat Pelanggan-http://khidmatpelangganonline.blogspot.com/
9. Rahsia Bisnes Khadijah- http://rahsiabisnessitikhadijah.blogspot.com/
10. Jejak Aliran Tunai-http://urusalirantunai.blogspot.com/
Senarai buku:
1. Jana RM Dari Rumah

Monday, September 15, 2014

Pengurusan masa masalah utama


Apa kata pembaca
Ebook ini amat-amat sesuai bagi surirumah mahupun wanita yang bekerjaya. Ibarat untuk orang yang sibuk khususnya wanita. Ebook ini banyak memberi panduan tentang pengurusan masa, tenaga,motivasi serta nilai-nilai murni melalui perkongsian berpengalaman. Adakah seronok berkerja di rumah??.. Ebook ini ada jawapannya.
Ebook ini membuka jalan pada saya dalam menguruskan masa. Ini kerana saya berhenti kerja selepas melahirkan anak pertama saya. Di susuli anak ke 2 selepas setahun. Saya mempunyai minat menjahit. Alhamdulillah, saya dapat berguru. Tetapi bab pengurusan masa adalah masalah utama saya. Alhamdulillah, kini saya ada panduan itu.
Saya juga mempunyai masalah tenaga. Bila dah penat, saya akan stress. Bila banyak yang saya hilang terutama minat serta matlamat saya. Badan penat, hendak menjahit jadi malas, maka matlamat hilang..rugi bukan??. Ebook ini memberi saya cara merawat stress saya. Motivasi serta nilai-nilai positif juga memberi saya semangat.
Saya suka membaca kisah Puan M dalam ebook ini. Berhenti kerja di saat-saat ekonomi keluarga tidak kukuh serta tahap kesihatan yang merosot. Tetapi berkat usaha, ikhtiar, doa serta tawakal kini dia telah pun berjaya. Malah urusannya hanya di rumah. Tidak percaya bukan??. Begitu juga saya. Tetapi bila pengalaman yang di kongsikan, ia memberi suntikan baru kepada saya. Malah pengalaman orang lain juga dapat membuka jalan kepada kita.
Dahulu saya hanya tahu `full housewife`. Kini ebook ini membuka minda saya lebih dari `full housewife`, Ebook yang menerangkan dengan lebih lanjut serta mendalam tentang:
WAHM (Work At Home Mom)
SOHO (Small Office Home Office)
SAHM (Study At Home Mom)
SAHM (Stay At Home Mom)
Ebook ini memberi panduan pada saya bagaimana menjana pendapatan melalui minat serta dari rumah. Yang pasti belajarlah dengan yang Pakar. Pakar bermaksud mahir serta berpengalaman dengan minat saya. Malah kita perlu sedia menerima kritikan serta positifkan diri. Ebook yang mengajar serta mendapat hasil dari BEKERJA DENGAN JIWA DAN SEPENUH JIWA.
Jadi, kini tiada istilah duduk rumah tidak boleh dapat duit..bukan?? Malah surirumah seperti saya juga boleh membantu meningkatkan ekonomi keluarga. Yang penting ada panduan, rangka strategi serta mengurusan masa.
-Norliza Tomiran

Urus masa urus rumahtangga


Pengurusan Masa Efektif Untuk WAHM

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Pada ketika entri ini ditulis, Arissa dan Harith sudah lena tidur setelah puas mereka berdua bermain bersama. Cuti sekolah telahpun bermula dan waktu cuti ini adalah peluang Harith untuk bermain bersama kakak Arissa selain hari Sabtu dan Ahad. Apabila anak-anak sudah lena, inilah juga peluang saya untuk curi masa menulis di blog seketika. Pada kebiasaan saya akan menulis pada waktu pagi ataupun tengah malam, kerana pada waktu tersebut idea akan datang mencurah-curah dan tenang sahaja. Tapi apa-apapun ianya bergantung kepada pengurusan masa kita seharian. Strategi pengurusan masa yang efektif dan disiplin.

Baik, bercakap tentang pengurusan masa, sebenarnya ia adalah sebahagian daripada cabaran kita apabila menjadi wahm. Selain diri kita sendiri sebagai cabaran utama, pengurusan masa juga adalah cabaran hebat yang sehingga kini saya masih belajar dan perbaiki dari masa ke semasa. Strategi pengurusan masa yang betul dan efektif amat penting bagi memastikan kita sentiasa produktif dan matlamat bekerja di rumah dicapai dengan suksesnya.

Pada awal saya menjadi WAHM dahulu, saya akui pengurusan masa saya sangat bercelaru dan tidak sistematik. Kalau boleh semua aktiviti di rumah saya hendak sudahkan. Kadang-kadang saya akan mengeluh tidak sempat hendak selesaikan dan pada akhirnya saya akan stress kerana tidak cukup masa. Lebih-lebih lagi apabila mempunyai anak yang masih kecil. Walaupun tumpuan kepada si kecil adalah fokus utama, aktiviti-aktiviti lain juga perlu dilaksanakan mengikut kemampuan dan perancangan yang telah kita tetapkan.


Alhamdulillah, kini masa 24 jam saya lebih teratur dan tenang. Terima kasih Kak Masayu Ahmad, sifu WAHM kami di Akademi Bekerja Di Rumah. Perkongsian tentang panduan bekerja di rumah dalam buku beliau, Jana RM Dari Rumah amat membantu saya sebagai WAHM. Antaranya tips pengurusan masa WAHM yang efektif dan mudah mengikut kemampuan diri kita masing-masing. 

Hari ini saya akan kongsikan serba sedikit apa yang saya sedang aplikasikan tips pengurusan masa saya dengan apa yang saya perolehi daripada buku Jana RM Dari Rumah. Daripada total 24 jam kita ada dalam sehari, kita bahagikan masa tersebut kepada empat urusan dan komitmen berikut:

1. Urusan rumahtangga: ini termasuk aktiviti-aktiviti harian di rumah seperti membasuh, mengemas rumah dan memasak.

2. Urusan keluarga: peranan kita sebagai isteri dan ibu kepada anak-anak. Begitu juga peranan kita sebagai anak kepada ibu bapa kita. Sebagai contoh saya berperanan menghantar dan mengambil anak di tadika, mengajar anak di rumah (home-schooling) dan sebagainya. 

3. Urusan bisnes: apa-apa urusan yang berkaitan dengan bisnes online yang saya ceburi. Sebagai contoh semak email, kemaskini blog/ facebook, jawab maklumbalas pelanggan, kemaskini buku rekod dan akaun dan sebagainya.

4. Urusan diri sendiri: Khusus untuk diri sendiri sebagai motivasi dan tempoh kita bertenang. Ini termasuklah waktu rehat, solat, tidur, hobi dan bersosial dengan rakan-rakan.

Daripada empat urusan yang tersebut di atas, kita cuba susun dan jelaskan aktiviti kita di dalam rutin 24 jam, 7 hari seminggu, 12 bulan atau setahun. Untuk lebih efektif kita rangka, susun dan buat dalam jadual mengikut kemampuan dan kesesuaian masa kita. Ya, seorang WAHM juga ada jadual ok. Jadual Waktu 4 Tempoh dan Senarai Hendak Di Buat (To Do Checklist).  

Gembirakan hati pelanggan


Gembirakan hati pelanggan
-jawab dengan baik, bahasa yang baik
-jawab dengan cepat, respon yang pantas
3. Minta maaf
Tidak ada satu pun kurang sekiranya kita meminta maaf. Maaf lambat respon, maaf barang tidak ada stok, maaf kerana ada kekurangan. Ia adalah satu lagi sisi yang baik kita berhemah dengan pelanggan.

Contoh biasa adalah barang yang dihantar rosak, barang tidak ada stok dan juga barang yang dihantar lambat sampai. Nyatakan situasi yang berlaku.


4.Layanan yang wajar, keterangan yang jelas
Setiap pelanggan yang bertanya maksudnya sudah ada minat untuk mengetahui dengan jelas tentang produk dan perkhidmatan. Pelanggan dan bakal pelanggan wajar mendapat penjelasan dan keterangan yang jelas, sebelum mereka membuat keputusan untuk membeli.

5. Harga yang mampu dibayar pelanggan
Adakah produk yang kita tawarkan itu adalah berbaloi dengan bayaran yang diberikan pelanggan. Pelanggan yang berpuashati mereka bukan sahaja melihat kepada kualiti tetapi bayaran itu adalah mampu dibayar.

6.Penghantaran yang cepat, jika rosak, lambat maklumkan sebab.
Semakin cepat barang diperolehi, semakin tinggi kepuasa pelanggan. Maklumkan segera status penghantaran sebaik sahaja pembayaran dilakukan.

7.Khidmat susulan, minta respon
Selepas pelanggan membuat pembelian, buat satu tempoh. Kemudian hubungi semula bertanya khabar. Sambil itu tanya apa respon beliau selepas menggunakan produk/servis. Jika positif ucapkan terima kasih atas pandang. Sekiranya negatif terima dengan hati terbuka, belajar dari kesilapan dan buat penambahbaikan secara berterusan.

8. Buah Hati
Jadikan pelanggan sebagai buah hati. Setiap kali pembelian, ucapkan terima kasih kerana membeli dan mendapatkan produk/perkhidmatan. Sesekali beri hadiah percuma, pos percuma atau apa sahaja. Pelanggan yang gembira sudah tentu setia.

Sumber: Ebook Rahsia Khidmat Pelanggan Online.
Ebook ini sangat asas untuk usahawan suri yang baru mengenal urusniaga online.

Baca dahulu naskah wajib ini www.janawangdirumah.com
-sama ada mahu jana pendapatan secara sambilan
-sama ada merancang untuk kerja dari rumah
- sama ada merancang bisnes dari rumah sepenuh masa

Gembira dengan apa yang kita lakukan

Teks: Masayu Ahmad

Assalamulaikum w.b.t

Apa khabar suri sekalian? Di sini sudah petang dan juga hujan. Biasa waktu begini sudah siap satu jug teh o panas bersama dengan goreng pisang. Suami sudah pulang. Abang Hakim semalam mengikut emak saudara ke Besut.

Hakim tiada, maksudnya riuh rendah itu kurang separuh. Maka tinggal sahaja 4 beradik lagi. Saya mengurangkan aktiviti berjalan-jalan kerana tinggal suku terakhir untuk tahun ini. Mahu siapkan sasaran 15 ebook saya sudah tersasar jauh hanya 10 ebook sahaja. Perlu segera sekarang adalah tiga ebook di tangan.

Sementara yang ini sedang bertukang lagi www.akademibekerjadirumah.com/shop

Iaitu ABDR sebagai kumpulan sokongan yang menyediakan latihan secara online dan offline kepada suri yang zero tentang bisnes online.

Sejak sebelum penubuhan ABDR lagi sudah banyak jemputan ceramah. Saya tolak dengan baik dengan keadaan anak-anak masih kecil. Namun suri sekalian masih boleh belajar kerana proses belajar itu berlaku setiap hari.

Setakat hari ini sudah 830 blog dan maksudnya kita mempunyai 830 ahli berdaftar dengan ABDR. Jika kalian jelajah blog akan jumpa dua logo. Itulah mercu tanda ABDR. Saya ucapkan terima kasih buat adinda Nisa Nua yang merekabentuk dua logo ini.

Buat apa yang kita suka

Apa yang perlu saya lakukan untuk tambah pendapatan, bisnes dari rumah atau bekerja di rumah.

Dahulukan ini

1. Apa kepakaran sedia ada yang puan suri ada berdasarkan pendidikan, pengalaman kerja atau bisnes.

2. Apa minat, hobi yang boleh dijadikan sebagai sumber yang boleh mendatangkan duit.


Apabila kita melakukan apa yang kita suka, maksudnya ia adalah dorongan yang paling kuat ketika usaha getir kita, ketika berada dalam cabaran. Dorongan ini tidak boleh dibeli ia sudah ada dalam diri kita.

Fokus

Ramai yang mahu tetapi tidak ramai yang mampu

www.akademibekerjadirumah.com




Sunday, September 14, 2014

Hujan


Tadi masa bersembang dengan kakak ipar, kanak-kanak sekarang tak syok hanya gajet dan sekitar rumah sahaja. Kita kanak-kanak versi dulu-dulu syok, boleh main air hujan, redah belukar, mandi pantai.
Saya tidak berani mandi pandai takut kena sebat. Tapi mandi baruh tu ada hehe. Hujan begini baruh depan rumah alirannya ke sungai. Air akan naik dan itulah saat terindah budak-budak kampung. Selalunya banyak gaya ketika kanak-kanak lelaki kecil dan besar buat aksi. Aksi terjun lompat, aksi terjun, aksi menyelam sambil tertelan air pun ado.
Baruh itu kenangan itulah kolam renang, kolam rendam pelbagai aksi. Mana ada macam anak-anak kita bawa ke hotel main kolam. Kolam kanak-kanak dulu-dulu lagi best udahlah percuma, keindahan alam semula jadi pula. Aiseh nanti sambung di blog.
Kalian pun mesti ada kenangan masa kecik kan

Friday, September 12, 2014

Khidmat Pelanggan

Khidmat Pelanggan Online

Kebolehan pemilik bisnes dalam penyampaian produk/servis kepada pelanggan.
-Komitmen kualiti servis
-Komitmen kualiti produk
- Perlu mesra pelanggan
- Bukan sekadar menjual, tetapi kebolehan berurusan selepas jualan
- Untuk mengekalkan pelanggan, kebolehan khidmat pelanggan yang baik adalah salah satu kualiti dalam khidmat pelanggan online.


1. PENYAMPAIAN
2. FIZIKAL
3. EMOSI

Sumber: Ebook Rahsia Khidmat Pelanggan Online

Saya tidak pandai transaksi online. Bagaimana saya mahu mula?

Saya Puan Aina, pesara kerajaan. Bagaimana puan boleh bantu saya untuk bisnes online. Saya adalah kosong dan tidak tahu berkaitan urus niaga online?

Masalah puan Aina ini, ada beberapa sebab di bawah:

Tak pandai guna email.
Tak pandai buat email.
Tak pandai transaksi online.
Tak pandai nak cari produk.
Tak pandai cari pelanggan.
Tak tahu nak pilih produk.
Tak tahu nak jejak pembekal/pemborong.

Itu sebab namanya Kelas Asas Blog dan Fanpage, Mula Bisnes.

Kelas asas ini sesuai dengan masalah di atas. Untuk yang sudah otai, boleh pilih kelas lain yang lebih baik dari kelas asas yang kami ABDR tawarkan.

Kami buka atas soalan dan pertanyaan sekalian suri.
Jadi bagi kalian yang mempunyai senarai di atas, pilih kelas asas bisnes online, kemudian pilih pakej yuran.
Sudah faham, kemudian pilih guru. Mahu masuk guru mana, kita sangat terbuka. Kerana guru kelas bisnes ini, insya-Allah sudah biasa dengan urusniaga produk digital mahupun produk fizikal.

Apa pula produk digital?
Apa pula produk fizikal?

Ini semua kita ada terangkan di dalam kelas dan dalam ebook rujukan. Selepas daftar boleh faham dan hadam 4 ebook rujukan.
www.akademibekerjadirumah.com

Monday, September 8, 2014

Menghargai pelanggan

Teks: Masayu Ahmad

Kita suka membeli, maksudnya kita suka jadi pelanggan. Kita suka apabila penjual menghargai kita sebagai pelanggan. Selalu tak kita membeli secara online?

Maka ini salah satu cara untuk kita melihat bagaimana seseorang peniaga online menguruskan/melayan pelanggan. Ok, kita boleh mulakan diri kita apa yang membuatkan kita suka untuk mendapatkan produk atau perkhidmatan.


1. Saya suatu ketika dahulu beberapa kali membeli pakaian anak perempuan secara online. Pertama kali membeli saya suka beli dengan kaedah yang memudhkan saya. Contoh, beli, bayar dan barang sampai. Maksudnya memudahkan pelanggan bertanya, berapa harga, barang cepat sampai. Maksudnya sediakan kaedah yang memudahkan pelanggan untuk membeli.

2. Suka percuma.
Sebagai pelanggan saya suka barang percuma. Contohnya kos penghantaran percuma. Jadi pembelian akan lebih menjimatkan.

3. Tawaran bajet/pakej
Tawaran bajet, contoh bagi seoarang ibu hamil. Mahu pembelian pakej. Selalukan kita mahu murah dan banyak. Salah satu yang disukai pelanggan adalah tawaran pakej yang sesuai mengikut poket. Tentu pelanggan gembira.

4. Hadiah.
Saya pernah menerima beli satu dapat percuma satu. Ini menyebabkan kita gembira.

Sumber: Ebook Rahsia Khidmat Pelanggan Online

Berjuang setiap hari, agar hidup penuh erti

Teks: Masayu Ahmad

"Ibu, cepat bu mok tergolek bowoh meja."

Berlari segera saya ke dapur mendengar arahan dari Arif.

Sudah terbaring mok dalam keadaan lesu. Hari ini sebagaimana biasa, dia pulang dari 'dialisis'. 3 kali seminggu.

Pitam selepas makan. Saya menyuakan ma perlahan teh o panas. Keadaan reda, ma sudah boleh dipapah naik berehat. Alhamdulillah.


Masih lagi berjuang menyelesaikan manuskrip bertemankan Arissa. Mulutnya tidak berhenti bercakap sejak dari pagi. Arissa tidak ke sekolah. Alasan mudah agar mok dan atuk tidak kesunyian di rumah. Sambil menemankan saya mengemas rumah, memasak. Cuma sebelah petang saya mula ada urusan luar, saya tinggalkan  Arissa yang sudah kenyang dan gembira.

Hidup ini perjalanan

Kita lihat laman orang subur menghijau, maka kita juga teringin. Sedangkan kita punya laman yang sama. Hanya perlu ada semangat dan kekuatan sahaja. Jika mahu hijau seperti jiran sebelah maka perlulah rajin dua kali ganda.

Apa pula saya membebel...hehe

Saya berhenti dahulu, sudah asar masa untuk Ammar pula.

Saturday, September 6, 2014

Bayar 3 bulan gaji untuk segera berpindah mengikut suami


Singgah di blog puan arkitek,
Perkahwinan ditahun akhir universiti dengan graduan perubatan, memberikan saya cabaran status baru, isteri doktor. Sedikit-sebanyak menenggelamkan posisi karier ARKITEK yang dicita-citakan sekian lama. Syukur, kami disahkan dengan berita gembira pada hari konvokesyen saya, anugerah cahaya mata dalam kandungan seawal satu bulan ketika itu. Lantas dengan itu, saya terus memadamkan rasa teruja untuk mengejar dunia berkerjaya dilapangan hutan konkrit dan batu-bata. Memberi gelaran Arkitek Keluarga, dengan moto merekabentuk kehidupan dan generasi. Setuju?
Mengikut suami bertugas ke Malaysia Timur, Sabah mengasingkan saya dengan kehidupan baru yang unik dan berbeza dari laman sendiri tanah semenanjung. Lantas saya yang sudah sarat mengandung hanya terus berehat di rumah dan menunggu hari melahirkan anak pertama. Tekad saya mahu menjadi SAHM (Stay-At-Home-Mother) dan menjadi dambaan kawan-kawan lain, yang cemburu melihat saya ibaratnya hidup hanya goyang kaki.
Ketika bayi sulong baru berumur 6bulan, saya ditawarkan mengajar sebagai pensyarah kepada pelajar-pelajar diploma senibina, di sebuah kolej swasta berdekatan tempat kerja suami. Pada masa yang sama, saya teruja menjumpai blog Arkitek bekerja hanya dirumah, Khairunisa Hamzah. Kebetulan beliau juga belajar satu Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang sama dengan penasihat kajian sarjana saya di Universiti Mlaysia Sabah (UMS), Prof. Dr Abdullah Bade. Saya sangat-sangat keliru dengan keputusan saya samada kembali berkerja atau WAHM(working-at-home-mother) seperti beliau. Ia cukup menganggu tidur lena saya.
Perasaan itulah yang membuatkan saya menghubungi beliau selepas berkali-kali membaca entry ini:http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/2013/06/letak-jawatan.html
Beliau menyarankan agar saya buat sesuatu mengikut kemampuan diri dan menjemput saya mendaftar untuk bersama dalam Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR) setelah saya mampu membuat keputusan berhenti kerja nanti. Jika saya mampu.
Kerjaya pensyarah menjadikan diri ini terasa bagaikan lilin yang membakar, apabila semangat erti hidup untuk memberi berkobar-kobar, apalagi yang diberikan itu adalah perkongsian pengalaman dan ilmu secara proaktif di lapangan senibina. Tutup sebelah mata, maka saya teruskan dilema yang dihadapi dan terus mengajar dan mendidik anak bangsa. Walaupun hakikatnya saya sedar gaji pensyarah kolej nyata tidak langsung mencapai tahap 'standard' graduan kelulusan Arkitek dan sedar cabaran yang mesti saya tempuh sebagai seorang ibu dengan misi penyusuan susu ibu penuh selama dua tahun. Suami menyahut penuh seruan memperkasakan 'breastfeeding' oleh majikannya, kementerian kesihatan Malaysia!
Akhir tahun lepas, suami dipindahkan untuk bertugas di pergunungan kinabalu. Kami terpaksa tinggal berasingan dan berpisah. Jarak pergi-balik dari puncak gunung dan kota kinabalu hanyalah 3jam tetapi dengan laluan jalanraya yang dipenuhi lereng-lereng gunung, ia bukan opsyen yang praktikal. Bagai pucuk dicita ulam mendatang, Kolej memberikan opsyen “Voluntary Surrender Scheme” (VSS) kepada semua pekerja pada bulan yang sama. Walaupun saya memilih untuk memohon VSS, tetapi Allah Maha mengetahui. Permohonan saya ditolak kerana hanya saya satu-satunya pensyarah kelulusan senibina di institusi tersebut.
Kali ini, saya diuji terpaksa membayar 3 bulan gaji sekiranya ingin segera berpindah mengikut suami. Buat kali pertama hati saya berkecamuk dan menyesal kerana BEKERJA, kerana saya selama ini sudah utuh dan yakin bahawa lubuk ketenangan dan kelapangan yang hakiki adalah satu rumah duduk tinggal bersama sekeluarga. Rumah ku, syurga ku!
Dengan izin Allah, saya menghantar notis berhenti kerja 4 bulan setelah mengetahui tawaran VSS saya ditolak. Saya berhenti elok sehingga habis semua kuliah saya sepanjang semester akademik di kolej. Sementara itu, suami jauh di pergunungan, kami hanya berjumpa di hujung minggu atau pada kelapangan yang ada. Senyum saya mengigati bagaimana kami terpaksa melalui pengalaman menyewa bilik bersama pelajar-pelajar di asrama kolej demi keselamatan bayi dan kekangan ekonomi untuk menyewa dua rumah sekaligus pada ketika itu. Sewa rumah di kota kinabalu dua kali ganda lebih mahal dari kadar sewa di kuala lumpur.
Semuanya sudah beberapa bulan berlalu, setelah mendapat berita kandungan anak kedua, semangat untuk terus berhenti bekerja kembali hidup dan harapannya agar kandungan ini juga (sekarang 5bulan) yang meneguhkan keputusan saya untuk merdekakan diri dari terus berkerja untuk orang lain. Cukuplah diri saya sendiri sebagai majikan dan saya jua sebagai pekerja. Merdeka!
Getus hati kecil ini, macamana saya akan mula menulis blog, sedangkan saya hanya pandai melakar atau melukis. Paling pandai berkhayal mencari idea. Menerawang dan entah ke mana-mana. Berpenglipulara. Itulah kerisauan suami, risau saya memikirkan cinta lain agaknya. Bila diingat-ingat kali terakhir saya menulis blog, saya sudah lupa bila. Terasa lebih muda, riang dan ceria, saya mula kembali ber'blog' hari ini.
Saya akan mencari makna disebalik perkenalan kita hari ini, makna sebuah kemerdekaan, disini bermulanya sebuah cinta.
Berkenalan dengan Afdhalila Nur
Singgah di blog:http://afdalilaabas.blogspot.com/
Kelas Asas Blog Dan Penulisan.

Tulis dari hari


Saya pernah ada blog. Itu pun dulu-dulu. Zaman belajar dan zaman mula-mula bekerja. Pada saya blogging ini satu fenomena yang menjadi ikutan dari tahun ke tahun. Walau pun blogger memang semakin ramai tetapi saya lihat individu yang ada blog sendiri boleh dikatakan agak ‘rare’ dan ‘special’ apabila berada di laman maya. Pernah dengar nama-nama seperti Broframestone, Denaihati, Joegrimjow, Ariffshah, The Other Khairul dan Cik Epal? Hmmmm...inilah beberapa blog yang selalu juga saya singgah satu ketika dahulu.
Berbalik pada blog kepunyaan saya, semuanya tidak menggunakan nama sebenar. Sebaliknya saya selesa mengekspresikan diri menggunakan nama lain. Tapi kali ini di dalam kelas maya di bawah Asas Blog bimbingan Puan Anys Idayu Zakaria kami mesti mempromosikan nama sebenar sebagai alamat blog. Maka Alhamdulillah terciptalah blog yang kini boleh dilayari jika anda menaip bibinormimdnoor.blogspot.com di ruangan alamat URL. Blog saya kali ini bertemakan wanita, cinta dan inspirasi. Tiga serangkai yang begitu dalam maksudnya. Saya sengaja gabungkan tiga perkataan ini kerana saya yakin kesemuanya saling berkait dalam hidup. Hampir empat bulan lamanya, saya mencuba untuk memberi perhatian pada blog ini demi berkongsi apa yang dirasakan dapat menjurus kepada ‘memberi’ dan menginspirasi’ pembaca.
Dan pada petang ini, secara langsung saya cuba menaip semata-mata mahu berkongsi kelebihan ilmu salah satu ebook tulisan Masayu Ahmad bertajuk Asas Belajar Blog. Suka saya katakan ebook ini hampir berjaya memahamkan saya metod sebenar dalam menguruskan blog secara lebih baik dari semalam. Saya tidak lagi ‘lost’ atau ‘blur’ tak tentu fasal walau pada mulanya ada sedikit ‘blank’ dek tidak tahu dari mana mahu bermula. Namun berkat mentor yang ‘gigih’ membantu, Puan Anys dan beberapa informasi perkongsian bersama di Closed Group saya dapat atasi ‘blogger’s block’ tersebut. Syukur kepada Allah Yang Esa yang memberi ilham.
Saya rasa ebook ini tiba tepat pada masanya bagi mereka yang mencari ilmu yang sama seperti yang saya cari. Bagusnya di sini ada peraturan yang memerlukan kita menganalisa dahulu latar belakang diri dari segi pendidikan, minat, kemahiran dan kepakaran diri sebelum memilih tajuk dan tema yang sesuai dijadikan blog. Di sini penggunaan nama sebenar dan emel yang tampak professional (menggunakan nama sebenar) perlu bagi memudahkan carian pembaca dan pelanggan kelak di carian Google. Dalam ebook ini ada juga dikongsikan kisah kejayaan, pengalaman dan tip-tip bermanfaat oleh beberapa wanita yang layak dijadikan inspirasi. Nama-nama seperti Faridah Yusof, Aishah Hussein, Ashikin Hashim dan Nik Fauziah Nik Hussin turut dikongsikan untuk tatapan pembaca. Pada saat kita membelek helaian ebook, kita akan bertemu perkataan ‘hebat’ seperti WAHM, SAHM, dan SOHO. Nak tahu maksudnya secara praktikal? Jom sertai Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) kerana di sini kita akan sama-sama berkongsi ilmu dalam merealisasikan blog impian, mempromosikan produk, belajar tip blogging efektif, dan belajar menghasilkan pendapatan bermula RM10 hinggalah ke RM100 sehari. In Syaa Allah…kerana Tuhan itu Maha Kaya.
Berkenalan dengan penulis, Bibi Normi
Kelas blog bisnes/ Pengurus online akademi
Singgah lagi di sini http://bibinormimdnoor.blogspot.com/2014/09/inspirasi-ebook-asas-belajar-blog.html
Pendaftaran kelas online blog dibuka setiap hari. Boleh mula daftar bagi yang sudah sedia

Thursday, September 4, 2014

Petang yang damai

Teks: Masayu Ahmad

Alhamdulillah, saya suka akan hujan, bau tanah, daun basah. Tadi sebelum menjemput Ammar pulang, singgah beli pisang goreng. Terus berlalu ke dapur dan masak air.

Sementara air mendidih, saya mengadap seketika komputer riba. Alhamdulillah, hari ini sejak pagi sudah masuk trek jadual baru. Saya puas hati dapat menyelesaikan 1 bab lagi untuk ebook. Betul, kadangkala kesibukan membuatkan kita sedar banyaknya perkara yang mahu kita buat dan masa sangat singat.

Sekarang ini saya lupakan semuanya dan saya masuk dua tapak kasut dan menikmati segenap nikmat yang Allah berikan. Anak-anak makin membesar dan saya tidak mahu untuk lalai dan lupakan bahawa mereka hanya sekali sahaja ada tempoh usia kecil.

Fasa akhir 2015

Wednesday, September 3, 2014

Latih tubi RM100 sehari

Teks: Masayu Ahmad

Ini panduan mudah untuk latih tubi pendapatan harian bersih. Contoh di bawah ya.
Cuba suri usahakan untuk pendapatan bersih harian.

Contoh 1
Jual produk A harganya RM65, komisyen jualan RM10. Maka latih tubinya perlu buat jualan sebanya 10 X kotak produk A, untung bersih RM100. Sehari.

Contoh 2
Jual produk B berharga RM70, komisyen jualan adalah RM20. Perlu latih tubi jual sebanyak 5 X produk B, jadi untung bersih RM100 sehari.

Contoh 3
Jual produk yang dapat untung bersih RM50, contoh RM120 harga produk. Usahakan menjual dua produk sehari maka dapat RM100 sehari.

Ini contoh pendapatan aktif harian yang boleh kita sasarkans setiap hari. Latih tubi ini perlu dilakukan secara agresif sehingga kita dapat memguasai.

Monday, September 1, 2014

10 emosi surirumah ketika melayan pelanggan

Teks: Masayu Ahmad
Sumber: Ebook Rahsia Khidmat Pelanggan


Salah satu perkara yang perlu dikuasi kebanyakan ibu-ibu yang bekerja dari rumah ialah mengurus emosi dengan baik. Kebanyakan ibu muda yang mempunyai anak-anak kecil. Selalu juga emosi ini menganggu urusan jual beli secara online. Berikut beberapa cabaran kecil yang perlu dikuasi secara bertahap.

Bersambung...

Mereka semakin senja

Teks: Masayu Ahmad

Petang begini, mencuri ruang untuk duduk sekejap, menekan aksara. Bunyi debur air di bilik mandi. Suara anak-anak mandi, bersiap untuk beransur menyambung medan ilmu malam hari.

Sekejapan sahaja masa kini sungguh pantas berlari. Seharian hari ini hanya menjaga Ammar, si kecil ini cepat pula besarnya. Tidak puas untuk digolek. Apabila senyum kelihatan dua batang gigi.

Semalam balik ke rumah ayahanda, nampak kederat usia yang semakin ditelan masa. Juga usai kembali semula di sini, melihat juga dua batang susuk tubuh yang semakin uzur.

Aduhai, aduhai.

"Abe, nanti ibu tua abe nok jaga ibu dok?"
"Tok sir abe, abe sibuk kijo."

Abe memang suka bergurau.

"Tak apo ibu, ore ado. Ore jago ibu."

Aiman menyampuk. Ibu sekadar senyum. Hanya menduga sahaja.

Saya teringat akan satu ceramah seorang ustaz. Apabila kita meletakkan harapan, maka kita bersedia untuk tidak menanti harapan itu dimakbulkan. Kita hanya berdoa agar kita adalah orang tua mahu dan menunaikan segala amanah dengan baik. Mendidik dan menjaga amanah, beri hak sebaiknya.


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin